Pages

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Friday, August 17, 2012

Jumaat - Kerja!

siapa diantara korang yang bekerja hari ini??
mari tinggalkan link.....

elin diantaranya.. yang hari jumaat masih bekerja.
otai-otai yg lain dah bercuti. :(


Thursday, August 16, 2012

Jerawat Raya Bertenggek!

grrreerrr...
lagi nak dekat raya lagi meriah pimple keluar!
time nih lah gatal nak bertenggek kat pipi ni.............
haa..nampak tak ada yg semangat tengah bertenggek kat pipi tuh...
tunggu masak ranum baru nak meletus......grrrr.....tensionnyaa.
rasanya dah lama tak keluar pimple mcm tuh sekali!

kat dagu pun ada tuh..masih malu-malu nak keluar!!

Tuesday, August 7, 2012

Amani dan Tabung Raya

orang sibuk kemas mengemas rumah...amani pun sibuk ler mengemas apa yg tersedia kemas.
semua dia nak buat...tuh aku kasi tabung dia lambak kan duit. senyap teruss.
balance duit beli surat khabar..tuh penuh ngan syiling..hehhhe

alang-alang dah melambak tuh aku terus lah kosongkan untuk simpan duit raya dia nanti ;p

tahun ni meriah lah amani dah kenal semua sedara mara dia.
makcik..macik..maklong paklong...pakngah makngah...semua jgn lupa ya!.

amani dh besar..bulan nih setahun setengah!
sejak semakin besar nih macam-macam perangai amani tunjukan. mama pun happpppyyy :))

anak korang dah prepared semua keperluan raya dia...?

Wednesday, July 25, 2012

www.surah.my

www.surah.my



salam ramadhan.
sini aku nak share 1 ilmu untuk semua umat islam.
dimana korang ada masa terluang depan computer tuh kite manfaatkan lah yer :)
dalam bulan ramadan ni aku tau semua agensi atau jabatan kerajaan akan mengadakan tadarrus alquran setiap hari. mana yg pergi tuh alhamdulillah.


mana yg tidak ada, x pa..cara lain ada. iaitu www.surah.my menyediakan 114 surah.
korang boleh lah membacanya. mudahan berakhirnya ramadhan nanti korang pun habis membaca semua surah.


kelebihan surah.my nih menyediakan sekali terjemahannya sekali.
jika uzur pun masih boleh membaca dgn terjemahan :)


selamat beramal.




Kelebihan Membaca Al Quran Dalam Bulan Ramadhan.
Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya  tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia." 


Kita dikehendaki membaca ,mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Membaca al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.


RAsulullah s.a.w telah bersabda bermaksud : 
" Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran


Al-Quran juga merupakan satu hidangan dari Allah. Sabda Rasulullah lagi bermaksud 
" Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan ALlah sebanyak mana yang kamu boleh"


Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : 
Daripada Ibnu Umar r.a berkata " Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.


Pahala membaca al-Quran
Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
" Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"


Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda 
" Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai"


Kesimpulan

  • 1. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran dengan berwuduk (diluar solat) = 1 kebajikan =10 pahala
  • 2. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (dalam solat) = 100 kebajikan = 100 x 10 = 1000 pahala
  • 3. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (ketika berpuasa) =Cuba kira sendiri ...


Monday, July 23, 2012

Bulan Ramadhan Amani Demam Panas. Suhu 39'

salam ramadhan kepada semua warga islam.
kejap jer ari ni dah 3 ramadhan kan. inshallah dengan izin-Nya dipermudahkan segala urusan.
terus tingkatkan amalan dibulan yg mulia ni ya.

SOLAT jgn tinggal..TAK GUNA puasa kalau solat kite tak buat. "zero".

petang-petang ni korang masih lemau atau masih cergas?
atau masih memikirkan menu untuk berbuka..

petang ni aku buat sup ikan merah dgn sambal goreng ikan bilis jer. :))
ok lah tuh kan dr tak masak.
janji suami nak berbuka ada lauk.
Ramadhan pertama di rumah mertua.
amani demam panas. suhu 39'


kali nih demam nak pandai bercakap kot. atau pun gigi geraham nak tumbuh.
apa pun aku sungguh risau kalau anak demam ni.
sebab amani kalau demam selera makan memang  TAK DE!
asik lah nak 'nenen'.. naik labuh jdnya! huh!

bila dia demam aku jd pening nak buat lauk apa untuk anak dara sorang ni.

ok lah..hati gundah gulana.
tata kengkawan.

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan Kareem



Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Oleh itu, SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja sepanjang saya berblog ni ada yang terkecil hati, terasa hati dengan penulisan saya ni. Jangan simpan lama-lama tau! , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya

Kepada semua rakan blogger.



Ramadhan : Hari Raya Tahun Lepas 2010

ini gamba hari raya tahun lepas 2010.
last year berya rumah suami dulu.
yer lh suami di utamakan dulu kan.

masa nih aku baru 5 bulan khawin dan 3 bulan sara bru nak membentuk ;)

sekejap jer kan!!


keluarga baru.

"abg ampunkan dosa ayg yer.".hahhahhaa...sambil tergelak. sebab masa nih mcm kekok jer kan.

owhh!! beraya sebagai seorang isteri.!

hmmmmm ;)
masa nih aku mabuk teruk sgt.
pgi2 dah mual menceceh aku.
org lain best jer beraya..aku pulak pucat lesi muka.

tp tahun nih belasah raya cukup2..ihiihihh..


Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan : solehah. Insyallah. Amin

semalam aku mengemas bilik.
tukar position pulak. ;)

jumpa tudung syiria aku terus sarungkan.

hhhahhahaa..

menyirap jer ank aku nih kena paksa-paksa. memula mengamuk gak. lepas tuh senyap.
sebab dah dapat gadget.
x lama lagi masuk air lah tuh. penuh dgn air liur jer.




duduk masih senget lagi. kejap2 senget. belum stabil agaknya.




skg mood hari raya.

Thursday, August 18, 2011

Ramadhan : Lesen P melebihi TAMAT TEMPOH!

en.mystery : yang lesen kanak-kanak awk bila taman tempoh? (lesen kanak2 = lesen P)
elin : huh!! 23.8 naper???
en.mystery : eh! bukan 13.8 ker Nur??..cuba g check sekarang!!!
elin : ok jap.
elin : haaahhh!!!! lahhhh 13.8 ah yang.....yeeaaayyy dh blh dapt lesen FULL!!
en.mystery : skg dah berapa hb?? kenapa careless sgt?!
elin : ok.sekarang jugak sy g renew!! huh...

skg nih aku menjadi2 penyakit lupa.
hmm...nasip baik dpt laki prihatin. klu x aku lajak jer sampai 23.8 nanti.


aku nih dulu pemalas nak g amik lesen.
tuh baru P.
korang sume mesti gelakan aku kan..hahhhaa..


Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan : Menu sahur dan berbuka

aku pun nak post gak menu di bulan ramadhan nih..
hhahhhaa..ingat korang jer ker..

menu nih hari yg ker 17.

bukan apa...hari yg je 17 nih lah aku rasa menu aku paling simple sekali.

klu x mmg meriah juadah.
x tau kenapa aku semakin malas nak pk ttg masak.
alahaaii..


lauk berbuka puasa : ikan bawal masak kari.

lauk sahur : sayur goreng + sadin + telor hancor

korang mesti lauk best2 kan.

jgn jd mcm aku lauk pelamas namanya tuh.

Ramadhan : kereta raya sara !!

ok. alhamdulilah..dalam bulan ramadhan nih kami dimurahkan rezeki sekali lagi.
mr.mystery telah ambil family car. klu tidak kami naik lah hiluq kesana kesini. skg aku mmg fobia naik hiluq sejak kemalangan beberapa bulan yg lepas.

sanggup aku naik kete aku jer.

lepas nih x perlu lagi nak naik kete gedabakk tuh lagi kan sara.. ;)



hanya tinggal kenangan. kereta nih lah waktu muda-muda dulu kami keluar deting.
skg kete nih di jdkan kete auto show. klu ada event baru lah bawak.
jgn main2 kereta nih dah banyak kali menang anugerah tau..hhahhhaa..!!
kete nih da abis bayar jd syg lah nak jualkan.

notakukukaki : mood untuk memasak petang nih. menu ikan bawal masak kari! (feveret en.mystery)

Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan : My Loves!!

semalam lepas berbuka en.mystery ajak g JJ. aku pun dgn pantas lah berkata "ok!".
hhahhhaa...

simanja bermanja dgn papa.
semalam aku mmg rindu dgn mereka ni.
padahal hari ahad tuh baru jer keluar itu pun aku rasa tak puas.
llalllaaa...

bilalah aku blh jadi suri rumah sepenuh masa ya kan?
nak tunggu pencen ker??...

Monday, August 15, 2011

Ramadhan : Lazy Monday

today was a lazy day!
aku perlukan sara. dvd (nak g tgk movie sara msh kenit, so x sesuai lagi). neskepeh (can not live w/out!). masak untuk en.mystery. owhh! that boy work so hard! hanya Allah mengetahui.

Sunday, August 14, 2011

Ramadhan : Happy Sunday

nama pun happy sunday kan!

klu blh aku nak paaaannnnjangggkan masa bersama mereka.


aku mmg pengemar beli perfume untuk en.mystery. kali nih Hugo Boss.
;) dah ter shopping.
my beloved mystery.
so freaking cute!
i love this kid so much!!




Friday, August 12, 2011

Ramadhan : Ten Things About me!

1. I love cooking! - 1st time masak bila dah bergelar isteri..;p

2. I have natural straight hair.

3. trying to be romantic! hahhhaha

4. I CANNOT sing! but i LOVE to karaoke :p

5. I love to eat, even when i am not hungry.

6. I HATE shopping for clothes, but when it comes to shoes, gadget and fabric, i am shopaholic!

7. I love driving fast.




8. I must have at least 1 diet "neskepehh" a day

9. My feveret holiday is HARI RAYA.

10. I want music everywhere.


Thursday, August 11, 2011

Ramadhan : 5 Bulan Nur Sarah Amani

kejap jer kan ank mama ni dah 5 bulan...
dah mcm2 perangai cantik lawa skg nih.

mama pulak dah dah kembali berat yg asal OK! hihihih. berjayyyaaa!!
kalau 9 bulan dgn berat 70kg sekarang 45kg ;))

ok nanti update lagi.
nak pi bawak sara g cucukkk!!


Monday, August 8, 2011

Ramadhan : Peniaga Cekik Darah!!

lepas balik keje aku g pasar ramadhan nak beli kuih pelita! tetiba tekak aku nak makan.

aku : "pakcik kuih pelita sehinggit berapa"

pakcik :"3 sehenget dik"

aku :" ok! bg sy sehengget!" (dan beberapa kuih yg lain)

terus aku bagi duit sepuluh hengget.

pakcik : "8 hengget 40 sen dikk"

aku : " haa?? kenapa 40sen???".......

pakcik : "plastik dik!!"

aku : "aikkk plastik pun jual 20sen setiap 1??!! sy nak tolong pakcik meniaga tapi pakcik paw sy 40 sen!! terima kasih banyak pakcikk!! "


terus aku balik. x der mood nak beli rendang kerang (ari nih x der mood nak masak)



Ramadhan : tidak terdaya!

ari nih x sempat nak update blog.
just blogwalking jer lah..

mana yg sempat tuh aku tinggalkan jugak jejak kat blog dieorg.

ari nih aku x tau kenapa rasa sangat-sangat letih!! mcm org x bangun sahur pulak.
lepas pumping 2nd session terus aku rasa badan jd lomah-lomah.

pegawai aku dah suruh aply cuti untuk hari raya pun aku x aply lagi.

korang dah?? berapa hari cuti?? 2hari?? seminggu??

ok selamat berbuka puasa semua umat islam.




Sunday, August 7, 2011

Ramadhan : TV3 Please take note!!

semalam tv3 ada buat tayangan hindustan cerita Kambakkht Ishq lakonan Karisma Kapoor dan Akshay Kumar.

sapa tgk?? ha banyak adegan yg panaskan..
kenapa lah pihak tv3 tayangkan heroin pakai seksi meksi, peluk-peluk, cium-cium dibulan ramadhan ni kan. Sepatutnya alert lah perkara-perkara mcm nih, hormati sikit semua umat islam yg sedang berpuasa. tak pentingkan sensitivity langsung!!.

sepatutnya tv3 pun tahu populasi di malaysia nih mejoritinya yang beragama islam yang sedang berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ni!!







notakukukaki : Di bulan yang penuh keberkatan ni kita perlulah membaca al-quran untuk menambahkan pahala daripada langsung tidak dapat apa2. ;)