Pages

Wednesday, November 30, 2011

Kemaruk Headband!

Semantara tunggu nak pukul 5 nih aku sempat lah order online headband!!..

headband..headband..

yer lah korang sedia maklom lah anak aku tuh rambuh payah sgt nak tumbuhkan, jd penyeri kepala dia tuh headband ler. :P

sian Nur Sarah Amani.


http://www.ohbabygirlboutique.com/
http://www.ohbabygirlboutique.com/

A Wedding

Syukur alhamdulillah, kawin dah kawan aku tuh.
kalau dulu masing-masing tunggu siapa khawin dulu, yg pecah kan tradisi aku ler..gataaiii kawin usia 24 tahun.
'dah kawin kena dduk bawah!!'...cilakkakk korang!
selamat pengantin baru ila!
Anak dah melalak kepanasan mama tetap lorat kan nak posing..
Masa aku kawin dulu x do pun silat2 nih.

semoga kekal abadi. dan patuh kata suami ok..:)
agar dapat baby secepat mungkin..

Wordless Wednesday : Love the smell of baby

Rindu. :)
Nur Sarah Amani - beberapa jam selepas keluar dr oven!

Tuesday, November 29, 2011

Majlis Hi-Tea Titian Kasih anjuran Intervensi Autisme Nasom Melaka

Ahad 27 November 2011
Dewan Banquet Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka.

kami sekeluarga dijemput menghadiri hi tea titian kasih anjuran intervensi Autisme Nasom Melaka.
abang Ipar & Ibu Mertuaku. (Kesayangan semua menantu tau)
Berbaris nak nyanyi lagu birthday.
Yang baju cekelet tuh tak masuk list tau. Mereka ank buah aku.
Majlis potong kek sempena Hari Ulangtahun Datin Sri
Mohammad Ammar Danish.
Dia nih speaking 24jam!. jgn main2, walaupun dia  salah seorang Autisme.
Salah seorang kanak-kanak Autisme.
Pandai nyanyi lagu Mahir zain. Ada album tau.
Sokongan moral oleh Ketua Menteri Melaka.
Kanak-Kanak Autisme yang sangat comel.

Show me your Eye sayang.

semalam punya cerita. ;p

Amani nih dah macam-macam perkembangan aku tgk pada diri dia.
ada jer perangai baru atau telatah dia buat aku dgn suami tidak jemu untuk menyakat.




Amani nih kalau dgn org memang sgt-sgt 'sombong'.
senyum ker..gelak ker..memang payah lah. mak aku kata dia nih sebijik ikut perangai aku masa kecik-kecik.
bila org nak dukung asik melalak jer.

Sunday, November 27, 2011

Driver baru kami!!

1st time aku masuk kan Amani dalam nih :P 
bukan apa..masa aku beli barang Amani asik  duk perhatikan game nih lepas tuh meronta-ronta nak kesana..




Add caption
terserlah ler kegembiraan anak aku nih.
nangis bila nak balik..hhuuii aaaiii x kan nak bermalam dekat mall pulak..

huh!.. lepas ni klu nampak game habissss laaa mama kamu nih asik kena standby duit syiling ler...huhuu

Thursday, November 24, 2011

Masa susah baru ingat Kawan!

Kawan.
Tau maksud Kawan? Friend?.. kelik sini.

Tujuan aku post nih aku nak tanya pendapat korang tentang kawan, sahabat atau apa2 lah.

aku nih selalu kena macam nih. bila org tuh susah mereka akan carik.bila senang lenang meseg pun x nak kan!.
so, tgk sekarang mcm mana??

dia nih antara kawan 1 kolej dulu lah..rapat? hanya 40% jer kot.
aku nih tak berapa percaya dgn istilah kawan rapat cukup apa yg terjd dulu.
aku lebih suka kawan ramai-ramai. kecuali mereka ni. :) walaupun kami berjauhan tapi kami bahagia.
dapat jer meseg  nih aku memang dah pelik..dan aku dah boleh baca hajat dia.
....kan..kannnnnnn..bil apa sampai 500 ratus?
Kalau aku tak kasi pinjam apa lah dia kata kan...

500??..korang ingat aku kasi ker??..aku kasi 100 jer.
aku cakap ler aku nak pakai duit..bukan kedekut. banyak faktor aku x kasi sebab.

  1. dia nih bukan selalu jumpa. kalau buat x bayar nanti.amacam??
  2. tak boleh nak bagi muka dgn org2 mcm nih. nanti sekali mintak dapat lepas tuh mintak sekali lagi..mana tau kan.
  3. aku kenal sgt dia mcm mana. bnyak bg alasan last min.
  4. aku jenis tak reti nak mintak sepuluh kali hutang..lagi-lagi org liat nak bayau hutang
  5. bantak wehh 500!!...aku boleh beli handbang ker..kasut ker..beli kain ela ker..haa..so disitu aku mmg x nak amik risiko.
aku nih memang tak bleh tgk kengkawan susah..lagi-lagi kalau si suami pemalas nak kerja!..tak de duit nak sara anak bini makan.

berbaloikan aku kasi 100 jer dari aku tak kasi. sekurang-kurangnya aku meringankan beban dia lah. suami dia kan ada. :))





Wednesday, November 23, 2011

Rumah wangi Suami pun sayang.

suami balik kerja mesti lah nak kena sambut kepulangan dia kan. Selain rumah kemas, masak untuk dia, wangi-wangi, anak semua dah siap-siap bagi makan, suami mesti diberi layanan yang istimewa.

bila Kaki kanan suami jejak jer rumah.. ''hmmmm wangiiii rumah aku''. akan terus menerus hilang segala penat dia bekerja seharian, dia pun akan senyum lebar.

cuba kalau rumah bau masammm..tengit..bau kencing budak..bau hapak gerenti muka suami macam hampehkan. :) lagi lah rasa berguni-guni penat dia.
isteri yang bekerjaya haruslah pandai memainkan peranan untuk suami tercinta. :)

Lovely Lace - Tiger Lily

nih aku beli dekat lavely lace, Dekat JJ ada. Pelbagai jenis haruman ada semua bau yg menyenangkan.


bauan nih macam therapy minda tau tak.relax jer... :)


korang cuba lah.

Tuesday, November 22, 2011

Monday, November 21, 2011

Cari kunci kereta dalam solat!!

pernah tak korang alami macam aku tadi??



tadi tengah solat Zohor, tetiba satu perkara dtg dalam otak fikiran aku sewaktu solat zohor.

"kunci kereta"

memang tadi aku cari kunci kereta, tp bila turn aku nak solat aku tinggalkan kejap, konon lepas tuh aku cari lah..
setiba rakaat ke2 tiba2 kunci kereta datang, siap boleh pk mana last aku letak, pukul berapa, dekat mana..eh macam2 lah.!! sampai rakaat ke3.

tak kusyuk ko!!.
aku boleh berkhayal dalam solat tadi. 
dasyat sungguhkan godaan syaitankn


terpaksa buat balik.. :/




Semalam

Setiap hari minggu pasti lah bawa Amani jalan-jalan, 
sebab papa Amani seorang yang busy pd hari biasa. Sampai rumah dah pukul 9 itu pun kalau Amani tak tidur lagi lah.

Aku rasa macam satu kewajipan pulak keluar hari Ahad nih! :) yang ianya aku yg nak melangok kasi ler alasan nak bawa anak keluarkan.
aaalaa korang pun mcm tuh gak kan..nak ker terperap kat rumah kalau hari minggu??...;p

gigi bawah dah nak nampak 2 batang, tp masih samar2 lagi!
dedua aku sebat!.. sedap!! Chocolate Indulgence dgn Mango Delight.
cawan tinggi, Caffe Latte. itu mama Amani yang punya... yang cinonet tuh Espresso papa Amani ler.
:) alhamdulillah. Ubat diet!

sempat g sevey henpon Samsung pujaan hati... ternyata lagi best dr Nokia!
Inshallah, tak lama jer lagi.. ;p

Amani semakin hari semakin banyak perangai.

sekian.

Saturday, November 19, 2011

Tutup aurat ker balut aurat???!!

Ini teguran suami untuk isteri. aku ler tuh..
tadi aku nak keluar rumah nak g beli kentang dekat kedai belakang rumah jer,
aku pun pakai cincai jer.

baju T-shirt saiz s labuh paras punggung, seluar legging warna cekelet..

'"ewah..ewah..nak g mana macam nih??..nih ler contoh perempuan akhir zaman!!! nama jer pakai tudung, nih bukan TUTUP AURAT TAPI BALUT AURAT !! ibarat pakai baju tapi bertelanjang....jalan pergi tukar sekarang!!.. "

errkk rasa tercekik dan x bernafas kejap aku tadi.
tak pernah ok kena tengking macam tuh!. Yerlah belakang rumah jer pun.selangkah dua dah sampai.dan aku pun x pernah pakai mcm tuh lah keluar rumah.


tapi apa suami aku kata tuh mmg betul bila aku fikir balik sekarang nih memang ramai wanita dekat luar sana fesyen mcm ni..ada tuh dah cantik pakai tudung molek, ayu, cantik..tapi baju ketat atas punggung seluar pun ketat metat.




sebarang info korang boleh lah search ok sebagai rujukan.
aku cuma share kena tegur dgn suami jer .hihih..


have a nice day!



Wednesday, November 16, 2011

Bubur Oat


Bahan-bahan :

  1. Cawan Oat masakan
  2. Sayur - sayuran (terpulang pada korang)
  3. 1 Ulas bawang merah
  4. 1 ulas bawang putih
  5. 2 cawan air
  • masukan oat dengan air
  • masukan bawang putih, merah dan ikan bilis (jika perlu)
  • sebelum mendidih masukan carrot
Selamat Mencuba!


Tuesday, November 15, 2011

Melaka River Cruise

Ini salah satu tempat di Melaka, dipanggil Melaka River Cruise.
kalau waktu malam memang syok weh!!
macam-macam kaler ader.

ini ler diantara tempat aku suka berdeting dulu. tgk boat lalu lalang sampai naik jemu.
apakan daya itulah dulu zaman berdeting, sekarang pun berdeting jugak kat sini tapi kali nih bertiga. Ada Amani.
Melaka River Cruise

Eye on Melaka ( belakang tuh)
Perkara wajib. mama n amani..;p


Siapa kata melaka tak best??? siapa kata?? meh aku kuuuttttiii peha dia..hhahhaa
tak lama lagi ada muzium kapal selam tau..!!
Maju tak Melaka!..


Day 9- A picture of the person who has gotten you through the most.

i LOVE THEM A LOT!

EN. MOHD ALI BIN HASSIM & PN. NORMALA BT ABD. SAMAD






Next: Day 10  - A picture of the person you do the silliest things with..

Monday, November 14, 2011

Perlu ke KECOH dalam Facebook!!

" kesian suami kau! sekarang semua kengkawan kau dah tau suami ko pemalas nak bangun kasi anak susu,!!
sekarang hati kau puas tak, kau dah bagitau semua orang???"


korang jangan jadi macam kawan aku nih eh!! siap nak post dalam facebook ttg laki dia! 
apo lahhh...


cuba fikir positif ler mungkin laki kau tuh penat keje kan.


tapi tak perlu ler ko nak kacoh macam niih kan..ko dah jatuhkan air muka laki ko.


hmmm....




sekarang mood aku malas. korang?

Sunday, November 13, 2011

Habit Nur Sarah Amani

Hi! Morning semua. Weekend ni apa program korang?
shopping?, bawa anak/suami jalan-jalan?, busy dengan kenduri khawin....
aku tak tau lagi, rasa tengahari kang nak pi main paintball, lama gile tak g marker pun dah nak berkarat dalam store tuh!!!

ok, korang tgk gamba yg aku dah bulat kan kaler merah tuh,
tuh ler tabiat ank aku yang suke kuti..kuti isi jari dia.

Habit terbaru! Anak korang ada tak 'treadmark' macam nih????







aku risau sampai ketua pulak perangai kuti mengkuti nih. Tak tau ikut perangai siapa..kiteorg?? eeehhh.....ofcoz ler tak!
Selalu aku jentik-jentik tangan cinonet dia ni, geram lak aku tengok kan.


macam mana nak atasi nih? ada cara tak?....

Friday, November 11, 2011

8 Months

11.11.11 - 8 Months
Masih belum merangkak lagi :(, tapi duduk dah tegap!.
Gigi pun belum nampak lagi, bilA senyum macam tok yang!.huuhuuh
dah pandai kenal orang, mulut semakin hari semakin bising.
Nur Sarah Amani Stats :8 kg & 68cm
Nasi, Sup sayur, sup ikan merah, sweet potato, semua tuh kegemaran Amani. Segala buah-buahan pun Amani suka.
bubur lecet2 nih dia dah tak ingin lagi. tp nasi tuh kena ler lenyek2 kasi lembik2 sikit kang tercekik lak kan.

6oz setiap 3/4 jam!

 Pertama kali buat Amani.

  1. Bawa pergi pantai.
  2. Makan bubur Mac D. (Sikit jer bg rasa)
  3. Berdiri / memapah di kerusi atau yang jd  mangsa mama n papa ler.
  4. Sebut hiisss...(fish), poo poo, paaappaa, 
  5. Throw and drop benda2/permaianan perkara biasa dah.
  6. "clap..clap" dah tau how to clap.

(check out sara at 1 month2 months3 months4 months5 months6 months, 7 months)