Pages

Showing posts with label weekend. Show all posts
Showing posts with label weekend. Show all posts

Monday, May 27, 2013

Weekend : Anak + suami

weekend banyak habiskan masa dgn anak dan suami serta keluarga.
3 hari berkampung dekat rumah nenek.
fuhhhh..lama rumah nenek tak de buat keje kawin sekali bila ada majlis mmg seronok sakan.

kebetulan ada sedara kerja kawin, jadi sempat lah jumpa semua sepupu  dan mak sedara.

selepas bergelar isteri jarang dah jumpa sedara mara ni.
:) biasalah semua busy. (alasan untuk aku)


gelagat amani masa dekat rumah org kawin. tak nak lah duduk diam seminit.
tak takut org langsung.!

 muka comot suami sejak aku pregnant!.. hahha...nasib lah!
alahan orang mengandung katanya. ;p

tahniah diucapkan pada kak ina dan suami. selamat telah mendirikan rumah tangga. semoga kekal abadi hingga hujung nyawa.

daripada,
ahli keluarga 'nenek memon'

Tuesday, March 12, 2013

Celebrate Birthday FIL

Minggu lepas banyak aktiviti keluarga kami buat. antaranya celebrate birthday birthday FIL yang ke 57 tahun.
semoga Tn. Hj. Syiful Irwan Bin Wahab dikurniakan kesihatan yg baik dan diberkati oleh Allah S.W.T. dan semoga biznes maju dan jaya.

Selepas membaca doa kesyukuran dan kesejahteraan kami terus santap santapan enak lagi mengiurkan di Hatten Hotel, Melaka.

mana yg nak honeymoon dekat melaka aku sugest kan Hatten Hotel. mmg sgt dekat dgn segala shopping. jalan kaki jer pon..tak payah nak drive jejauh. Melaka ni sesak.

Tudung Hijau Kakak Ipar, Suhaila.
Kalau nak tempah Banner, Banting, biznes card, T-Shirt , kad kawin, atau photographer boleh lah gunakan perkhidmatan kak ela ni...price boleh bincang.. :) boleh klik Print Focus untuk detail.

Berbaju hitam bertopi adalah suami saya..anak bongsu dari 4 org adik beradik.
haa..kalau nak pasang ekon, wiring satu rumah/kedai/ofice/jabatan/agesi/ nak setup networking / nak suruh buat plan 3D/ boleh lah guna perkhidmatan En. Iman ni.. call jer 012-6141427.

3 menantu Pn. Hjh Normah
Baju Kuning tuh isteri kepada abg ipar yang pertama.
haaa... kalau nak bertanyakan ttg resort..setup biznes..ride berkuasa tinggi..electrical untuk jabatan kerajaan/swasta, boleh jer contact beliau. 06-5561312

Yang bertudung grey ada budak montel tuh wife pada abg ipar no 2.
kalau nak boking photographer untuk wedding / engagement / majlis-majlis rasmi / shaklee boleh jer call mereka. 017-2269327

 pasangan bahagia dunia dan akhirat.
Tn. Hj. Syiful Irwan Bin Wahab & Pn. Hjh Normah Masaar.
dikelilingi cucu - cucu kesayangan umi dan baba.

 yang syok sendiri tuh??....haaaa
kalau related dengan 'Kementerian Pelajaran' boleh lah tanya soalan yg berkaitan eh.
nak booking makeup untuk kawin / tunang dan sbgnya pun blh :)

Yuna Junior!
Budak ni nama nya nur aida nabiha. anak kpd kakak slim yg berbaju kuning tuh.
kalau nak suruh buat tutorial 'Yunabeha' blh lah email jugak yer.
hahhahah

 sebahagian anak buah-buahan / cucu-cucuan..

posing paling best!

eh ni entry berbau promot ker nak share aktiviti eh??. hahahha..

Tuesday, December 18, 2012

Weekend : Universal Studio Singapore

Percutian yang tidak dirancang.
aply cuti last minute untuk gerak ke USS.

bila husband call jer kata "jom kite g jalan" dengan sebulat suara saya mengatakan "Okkk!!"

pergi berempat dengan geng sebelum ni. pasangan best friend kami oya & anas.
memang kemana trip kami akan pergi bersama.
seronok kalau pergi ada geng. tak boring.

dari JB aku naik bas ke Woodland. senang. cepat. ringkas. selamat. kereta tinggal dekat rumah kawan husband.
Tiket bas baru RM 5 dari JB Central - woodland /checkpoint - USS. 
sampai checkpoint semua berlari-lari nak kejarkan bas yg 1st tadi. lambat sikit kena tunggu bas yg lain tp lambat sikit lah.

aku beli tiket dekat kaunter. so far ok tak der lah crowd pun sebab banyak kaunter buka dekat situ.
  • Non-peak = SGD 68
  • Peak Season = SGD 74
ok, nanti sambung lagi kalau ada umur..ada masa yer :)




banyak gambar aku dgn iman jer...sebab amani aku tak bawa..
itu namanya rinkas. :)

Thursday, November 29, 2012

Wedding

25.11.2012. Kempas.
wedding anak buah mak atau senang cerita sepupu aku telah menamatkan zaman bujangnya.

tema merah dan hitam.

acara majlis yang simple tapi sangat meriah. sehingga amani jatuh tersungkur dekat pelamin. bengkak bibir atas bawah. :D
biasalah lasak kan...


Wednesday, November 21, 2012

Weekend

Aktiviti last week. 
bawa amani pergi playground dekat dataran pahlawan. mama g shopping baju n kasut.
tambah koleksi warna-warna yg belum pernah aku pakai.

amani bila sampai sini jer terus rasa nak melompat lah. tak tau mana satu nak main. 
ghairah lah nampak warna2 ceria kan.





Monday, November 19, 2012

SKYFALL.AMANI.US PIZZA.KENNY ROGERS. JJ EON

Tak larat nak update satu-satu.
jadi aku summary jer aktiviti aku dgn family untuk minggu lepas.
 17.11.2012agak ketinggalan juga untuk tgk skyfall ni. selalu aku berdua lah orang terawal klu tgk movie yg best2 ni. tp agak malangnya 007 ni kurrreaangg syok pulak.
mcm biasa sebelum pergi deting minta permission dgn mak untuk jaga amani selama 4 jam. ;p alhamdulillah mak ok jer!. 
 17.11.2012 ini nur sarah amani. yang semakin hari semakin BIJAK! dan sekarang dia pantang nampak camera hp atau dslr. penuh album semua muka dia jer.
bila tgk gamba-gamba dia ni rasa kesian jer main sorang-sorang. kadang2 aku naik sekali car dia tuh ;p hahhahhaa..
 13.11.2012 -  bawa amani g US PIZA.. sebenarnya layan tekak mak budak ni. macam-macam nak makan mengalahkan orang mengidam pulak. lagipun lama x pekena piza. piza hut aku kurengg sikit.
15.11.2012 - bawa amani lagi g shopping ;p hahahh alasan anak jer lah ek.
pdhal aku yg ajak iman g shoping. masa ni iman cuti Awal Muharram. jd apa lagi berjalan ler kita.

part paling best bg aku perangai amani masa tempat bra. dia boleh hilang kat situ cari2 dia tgh memilih bra untuk aku agaknya. hahhaaa habis semua dia punggah kau..sampai pak guard carik sape mak bapak budak nih.. tuh yang cembeng tuh kena marah sebab tak nak duk diam hahhha..
dia sekarang mana nak duduk slm stroller atau pun troly tuh. dia nak bebas nak lari sana sini. ffuuhhh panat jugaklah bawa budak g shopping ni kan. apapun enjoy!!




Wednesday, November 14, 2012

Breakdown!


Ahad / 11.11.2012 aku ke JB wedding kawan iman.
konvoi ramai-ramai dari melaka  team mitsubishi dan subaru.

aku cuma pergi berdua jer...amani tinggal masa ni sebab kurang sihat.

aku jd pasangan couple lah time tuh khakhakha..syok! ;p

masa perjalanan pulang kereta iman breakdown pulak!! ayyyokkk!!
neves mak tau..kat highway pulak tu.nasib baik dah sampai perhentian bemban dah dekat nak ke tol eyer keroh.
1st time kot kete breakdown mcm ni. mana taknya BERHAMBAT KAT HIGHWAY!!! MCM JALAN TUH LAKI AKU YANG PUNYA!!

nasib baik iman ni mmg pakar bab kereta. PERFECT! 
dia boleh selesaikan sendiri.kalau bukak bengkel kereta memang layak lah.
tinggal lagi dia tak der masa nak buat tuh semua.

tetiba perut rasa LAPAR!!

Friday, September 21, 2012

THC Chocolate Sdn Bhd : Belajar buat coklat!

semalam cuti bawa amani g cucuk 16bulan.
selesai pagi tuh terus g class buat coklat dgn kakak ipar.

RM 50 untuk 1 jam.

buat 1 jenis jer. basic coklat. nama coklat tuh aku dah lupa ;p
tp memang syok. sebab sgt simple jer pun buatnya..
tak lah rumit mana pun.

dalam coklat tuh mcm-mcm perasa ada.paling best rasa mint!

kalau sesiapa duduk melaka nak try bolehlah ke kedai THC ni.

THC Chocolate
101 Jalan Tun Tan Cheng Lock
75200 Malacca
Malaysia
+6 06 2819315






siap!! mmg best sebab pengalaman baru untuk aku kali ni.

mood nak update blog semakin malas. sebab interface dah bertuka jadi macam INI.

Tuesday, September 11, 2012

Syawal 22 : N9 - Kuala Pilah - Batu Kikir

Hari ni dah hari ke 24 kita menyambut aidilfitri..
masih ada beberapa hari lagi berakhirnya syawal. Jadi kpd sesiapa nak buat open house tuh masih sempat lagi lah.
dan aku.....dah tak larat rasanya nak g beraya.

duit raya amani pun dah banyak..kalau ikutkan boleh lah beli iphone 4s tu 2...hahhha


rasa inilah rumah terakhir. alasan sebab BFF :))
kalau tak pergi mmg roboh jalan bukit putus tuh.





masa raya ni amani lah paling seronok. berlari sana sini...makan itu ini.
baju pun berkali-kali tukar. ini baju yang ke 3 tukar.
makan biskut coklat habis comot-comot. yang geram bukan aku kasi ni mak nenek semua ni kasi tau...nasib baik aku mmg spare baju amani lebih.

pengalaman beraya bersama anak memang mencabarkannnnn....;p


Sudi lah Klik :
1. Tefal for Sale
2. Clearance Stock
3. SK ii Promotion

Thursday, August 30, 2012

Langkawi 2012

Org lain cuti g beraya melawat saudara mara...kami sekeluarga melawat orang langkawi tuh.
ini kali ke-4 aku pergi.
dah hafal jalan kat sana.. disebabkan suami nak pergi jugak maka isteri menurut perintah.
semua negari suami dah pergi cuma Kedah jer tak sampai lagi.itu yg beria nak masuk langkawi.

jadinya gamba memang tak banyak. sebab aku malas nak amik.hahahhha.
yer lah dah boring asik nak amik gamba tempat yang sama. ;p
jadi ini jerlah gambar yg aku tepek kat sini. ;p

3Hari 2Malam jer. Menginap di Hotel SeaView....oshemmm!! view mmg cantikk wehh..kata seaviewkan...mmg luas lah pemandangan mak! duk tingkat paling atas, tingkat 9!
siap bergaduh kejap dgn gadis cantik tuh sebab nak duduk jugak tingkat ats..hahhha.
apa aku pedulikkk!!


yeeeeaaayyyy ESOK cuti!!! 




aku cuti sampai ISNIN!...korang??....

Esok hari Kemerdekaan yang ke 55 Tahun...seusia umur ayahku! :)

Merdeka!!! Merdeka!! Merdeka!!

Korang dah Merdeka ker???...ihiiih

Monday, July 9, 2012

The Amazing Spiderman

Wekend ari tuh aku g ngedate berdua dgn iman.
amani tinggal dgn nenek :)


rating untuk spider man nih aku kasi 4 bintang.
2jam lebih aku rasa..mcm tuh lah.
cerita dia ni seakan sama spiderman 1  kalau korang perasan.
cuma watak dan jalan cerita jer sedikit berlainan.


sinopsis? haa..korang pi tengok eh.
kang bg sikit2 x syok :P
sebetulnya aku malas nak taip banyak-banyak.


semua tangan aku ni sakit-sakit.
angkat katil dan sofa dari bilik atas bawak turun.
berdua jer dgn iman.


mmg aku jd super hulk lah msa tuh.
tata..kengkawan.



  • perlulan wajah yang fresh??...sini ada jalan penyelesaian.
  • klik di sini.




Monday, July 2, 2012

Wedding Junior SMT ERT Rembau, N9

Selamat Pengatin Baru 'Nurazlin Binti Mat Jaiz @ Lin J
Sungai Udang,Melaka.
1. Julai. 2012

semalam ada 3 rumah orang khawin.
perut jadi ketat dan sendat makan jer.
sebab semua lauk nampk sedap dan lazat!

dgn BFF sejak sekolah menengah.
.Cikot.
gelagat amani yg konon mcm kakak-kakak.
nak berjalan sendiri. tak nak dukong!
 letih jugaklah bawa anak yg semakin nak membesar ni.
macam2 ragam/kerenah/gelagat yg dia nak tunjukan depan org ramai.
fuuuhhh...~ (sambil kesat peluh kat dahi ;)


OFFER SK II Cellumination Mask-In-Lotion 30m

Tuesday, June 12, 2012

Fatin Athirah E-day

Tahniah tira,
cousin no 3 dah selamat bertunang ari tuh. 9.6.2012 / Cheras.
rasa sebak bila masing-masing hampir menuju  gerbang KEBAHAGIAN di samping ORANG TERCINTA.

Kami mendokan kebahagian kekal hingga ke jinjang pelamin.
Dalam tempoh 'pra' ni memang macam-macam dugaan yg dtg.. nanti ada jer hal kecik pun jadi BESAR. Jadi masing-masing kena give n take. ;p
Separuh hantaran yg sempat amik gamba lain orang sebelah dah angkut.
Tuh dia..duduk jauh-jauh sebab belum 'HALAL'.
Sebahagian daripada sepupu yang rapat. EH! baju fink putih bukan eh..tuh perasan muda.hahahha.
perkara wajib kalau mereka-mereka nih nampak camera! terutama tuh si baju hitam bertudung fink!.

minggu ni memang minggu bz.
banyak benda pending. dan barang-barang costomer pun separuh dah selamat pos semalam.
apa pun terima kasih banyak-banyak kerana support biz kecilan.




notakukukaki : Kalau Kita Tak Nak Orang Lain Ambil Hak Kita, Kita Jangan Ambil Hak Orang. Kebahagiaan Takkan Datang Dengan Cara Merampas Kebahagiaan Orang Lain.


(watikah mertua untuk anak-anak dan menantu :))