Pages

Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Friday, April 19, 2013

Lawak Ke Der 2 - Harith Iskandar

sila tonton "Lawak Ke Der 2" - Harith Iskandar.

apa yang dia bebelkan dekat atas pentas memang semua masuk akal. semua lawak dia genius. kering gusi aku gelak.

diantaranya isu :

  1. Facebook
  2. download gamba minuman/makanan - harith kata loser!
  3. poke u..then u poke i.. hahahha
  4. When a woman says nothing's wrong, it means everything's wrong - part paling best!
  5. Proton - dia sindir berhemah!
  6. perempuan suka tanya soalan berkali-kali dia nak make sure jawapan yang pertama sama tak bila tanya kali ke 2 atau ke 3. alasan lelaki kalau kantoi main belasah jer bila jawab..hahha..
  7. Perempuan suka simpan semua memory dlm otak.sehinggakan tanya 1st date 3 tahun lepas pakai baju warna apa pun dia boleh ingat.
  8. kalau kuman masuk otak perempuan pasti stuck dan jem..sebab pelbagai maklumat/data dia simpan. tapi kalau masuk otak lelaki tak sampai brp second kuman tuh dah jumpa jln keluar. yang hanya dlm otak lelaki adalah majalah kereta..perempuan pakai bikini dan jerung..hahah! - itu selepas 3 jam apa yg berlaku.
  9. perempuan lebih banyak bercakap drpd lelaki..
best!! korang tgk lah.. 

Tuesday, March 5, 2013

How to play Candy Crush Saga

setelah baca entry kak Mai Korner aku pun nak buat entry candy Crush juga. :)
game ni kalau dah main sekali memang leka.
aku tunggu trafic light yang 150sec sempat aku main. kekadang malam sebelum tido pun aku layan juga. Inikan di opis pun layan ;p geram dah nak sebulan aku masih di Level 30. mcm penipu jer candy crush nih. atau aku yang tak pandai! hahaha.

tp dah jumpa solution nya! hahhaha
pergi klick candycrushsagaallhelp. level mana korang stuck nanti dia akan bg tips mcm mana nak selesaikan. mudah kan! hahahhhaha...

tp kalau nak usaha sendiri pun bagus jugak. berkembang sikit otak tuh kan.

mana yang rasa tengah berpantang anak satu tu boleh lah layan candy crush ni.
target sebelum habis pantang dah selesai level 320. ok?? :)







Friday, December 21, 2012

Thursday, December 13, 2012

Terapi True Ion Detox

semalam aku buat terapi untuk buang toksin dalam badan. True ion detox.
terapi ni buat pada tapak kaki. direndam dengan air garam suam selama 30min.
menggunakan mesin khas. Hanya RM10 jer.

kaki diletakan dalam bekas plastik serta berisi air dan mesin ntah toksin, dan infrared dilekapkan ke perut untuk pengaliran darah. tidak sesuai wanita mengandung.

toksin tuh ditarik dari kaki kite melalui mesin khas.  semua toksin yang dikeluarkan dari buah pinggang, pundi kencing, hati, kelenjar hempedu limfa dan sistem pencernaan.
selepas 30min air bertukar menjadi keruh dan berbuih.

keputusan nya : air bertukar menjadi kuning kehijauan dan berminyak. itu dari buah pinggang dan kolesterol




tapi aku ada sikap ketidakpercayaan!! :P

macam tak logik jer air aku bertuka etam macam tuh sekali. hahhhaa..

aku pun tak tau apa fungsi air garam tersebut.
cuba kalau kaki x masuk dlm besin tuh hanya mesin dgn air garam  jer korang rasa air tetap hitam tak??;p

tapi kan!! lepas buat tuh aku tido dgn nyenyak waktu malam. bangun pagi pun rasa bdn lain mcm.
apa kata korang pun try jugak. :)

Thursday, November 29, 2012

Kurang Sambutan

22.11.2012 Jabatan buat Hari Inovasi.
tapi hampa dan kesian kurang sambutan. tak tau lah mana silapnya.
banyak tempat kosong dalam auditorium ni.

 Nak jugak menempel dalam fitting roomkan! sebab masuk koir pun kena beli baju sendiri.. tuh bosan nak masuk apa-apa aktiviti under jabatan nih.. sponser kedekkkk!! 

koir lah konon!! 

Friday, November 9, 2012

Joke of the Day

RULE#3
 Wife always make the RULE! hahhhahha... :P


Friday, October 19, 2012

Syok Sendiri!!

selalu rehat ari jumaat korang buat apa?????.....
selain tidooooo ?..

aku selalunya melangok ker JJ..MP..atau mana-mana lah dgn bff.
tp bff demam aku duk lah opis selama 2 jam lebih!

jadi ini lah keje aku.
eeeelllee..korang jgn kata korang tak mcm nih ok!...huh.
pasti mcm ni..tinggal lagi korang segan nak publish... hahhhaha..




itu lipstik fevret aku. Loreal dgn Revlon.
bila campurkan kaler..jadi kaler fink...tp gamba ni tak nampak sebab aku dah edit.

raya aji berapa pasang baju??...

Monday, October 15, 2012

Stress!!!

aku stress dekat opis aku bukak lagu zaman dulu-dulu.
zaman mak n ayah aku tak lahir lagi.!!!!

Radio Klasik Nasional!!

bila aku dengar lagu tuh semua aku jadi stress sebab aku tak boleh buat kerja!!!

rasa otak aku nak pecah!! nak tegur tak boleh sebab semuanya usia parent aku!

buka radio macam orang pekak!! kuat-kuat!





Thursday, October 11, 2012

Bersiaran Kembali!

salam!
kini vanillacheze bersiaran kembali!!
lama rasa tak update blog. tak tau kenapa sikap malas semakin menular berleluasa.
ada yang kata saya pregnang. sorok perut.

saya belum pregnant lagi. amani masih jadi peneman setia.
sudah 4 bulan saya stop makan pil perancang.
mungkin effect kot :) atau tak de rzeki lagi.

esok sambung cerita lagi ya!
ini pembuka untuk bulan October.

love!.


Thursday, August 16, 2012

Kerana Marah Binasa Hubungan

mood pagi kurang menyenangkan atas beberapa perkara yg berlaku kebelakangan ni.


aku telah menjadi seorang yang pemarah sejak kebelakangan ini.
dan aku akui telah mengeluarkan kata-kata yg aku rasa tak patut aku lemparkan.
mcm mana lah bila aku tgh marahkan..mungkin mcm singa lapar kot. hahhha

bila kemarahan menguasai diri atau menuruti kemarahan tersebut maka terjadilah satu 'perang' yang kite tidak ingini.
mujur suami selalu menjadi tiang yg kukuh untuk sedar.

setelah aku cerita dr A to Z dgn suami apa yg berlaku lepas sahur td aku rasa aman kejap..tenteram.
dgn tanpa berkata banyak suami menyuruh aku solat subuh bersama untuk meredakan kemarahan..

percayalah...bila kite amik wuduk semua perasaan marah..hasad dengki atau sebagainya hilang dan terasa aman sekejap.

Sabda Rasul saw:" Sesiapa yang menahan MARAH, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus hati untuk melaksanakannya; Nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dgn keamanan dan keimanan ." Hadis riwayat Abu Daud. 

sini aku nak share Tip Menghindari Perasaan Marah.



1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Thursday, August 9, 2012

Amani mengganas!

lagi beberapa hari amani dah setahun setengah.
ffuuhh~ mak semakin tua ker?? hukhuk..

ok, macam ni.
semalam bawak amani g shopping keperluan raya die.
1-2 jam pertama amani ok.duduk dalam stroller pun ok. baik jer. siap babai kat semua orang.
siap buat flying kiss kalau jumpa kengkawan sama usia dia.

masuk jam ke 2..amani dah mula resah..
mengeliat sana sini. aku umpan lah bg roti..biskut..supaya amani leka.
sekejap jer....habis makanan. kenyang dah..mula mengeliat balik.
hulur tangan suruh dukong!!
lepas tuh berdiri dalam stroller nak turun. aku buat dekkk jer.

tak berapa minit die menjerit nak turun dr stroller. ok! aku turunkan dia.

GEMBIRANYA DIE BUKAN KEMAIN LAGI!!!
itu yg dia nak. jalan sana sini..pengang kasut/baju/ apa-apa yg dia rasa nak capailah.
ya allah rasa nak pitam kejap berkejar sana sini. amani sesuka hati die jer nak lari kemana pun...bila aku dukong dia x nak.menjerriiiit!!

ikut sapa ntah!

nak pilih baju untuk dia pun payah sgt.
mana nak tgk amani..mana nak try baju amani..badan cinonet. kkdg baju 6-12mths pun amani blh pakai tau.

sebelum aku naik antu..papa amani pulak handle anak dara die.
senyapppp pulakk!! blh pulak duduk diam!!
grrrrrr....

aku tgk anak orang lain ok jer..senyap jer tgk mak dia pilih-pilih baju.

lepas nih aku dah bgtau iman amani kena tinggal. macam mana pun kena tinggalkan.
sebab aku tak shopping apa2 lagi..baju amani jer dah beratus!
jd kena triple pay lah pada mak aku sebb jaga amani.

anak korang bila dah setahun macam mana?
ok tak korang handle anak korang?
ada naik antu x? hihihiih

Tuesday, July 17, 2012

Dikerah dan Diarah!!

Hannya luahan yang selama ini aku pendam!!
skg nih rasa nak meletop...kebaaaabomm!


aku paling pantang org arah-arah aku atas perkara-perkara remeh!
cth yg terjadi dekat opis nih.

  • elin! jom g tesco/mydin/jj akak nak beli barang dapurlah.. kau bawak kereta laju.kereta akak kereta lama.
  • elin mari kite sarapan dekat kedai nih nak...bla.blaa (adalah 10km)
  • elin ko pergilah jj belikan akak roti/beger/ayam bla..bla.. (tak kuasa aku nak layan)
  • elin akak nak tumpang eh esok pergi perhimpunan bulanan (pdhal dr rumah dia lagi dekat drpd aku amik dia dekat opis, dia malas nak bawak kereta!)
  • elin kau g keluar kejap beli kuih ke apa ker!! (kkdg layankan lah sebab aku pun lapar ;p )
aku paling benci dikerah dan diarah untuk kepentingan sendiri!!
bukan dia tak de kereta..bukan dia kerja tak de gaji..
dalam opis ni aku paling muda. jadi senang-senang lah dia arah sana sinikan. dia usia mak aku jer kot tahun 1960.

sekali dua aku dah bawa oklah..ini nak berkali-kali!
nak melawan aku baik orangnya ;p cuma aku suke perli-perli jer kasi orang tuh 'sentap' 
kalau dia terasa padanlah muka!!
tak tau kenapa hari nih aku betul2 rasa menyirap pulak.

sebab hari ni dia ajak aku..........

nak balik rumah pun suruhhhhhh aku jugaaaaakkkk yg bawak kete.
ingat minyak aku FREE?....aku tuang pakai air ker??
tuh lah kalau bagi muka sgt mcm nih lah jadinya.

jadi aku buat 'dekkkk' jer.tau pulak bawak kereta sendiri.
dasar!!

haaaaisss!!




psstt..psst! jom cuci mata! (click)


Thursday, June 28, 2012

Pilih antara satu!

  • Pulau Perhentian (Khamis-Ahad (28.6 - 1.7)

atau

  • Bandung (Raya ke-4,5,6,7)



mood bercuti semakin membuak-buak.
mana taknya. mengikut jadual asal esok kami dah bergerak ke Pulau Perhentian,
konvoi dgn group-group sebelum ni,ke Pulau Pangkor dan Cameron Highland


kiteorang kalau g bercuti memang suka g ramai-ramai. syok!


tp ni last minit suami kata pilih antara satu mana nak pergi??...
waaahhh!! merudummmmm terus angan2 aku.
puas dah adjust pelbagai alasan.


dgn harapan buka lah hati suamiku!


p/s : bos(abg emi) sila approve cuti untuk suami sy! kalau tak approve i bocor rahsia besar u! hahahhhha...


peaace!!

Tuesday, June 26, 2012

Paris Hilton - Pecah

KALI PERTAMA amani mengamuk suka pecahkan barang.
kebetulan perfume aku ada atas katil.

aku marah amani sebab main tisu..tarik-tarik buat sepah.
lepas tuh aku suka lah sakat amani,

"ammmbbbboiiiii....biaaaasaaa ni... tak nak dgr cakap mama"
" babappppp nantiii"

tiba-tiba dgr benda bersepaiiiiii!! haaaaamikkkkk kau berderai kaca.

habis satu bilik bau wannnnnnngggggiiiii.....

tetiba nak jd hulk tp tak jadi..papa lebih awal amik amani pujukk.
heellooo siapa buat slh skg ni..(tuh lah anak papa)
jgn di jentik..
mentang-mentang mak ko jual perfume. 

nasib baikk ada stok. dan kebetulan ada offer! huh!!! amani..amani...

ni nak mintak kat laki kompem dan terang-terangan lah x dapekkk.
jd aku dah tau anak aku kalau marah mmg suka menghempas barang.
ikut perangai siapa ekkk ??? :)

anak korang mcm mana pulak? bila kena marah apa reaksi comel dia...

berderaiii 100ml
selepas kena dodoi dgn papa terus tidur.
dah masuk 3 botol. memang wangggiii ok!
baunya sweet sahaja.

'Paris Hilton Heiress'

Tuesday, June 19, 2012

L.A.M.B.A.T

Tahun 2012 ini kali pertama lewat masuk kerja!!
haaaaa......

pagi nih aku tak tau knp banyak sgt kereta dr hari kebiasaan. aku keluar waktu yg sama setiap hari.
tapi malangnya aku banyak kali kena traffic light merah dgn 99sec!!

bayaaanggggkaaaaaaannnn...betapa stress nya!
nasib baik ada JOHARA peneman dlm kereta :)


Friday, June 15, 2012

Menyintai tak semestinya memiliki

Teman opis aku berdebat ttg isu ni. 'Menyintai tak semestinya memiliki' .
dengan selamba die jawab macam tuh.


aku tak tau knp dan mengapa teman aku nih suka ambil risiko. dulu aku pernah update n3 tentang 'skandel cinta' , jadi kesinambungan dalam n3 ni pulak yer.


dijadikan cerita,
teman aku ni jadi buta hati dgn cinta yg belum pasti untuknya. begitu pasti mengatakan yang dia hanya sangat menyintai org lain sedangkan dia tau status 'cintanya' itu. sudah mempunyai keluarga yang sangat bahagia kat luarsana.
kenapa mesti merugikan masa kau untuk menanti orang yg berstatus.??


pesan aku pada dia,
mungkin sidia pernah melafazkan cinta/sayang pada kau, tapi kau kena sedar adakah benar hati dan perasaan dia  begitu pd kau??mungkin dia ada 1001 alasan dan mungkin itu tipu muslihat dia. sedangkan kau tau siapa dihati dia skg ni.
isteri dan anak yang sedang berbahagia.
cuba fikirkan perasaan orang lain. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Kelak merana.


jika benar cinta kau pada dia sehidup semati, kau rasa semua ahli keluarga dia boleh terima kau ker??..boleh ker mereka beri layanan istimewa pada kau? boleh ker kau tahan hati dan perasaan kau?? boleh ker kau tahan hati dari sifat cemburu, rindu dan iri hati?
mungkin sekarang kau rasa seronok kerana disayangi selain family kau, tapi kau kena tau apa yang kau miliki sekarang tak mungkin kau akan kecapi dgn kebahagian.


aku dah tak tau nak nasihat mcm mana dgn dia. sebab aku juga seorang isteri yang mempunyai seorang anak..jika berlaku dalam keluarga aku...tak ke REMUK..PECAH BERDERAI HATI ni.


MIL aku selalu pesan :
Kalau Kita Tak Nak Orang Lain Ambil Hak Kita, Kita Jangan Ambil Hak Orang. Kebahagiaan Takkan Datang Dengan Cara Merampas Kebahagiaan Orang Lain.


memang berkesan dalam hati siapa yg memahami.


korang rasa, kawan aku tuh akan sedar diri ke tidak?
adakah dia akan tetap mementingkan diri tanpa berfikir perasaan orang lain?


ffuuhhh....laju jer aku tulis. ;p
sambil layan lagu Mahir Zain - For The Rest Of My Life.


** Jom tempah sampul kad raya dan lepas tuh ber photo shoot pulak dengan Elvira Studio.
lepas tuh jom wangi-wangi untuk suami :)











Friday, June 8, 2012

Lagu dan Kenangan

lagu dan kenangan.


tadi aku buka page dakpink..tetiba dgr lagu Anuar Zain..perggghh...mendayu2 beb!


terus menerus aku ingat memory masa muda mudi :)
pertemuan dgn iman a.k.a mr.mystery. segalanya dgn lagu Anuar Zain ni.
aku jenis ingat seseorang melaui lagu :)


cth : 
1. coldplay...dgn cinta cinta dulu.bkn feveret aku pun tapi disebabkan die obses dgn lagu tuh, setiap kali dgr pasti lah teringat.


2. Anuar Zain - Cinta hati sekarang nih. Dunia dan Akhirat. Insha-ALLAH.


3. avril lavigne - musuh ketat masa study! Perampas suami org!!

dan lain-lain....(masih goyang-goyang badan sambil dgr lagu "anuar zain-sedetik lebih"



Thursday, June 7, 2012

Warning : dak pink dan aTy faRed!

Perhatian pada dakpink dan aTy _faRed

page korang ada penunggu. korang yg lain ok tak kalau klik page mereka?
plizzzzzzzzz buang 'malaun' merah tuh.

kat sini aku kasi tutorial nak remove virus  merah tuh. klik

Thursday, May 31, 2012

Bubur Durian



semalam tekak terasa nak makan bubur durian.

tetiba pagi ni ada depan mata!...ada kakak opis ni buat kan.
kalau makan durian jer memang aku tak lalu. tapi ada bubur memang laju.

dah setahun kot tak makan bubur durian ni.hahahhha..meragam lak tekak ni.