Pages

Thursday, May 31, 2012

Bubur Durian



semalam tekak terasa nak makan bubur durian.

tetiba pagi ni ada depan mata!...ada kakak opis ni buat kan.
kalau makan durian jer memang aku tak lalu. tapi ada bubur memang laju.

dah setahun kot tak makan bubur durian ni.hahahhha..meragam lak tekak ni.






Wednesday, May 30, 2012

WW : Crazy in LOVE

Sejak menjak ni. kegilaan yg amat sgt. pantang nampak.
'Chocolate + oroe'

Tuesday, May 29, 2012

Gadis Muslimah Terlampau!!

Terlampau. Melampau.

Jangan tiru seperti saya :)


update : Father's Day Promotion

Monday, May 28, 2012

L’Oreal Warehouse Sale

Sale...sale...sale...
:) senyum lebar lah kalau sale.


ari tuh fiza ada bg link melaka buat warehouse sale rupanya. less 60% ok!
aku langsung x tau. padahal banner sana sini tergantung.


tq lah fiza yer :) kalau x melepaassss! masa tuh pun berpinar2 mata sebab semuanya murah.


fiza sempat lah juga kirim :)


sabtu aku bawa sekali amani...haaaaa....kebebasan paling besar lah. sana sini lari.
balik rumah pengsannnn. sebab marathon dgn mama.

cuaca memang sangat baik. redup sahaja.

selesaai.
sekian terima kasih. :P

Thursday, May 24, 2012

Putih Itu Bersih!

antik.klasik.rare.
itu yg aku nampak pada semua gamba dibawah nih.

dari dulu sebenarnya aku memang minat kalau rumah kaler putih.
tp biar kena dgn perabutnya lah.

kang main hentam masuk perabut dah tak cantik rupa rumah tuh.
silap-silap macam muzium pulak.

kalau korang ada barang-barang rare mcm nih mmg bertuah lah.!

ni kalau Liza Razak nampak depan mata kompem mengangkut! :) peace my dear!
atuk nenek korang ada lagi simpan katil mcm nih x?? meh nak beli..aku ada extra bilik. ;p
nice kan :)


Lunch sepatutnya pi keluar makan.
tp aku sibuk search yg bukan-bukan.

sumber di sini.

Kalau tak malu makan lah!!

:) sampai rumah. bukak pintu. waaahhhh...ada mini donut lah.

ni sekali aku sentap habis licin.
ini semua kerja laki aku lah.

memula hati mmg munga-munga.....sekaaliii.... ada nota khas untuk aku.
sikit pun mak jemah tak heran dgn nota ni. :P
Hampir selesai ok :)
 apa pun terima kasih lah wahai en.mystery! (ha!! awk skodeng lagi blog saya ;p!)
 jap lagi sy tinggalkan kotak jer untuk awak eh.



Tuesday, May 22, 2012

Skandal Cinta!

Bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi! (harap faham ini ya ;p)


aku nak minta pandangan korang tentang isu ini.


'ada perempuan sengaja buru suami orang' atau 'lelaki buru isteri orang'



skandal yg pertama,untung sabut timbul...untung batu,melara si salah sorang..
skandal kedua,bangkai walau ditutup macam mana pon lama kelamaan diketahui juga :)





apa pandangan korang tentang isu ini...
boleh tak korang share atau korang ada pengalaman yg terjadi di pejabat/keluarga/apa2 jer :)

Sunday, May 20, 2012

Emotional

Apa kaitan tajuk dgn gamba kat bawah nih ek...

skg mood kurang enak rasanya.
malam-malam mcm nih layan anak sampai pengsan.
sambil tunggu keputusan MANIA.

apa yg aku jangkakan merosot. ;p
bg aku Jac yg layak menang....2nd Hazama...3rd Hafiz..

tp sebaliknya. haaaisss... 

layan amani pun ad mendatangkan hasilkan.


Friday, May 18, 2012

Estee Lauder -Projectionist Mascara

ok..lagi nak share ttg mascara. aku mmg penggiat pakai mascara juga.
yang ini aku baru jer pakai.
kan ari tuh beli lipgloss aku rembat sekali nak try yg brush mcm ni pulak.

dan apa yg penting mudah aku nak remove (tanpa makeup remover) bila nak solat. cuci muka terus hilang..

so far ok dan yg paling penting its doesn't smudge!!


sorry lah aku tak upload pic hasil dr EL mascara ni. sebb tadi member aku tegur

" lin..ko tak pakai eye makeup remover eh?!...cuci je eh.."

jd inilah yg aku pakai wahai kak zalina :) (dia ni silent reader rupanya). huh jumpa jer blog aku kan...

Thursday, May 17, 2012

Lip Gloss : Sexy untuk Husband jer!

semalam remove 'sesawang' yg menginap secara free masih belum selesai.
ramai rupanya aku boleh tak perasan.
kalau ikutkan dah pencen lah.hahaha

ok, hari ni saje aku update Lip Gloss ni.
warna-warnanya mmg seksi lah bagi aku. jadi aku grap semuanya :)

nyumm...nyummm...
yang aku beli Lip Gloss Clinique dgn Estee Lauder
1. Raspberry - Estee Lauder
2. Extravagant Pink Shimmer - Clinique
3. Cabana Crush - Clinique


aku lebih prefer lip gloss dr lipstick for daily use. mengancammm ko! hehhe...
dalam masa yg sama kasi bos-bos ko puji lah..hahhhhahaha..tp bukan untuk mengorat suami org pulak..a.k.a bos..bahaya tuh. kang terbalik bijik mata bini bos ko.


sebab tempat aku bos jumpe setiap hari..setiap masa..setiap minit. haaa...untuk ketihatan maintan lips ko mestilah ceriakan..bukan pudar jer. mcm mana nak dapat APC nanti.lllalllaallal...


sekian..

Wednesday, May 16, 2012

Masa untuk 'Remove' follower

toinngggg....sepak burung tuh kasi jauh2 :p

haaa...terkejut tak!! tetiba jer aku nak remove org yang aku follow nih.
bukan apa...tuh ha semak jer mata aku tgk follower yang kurang aktif / pasif.


nih bukan 'remove' jer tapi aku akan 'block' terus mereka-mereka. :)
kalau aku hanya remove, mereka-mereka ni masih still visit blog korang melalui url (web address) directy!! cittt!! stalker lah konon-konon...


buat apa aku simpan ek...nanti nak follow yg lain tak boleh pulak. cuba korang tgk aku nya follower tuh, ada yang sampai setahun tak berupdate. apa kes!!!
simpan pun buat busuk jer kan. :)


tapi jenuh nak remove manual...korang ada cara tak mcm mana nak unfollow and remove them easily!..





Monday, May 14, 2012

Happy Weekend

Minggu ni bawa amani melepak tepi pantai Dataran 1 Malaysia. Last aku bawa amani masa dia 9 bulan .
kali nih bawa amani memang aku tak boleh berdiam diri. sebab ada adegan kejar mengejar.
memang tak larat.

Sabtu - aku kurang sihat. demam panas. flu. migrin. seharian aku melepak atas katil.
semua kerja rumah, jaga amani, basuh..lipat..gosok baju diambil alih oleh en.suami.
aku tak tau lah kena sampuk antu air mana ntah tetiba demam mcm tuh teruk.

Ahad en.suami ajak keluar..katanya amik udara sihat.








Friday, May 11, 2012

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

Salam semuanya.. :) ramai pagi nih muka berseri2 eh..hhahha




ok, pagi td Jabatan aku buat tazkirah bertajuk "6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM"





1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.


2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..


3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..


4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.


5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.


6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......


sumber : minatku.com


Thursday, May 10, 2012

gorgeousdaily.blogspot.com

Hi :)


nak perkenalkan blog aku yg lagi satu... gorgeousdaily.blogspot.com
mari..mari..mari singah sebentar.


aku buat part time jual barangan cosmetic yg dijamin ASLI
bukan dari Dubai...bukan dari pasar malam.


100% Original Branded Item.


Kenapa aku dapat agak murah sebab husband aku yg banyak keluar modal.
dan kenapa murah dari shopping sebab aku amik tiada tax :))


korang juga blh request item apa korang nak. aku akan bagi PRICE yg terbaik punya!


Insya-ALLAH.

Tempahan Header Online di perlukan!!

Sumber : individualblogbanners
Hi! :)


nak minta bantuan sikiiitt jer ;p
aku nak tukar 'imej' blog ni...tp tak kreatif mcm korang.


boleh tak tinggalkan 'link' blog mana yg ada ambil order untuk aku make over page nih.


jasa kamu sekalian amat dihargaai.

Wednesday, May 9, 2012

WW : Mood Bercuti Lagi

Masa ni dekat Morib. Kali nih trip ke Pulau :) 

Tuesday, May 8, 2012

Pre-Love : Disney Minnie Mouse EDT Spray (50 ml)

aku nak jual. sebab amani ada 1 lagi set mcm ni.
masih baru dan dalam keadaan 'cantik'

berminat sila email : vanilla.cheze@gmail.com


RM 89.00 = RM 65.00 (Free Shipping)
SOLD

Monday, May 7, 2012

Blogger Help! : Anak Mengempeng @ Melekap Waktu Malam!

Salam.

Seperti tajuk diatas!. nak minta bantuan dari sekalian semua di mana pernah mengalami situasi mcm saya nih..'anak dara kuat mengempeng waktu malam'.
dah setahun lebih amani semakin kuat mengempeng.

bukan apa, letih tau setiap malam tak cukup tido. kang bila terlepas jer mulalah merengek..kejap-kejap merengekk..ada satu tahap tuh jd stress sebab aku tak cukup tidur.

amani masih fully breastfeed sehingga sekarang.

ada tak petua-petua ker macam mana nak selesaikan masalah tersebut...pleassssseeee...
Semakin pandai melaram!

Friday, May 4, 2012

RINDU 'DIA'

Salam pagi jumaat yg penuh kemuliaan dan penuh keberkatan.

pagi nih perasaan R.I.N.D.U pada seseorang sangat kuat!
'dia' tak de untuk beberapa hari atas urusan kerja, syukur alhamdulillah juga rezeki kami murah. 'Dia' dapat kerja dari kerajaan negeri.

kalau tak cina sapu habis!

bila 'dia' takde banyak perkara rasa kosong.
My Love!