Pages

Showing posts with label Nuur Saarah Amani. Show all posts
Showing posts with label Nuur Saarah Amani. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

Hello 23rd Januari 2014

assalamualaikum semua :)

hari ni mood kemalasan. 1st day masuk kerja setelah 3bulan cuti.
kakak amani sekarang masuk taska ajar dia berkawan.
aryan pulak semakin membina badan.

sekarang diberi peluang kedua untuk menyusu aryan sepenuhnya, insyaallah.

berat mak sekarang 48.5kg dari 58kg. masih belum ke berat asal 45kg.

;p






Thursday, July 5, 2012

Ragam Anak Dara - Nur Sarah Amani

ini lah perangai anak dara aku.
kkdg suka buat lawak! suka buat selamba dia jer.
nak buat apa sahaja yang dia suka.

bila kat opis mula lah rindu dgn bau masam dia nih.
dia dah pandai pujuk kalau aku buat -buat nangis.

"mama"..."mama..caai" (mama cry) - terus hug**/ kiss **

sewwetkan..tapi kalau emosi dtg..hilang dah semua sweet dia.

Tuesday, June 19, 2012

Decor - Bilik Amani

toilet amani untuk ketuntang dalam ni.
katil tidur amani. sofar amani dah setahun belum jatuh katil lagi.
tidur kena kepong bantal keliling le :)
panorama malam dengan cahaya keimanan :)
almari baju amani yg dah 'full'
segala toys yang ada memang aku letak dalam bilik amani.
kang bersepah kat luar sana. aku jugak bengkok mengemas.
kengkawan amani masa lapang.
yer!! si adorable baby. eh salah..'kakak amani'
tampat baju busuk amani ;).
sekarang nih sehari baju berkali2 tukar.


ini jer yg dapat update dulu....decor seterusnya dalam proses lagi.
langsir bilik tak siap lagi, toilet amani nak touch up sikit-sikit.
dinding bilik nak cat,

wahhh banyk lagi kerja tuh.
nanti siap ai update yer. tata.

Sunday, March 18, 2012

Demam nak 'berjalan'

Syukur alhamdulillah amani semakin sihat. cuma tinggal saki baki jer. 'manja' nak berkepit.

rupanya jaga anak kecil demam nih banyak cabaran nya kan. yang penting kesabaran.
diantaranya :
  • tidur malam pasti tak lena. sebab nak kena selalu check temperature  bdn amani.
  • kena selalu letak tuala basah dekat kepala. aku pakai air asam jawa.
  • budak kecik demam manja dia lain macam, jd banyakkkkk lah kena sabar.
  • selera anak akan berkurang, macam amani semua x nak makan..geraamm aku! yang die nak susu dan air kosong jer. tp aku gigihkan kan jugak buat sup ayam untuk dia. kena paksa. kalau x mcm mana nak mkn ubat.

Muka amani yg hampir sihat! perangai baru pun mcm2 dah jumpa.

amani demam nak berjalan rupanya, ari tuh aku cuba lepaskan amani tgk 3 langkah pertama dia dah bergerak..happy giler masa tuh!

bila suruh buat balik, die dah malas. grrrr... sampai lah hari nih amani dah rajin nak mula menapak.. :)

Wednesday, March 14, 2012

1st time Amani Demam Panas

Amani demam panas, suhu badan dia 38'
doc cume bagi ubat cucuk montot dgn syrup.
semalaman aku tak tidur pantaukan suhu dia.
kejap turun kejap naik.

kepala dia aku sentiasa letak kain basah. paling menyedihkan amani merengek jer.
pengalaman mcm nih aku memang tak pernah alami.

lagi memeritkan hari nih aku kena kerja!!! fakkk!! 

korang ada bos mcm aku nih? dia bg alasan suruh suami aku yg jaga!!! lepas tuh aku dah sampai opis baru die sms suruh cuti. ingat dr rumah ke opis 10 min ker?? aku kena adap 30 min kalau jalan clear..

tgh hari nih kang aku cabut lari.

mak call amani merengek jer. aku suruh amik tudung aku yg dah pakai letakan dekat dia. mak aku ckp amani terus tidur.

hati tak menentu tgk si anak dgn badan panas, merengek manja :'(





Monday, February 13, 2012

11 Months!

Fuuh!! macam tak percaya bulan depan jer dah setahun!
belum plan apa-apa untuk birthday party Amani belum tau lagi macam mana.

sebab selang 1 hari jer anniversary kami yang ke 2 tahun.
I am 11 Months Old OK!!
Pertama kali buat Amani :

  1. Naik tangga dengan sendiri nya. nasib baik cepat perasan. dah 5 anak tangga memanjat.
  2. Pergi swimming pool (Family Day di PD).
  3. Bawa pergi Genting Highland. (Kali ke 2 travel bawa amani)


Development Amani :
  1. Perkataan 'mama', 'papa','mak' semakin clear dengan penyebutannya :)
  2. mula memahami setiap perkataan yang mudah seperti "no", dan arahan seperti "pick up the ball"
  3. kalau berdiri tuh dah boleh stabil. (cuma penakut jer nak jalan)
  4. suka bermain dgn kengkawan seusia dia.
  5. dah pandai tuuuunnjjuuuuk apa yg dia nak! ini bahaya ok!. kalau pergi tempat toys kompemm jari lurus tunjuk!

Jari jemari yg cute.! Masa genap 11 bulan hari sabtu tuh g celupkan! :)

Thursday, January 26, 2012

Paksa!

Salah 1 kebencian amani adalah kena paksa!
ini komot muke die kena paksa pakai tudung.

:) mama memang suka paksa-paksa amani nih.
seronok!.

Sunday, January 22, 2012

Breakfast Amani :Grilled Cheese and Persimmon Sandwich

  • 2 Keping roti / roti gandum
  • Cream Cheese
  • Pisang Kaki - thinly sliced

Panaskan kuali selama 2 minit. Terbalik kan atas bawah. atau paling senang pakai oven jer :)
Selain pisang kaki korang boleh guna apple, pear, tomato ker...
macam-macam lah untuk variasi kan makanan mereka.

Happy Sandwiching!!
Sampai lupa makan pun tangan kiri!!

Monday, January 16, 2012

Semalam

semalam bawa amani beli barang dapur, lepas tuh singah JJ beli keperluan aku dan laki aku.
keperluan budak kecik tuh....cukup..cukup ler tuh..
;p

keluar pun dah lewat petang pukul 6 macam tuh.
kiteorg banyak habiskan masa dekat rumah.
aku masak kan untuk suami aku lauk siakap 3 rasa, sup ayam, dgn sup sayur.

lauk budak kecik tuh nasi lembik + salmon grill  with mash potato.

nih masa kat rumah, budak kecik nih nak berjalan kot.
badan dia ringan melayang-layang nak titi semua meja dan kerusi kat rumah aku tuh. Kalau die dah penat dia akan hulur tangan untuk aku papah dia.
Yang nih pulak masa dekat JJ. dia mengamuk nak duduk atas baju yg timbun2 tuh. rupanya nak capai kertas sale yg kaler merah.
amani mmg minat merah.
Lepas tuh terus ke Tesco beli barang dapur pulak. teruja naik troli gedabak!! asik gelak jer..
"hihiihhehehehhhiiheheh" tuh jer ler.
Amanah Allah yg tidak ternilai.

Wednesday, January 11, 2012

10 Months

Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah swt.
Nur Sarah Amani kini telah 10 bulan.
Tuan Kecik yang pelbagai perangai baru .
Berat : 9kg
Semakin sihat dari demam selsema dan batuk.
Kaki yang kuat gemu selalu aku geget sampai dia nangiss!!
Jari jemari yg suke cungggkilll bijik mata, pusat, kalau mama n papa lewat bangun!!
 dan cungkil apa segala yg ada depan mata.
Lagak mcm stabil..diri nak lepas tangan, selalu tertonggeng dah :)
 Pertama kali buat Amani.

  1. Colet durian dekat bibirnya. (buat muke yuuukkkss)
  2. Deman selsema dan batuk.
  3. lain-lain 
nanti update eh..tenet slow ler.


Friday, January 6, 2012

Telatah subuh Hari

Hari nih Amani bangun pukul 5pg. Selalu pukul 6 atau 6.30pg  paling awal.
tak tau kenapa aku selesai jer mandi tgk dia dah tegak kat katil. sambil  senyum!.
bila dah bangun memang bising ler mulut diakan.

terus aku bawak turun ke bilik amani sendiri. kat situ segala mcm mainan ada. senang sikit aku nak iron baju n prepared breakfast.

rupanya si papa pun bangun awal jugak sebab mata tiba-tiba celik pukul 5 jugak.
Papa Amani : "HELLO"
Confuse antara hanphone dgn vick ker amani!
"allahu akbar"
papa Amani : Amani mcm mana 'solat'..mcm mana 'hello'?
terus lah amani buat dedua..kesian kena bulikan.
bila aku nak pergi kerja mulalan muke amani senget. 
lepas tuh bikin drama air mata....haaaisss....


esok mama cuti kite g jalan-jalan yer sayang.

Sunday, December 11, 2011

9 Months

Hari nih genap Nur Sarah Amani 9 bulan :)
membesar dengan sihat dan sempurna, Alhamdulillah.


Pelbagai benda baru Amani pelajari. senang hati tgk Amani membesar depan mata.
mulut pun semakin hari bertambah becok.
Berat dgn tinggi x tau lagi, sebb minggu depan baru g check up.

Pertama kali buat Amani.


1. Merangkak 
2. Jatuh katil
3. dah introduce finger food yummmy!!
4. Bawa amani pergi jogging.
5. dah pandai tepuk tangan, salam, bagi sesuatu barang bila mintak,
6. dah pandai mengenali benda-benda sekeliling dgn dia.
7. takut dgn CAT!!..meeeooowwwwwWWWWW~~ terus nangis.


(check out sara at 1 month2 months3 months4 months5 months6 months7 months, 8 months)