hi, salam jumaat semuanya.
Hari nih dekat ofis korang tazkirah tentang apa? dekat jabatan aku buat tentang..
ok bila dah baca..meh aku nak jamu mata korang pulak..tp bukan tekak. ;p
malam tadi ntah kenapa aku rajin sgt buat kek baldu merah nih
percubaan pertama.. aku buat kecikkk jer.
![]() |
Slice yang pertama haruslah untuk aku.. nak rasa sedap ker tak..tp ternyata mmg sedap! nanti blh buat untuk amani kan :) |
![]() |
Kek ni moist tau...bila potong tuh syookkk! |
Resepi asal dari : dhieranottie Bahan A: kek2 1/2 cawan tepung kek 1 sudu kecil serbuk penaik 2 sudu besar serbuk koko (van houten) 2 oz pewarna *kalau tak tahu oz, agak-agak saja. 1/2 cawan butter 1 1/2 cup gula 2 biji telur (suhu bilik) 2 sudu kecil esen vanila 1 cup buttermilk (suhu bilik) *boleh juga buat sendiri. kalau nak, emel saya atau tinggalkan emel kamu di ruangan komen. 1 sudu kecil cuka putih 1 sudu kecil sodium bikarbonat/ baking soda Bahan B: Cream cheese frosting 2 buku cream cheese (dilembutkan) 1/2 cawan butter (dilembutkan) 2 sudu kecil esen vanila 2 cawan gula icing (diayak) *kalau tak suka manis boleh kurangkan, saya mesti kurangkan Cara buat kek 1. Sapukan butter pada 2 loyang bulat atau 3 loyang bulat yang sama saiz 2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius 3. Ayak tepung kek + serbuk penaik. 4. Dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga pes tidak berketul. 5. Dalam satu bekas besar, pukul butter + gula sehingga kembang. 6. Masukan telur satu persatu dalam bekas besar. 7. Masukan esen vanila + pes koko merah dan gaul dalam bekas besar. 8. Perlahankan mixer. Masukan 1/3 daripada tepung dan pukul rata. 9. Kemudian masukan 1/2 daripada buttermilk dan pukul rata. 10. Ulang langkah 8 dan 9. 11. Campurkan cuka + baking soda dalam bekas kecil. Nanti akan berbuih. 12. Cepat-cepat campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukan dalam loyang dan bakar. 13. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. * Kek ini moist, jadi kena cek awal. Bila cucuk dengan lidi dah bersih, keluarkan dari oven. * Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. * Pastikan kek sudah betul-betul sejuk baru letak frosting Cara buat cream cheese frosting 1. Pukul butter + cream cheese sampai halus 2. Perlahankan mixer dan tambah gula icing + esen vanila Untuk letak frosting 1. Terbalikan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas. 2. Sapu frosting di bahagian rata kek. *Lagi tebal lagi sedap 3. Letak kek yang kedua ata kek tadi. Bahagian rata menghadap bawah. 4. Sapu frosting di seluruh kek. |
jom try
ReplyDeletewalah...look tasty..cemburunya sayeeee
ReplyDeletesedapnye kek red velvet..next week nk balik kg nak wat:)
ReplyDeletenampak sedap. mmg suke sgt kek RV =)
ReplyDeletealooooo....nmpak sedap sgt tgk pepagi nih....klau la leh cubit skit kt sni..hehehhe :))
ReplyDeleteharitu teringin gak nk wat red velvet cake.sbb x penah mkn.huhu.thanks for the recipe!
ReplyDeletehr tu kite buat pun cm ala2 ni gak,
ReplyDeletekaler bright red xsilap,
tp byk guna pewarna STAR brand tu la :)