Pages

Showing posts with label feeding bottle. Show all posts
Showing posts with label feeding bottle. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

Nipple confusion - part 3

mood : agak stress ttg kejadia yg tidak diingini.

semalam ( isnin, Julai 25, 2011) aku amik cuti untuk bersama dgn anak aku dengan perangai baru..haaaiss...sara..sara...

pelbagai usaha aku buat tapi x jalan gak. diantaranya aku letak madu, kurma dan benda-benda manis untuk dijadikan umpan. ternyata sara sgt pandai membezakan getah dan sebaliknya!!.
habis madu dihisapnya kemudian dia berpaling kepala ke arah lain..eeewwaaaahhhhh~~..

aku hampir give up ok!...

sebelum anak korang jd mcm anak aku nih korang kena lah atasinya dgn tenang ya!

aku terus bawa sara keluar jalan-jalan untuk ceriakan balik mood aku yg dah tertonggeng nih kan.
belikan baju raya sara yg ntah kali keberapa..asalkan keluar jer beli..beli..dan beli... (sila jgn ikut perangai aku yg agak gile shoping baju si kenit)

tetiba sara menjerit!! lepas tuh nangis...
haus lah tuh.. terus aku menyusukan die..ohh ya! my first public feed yesterday and i was my own ok!! hhahhha...gile gayatkan..
lama jugaklah naik lengguh pinggang aku nih.
mungkin haus kot yer ah 1 jam x minum.. ;))

TAPIIIII bukan bermakna sara dah boleh terima direct dgn aku.....



aku menggunakan NUK nipple shield.!! nih aku beli masa memula dulu. aku dah try kat rumah so far sara x berpaling pulak kan..yg lecehnya setiap kali nak menyusukan die aku kena lah tepekk kan kat mrs.N tuh...

NUK Silicone Nipple Shield



selesaii dah kes sara x nak df dgn aku... aku pasrah dan redha lah...alaahhaii anak.

skg nih aku cuma focuskan kuantiti dan kualiti susu ajaib aku.

urrghhhh sukekannnn~... muke kekenyangan!

Saturday, July 23, 2011

Nipple confusion - part 2

kalau dulu kes sara tak nak hisap punting getah (teat)!!
sekarang sebaliknya ok (nipple)!!

sara dah x nak direct feeding dgn aku lagi. dah 5 hari ok! perasaan sedih dtg bila sara menolak breast aku.

lepas waktu keje aku akan terus amik sara. dan aku akan direct feeding dulu sebelum bergerak pulang. tiba2 sara menolak dan mengamuk. aku pelik lah kenapa mcm nih selalu ok jer.
ok tak per aku ignore kan jer perubahan pada sara tuh.
kemudian terus balik rumah.

sekali lagi aku cuba untuk DF lagi..tp hasilnya sama. sara menolak dan mengamuk. kali nih mmg kaw-kaw sara mengamuk.
pujuk berkali2 pun still mengamuk dan menangis.
hakikatnya masa tuh sara mmg sgt lapa. aku terus panaskan susu 3 oz.
aku sumbat jer botol sara terus senyap dan mengelupur minum..!.. selesai 3oz sara sedut.

bila dah 2,3 kali mcm nih baru aku perasan yg sara mcm dah tak berkenan dgn breast aku!

tiba2 sentap kejap aku tgk perubahan sara mcm nih.

ok..skg aku stress!! nanti sambung ah lagi eh..



Thursday, June 2, 2011

Ganjaran untuk Sarah!!

ha kau.....tersadaiii lepas minum susu!!

selambak jer atas katil kan..dah kenyang terus lelap!! (setelah burp)

ok ini anak, aku dah janjikan sesuatu masa nak ajar dia dgn punting tiruan.

refer n3 sebelumnya.klik sini.

sebab dah janji en.mystery kata tunaikan..jgn nanti sara merajuk pulak...

nak tau apa yg aku janjikan dgn sara???




jeng...






jeng...





jeng...

gelang kaki!!

ok sekian.


Wednesday, June 1, 2011

NUK Classic (Anti-Colic Teat)

ok ini jenis teat yang kecik (normal size) saiznya dr sebelum nih aku beli.

mana2 ada ibu2 bermasalah seperti aku try lah saiz yg ini ya.

klu nak tau lebih detail berkenaan teat NUK nih blh klik disini.

bahagian bawah.

bahagian atas mempunyai lubang kecil.

NUK Classic (Anti-Colic Teat)

Tuesday, May 31, 2011

sara terima kehadiran teat baru!

Yeeaayyy!!!! berjaya juga akhirnya!!

kini sara pandai hisap punting getah!! hahhaha..
aku cume tuka teat NUK yg kecik sikit. sebelum nih aku beli yg besar sikit tp saiz new born.

welcome to bottle feeding sayang..senang hati mama skg nih.. ;) alhamdulillah.

skg nih mama kena tingkatkan usaha untuk memperbanyakan production mama agar mendapat hasil output yg lumayan.

pdmulanya sara x nak juga terima teat baru nih..uwekk..uweekk..di sengajakan.
kemam jer sampai susu meleleh2 kua..kan membazir tuh..
bawa jalan2 klua masuk rumah, turun naik tangga, duduk kemudian bangun lagi semata2 nak pujuk sarah..yang sara blh bantai nak berborak pulak..haiss..

x lama tuh mak aku pulak yg kasi kan..mak aku dah lah manja kan cucu sulong dia nih..alaaahaaii lagi bertambah lemak pulak aku tgk kan..

aku berusaha lagi untuk pujuk sara..sebb naluri aku mengatakan sara akan terima juga dgn teat baru nh tp mesti kena dgn caranya.
tetiba aku pujuk dgn mengatakan..

"syg minumlah ok..nanti klu sara dah pandai hisap teat nih mama beli kan....!@#$%^&*( ok syg x kesiankan mama ker..minggu depan mama dah nak keje nih syg.."

x lama tuh aku tgk sara dah mula nyonyot teat tuh!! sikit demi sikit lama2 habis susu 3oz.
terkejut giler aku! terus cal papanya bgtau si anak dah pandai.uhhh senang hati masing2.
uhhh..kena janjikan beli something baru nak hisap kan!! huh bertuah nyer anak zaman skg.

huh muka seposen jer kan!! guna botol storage jer..hhhaha..yg penting sara minum.

next n3 aku ceritakan apa yg aku janji nak belikan sehingga sara blh terima teat baru.. ;)

Wednesday, May 25, 2011

Nipple confusion - part 1

alahai bertambah lagi koleksi botol sara..nih tommy tippee kawan yg pos.


tgk cara sarah tuh mcm ok jer minum kan...tp melalak jugak..langsung x nak telan kemam jer.Seharian aku kasi jer guna botol..sampai terlelap sebab penat bertarung kan..hhehhe..
Melalak........mcm kena dera.. kesian pun ada gak tgk dia meraung2.. mak aku pagi2 dah dtg rumah nak bantu misi aku nih. sebb nanti sarah mak aku yg jaga..
esok aku terpaksa buat plan lain.mak aku akan dtg rumah aku mcm biasa. dan aku dah stanby kan EBM untuk sara. aku akan ikut en.suami g opis jd asst dia g site..lgpun x jauh dr rumh aku dgn opis dia.klu terjadi apa2 aku blh terus balik jer.
Bottle nih member blog pos kan kebetulan dia ada extra.. meh klik sini anak dia comel.. ;)

aku dah x tau mcm mana lagi nak buat kali nih..

alahaaaii ank mama...

Wednesday, May 11, 2011

Koleksi bottle susu Nur Sarah Amani

pelbagai warna.... pelbagai bentuk...pelbagai rupa.... pelbagai saiz... eh mcm2 lah..nak yg kecik ada.. nak yang besar pun ada... tp koleksi nih bukan nak jual ya..

aku ada masalah nak menyusu kan sarah guna botol..
dah sebulan lebih prac kan sarah dgn punting getah tapi gagal gak..
pelbagai botol dah aku try tp x jalan gak..
berhabis duit pun x per asalkan buah hati aku nih blh terima dgn botol.
klu bagi guna botol sarah akan melalak mcm kena dera lah.

aduhaiii anakku nur sarah amani kenapa blh jd mcm nih ya..

bertambah runsing sebb bulan depan aku dh start keje..mcm mana sekali pun aku tetap akan usaha sampai berjaya..
nih tunggu botol yg berlain pula dr rakan FB/BLOG aku.. kebetulan dia ada lebih botol susu..harap berjaya lah yer..


mcm ada anak 10 org ahh......aaadduuhaaii!!

pelbagai jenis/bentuk punting aku beli...tp GAGAL!!

HEEELLpppPPPPPPPppppppppPPPP........!!!