Pages

Showing posts with label stories of Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label stories of Pregnancy. Show all posts

Friday, February 22, 2013

Baby's Gender


Assalammualaikum dan salam sejahtera warga blog tegar.

hari ni elin nak share sesuatu.. 
mungkin korang dah tau kot..tapi aku saje nak panjangkan jugak.
aku skg sedang berusaha untuk dapatkan baby boy :) jika dengan izin-Nya.
Insya-Allah.

jadi memang aku alert tarikh-tarikh penting. sehinggakan aku install Period Tracker pd smartphone. basically application ni untuk predict piriod jer pun dari mula hingga akhir.
diantaranya :
1. Monthly Info
2. Period Tracker Lite

Kalau ikutkan pandangan dari doc ni berbeza dgn doctor panel aku.
untuk dapatkan anak lelaki hanya 3 hari sahaja yg berkemungkinan besar terjadi. hari ke 13, 14, dan 15.

jd mcm mana tuh eh?...hm..(korang boleh share tak mana yg berpengalaman soal ini.)

Post asal : Ana Lyana

KALENDER KESUBURAN BULANAN 

(cth;sekiranya haid Puan jatuh pd 1hb) Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10hari) Hari Subur (Anak Lelaki):11,12,13,14,15,16,17 (7 hari) Hari Subur (Anak P'puan):18,19,19,20,21,22,23 (7 hari) Hari Tidak Subur: 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)

Berdasarkan kalender diatas Puan bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid Puan bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak perempuan. Sekiranya haid Puan jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya Puan mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras (bersama suami). Walaupun masa haid Puan hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10. Jadi pada hari ke 11 hingga 17 (Puan di dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak L (lelaki) adalah cerah. Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan Untuk itu, saya sarankan agar Puan menggunakan masa (tarikh) ini sebaik mungkin untuk mendapatkan anak perempuan. Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25 (lagi seminggu nak period) puan akan rasa sakit2 badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda puan akan didatangai haid dalam masa seminggu dan masa Haid semula akan jatuh pada 30hb (selalunya akan tercepat atau selewat sehari)dari tarikh period terakhir.


Friday, September 28, 2012

Rindu 9 Bulan.



Jangan terkejut inilah aku masa 9 bulan masa mengandungkan amani. bulatkan. 68KG ok :)
sekarang ni aku sangat-sangat rindu keadaan mcm ni :)

Photographer : Elvira Studio


Thursday, January 19, 2012

C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin

Salam semua nya :)
Mulakan pagi anda dgn Bismillah hirRahman nirRahim..


waahhh tajuk pagi nih x blh tahan kan...Padahal baru 10 bulan aku beranak. 
kalau dah rezeki aku apa salahnyakan. Syukur Al-Alhamdulillah. Buat masa nih belum lagilah.
Aku bersalin c-zer jd mcm takut jugak lah kalau dalam tempoh terdekat aku pregnant kan. 


aku punya target sndiri. Anak tiada limit selagi umur aku belum mencecah 35 tahun! aaahhhaaa...hahhahhaa..tapi zaman sekarang tak lebih tak kurang 3 orang aku tgk.
mungkin faktor ekonomi. Bagi aku duit blh dicari, tp anugerah Allah nih belum tentu bila dia akan kasi lagi. Seronok kalau ada ramai anak, ramai adik beradik nih kan.


Kita yang dikurniakan anak ini, bersyukurlah banyak-banyak dan terima ia sebagai anugerah, sebab kat  luar sana berapa ramai kengkawan kite tidak punya anak.


Nasi impit + rendangg ayam + sambal tumis. bREAKFAST pagi td. :)

Ramai yg kata kalau czer nih kena jarak 3 tahu Bagi badan sihat sepenuhnya. Tapi doc aku kata dalam masa setahun dua dah blh 'on'.

tp bila dah pregnant balik, ada masalah lain pulak.

'' eh ko nih tak rancang ?? ''
"  baby ko kan masih kecik lagi sian dia x puas nak bermanja-manja"
"  kan operate bahaya tau rapat sgt"
"  nanti anak - anak tak terurus tau.. "
" zaman sekarang suami sume malas nak jaga anak "

haaaisss..aku cukup benci org-org yg cakap mcm tuh!!!...
Allah yang merancang, anugerah Allah, maka Allah lebih mengetahui kemampuan hambaNYA. Allah yang akan mempermudahkan segala urusan.

ada tak diantara kalian nih mengandung dalam jarak yg dekat, cthnya dalam setahun ker.. atau korang memang nak rancang 3 tahun / 2 tahun baru beranak balik???...


mood : Malas!.














Tuesday, October 11, 2011

Transformasi selepas bersalin.

ha!! PM kite sibuk duk asik sebut-sebut Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera..

aku pun ada gak Transformasi Cemerlang Isteri Gemilang!!
hhahhha.. GEMILANG ker?

sebelum nih aku ada post N3 berat aku melonjak 2OKILO masa pregnant.
tuh aku teringat nak update selepas pregnant pulak..

bagi aku misi aku dah berjaya lah. ;)

selama 7 bulan aku berjaya kembali ke asal..;p (menyirapp lak kan)..

mehh lah tgk PERUBAHAN..hhhahhaha...
44kg tuh sebelum pregnant tau..tgk tuh masa aku 9 bulan mcm TONG kan ;)
Seronok tgk angka menurun.
Cewaaaahh!!!.....posing nak depan belakang kan!! nih pegawai aku semua x der tuh sempat aku mengedik sorang2 kat opis.lllallalllaallala..
Akhirnya aku berjaya...!! hanya 1KILO jer lebih..hehhhe..
so mcm mana ok x??hhehe..lorat lak kan..

ok aku nak share apa yg aku buat sehingga kan aku sebegini cepat berlaku perubahan pd aku :


  1. Selepas pantang 90 HARI, aku masih mengamalkan makanan tanpa minyak.
  2. Masih teruskan JAMU NR.
  3. Buat senaman ringan. mcm sit up, joging kat rumah, sental bilik air, mop rumah selalu, turun naik tangga setiap hari ;)..
  4. SILA TINGGALKAN AIR SEJUK / BER'AIS.
  5. Banyakan minum air masak
  6. Jus Pegaga sehingga sekarang. bagus ok!
lain x ingat...nak balik nih..nanti aku update lg kat N3 nih, yer...
bye..bye..



Tuesday, July 19, 2011

Pap Smear

semua ibu-ibu dah buat pap smear??
yg mana baru lepas bersalin tuh jgn lupa ya pergi buat..
tak kira lah bersalin secara Cesarean atau normal.


jika rasa pap smear penting klik sini.

aku?? baru minggu nih nak g buat.sebab dah kena brain wash dgn pegawai2 aku.
aku sgt penakut dgn HOSPITAL dan sewaktu dengan nya..

jgn takut ini untuk kebaikan bersama. ;)

Monday, February 28, 2011

maternity shoot dgn elvira studio.

ini lah perkerjaan kami masa hari sabtu ari tuh......
sepatutnya dah sarat mcm nih x blh jalan jauh2 naik kereta..tp KAMI DEGIL OK!!
hihihihihi..nasip lah x terberanak dlm kereta kan.

memula g damansara tgk site projct en.suami...lepas tuh singah s.alam jumpe abg ipar amik gamba....gedik dan gedik lagi...hahahhah
thanks bnyk2 sudi melayan kerenah kami yg cerewet nih kan..hhhahhahhaha
kalian elvira studio nnti uplod pnyk2 lagi gamba kami ehh..hhhihihi

cukup lah nih dulu ehh... sebagai tatapan jer.

mana yg nak termuntah tuh sila lah klua cecepat dr page aku nih.. ;p

"syg....rasa x saba nak jumpe bby kite kan..."

en.suami yg tabah melayan kerenah mak buyong nih..

Wednesday, February 23, 2011

36 minggu sudah!

yeAAYyy.........
hmm.... x saba rasanyer nih.

Tuesday, February 15, 2011

disebabkan sms kami terbabas!!

tarikh : 13 /2/ 2011
masa : 10:30 pagi

sewaktu aku pulang dr pasar....aku dgn suami mengalami kemalangan!!!!!!!

punca :
1. myv putih (perempuan berbangsa asing) sms ketika pemanduan.
2. kereta myvi dah masuk line kiteorang dan terus langgar si gajah ni!

nasib baik aku x perpelanting keluar bila gajah nih berpusing..... tp perut aku terhantuk dekat pintu bila berpusing....( agak gerunnnn)
dgn tiba2 rasa sakit sgt. aku dah nangis2 sebb sakit. suami aku terus dptkan aku dan terus cek klu aku bleeding atau x...nasib baik x!!

terus suami aku angkat aku yg berat 64kilo nih keluar dari kereta dan dapatkan bantuan untuk aku. nangis dia masa aku mengerang kesakitan.
masa aku nangis kesakitan aku sempat maki hamun perempuan tuh!!! bangang bawak kete mcm org x der akal!!
bila laki aku g tgk pompuan tuh die kena SAWAN sebb ketakutan..

tapi alhamdulillah aku dgn bby semuanya ok...cuma aku terkejut masa kejadian..


nak bawa ke toyota..

sian gajah nih kena tunda..

haa!! myv putih tuh yg buat hal!! binawe sungguh!!!

terpeleot!!

jahanam....

Friday, February 4, 2011

emosi dan boros

salah 1 tabiat buruk tak dapat di hindari semasa pregy!
bila emosi menguasai diri nih lah jadi nyer.. membeli tanpa berfikir!!!!!

sebab emosi, apa yg aku carik kat JJ melaka x der..(bukan x der.. kedai tutup masa CNY!!) mmg lah kan aku pulak pandai nak membeli barang tak pk masa tuh cuti raya.. kesalahan diri sendiri sebenarnya.

ok, bila dah fedup atau dah emosi ak nih suka habiskan duit atau suka membeli brg tanpa berpikir! mcm semalam aku terus munuju kedai cosmetic. stage... kedai nih pun baru lagi buka dekat jj baru melaka..
aku terus amik mana yg berkenan dan terus bayar...!!!

stage : belum try x tau mcm mana hasilnya!!
( foundation dan lip balm tuh mmg kebetulan dah habis)

hasil dari emosi aku selama nih. tp aku jenis bukan branded sgt nak membeli brg makeup.


Tuesday, February 1, 2011

sebelum dah selepas 20kilo!

ini buat tatapan aku pd masa depan..
betapa pantasnya masa berlalu..... sehinggakan aku mampu berubah sebegini keadaan..hahha
ok nih zaman aku sebelum kawin. Pada tahun 2009 (40kg)

ini pula zaman aku baru bergelar isteri. Honeymoon. Tahun 2010. (44kg)

haaaaa taaaraaa..2011 .ini zaman aku akan menjadi ibu kepada bakal puteri..(60kg)

tapi boleh ker aku kembali ke berat yg asal?? hmm.....
tunggu dan lihat lah yer...jgn bertambah debab dah lah..

haaaiss sekejap rasanya masa berlalu...hari berganti hari,bulan berganti bulan, tahun berganti tahun... dan sekarang sekejap masa berlalu hampir setahun aku bergelar isteri..dan tak lama lagi bergelar mummy pula.. ;)
uiiss...macam x percaya jer apa yg berlaku.






Sunday, January 30, 2011

sensitif ketika hamil.

sejak aku pregnant nih aku berubah jadi sensitif pulakkkk..... sebelum nih x pernah pulak mcm nih...skg sikit- sikit nak rasa tersinggung, rasa nak marah,
bile aku kaji selidik balik sikap aku nih klaka pun ada... antara sikap PELIK aku ketika HAMIL....
  1. aku selalu nak diberi perhatian lebih dr sebelum nih..
  2. nak manja2 lah...lorat jer kan..hahhaha..
  3. sifat cemburu muncul tanpa sebab...klu suami aku balik lambat jer aku mule ah syak wasangka yang bukan-bukan.. tp suami aku begitu tabah melayan kerenah aku nih..
  4. aku mula jeles dgn diri sendiri wehhhh..hahha sebab bentuk fizikal dah berubahkan.. (saiz s terus ke XL dalam masa 8 bulan..hhahha
  5. klu g check dgn doc aku mesti nak paksa laki aku teman kan..klu x aku akan merajuk..sedangkan laki aku ada tugasan penting yg perlu dilakukan..tp laki aku x pernah marah2 aku pasti terangkan secara lembut untuk tenangkan emosi aku nih.
  6. cepat rasa sedih bile kena marah...pdhal hal kecik jer laki aku tegur..tp emosi aku terlampau mengikut perasaan sungguh..sampai aku menangis..( bile dah kena pujuk buat balik) aaadduhaaiii...sian laki aku..
tp bila di pikirkan balik buat apa asik nak carik kesalahan suami jer kan..sedangkan sekarang nih suami aku dah jd MR.MAMA bila balik rumah...dia lah memasak, mengemas rumah, menyapu, lipat baju, basuh pinggan tak pernah pun bedetik dia nak ungkit tuh semua..

ragam org hamil nih mencabar kesabaran suami sebenarnya kan.. ;p
maaf syg......nanti x buat lagi.hihihih..

Friday, January 28, 2011

bengkak dan stretch mark

kaki dah mula bengkak tgk jer gamba kat bawah nih...kembang-kembang kan!! dah bengkak mcm nih pun aku still berjalan kesana kesini..bile lunch hour pasti aku keluar..huhuuhu...
suami aku hari-hari urut pun mcm tuh gak...tido tinggikan kaki mcm tuh gak...

haa....bengkak mcm kena gigit lipan kan!!

perut aku semakin membulat seperti sebijik BOLA.
klu bukak baju tgk perut aku mcm telur ayam nampk urat-urat kaler ijau dan line paling panjang menegak yg sangat jelas!
fuhhhh!! klu blh cabut2 perut nih dah lama aku cabut kejap lepas tuh pasang balik..mengah!!
bayangkan sebijik bola dlm tuh ada budak yg gerak2...rasa2 bola tuh x senget benget kan dgn tindakan budak dlm bola tuh bila bergerak..ha mcm tuh ler perut aku yg sgt terik!
tapi alhamdulillh rekahan atau stretch mark pada perut aku langsung x de dgn keadaan perut aku yang terik nih.
aku cuma pakai lotion palmer's dgn bio oil jer..

setiap hari.setiap malam.setiap masa aku sapu dgn lotion atau pun bio oil nih.

nih perut seperti bola!....kaki dah x nampak sebab perut besar.


repeat MGTT sekali lagi!!!!!!!!!

hishhh!! doc nih sengaja bagi aku lagi sekali MGTT.
padahal result semua OK masa aku cek semalam (27.Jan.2011)
tp disebabkan alasan yg munasabah aku cool kejap..

kata doc "dah ujung bulan nih KENCING MANIS tetiba blh ada...baik check balik!"

ok aku pun angguk kan kepala menunjukkan aku paham.

17.2.2011 MGTT!!!


Tuesday, January 25, 2011

bakal puteri kami.

td lepas keje jer aku terus ker Klinik Pakar Wanita Liu & Vincent Sdn Bhd. (barisan King Hotel) klinik & doc paling best!!
aku ke sana sebb aku nih kena SEMBELIT!!!.. tak pernah seumur hidup ku kena sembelit tau.
kebetulan klinik nih berdekatan dgn opis aku.
doc nih mmg best!! buat lawak x henti2...aku nih SEMBELIT bukan nya datang nak check darah,tekanan atau semuanya lah...
doc cuma kata bnyk mkn buah........huuuiii dah bermcm2 buah aku telan sampai x larat nak telan ha..

tetiba doc nak scan bb aku...aku pun laju jer lah nak teropong bakal puteri kami nih...
lagipun masa tuh mmg x der pesakit.. 1 jam doc scan perut aku sebb tangan bb asik kat muke jer..x nak letak tempat lain..
klaka jer aku tgk masa bb gerak2..rasa x saba pulak...


nih bakal puteri kami...uhhhh terasa x sabar sgt nak tunggu kehadiran mu syg!! (32 minggu)

nama puteri kami nih telah di beri nama dgn....
N.. A...... binti suhaiman.


mmy doakan kamu sihat ya bb!! muaaahhh...

Saturday, January 22, 2011

ngidam ker nafsu makan?



nando's!!
malam tadi gak aku tetiba nak makan nando's .
aku bukan nyer suka makan nando's..lebih baik makan kenny lagi best!

puasss!! akibat kekenyangan!

x lah sedap mana menu kat nando's nih!! tp nafsu mkn jer lebih..

x per masa badan tgh naik nih makan jer ler..
lepas nih azam untuk kembali kurus!! dan paling penting sekali nak panjangkan balik rambut saya!!!!!! ;(



Sunday, January 16, 2011

ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama

ATT tuh tujuannya ntuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi diri dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya..

hhaaa!!! ari tuh aku kena suntikkk!!
ATT....aku nih penakut jarum atau pun kena suntik...mmg aku benci ah..

aku pk kan jarum BAPAK besar lah rupanya halusssss jer...jarum untuk suntik bb..
nurse tuh siap layan aku mcm kanak2 yg penakut..hahhahahahha..
bagus nurse tuh...melekakan aku...
tau..tau dah suntikk!!!
hhahahha aku ditemani mak tersyg. tergelak besar mak aku tgk perangai aku yg x ubah mcm budak2....
en.suami kena keje lua so x dpt teman kan ler..
ok..tiada apa untk aku taip lagi..sebb kemalasan yg menebal dah muncul skg nih..
huhuhu...

selamat malam.
sekian.



Thursday, December 30, 2010

28 minggu!

keadaan aku skg semakin memberat.pdhal baru 28 minggu.
bila nak tido susah sebab x selesa sgt.
kalau dah mengiring kekiri nak kekanan balik addduuhhaaaiii....hanya allah jer tahu kesakitannya.
rasa nak terkeluar isi perut tu.

selera makan pula x seperti dulu.
kalau trimester ke 2 selera mkn menjadi2..tp sekarang makan pun dah amik dalam kuantiti yang sedikit.

sekarang ni aku kerap mkn kurma.ok kurma nih bagus sebenarnya..pelbagai zat ada.
2 kotak kurma untuk sebulan.
huhuhuh...gian nak kunyah kurma pulak.

28 minggu dgn perut yg sgt bulat!!

ok nanti update lagi tetiba nak makan satay!!

Monday, December 27, 2010

lupa ingatan bila terpandang barangan bb.

semalam 26.12.2010 aku g kl..sedara aku buat kenduri..
tp lepas kenduri aku terus ke mid vly nak beli baju aku lah kononnya....
tetiba aku jadi lupa ingatan jap!..aku terus menuju tempat bb.
dan ini lah hasil dr aku lupa ingatan!!

haaiss x plan pun nak membeli brg2 bby nih.

huhuhu bnyk pinky kan..haaa tuh dr ibu(mak mertua) belikan untuk cucunya nih..
aku beli baju warna putih jer..hhihhi..nnti beli lagi kat melaka sebb kat mid ramai giler lemas aku di buatnya..

ini yg dapat aku amik dalam kesesakan manusia..lagipun list aku x bawa pun.

hanya beberapa jer sempat aku capai.
botol susu pun x bnyk pilihan.

akhirnya baju aku langsung x beli..sampai dekat kereta baru teringat tujuan sebenar aku untuk ke mid nak beli baju aku dgn en suami..


perempuan ke lelaki???

23. dec.2010 aku g check up di Putra. sebb aku nak bersalin kat sana aku kena lah bagi detail preg kat doc aku tuh.

ini dia keadaan makcik kembang semangkuk dalam keadaan 27 minggu dgn berat 56kg!

segalanya dalam keadaan baik menurut doc. bb pun masih keaadaan kepala kebawah.
setiap kali doc nak scan bb mesti nak melonjak2 dlm perut aku nih seolah2 bb x suka ad org nak teropong dia..terangkat2 kaki tangan..haaaiss...

"mmy n ddy nak tgk bb sihat x tuh jer ... "
"doc kata bby sihat kat dlm perut mmy nih"

ok!.. agak lama perut aku di godek2 dgn alat apa ntah nak tgk jantina bb nih perempuan ker lelaki..godek punya godek terjumpe lah punggung yg jeles kelihatan..

"waahh!! anak u nih girl lah.."

sebenarnya sebelum nih aku mmg dah tau girl sebb check last month doc dr klinik lain dah bagitau..tinggal lagi aku nih mcm percaya atau x jer..sebb kebanyakkan berlaku scan kata perempuan tp keluar lelaki.bukan apa pernah terjd anak kakak ipar aku scan perempuan tetiba dah bersalin kua nyer HERO!..huhuuhuhu

nih scan bby aku...yg bulatan tuh jelas kelihatan punggung yg nakal selalu sondol mmy nyer perut....

tp aku x lah mengharap 100% dgn keputusan scan tersebut..
So, nak kata scan ni 100% accurate tu susahla jugak kan, bukannya boleh nampak clear 100%. Lagi satu berbalik pada prinsip semua ni kuasa tuhan, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya.

Tuesday, November 30, 2010

sarapan pagi yang mengemukkan lagi!


haaa....mcm mana berat badan x naik berkilo-kilo kan tgk saje apa mak buyung nih makn...
huhuhu selera anak gajah sungguh..!!

tgk jer telur dadar tuh berpusing lagi....wallla!!
yg best nyer makanan simple giler tp hiasan tuh yg x tahan...

mee goreng mamak + fresh oren+epal hijau

keadaan sy yang sekarang nih 24 minggu dengan berat 55kg!!

muke dah jadik kembang semangkuk nih....