Pages

Thursday, July 26, 2012

Tutup yang Terjojol

tudung dari qaira hijab.
tudungnya labuh dan menutupi bahagian depan dgn kemas.
;p 
hari demi hari aku belajar dari kesilapan..untuk terus perbaiki mana yg lemah.
cthnya pemakaian tudung aku.
kalau sebelum ni aku pakai yg pendek atau saiz s, tapi sekarang perlu bertukar saiz.
setelah beberapa kali di tegur oleh suami.


" awak ni pakai tudung tapi terjojol jugak..apa awak tutup? "

pedas dan berdesing!! kalau setiap kali kena tegur aku tak buat mmg blh cicir lah cuping telinga ni. akhirnya dgn ikhlas aku berubah untuk kebaikan.


kat sini aku nak share dari Wardina Safiyyah beberapa tips.



Ikuti beberapa tips ini mengenai cara dan panduan bagi mereka yang memakai tudung: 


Tudung haruslah menutupi keseluruhan rambut
Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk bertudung, harus tahu garis panduan menutup aurat dengan betul, antaranya adalah pastikan anda memakai tudung dan menutup keseluruhan rambut tanpa ada sehelai rambut pun dapat dilihat. Ramai yang tidak sedar akan anak rambut yang terkeluar akibat tidak dilitupi dengan kemas, ingatlah bahawa anak rambut itu juga haram dilihat oleh lelaki bukan muhrim kita. Maka anda haruslah menutupi rambut dengan tudung penuh agar anak rambut dan juga rambut lain tidak dapat dilihat. 


Pilihan tudung yang tepat
Jangan pilih tudung yang jarang dan dapat melihat rambut anda di dalam. Walaupun anda telah memakai tudung. Niat anda untuk menutup aurat haruslah beserta cara yang betul. Jangan disebabkan kerana mengikut peredaran zaman yang dikatakan memakai tudung adalah kerana fesyen barulah anda memilih untuk bertudung. Apabila berniat untuk menutup aurat, tudung yang dipilih juga harus kena dengan nawaitu kita. Jangan pilih tudung yang jarang dan digayakan tanpa memakai anak tudung yang betul. Anda masih dikira belum mampu menutup aurat dengan betul jika memakai tudung yang jarang. 


Pakaian harus bersesuaian
Jangan memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan anda, kerana Islam menyarankan anda menutupi aurat dengan bertudung untuk menutupi sebahagian badan selepas memakai baju agar tidak menimbulkan fitnah bagi mereka yang melihat. Jangan memilih pakaian yang singkat sehingga menampakkan sebahagian tangan anda kerana itu merupakan aurat yang wajib dijaga semua wanita Muslim. 


Pakaian yang singkat dari pinggul
Apabila bertudung, pemakaian juga harus dijaga, jangan memakai baju yang pendek sehingga di paras pinggang. Pastikan baju yang dipilih melebihi paras pinggul kita dan longgar. Ini kerana apabila kita memakai pakaian yang ketat dan pendek, apabila kita duduk ataupun merangkak, akan nampak sebahagian badan kita di belakang. 


Pastikan tudung menutupi bahagian dada dan leher
Aurat yang seringkali dilupakan wanita muslim adalah menutupi sebahagian dada dan juga bahagian leher. Ramai yang tidak mengambil endah perkara sebegini sehinggakan mereka memakai tudung, namun masih boleh dilihat leher mereka kerana pemilihan tudung yang tidak sesuai. Pilih tudung yang lebih panjang untuk menutupi dada anda. Pastikan tiada belahan di bahagian leher agar tidak kelihatan kulit leher anda ketika memakai tudung. 


Tidak menampakkan sanggul yang keterlaluan di atas kepala
Jika benar itu adalah rambut anda, cuba elakkan membuat sanggul yang terlalu tinggi di atas kepala kerana ianya hanya akan mengundang fitnah kepada mereka yang melihat. Ikat rambut anda dan simpulkan di tengah-tengah kepala dan baluti rambut anda dengan anak tudung yang boleh menutupi semua rambut sebelum memakai tudung. 


Pilih tudung yang mengikut garis panduan Islam
Berikutan fesyen terkini yang kian meningkat dalam pemakaian tudung, banyak gaya tudung yang diilham dari pelbagai agama yang turut mempraktikkan penutupan rambut. Oleh yang demikian pastikan pilihan tudung anda mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.




13 comments:

  1. alhamdulillah..xpe kak, labuh macam mane pown ttp cun ;)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    Setuju dgn entry ni. Ily pun beberapa kali kne tegur dgn hubby, barulah nk ubh. Kesian hubby kne tanggung dosa isteri.
    Klu ckp mk beli tudung or bju, syarat hubby jgn singkat jgn ketat. Tutup aurat bkn balut aurat.

    Sama2 la kita ubah diri kearah kebaikan. :P

    ReplyDelete
  3. =)
    Alhamdulillah, berubah untuk kebaikan = Allah s.w.t sayang.

    ReplyDelete
  4. terim kasih sebab sudi kongsi ilmu yang sangat baik.. insyaAllah zana akan cuba amalkan.. nice sharing dear!

    ReplyDelete
  5. Good.. Berubah demi suami byk pahala tu :)

    ReplyDelete
  6. fiza pun skg belajar utk menutup aurat dgn betul...mmg dr dulu dah pakai tudung tp just tutup rambut...bukan tutup aurat...

    bg fiza aurat bkn setakat dr segi tudung tp baju, kain, seluar...kalau tudung labuh baju ketat pun tak bleh gak...byk dugaan kan elin...tp biar la fesyen ikut kita, bkn kita ikut fesyen...

    ReplyDelete
  7. yupp, me pun sedang mencuba ke arah itu. menutup yg terjojol. kadang2 kalau pkai tudung singkat sikit akan malu sendiri. tudung tutup dada lebih selesa =)

    ReplyDelete
  8. good info!! nak share kat blog saya ya. jemput lah. http://hebatkan.blogspot.com :)

    ReplyDelete