Pages

Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

New Cooler Bag untuk Amani

Selama setahun 4 bulan aku gigih untuk menyusukan amani.
alhamdulillah production maintain.
kadang-kadang ada jugak skip sesi mengepam. :)

cooler bag yang lama dah koyak-koyak bahagian zip! 
mana taknya angkut kesana-kesini,
bila tgk pun rasa tak semangat.

semalam tgk yanie post gamba cooler bag. cute!
terus tanya mana dia beli.
dan pagi nih terus beli untuk amani. sekali dua aku beli.
1 untuk ke opis dan 1 lagi untuk bawa kerumah emak.

korang boleh shopping di e-mumshop.com

Autumnz - Chic 2-in-1 Convertible Cooler Bag (Berry)

Autumnz - Classique Cooler Tote (Pink Polka)
Inshallah akan aku terus usaha sehingga amani 2 tahun.
dan seterusnya untuk adik amani akan dtg.

Monday, May 7, 2012

Blogger Help! : Anak Mengempeng @ Melekap Waktu Malam!

Salam.

Seperti tajuk diatas!. nak minta bantuan dari sekalian semua di mana pernah mengalami situasi mcm saya nih..'anak dara kuat mengempeng waktu malam'.
dah setahun lebih amani semakin kuat mengempeng.

bukan apa, letih tau setiap malam tak cukup tido. kang bila terlepas jer mulalah merengek..kejap-kejap merengekk..ada satu tahap tuh jd stress sebab aku tak cukup tidur.

amani masih fully breastfeed sehingga sekarang.

ada tak petua-petua ker macam mana nak selesaikan masalah tersebut...pleassssseeee...
Semakin pandai melaram!

Wednesday, January 18, 2012

Syukur alhamdulillah 20oz sehari.

Seperti Tajuk diatas :), selama 10 bulan aku masih 'bf' Nur Sarah Amani.
Syukur sekali lagi masih mencukupi untuk anak tersayang, walaupun pelbagai dugaan yg menimpa aku semasa aku 'bf' Amani.

Apa yg penting CEKAL, USAHA, TABAH dan SABAR. Susu ibu nih kan unik.

Mommy sekalian macam mana? masih kekal dgn penyususan secara eksklusif?

Jum makan!!... lapar lah. nih lunch tadi.

Tuesday, October 11, 2011

Transformasi selepas bersalin.

ha!! PM kite sibuk duk asik sebut-sebut Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera..

aku pun ada gak Transformasi Cemerlang Isteri Gemilang!!
hhahhha.. GEMILANG ker?

sebelum nih aku ada post N3 berat aku melonjak 2OKILO masa pregnant.
tuh aku teringat nak update selepas pregnant pulak..

bagi aku misi aku dah berjaya lah. ;)

selama 7 bulan aku berjaya kembali ke asal..;p (menyirapp lak kan)..

mehh lah tgk PERUBAHAN..hhhahhaha...
44kg tuh sebelum pregnant tau..tgk tuh masa aku 9 bulan mcm TONG kan ;)
Seronok tgk angka menurun.
Cewaaaahh!!!.....posing nak depan belakang kan!! nih pegawai aku semua x der tuh sempat aku mengedik sorang2 kat opis.lllallalllaallala..
Akhirnya aku berjaya...!! hanya 1KILO jer lebih..hehhhe..
so mcm mana ok x??hhehe..lorat lak kan..

ok aku nak share apa yg aku buat sehingga kan aku sebegini cepat berlaku perubahan pd aku :


  1. Selepas pantang 90 HARI, aku masih mengamalkan makanan tanpa minyak.
  2. Masih teruskan JAMU NR.
  3. Buat senaman ringan. mcm sit up, joging kat rumah, sental bilik air, mop rumah selalu, turun naik tangga setiap hari ;)..
  4. SILA TINGGALKAN AIR SEJUK / BER'AIS.
  5. Banyakan minum air masak
  6. Jus Pegaga sehingga sekarang. bagus ok!
lain x ingat...nak balik nih..nanti aku update lg kat N3 nih, yer...
bye..bye..



Saturday, September 10, 2011

Bengkak Susu

kes semalam.

balik keje ku terus ke klinik yg berdekatan. check doc kata aku kena BISUL! dia suruh aku refer GH nanti kena buat minor operation!
huukk alahh... senang2 jer cakap bisul kan.

x puas ati aku terus g specialist. rupanya bengkak susu jer.
sebab apa bengkak Mrs.N dah tersumbat dek kerana luka tempoh hari.

jd doc bagi aku antibiotik dan ubat tahan sakit.

doc nasihatkan aku terus kan breastfeed baby. dalam masa yg terdekat jgn pam dulu.

sakit yang amat sgt weh!! kkdg terlintas dlm kepala otak aku nih nak stop jer tau.
hmmm....aku kuat kan semangat demi nur sarah amani.

Friday, September 9, 2011

OMG!!! pam keluar darah!!!!!!

eeerrrggghhhh!!!!!

aku baru selesai sesi pam kali ke-2!
sekali aku pam memancut susu bercampur darah keluar!!!
5oz (sebelah kanan sahaja) ok susu bercampur darah

yaallh mengigil aku dibuatnya!

mmg sebelum nih luka. sebb sara kerap sgt menyusu.

klu dah keluar darah mcm nih kena STOP ker??????/???..........................


aku nak pitam pulak tgk susu dlm botol tuh dah lain kalerrrrrr!!!



Wednesday, August 3, 2011

Spectra 3 and Expressed Breast Milk Result

alhamdulillah syukur pada mu Ya Allah!
kerana mempermudahkan hambamu menjalani ibadahmu.

ini hasil untuk hari ini. agak memuaskan juga.
walaupun aku rasa nak pitam skg nih..dan hauss giler ok.



jum bersiap sedia untuk pulang ke rumah. apa juadah menu aku hari nih ek? pening pulak nak pk kan..

apa pun aku ucapkan selamar berbuka puasa pada semua umat islam!

Sunday, July 31, 2011

milk booster!

baru nak try. ;) sebelum nih aku buat sendiri jer air longan nih.

resepi klik sini.

dan aku mkn supplement shaklee (alfalfa) ternyata mmg sgt membantu.

aku baca status dekat KIM ramai pulak mummy2 kat lua sana minum nih semua kata ok!
x payah susah2 nak rebus bagai. beli dan terus minum.

selain "supply on demand" kite perlu juga cari jln alternative yg lain yer x.
berkesan atau tidak itu belakang punya cerita ok.

1 tin cuma rm1.20 jer!!

sharing is caring ok!

Tuesday, July 26, 2011

Nipple confusion - part 3

mood : agak stress ttg kejadia yg tidak diingini.

semalam ( isnin, Julai 25, 2011) aku amik cuti untuk bersama dgn anak aku dengan perangai baru..haaaiss...sara..sara...

pelbagai usaha aku buat tapi x jalan gak. diantaranya aku letak madu, kurma dan benda-benda manis untuk dijadikan umpan. ternyata sara sgt pandai membezakan getah dan sebaliknya!!.
habis madu dihisapnya kemudian dia berpaling kepala ke arah lain..eeewwaaaahhhhh~~..

aku hampir give up ok!...

sebelum anak korang jd mcm anak aku nih korang kena lah atasinya dgn tenang ya!

aku terus bawa sara keluar jalan-jalan untuk ceriakan balik mood aku yg dah tertonggeng nih kan.
belikan baju raya sara yg ntah kali keberapa..asalkan keluar jer beli..beli..dan beli... (sila jgn ikut perangai aku yg agak gile shoping baju si kenit)

tetiba sara menjerit!! lepas tuh nangis...
haus lah tuh.. terus aku menyusukan die..ohh ya! my first public feed yesterday and i was my own ok!! hhahhha...gile gayatkan..
lama jugaklah naik lengguh pinggang aku nih.
mungkin haus kot yer ah 1 jam x minum.. ;))

TAPIIIII bukan bermakna sara dah boleh terima direct dgn aku.....



aku menggunakan NUK nipple shield.!! nih aku beli masa memula dulu. aku dah try kat rumah so far sara x berpaling pulak kan..yg lecehnya setiap kali nak menyusukan die aku kena lah tepekk kan kat mrs.N tuh...

NUK Silicone Nipple Shield



selesaii dah kes sara x nak df dgn aku... aku pasrah dan redha lah...alaahhaii anak.

skg nih aku cuma focuskan kuantiti dan kualiti susu ajaib aku.

urrghhhh sukekannnn~... muke kekenyangan!

Saturday, July 23, 2011

Nipple confusion - part 2

kalau dulu kes sara tak nak hisap punting getah (teat)!!
sekarang sebaliknya ok (nipple)!!

sara dah x nak direct feeding dgn aku lagi. dah 5 hari ok! perasaan sedih dtg bila sara menolak breast aku.

lepas waktu keje aku akan terus amik sara. dan aku akan direct feeding dulu sebelum bergerak pulang. tiba2 sara menolak dan mengamuk. aku pelik lah kenapa mcm nih selalu ok jer.
ok tak per aku ignore kan jer perubahan pada sara tuh.
kemudian terus balik rumah.

sekali lagi aku cuba untuk DF lagi..tp hasilnya sama. sara menolak dan mengamuk. kali nih mmg kaw-kaw sara mengamuk.
pujuk berkali2 pun still mengamuk dan menangis.
hakikatnya masa tuh sara mmg sgt lapa. aku terus panaskan susu 3 oz.
aku sumbat jer botol sara terus senyap dan mengelupur minum..!.. selesai 3oz sara sedut.

bila dah 2,3 kali mcm nih baru aku perasan yg sara mcm dah tak berkenan dgn breast aku!

tiba2 sentap kejap aku tgk perubahan sara mcm nih.

ok..skg aku stress!! nanti sambung ah lagi eh..



Monday, July 18, 2011

Manual pump vs. Electric pump??

aku menggunakan avent(manual) dan spectra 3(electric).

kat sini aku nak bgtau aku lebih selesa atau rasa berpuas hati menggunakan manual pump.
sebab apa aku kata manual pump bagus??

** sekali pump boleh dapat 8oz.
** Mrs.N aku pun tak melecet/luka.
** mudah untuk dibawa kemana-mana.

dan kenapa aku kata spectra 3 / electric tak bagus..

** sekali pump dapat 5oz sahaja!
** Mrs.N MELECET dan LUKA!
** susah aku nak bawa kemana2.
** ada menggeluarkan bunyi walaupun tak kuat.
** kuasa pengepaman tidak begitu kuat.

aku cadangkan pump yg terbaik adalah :-
** manual -Avent Isis
** electric - Ameda

sumber en.google
sumber en.google

tak tau lah korang mcm mana kan.. ;)
klu nak share drop ur comment ok.

Wednesday, June 22, 2011

hasil EBM ketika PUASA dengan Alfalfa!

semalam aku dah start puasa ganti untuk tahun lepas..
20 hari aku x puasa.
tahun lepas aku morning sickness yg TERUK!!
keluar masuk hosp....masuk air..masuk glucose..
tekanan darah rendah..

eh mcm2 lah...bnyk kali asik puasa half day jer..

jd smlm aku dah start ganti puasa.

ok!! bila puasa jer pasti aku akan pk...ada ker susu klu kite puasa nih kan..??
dah lah air seharian x minum.tapi..............ini lah hasilnya.pagi pukul 11 aku pam.

8oz stgh. sekali sesi pam.

bila kite puasa nih mesti rasa letih dan dahaga kan..tambah lagi bila sesudah pam.
tp dgn bantuan shaklee perkara mcm tuh dapat membantu..
hasil pun lumayan juga..kurang rasa letih / dahaga.

ok aku nak kongsi sedikit tip / info untuk berpuasa bg ibu2 yg menyusu.

waktu malam sebelum tidur
* minum air rebusan longan kering / air kurma
* makanan seimbang.seperti sayur,ikan,daging.
* kerap pam pada waktu malam.

waktu sahur
* makan makanan seimbang.
* makan buah kurma.
* minum air rebusan longan kering / air kurma
* 2 biji alfalfa.
*pam sebelum / selepas sahur

** fungsi air kurma / longan kering tuh adalah untuk menambahkan susu juga.

mau resepi??....ok boleh klik disini.

selamat ganti puasa. ;)


Monday, June 13, 2011

shaklee : Alfalfa

supplement tambahan sekarang aku amik product Shaklee iaitu Alfalfa.
aku mula mkn suplement nih 2 minggu sebelum aku start keje..hasil minggu pertama x begitu memuaskan, tp masuk minggu ke-2 hasil perahan aku meningkat..

masa dalam pantang lagi aku dah beli trial pack set B - Breastfeeding hanya rm80 jer.
dalam trial pack tu ada :

1. 30 tabs Vitalea (Multivitamin)
2. 30 tabs B Complex
3. 30 tabs vitamin C
4. 90 tabs Alfalfa (Milk Booster)

yerlah memula susu manalah bnyk sgtkan.klu sekali pum hanya dapat 3/4oz je.

tp sekarang dah start keje aku x perlu risau lagi..hasil tuaian aku agak lumayan..alhamdulillah.

sesi pagi dan t/hari.
9pg-8oz, 12tgh 6oz

sekarang nih aku dah blh start puasa ganti sebb stock aku mencukupi untuk aku habiskan puasa aku yg tersisa (23hari x puasa).

tq Alfalfa!

Wednesday, June 1, 2011

NUK Classic (Anti-Colic Teat)

ok ini jenis teat yang kecik (normal size) saiznya dr sebelum nih aku beli.

mana2 ada ibu2 bermasalah seperti aku try lah saiz yg ini ya.

klu nak tau lebih detail berkenaan teat NUK nih blh klik disini.

bahagian bawah.

bahagian atas mempunyai lubang kecil.

NUK Classic (Anti-Colic Teat)

Tuesday, May 31, 2011

sara terima kehadiran teat baru!

Yeeaayyy!!!! berjaya juga akhirnya!!

kini sara pandai hisap punting getah!! hahhaha..
aku cume tuka teat NUK yg kecik sikit. sebelum nih aku beli yg besar sikit tp saiz new born.

welcome to bottle feeding sayang..senang hati mama skg nih.. ;) alhamdulillah.

skg nih mama kena tingkatkan usaha untuk memperbanyakan production mama agar mendapat hasil output yg lumayan.

pdmulanya sara x nak juga terima teat baru nih..uwekk..uweekk..di sengajakan.
kemam jer sampai susu meleleh2 kua..kan membazir tuh..
bawa jalan2 klua masuk rumah, turun naik tangga, duduk kemudian bangun lagi semata2 nak pujuk sarah..yang sara blh bantai nak berborak pulak..haiss..

x lama tuh mak aku pulak yg kasi kan..mak aku dah lah manja kan cucu sulong dia nih..alaaahaaii lagi bertambah lemak pulak aku tgk kan..

aku berusaha lagi untuk pujuk sara..sebb naluri aku mengatakan sara akan terima juga dgn teat baru nh tp mesti kena dgn caranya.
tetiba aku pujuk dgn mengatakan..

"syg minumlah ok..nanti klu sara dah pandai hisap teat nih mama beli kan....!@#$%^&*( ok syg x kesiankan mama ker..minggu depan mama dah nak keje nih syg.."

x lama tuh aku tgk sara dah mula nyonyot teat tuh!! sikit demi sikit lama2 habis susu 3oz.
terkejut giler aku! terus cal papanya bgtau si anak dah pandai.uhhh senang hati masing2.
uhhh..kena janjikan beli something baru nak hisap kan!! huh bertuah nyer anak zaman skg.

huh muka seposen jer kan!! guna botol storage jer..hhhaha..yg penting sara minum.

next n3 aku ceritakan apa yg aku janji nak belikan sehingga sara blh terima teat baru.. ;)

Saturday, May 28, 2011

Berapa banyak susu yang bayi anda perlukan?

sejak kejadian pagi tadi susu merudum..aku pum cume dapat 1oz jer aku terus ngadap lapy nih carik info untuk aku tingkatkan pengeluaran hasil aku supaya tidak di istiharkan bankrup C!!

aku x tau lah sarah hari nih cukup minum atau x..kasi guna botol x nak, lgpun EBM masih mencukupi untuk sebulan jer ;(
ok,berbalik pada tajuk dekat ats..kalian semua tau x berapa oz yg diperlukan untuk bayi anda??
pastilah kalian tau kan..aku jer x reti2 nak amik tau..hhehhehe..

bile aku buat kira2 balik rupanyer EBM aku x mencukupi.

jika aku breastfeed sarah secara exclusive sarah memerlukan 25oz (750 ml) secara puratanya untuk sehari /atau pun 19oz hingga 30oz sehari sebab kadang2 sarah mengambil amaun yg berbeza.

bagaimana nak tau sukatan untuk sehari atau dalam masa 24jam :
1. dalam sehari sarah akan minum 7-9 kali penyusuan.
2. kemudian divide kan 25oz kpd kekerapan untuk sehari.

contohnya : sarah akan menyusu sebanyak 8kali sehari / 24jam, jadi sarah akan minum 3oz untuk setiap kali penyusuan.... (25/8=3.1oz!!)

so sekarang hasil aku cuma 1oz jer........apa sarah nak minum?? x kan susu robot kot...!!
adduhh benakk jugak kepala aku nih..
x lama lagi dah nak start kejeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....!




susu merudum!!

wehh nampah x hasil pengeluaran aku merundum?????!!!!
jam 8pg tadi aku pum banyak nih jer dapat!
x pitam ko.......

terkejut beruk ah aku..pasal apa blh jd mcm nih?? aku pum2 hampir 20 min banyak nih jer.klu mcm nih kelaparan lah sarah..
mcm mana aku nak teruskan stock EBM nih..

suami aku kata aku sgt stress pk kan sarah x nak hisap botol.. (hmmm mmg kot..) setiap hari aku sedih bila sarah reject punting getah. sarah sgt pandai membeza kan yg ori atau pun x.

tenang..tenang..tenang...jgn stres elin!!!........

1oz jer!!!

Wednesday, May 25, 2011

Nipple confusion - part 1

alahai bertambah lagi koleksi botol sara..nih tommy tippee kawan yg pos.


tgk cara sarah tuh mcm ok jer minum kan...tp melalak jugak..langsung x nak telan kemam jer.Seharian aku kasi jer guna botol..sampai terlelap sebab penat bertarung kan..hhehhe..
Melalak........mcm kena dera.. kesian pun ada gak tgk dia meraung2.. mak aku pagi2 dah dtg rumah nak bantu misi aku nih. sebb nanti sarah mak aku yg jaga..
esok aku terpaksa buat plan lain.mak aku akan dtg rumah aku mcm biasa. dan aku dah stanby kan EBM untuk sara. aku akan ikut en.suami g opis jd asst dia g site..lgpun x jauh dr rumh aku dgn opis dia.klu terjadi apa2 aku blh terus balik jer.
Bottle nih member blog pos kan kebetulan dia ada extra.. meh klik sini anak dia comel.. ;)

aku dah x tau mcm mana lagi nak buat kali nih..

alahaaaii ank mama...

Cup Feeding!

semakin hampir tarikh 9 june 2011.... keje..keje..keje...waalllaaaweeeiiii...

tp misi untuk sarah tidak berjaya lagi.. hissshhh..mcm mana nak buat lagi nih..

atau terpaksa aku guna kan cara cup feeding??

alahaaiii baru lahir dh guna cup feeding...

kat negara barat tuh selamba badak jer guna cara mcm nih kan...
alahaaaii anak mama..bile mau pandai guna bottle nih syg..


Friday, May 20, 2011

Power Pumping!

haa.baru 2 bulan aku rasa susu aku dah drop giler..x tau lah kenapa lately jd mcm nih.selalu aku pum pasti 5-6oz x lari...tp 2,3 hari nih jadi semakin kurang pulak..ad tuh dpt 3oz jer..x sedeh ko nengok susu banyak tuh jer..

nih pun advice dr kawan pesbuk aku suruh buat power pumping nih.

cara nyer senang jer..(tp agak susah dan leceh sebenarnya bg org yg malas kot..heee...)
aku guna Avent manual pum yg single punye jer.
pum breast kiri 10 min..kemudian 10 min kanan pulak..sampai lah 1 jam!..haaaaaa.......lengguh jugak lah tangan nak mengepam jer..
tp hasil nyer lebih dr yg aku dapt sebelum nih...
( x sempat nak amik gamba td sebb sarah tetiba nengis sekuat ati.mengelabah lah aku di buatnyer..)

yang mana klu ada double pum yg lektrik lagi mudah keje nak buat..relx jer lah kan..

tp power pumping nih kena rajin buat dalm seminggu mcm tuh.munggkin hasil nyer pun lumayan kot.

tunggu selepas seminggu adakah susu untuk sarah nih mencukupi tanpa Power Pumping??!!