Pages

Thursday, April 26, 2012

Food with LOVE # 15

Lagi makan malam yg simple lagi enak dan sedaaaappp :)
bukan malas tau..kkdg tekak nih tak nak makan yg berat2 jd kena lah search menu2 yg simple kan.
nasib baik lah suami nih bukan jenis 'pemilih' bab makanan TAPI yang penting KENA MASAK.
alasan dia yg blh diterima pakai 'MASA BUJANG DAH BOSAN MAKAN LUAR'


bahan-bahan mudah jer.
Butter Honey Lemon Chicken
Sumber dari : Cikmin.com


BAHAN-BAHANNYA :
ayam, potong ikut suka, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam

1 ulas bawang holland
2 ulas bawang putih
2 cm halia
lemon (perah stgh biji pun ok)
2 camca besar cili sos
3 camca besar madu
1 camca teh serbuk lada hitam (jika perlu)
2/3 camca besar butter
Garam secukup rasa
Air secukupnya



CARA MEMBUATNYA :
  1. Ayam digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan. Tinggal kan sedikit minyak dalam kuali yang sama.
  2. Tumis bahan kisar dan cili kisar mengunakan butter, masukkan sos cili dan madu dan sedikit air, biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan hirisan cili, gaul rata dan masak hingga pekat dan masukan perahan lemon. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan.

6 comments:

  1. nampak sedap sangat....hehehe

    ReplyDelete
  2. suami niza pun tak suka mkn luar sebab kalau masak boleh makan banyak...kata dia.

    ReplyDelete
  3. kena guna cili kisar dgn cili sos jugak ye?

    ReplyDelete
  4. nyum nyum!

    boleh try nie...husband u sama mcm husband ai, x fussy bab makanan :-)

    ReplyDelete
  5. macam mengancam je lauk ni.. bleh la betty try..
    thanx elin for sharing the resipi..

    ReplyDelete