Pages

Tuesday, February 28, 2012

Konvoi Cameron Highland

Ahad singgah kejap ke Cameron Highland.
tak menginap pun. saje jalan-jalan.

bagi aku biasa jer kat sana. tak der yg menarik. Sebab tak der perubahan.
kalau di beru peluang untuk pergi lagi aku akan fikir berkali-kali kot.

aku nih mabukkk kepayang naik cameron.
anak ok jer. mak budak yg lorat muntah bagai.

bila ikut konvoi nih mmg seronok tp bila dah masing2 kaki racing mmg berrrdesauupp lah!

korang percaya tak 2 jam TAPAH - SEREMBAN????.....

AMANI tidur lena!




Apa pun memang seronok bercuti ramai-ramai nih. syokk!

2 Minggu lagi g Sepang Gold Cost pulak, Insya-Allah. sebb suami ada kerja kat sana :)

Konvoi Pulau Pangkor

Minggu lepas kami anak beranak ke Pangkor.
Itu pun konvoi dgn geng-geng suami aku.
Memang seronok lah kalau g ramai-ramaikan. jalan jauh x lah bosan.

Kami menginap di Flora Beach Resort.
rm 150 jer. sebb kenal :)

Sepatutnya KE Pulau Perhentian tp ditangguhkan ke bulan 5.








balik hari ahad. terus ke Cameron Highland. Gamba nanti senang aku upload..masa tak cukup lah :)


bg aku cameron nih x lah best mana pun. Dari dulu sampai sekarang macam tuh jer... :(
x der perubahan pun. haaaisss...


tempat peranginan untuk honeymoon ok kot. 


jom ke cameron Highland pulak!..



Friday, February 24, 2012

Food with LOVE # 11

Seperti gamba dibawah adalah...

Pavlova berperisa Yogurt!

hahhahhha...maaf lah whipping cream aku tertinggal kat tesco.
ntah macam mana blh tinggal aku pun tak paham

itu lah kalau lelaki yg beli.
tak tgk. terus kaut masuk troli.
Pavlova Yogurt. Resepi di SINI.


Malam tadi aku tak masak. ada masa aku buat lah pavlova.

habis itu jer aku makan. :)



Thursday, February 23, 2012

Simple!

Foto poyosssss!! jgn lah menyirap eh! :)

Hari ni aku simpe jer. tenyeh lipstick dan eye shadow jer.
Foundation pun tak pakai.
Sudahnya Pegawai aku kata macam mayat jer.
Muka suci selepas solat :)

Ini namanya kekangan masa!
Masa tak cukup nak prepared apa2.

Wednesday, February 22, 2012

Food with LOVE # 10

lagi menu simple..org buta pun blh buat!
penat. penat.penat

janji perut 'kenyang' dr kebulur kan.
telur hancur. Bayam tumis air. Spicy Sweet & Sour Chiken

Spicy Sweet & Sour Chiken aku amik resepi dari sini.

korang cuba. try. test lah! waalllaaa rasanya!


Food with LOVE # 9

Simple jer!
jd lah 2 anak tekak jer yg makan.
Ikan cencaru masak lemak cilipadi dan ayam goreng jer :)
tuh nampak anak dara melalakkk...mmg x senang ler aku nak buat kerja.

sekarang ni amani semakin mengada.
asik nak kena dukong jer. 

Tuesday, February 21, 2012

Food with LOVE # 8

Bila masak nih perlukan mood betul..kalau lewat mcm mana pun mood tuh ada pasti jadi jer kan..hehehe semalam aku x tau lah angin apa yg tiup aku buat lauk sampai dua selalu 1 jer.
dah lah dekat pukul 7 baru aku start masak..dgn anak lagi tp gigih nak memasak jugak.

jarang aku dapat mood mcm nih. (sebenarnya amik hati en.suami sebb minggu nih nak g berjalan lagi. Insya-Allah Pulau Perhentian.)
Ayam masak kari dengan ikan siakap stim.

Monday, February 20, 2012

Apple bakar bersama kurma

Ini menu amani yang paling simple jer!!
kejar masa nak ke majlis rasmi masa nih.. jd apa yg ada dlm fridge tuh aku buat lah.

rasa nya sedap ok!
  • Lobangkan tengah-tengah apple tuh kemudian sumbat dengan krismis / kurma.
  • panaskan oven 150 selama 20 minit
Kisar kasi halus mulus atau terpulang pada korang lah. tp kurma tuh  korang boleh potong dadu pun ok.sebb dah lembut.
Siap!! bubur tuh nanti rasa manis dari apple dan kurma.

selamat mencuba yer bagi yg tiba2 tak cukup masa tuh.

Thursday, February 16, 2012

Apa itu Rotavirus?

Sumber dari : CheNamNam
Apa itu Rotavirus

Rotavirus merupakan penyebab utama cirit-birit teruk sehingga menyebabkan tubuh menjadi kontang (dehidrasi/tidak cukup air dalam tubuh badan) di kalangan bayi. Ia bertanggungjawab kepada hampir sebahagian besar kes cirit-birit teruk yang memerlukan pesakit dimasukkan ke hospital.

Adalah dianggarkan, hampir semua kanak-kanak di serata dunia akan mengalami episod gastroenteritis rotavirus. Seorang daripada lima kanak-kanak akan membuat lawatan ke pakar perubatan manakala seorang daripada 65 kanak-kanak akan dimasukkan ke hospital dan seorang daripada 293 pesakit akan mati.

Setiap tahun, secara global, dianggarkan penyakit tersebut menyebabkan 111 juta kejadian cirit-birit akut yang memerlukan penjagaan di rumah, 25 juta lawatan ke klinik, 2 juta bayi dan kanak-kanak dimasukkan ke hospital, dan 440,000 kematian


FAKTA: Rotavirus


* Ditemui kali pertama di Australia pada 1973.

* Boleh tersebar menerusi air.

* Ia boleh hidup di atas tangan manusia dan mampu bertahan selama beberapa hari atas permukaan keras.

* Rotavirus juga boleh kekal stabil dalam najis manusia sehingga seminggu.



Gejala-gejala
 Rotavirus

Lumrahnya, gastroenteritis menyebabkan muntah dan cirit-birit. Untuk menentukan punca-puncanya, pakar perubatan mesti menanyakan sama ada kanak-kanak itu terdedah kepada salah satu punca jangkitan (makanan, minuman atau haiwan), tempoh dan jenis tanda-tandanya, kekerapan muntah atau episod cirit-birit, dan usia kanak-kanak.

Tanda-tanda jangkitan rotavirus 

demam,sakit perut, muntah dan cirit-birit berair. Cirit-birit boleh menjadi ringan, sederhana atau serius dan boleh berlanjutan sehingga sembilan hari. Cirit-birit yang teruk boleh menyebabkan dehidrasi.

Penularan Rotavirus

Bentuk utama jangkitan ialah dari najis ke mulut. Disebabkan oleh keadaan virus ini yang stabil dalam persekitaran, jangkitan boleh berlaku selepas minum air atau makan makanan tercemar dan melalui sentuhan dengan permukaan yang telah dijangkiti.

Seperti penyakit-penyakit mudah berjangkit lain, Rotavirus disebarkan daripada seorang ke seorang lain (daripada individu yang dijangkiti ke individu sihat) atau melalui pengambilan air atau makanan tercemar, atau bersentuhan dengan permukaan yang aktif dengan virus tersebut (seperti lampin, mainan, atau bantal).

Malangnya, membasuh tangan dengan betul sahaja ada kalanya tidak mampu mencegah jangkitan rotavirus kerana ia kebal terhadap kebanyakan jenis sabun dan langkah-langkah menjaga kebersihan.

Jangkitan masih boleh berlaku walaupun pada kawasan-kawasan yang mempunyai tahap kebersihan yang sepatutnya. Ini mencadangkan bahawa perbezaan dalam persekitaran (air, kebersihan dan sanitasi) tidak mempengaruhi insidennya.

Umur yang berisiko tinggi

Hampir semua kanak-kanak dijangkiti oleh gastroenteritis rotavirus dalam tempoh awal kehidupan mereka, peringkat di mana mereka mudah diserang penyakit tersebut.

* Menjangkiti 95 peratus kanak-kanak yang berumur kurang lima tahun

* Biasa menjangkiti kanak-kanak berumur antara empat dan 36 bulan. Kumpulan ini mudah terdedah dan berisiko tinggi mendapat jangkitan teruk sehingga perlu dimasukkan ke hospital

* Melibatkan semua kanak-kanak dari sebarang etnik, budaya dan sosioekonomi.

* Ia merupakan punca kematian kira-kira 440,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia.

Komplikasi

Rotavirus boleh berubah menjadi komplikasi yang teruk dalam masa yang singkat memandangkan jangkitan virus ini yang boleh menyebabkan kehilangan bendalir badan yang banyak.

Jika jangkitan rotavirus tidak ditangani segera, ia boleh mendatangkan akibat yang serius seperti penyahhidratan yang boleh menyebabkan hipovolemia (suatu gangguan yang memperlihatkan jumlah darah yang beredar makin berkurangan), kegagalan peredaran darah malah, kematian.

Kanak-kanak lebih berisiko mendapat komplikasi serius dan kematian akibat jangkitan rotavirus berbanding orang dewasa.

Apabila digabungkan muntah yang kerap, cirit-birit yang berpanjangan boleh menyebabkan penyahhidratan serius dan membahayakan.

Kanak-kanak yang tidak mendapat terapi penghidratan mulut ataupun intravena bagi kes-kes yang lebih serius, mahupun jagaan hospital, boleh mati kerananya.

Apakah yang patut dilakukan dalam tempoh jangkitan?

* Berhati-hati dengan tanda-tanda awal penyahhidratan iaitu hilang selera makan, mulut kering dan kerengsaan

* Kerap membekalkan cecair kepada kanak-kanak yang dijangkiti untuk menggantikan kehilangan bendalir dalam badan ekoran muntah dan cirit-birit.

Apabila kanak-kanak dijangkiti rotavirus dan berada dalam peringkat serius, menjadi satu perkara biasa jika pesakit muntah dan cirit-birit sebanyak 20 kali sehari.

Sehubungan itu, adalah perlu untuk memasukkan kanak-kanak terbabit ke hospital bagi dibekalkan cecair secara intravena (suntikan dalam pembuluh darah).

Kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus biasanya mendapat rawatan sokongan bagi mengawal gejala-gejala dan komplikasi penyakit itu. Penyahhidratan selalunya dikawal melalui terapi rehidrasi/penghidratan semula melalui mulut.

Bila perlu berjumpa doktor

* Jika kanak-kanak gagal mengekalkan kandungan cecair bagi tempoh lebih 24 jam

* Jika kanak-kanak terbabit ternyahhidrat

* Jika muntah-muntah lebih daripada tiga jam

* Kanak-kanak yang dijangkiti itu mestilah tidak diberikan sebarang ubat-ubatan untuk menghentikan cirit-biritnya kecuali yang diarahkan oleh pakar perubatan.

Langkah mengelakkan Rotavirus

* Sentiasa basuh tangan sebelum menyentuh makanan

* Masak air sehingga mendidih terlebih dulu sebelum diminum

* Elakkan berkongsi makanan dengan pesakit Rotavirus.

* Orang ramai disaran supaya memasak air walaupun menggunakan penapis air kerana Rotavirus boleh melepasi tapisan sedia ada.

Kita pasti sedih kalau anak kita macam nih kan. tiub sana sini.
Ya Allah jauhkan lah penyakit-penyakit ini dr kami.
Berdoalah untuk dijauhkan penyakit yang membawa maut ni.

Wednesday, February 15, 2012

Seharian di Rumah

Hari nih aku amik cuti jaga amani.
tak berapa sihat sebab batuk.. :( sedih bila amani batuk jer.

makan pun yg rebus-rebus jer.

ok! apa aku buat selain jaga anak, selain FB, selain blog? hehehe

setelah penat g bercutikan apa lagi..kena lah bayar hutang-hutang kat rumah ni.
aku buat breakfast yg mcm2 ada tuh dengan sosej, roti telur bersalut telur dan  keju, baked beans, ayam goreng.
petang : aku buat Tiramisu comot :)
Ini hutang-hutang aku yg terbengkalai selama 2 hari :)

malas pulak esok nak start keje.. :(

Tuesday, February 14, 2012

Genting Highland

1st time bawa amani kat sini..kami dah berkali2 tp dulu lah masa belum ada si kecil nih.

Weekend kami habiskan masa di Genting Highland.
menginap di 1st World Hotel
2 hari 1 malam jer.

memang org akan kata "ala membazir jer ko g bawa budak kecik..dia x tau apa2"
bagi aku itu semua tolak tepi.
apa yang aku nampak amani memang happy!! terjerit sana sini. semua nampak nak naik.








Next trip ke Pulau Perhentian pulak :)

Monday, February 13, 2012

11 Months!

Fuuh!! macam tak percaya bulan depan jer dah setahun!
belum plan apa-apa untuk birthday party Amani belum tau lagi macam mana.

sebab selang 1 hari jer anniversary kami yang ke 2 tahun.
I am 11 Months Old OK!!
Pertama kali buat Amani :

  1. Naik tangga dengan sendiri nya. nasib baik cepat perasan. dah 5 anak tangga memanjat.
  2. Pergi swimming pool (Family Day di PD).
  3. Bawa pergi Genting Highland. (Kali ke 2 travel bawa amani)


Development Amani :
  1. Perkataan 'mama', 'papa','mak' semakin clear dengan penyebutannya :)
  2. mula memahami setiap perkataan yang mudah seperti "no", dan arahan seperti "pick up the ball"
  3. kalau berdiri tuh dah boleh stabil. (cuma penakut jer nak jalan)
  4. suka bermain dgn kengkawan seusia dia.
  5. dah pandai tuuuunnjjuuuuk apa yg dia nak! ini bahaya ok!. kalau pergi tempat toys kompemm jari lurus tunjuk!

Jari jemari yg cute.! Masa genap 11 bulan hari sabtu tuh g celupkan! :)

Friday, February 10, 2012

Family Weekend

Entry basi dan masam.
last week bawa mereka makan-makan pulak.
lepas tuh mak aku nak jalan2 kat MBMB..so kiteorg pun bawak kan lah.


apa lagi camera mmg x pernah tinggal. kalau keluar rumah camera pasti di usung sekali.
Kesayangan aku!. Inilah lah emak dan ayah aku :)
jarang aku rasa update ttg mereka kan ;p
yer lah lagi2 sejak dah kawin nih.
Ini??..si gedik berdua nih..si baju biru kakak adik aku no 2. dah keje kat pasir gudang.
ada sesape berkenan? meh isi borang dulu.
dia nik kalau x der aku rindu sgt..tp kalau balik bercuti kiteorg selalu gaduh!
hahahhhaa..sejk kecik mmg mcm ni.
Ini jer lah keluarga kecil aku. eh! yang bongsu lelaki x der dlm nih.
dia asik futsal jer.

ok sekian terima kasih.

Thursday, February 9, 2012

Food with LOVE # 7

Ini menu en. suami malam td.
Mudah. Cepat. Sedap!

sebelum nih aku memang masak mcm biasa cuma malas nak update jer.
cuma bulan 2 nih aku rajin nak amik gamba lak.
hihihi.. buang tabiat ker?
*** Ikan goreng berlada tuh letak hirisan daun kunyit sedap rupanya atau hirisan daun limau purut..terangkat mak!

Food with LOVE # 6

Buat untuk malam tadi..bahan semua depan mata terus ler gentel begedil nih.
tapi agak garing sgt..;p



Resipi Bergedil Salmon dengan Sweet Potato dan Broccoli

  • 2 biji kentang di rebus dan dilenyek
  • Puree Broccoli
  • 1/2 cawan isi ikan salmon ditumbuk/diblend
  • sedikit parutan kulit lemon
  • Sedikit Origano
  • unsalt butter
  • sedikit tepung gandum / boleh digantikan dengan serbok roti
  1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
  2. Bentuk-bentukkan mengikut saiz yang digemari.
  3. Goreng di dalam minyak panas sehingga agak garing. Elakkan menggoreng terlalu lama takut bergedil akan mulai pecah.

Wednesday, February 8, 2012

Puree untuk Amani

nih aku buat basic puree jer. tapi kali nih texture kasar sikit dari sebelumnya yer lah dah 11 bulan kan. kang bagi terlalu halus mcm baby pulak. hihihi
sweet potato, carrot, broccoli, cauliflower

Tuesday, February 7, 2012

Kelab Taat Suami Lancar Kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam"

BIADAP!!!

cerita lanjut esok!! buat malu nama taman aku jer!!!!


Kelab Taat Suami melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul semalam!!

dalam KOSMO ada. sila-sila lah baca yer.

Monday, February 6, 2012

Food with LOVE # 5

Menu nih x berapa jd sangat sebab aku kurang letak tomato..yang nampak brokoli jer kan! haaiss..x per lah janji amani makn habis. itu pun sekarang dia dah pandai makan memain.

kemam dalam mulut lama2 lepas tuh baru talan. sabar jer lah!
tadi baru g tesco beli salmon. masih merah baru sampai kot. tuh pun berebut td sebab tak banyak.
Lunch : Salmon grill masak tomato (kurang tomato :) ) dan bubur ikan bilis.
Resepi dari blog saya hot.

bahan untuk grilled salmon masak merah

  • puree tomato
  • puree labu
  • puree carrot
  • serai
  • halia
  • bawang merah
  • bawang putih

bahan untuk nasi
  • rempah 4 beradik
  • unsalted butter
  • puree ikan bilis

selesai.!
siap-siap nak bawak amani jalan2 petang nih.

Food with LOVE # 4

Salam Maulidul Rasul buat semua. :)

Pagi nih x der yg menarik cuma aku nak update breakfast amani jer.
breakfast yg paling simple sahaja. miauuu..miaaaww..
Green Veggie Pancake atau LEMPENG!
Bahan-bahan :

  • Broccoli, cauliflower, carrot
  • sedikit tepung gandum
  • 1 biji telor
  • 1 biji bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • olive oil
  1. Cincang semua sayuran, bawang putih, bawanag merah
  2. masukan telur dalam sayuran cincang dan sedikit tepung
  3. panaskan kuali untuk buat lempeng 
  4. masak setiap 2 minit. terbalikan jika dah kekuningan.
  5. hidang dengan jem epal (buat sendiri jer)
  6. kalau rajin buat lah stawbery ker...pear ker..yummmy!! yummy!
ok sekian terima kasih, nak prepare untuk lunch pulak. :)


Saturday, February 4, 2012

Food with LOVE # 3

Hari nih masak untuk amani jer. sebb en suami keje.
jd aku pun main ler masak-masak kat dapur.
sementara aku masak amani bikin projek kat depan. mengemas!.
Breakfast Amani : Puding Roti bersama pisang
Puding roti kali nih aku bakar...bakar lagi sedap dari kukus sebenarnya :)
Resepi sama macam aku buat yg lepas. Resepi Puding Roti.
Kalau nak bakar panaskan oven dgn temp 160 selama 10/15 min ok

Lunch : Bubur Brokoli dan Kentang Bakar dengan keju

Bahan-bahan Kentang Bakar:
  • Kentang Russet / apa sahaja jenis kentang (dipotong 6 bahagian)
  • Cheddar Chesse untuk topping
  • Dried Parsley
  • Kertas Aluminium
  • Panaskan Oven 200 c.
  1. Rebus kentang terlebuh dahulu baru lenyek-lenyek
  2. Lenyek-lenyekkan isi kentang sehingga hancur. Kemudian masukkan cheddar Cheese, daun sup dan dried parsley. Gaulkan rata2.
  3. Kemudian masukkan semula isi kentang tadi ke dalam kulit limau. Balutkan kentang dengan kertas foil dan susunkan di atas dulang pembakar. Bakar selama 10-15 minit
  4. Keluarkan kentang dari oven dan taburkan lebihan keju parut dan bakar semula sehingga keperangan
  5. Setelah masak, keluarkan dari oven, sIAP!! kentang tuh nanti ada rasa limau :)
Selamat Mencuba dan Berhujung Minggu.

Thursday, February 2, 2012

Food with LOVE # 2

Makan malam nih simple jer. :) aku balik lambat jd amik bahan-bahan yg senang jer.

Sambal Tauhu dengan Bijan
Kalau ikut tuan puan resepi guna fishball, tapi aku tukar guna tauhu putih.
itu jer yg ada dalam peti sejuk.
Ayam Drumet masak Sweet Sour.



MBMB - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Ini last week punya aktiviti malam minggu kami. 
Terperap dalam draf sekian lama.

kali ni di MBMB - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Masa nih baru lepas makan-makan dengan keluarga mertua.. jadi kami singah ler bawak kanak-kanak kesini. 
malam memang happening giler lah sini. ramai family datang beriadah.
sebb ada playground untuk budak-budak. 

dekat dengan JJ, Parkson, Mcd.
kalau keluar Tol  Ayer Keroh memang akan jumpa lah MBMB nih.
MBMB - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
seronok malam minggu keluar bersama-sama.
Gelagat Amani yg konon-konon nak berjalan. tp masih takut-takut.

Ipar duai dan anak buah!  superb!

Tenang.

Perjalanan balik kerja aku memang tenang, aman, damai jer.
Tiada kesesakan lalu lintas langsung.



sekian terima kasih.

Food with LOVE # 1

Hari nih start dgn menu khas untuk suami dan sampingan untuk anak.
Kata Bulan Kasih Sayang kan :)

Menu suami : Kentang Bakar bersama Tuna dan Cheese
Menu anak : Roti Bakar dengan Kuning Telor.



 Resipi Kentang Bakar Bersama Tuna dan Cheese
  • 5 biji kentang-dikupas dan dipotong panjang
  • 1 tin tuna
  • 1 ulas bawang putih-dicincang
  • 1 bawang besar-dipotong dadu
  • 1/2 tin tomato puree
  • sedikit garam
  • sedikit daun oregano kering
  • serbuk lada hitam
  • serbuk lada putih
  • 4 cendawang butang-dipotong
  • cheese yang diparut (jenis apa pun tak apa. Kami tambah mozarella juga)
  1. Panaskan oven ke 200 degree C.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  3. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
  4. Masukkan kentang dan cendawan. Goreng lebih kurang 10 minit.
  5. Masukkan tomato puree dan gaul sekejap. Tambahkan oregano, garam, serbuk lada hitam, serbuk lada putih. Kacau sekali sekala lebih kurang 5 minit.
  6. Masukkan tuna dan kacau lebih kurang 2-3 minit.
  7. Pindahkan kentang tuna tadi ke dalam ovenproof container. Taburkan cheese di atasnya.
  8. Bakar selama 20-25 minit. Siap.
Menu Amani : Roti Bakar bersama Kuning Telor
Ini bukan menu special...nih supaya bila kami mkn amani tak ganggu. :P