Pages

Showing posts with label Raya 2012. Show all posts
Showing posts with label Raya 2012. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Syawal 22 : N9 - Kuala Pilah - Batu Kikir

Hari ni dah hari ke 24 kita menyambut aidilfitri..
masih ada beberapa hari lagi berakhirnya syawal. Jadi kpd sesiapa nak buat open house tuh masih sempat lagi lah.
dan aku.....dah tak larat rasanya nak g beraya.

duit raya amani pun dah banyak..kalau ikutkan boleh lah beli iphone 4s tu 2...hahhha


rasa inilah rumah terakhir. alasan sebab BFF :))
kalau tak pergi mmg roboh jalan bukit putus tuh.





masa raya ni amani lah paling seronok. berlari sana sini...makan itu ini.
baju pun berkali-kali tukar. ini baju yang ke 3 tukar.
makan biskut coklat habis comot-comot. yang geram bukan aku kasi ni mak nenek semua ni kasi tau...nasib baik aku mmg spare baju amani lebih.

pengalaman beraya bersama anak memang mencabarkannnnn....;p


Sudi lah Klik :
1. Tefal for Sale
2. Clearance Stock
3. SK ii Promotion

Wednesday, September 5, 2012

Besties SMTERT!

Salam semuanya.
lama rasanya tak update.....haiss...mood masih beraya kot. ;p

atau pun.. kemalasan nak update. just blogwalking jer lah. bukan apa setiap hari ada jer org datang beraya. tapi tak per setiap kunjungan tuh membawa rezeki.
lagi ramai kite sedekah/jamu makanan pada tetamu lagi murah rezeki kite. insha-allah.

ok, last week member sekolah aku dtg beramai-ramai. happy ok!
yer lah lama giler x jumpa mcm-mcm cerita lah kan. melainkan setiap tahun mereka pasti wajib dtg rumah aku.

ini masih tak cukup lagi. ada lagi 3 org tak dpt hadir..:( 
mereka ni otai-otai masa form 5! siapa antara korang kenal pasti tau perangai pelesit masing-masing. hahhhahhha...

sehingga bawa ke malam lah mereka duduk melepak kat rumah. 
sebab terlalu syok masa tuh.
apa pun aku happy dgn mereka. still keep in touch walaupun masing-masing ada kerjaya sendiri.





sekian. :) tata.

Thursday, August 30, 2012

Langkawi 2012

Org lain cuti g beraya melawat saudara mara...kami sekeluarga melawat orang langkawi tuh.
ini kali ke-4 aku pergi.
dah hafal jalan kat sana.. disebabkan suami nak pergi jugak maka isteri menurut perintah.
semua negari suami dah pergi cuma Kedah jer tak sampai lagi.itu yg beria nak masuk langkawi.

jadinya gamba memang tak banyak. sebab aku malas nak amik.hahahhha.
yer lah dah boring asik nak amik gamba tempat yang sama. ;p
jadi ini jerlah gambar yg aku tepek kat sini. ;p

3Hari 2Malam jer. Menginap di Hotel SeaView....oshemmm!! view mmg cantikk wehh..kata seaviewkan...mmg luas lah pemandangan mak! duk tingkat paling atas, tingkat 9!
siap bergaduh kejap dgn gadis cantik tuh sebab nak duduk jugak tingkat ats..hahhha.
apa aku pedulikkk!!


yeeeeaaayyyy ESOK cuti!!! 




aku cuti sampai ISNIN!...korang??....

Esok hari Kemerdekaan yang ke 55 Tahun...seusia umur ayahku! :)

Merdeka!!! Merdeka!! Merdeka!!

Korang dah Merdeka ker???...ihiiih

Tuesday, August 28, 2012

Aidilfitri 2012

hi, Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua warga blogger yang dikasihi.
Maaf Zahir dan Batin.
andai tersalah bicara tersalah mengata ker.

mcm mana dgn percuti korang pasti seronok kan.

Tahun ni aku beraya ni rumah MIL dekat Bukit Rambai, Melaka.
dan tengah hari berangkat naik 'flight' ke Alor Gajah, Melaka pulak ;p
15min perjalanan..hhahhhaa..

Raya ke 3 dah 'bercuti' ke Langkawi, Alor Setar dan Penang!
memang setiap tahun kami sekeluarga kalau bercuti panjang pasti g bercuti.
salah satu aktiviti 'WAJIB' hari raya.

sebab keluarga sebelah suami mana ada sedara mara..ehh..eh..ada tapi berlainan bangsa dan duduk jauh-jauh.
mak mertua dari keluarga cina. jadi atuk nenak makcik pakcik semua cina.
ayah mertua dari keluarga seberang, Medan Indonesia. jadi sedara mara semua kat sana.

Keluarga Bahagia kami hingga akhir hayat. Insha-allah.
adik beradik & Ipar sebelah suami
Ini lah ahli keluarga sebelah mertua di Bukit Rambai
Ini pula keluarga tercinta di Alor Gajah :)
(pakai tudung hitam tuh dari keluarga MIL..)
ok. ini yg termampu dapat aku upload...banyak lagi tp tak larat nak sort lah.
masih mood raya ni..korang?? ..

Friday, August 17, 2012

Jumaat - Kerja!

siapa diantara korang yang bekerja hari ini??
mari tinggalkan link.....

elin diantaranya.. yang hari jumaat masih bekerja.
otai-otai yg lain dah bercuti. :(


Tuesday, August 7, 2012

Amani dan Tabung Raya

orang sibuk kemas mengemas rumah...amani pun sibuk ler mengemas apa yg tersedia kemas.
semua dia nak buat...tuh aku kasi tabung dia lambak kan duit. senyap teruss.
balance duit beli surat khabar..tuh penuh ngan syiling..hehhhe

alang-alang dah melambak tuh aku terus lah kosongkan untuk simpan duit raya dia nanti ;p

tahun ni meriah lah amani dah kenal semua sedara mara dia.
makcik..macik..maklong paklong...pakngah makngah...semua jgn lupa ya!.

amani dh besar..bulan nih setahun setengah!
sejak semakin besar nih macam-macam perangai amani tunjukan. mama pun happpppyyy :))

anak korang dah prepared semua keperluan raya dia...?

Thursday, August 2, 2012

Air Long Chan untuk raya !

semua memang kenal air longchan ni kan..yang dalam tong kayu.
aku panggil air 'oldskool'
air ni yg best nya tak de karbobat macam air gas biasa.

raya memang wajib rumah nenek aku order bertong-tong air ni.
aku pun turut order. :))

senang. x payah nak bancuh air bagai. tuang terus dalam cawan.