Pages

Showing posts with label Masakan untuk Mr.Mysteri. Show all posts
Showing posts with label Masakan untuk Mr.Mysteri. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Food with LOVE # 15

Lagi makan malam yg simple lagi enak dan sedaaaappp :)
bukan malas tau..kkdg tekak nih tak nak makan yg berat2 jd kena lah search menu2 yg simple kan.
nasib baik lah suami nih bukan jenis 'pemilih' bab makanan TAPI yang penting KENA MASAK.
alasan dia yg blh diterima pakai 'MASA BUJANG DAH BOSAN MAKAN LUAR'


bahan-bahan mudah jer.
Butter Honey Lemon Chicken
Sumber dari : Cikmin.com


BAHAN-BAHANNYA :
ayam, potong ikut suka, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam

1 ulas bawang holland
2 ulas bawang putih
2 cm halia
lemon (perah stgh biji pun ok)
2 camca besar cili sos
3 camca besar madu
1 camca teh serbuk lada hitam (jika perlu)
2/3 camca besar butter
Garam secukup rasa
Air secukupnya



CARA MEMBUATNYA :
  1. Ayam digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan. Tinggal kan sedikit minyak dalam kuali yang sama.
  2. Tumis bahan kisar dan cili kisar mengunakan butter, masukkan sos cili dan madu dan sedikit air, biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan hirisan cili, gaul rata dan masak hingga pekat dan masukan perahan lemon. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan.

Wednesday, April 25, 2012

Food with LOVE # 14

Favorite Husband! kena handal masak lemak cili padi nih.
Aku selalu belajar buat yg terbaik. kasiii rasa ummmppphh!..

hahhha..

yer lah org melaka / negeri sembilan memang kegilaan lauk nih!

Ikan Parang Masak lemak cili padi!
Kalau pakai ikan kerisi pun sodappp.

Friday, March 9, 2012

Resepi : Red Velvet Cake

hi, salam jumaat semuanya.

Hari nih dekat ofis korang tazkirah tentang apa? dekat jabatan aku buat tentang..


ok bila dah baca..meh aku nak jamu mata korang pulak..tp bukan tekak. ;p
malam tadi ntah kenapa aku rajin sgt buat kek baldu merah nih

percubaan pertama.. aku buat kecikkk jer.

Slice yang pertama haruslah untuk aku..  nak rasa sedap ker tak..tp ternyata mmg sedap!
nanti blh buat untuk amani kan :)
Kek ni moist tau...bila potong tuh syookkk!

Resepi asal dari : dhieranottie
Bahan A: kek
2 1/2 cawan tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar serbuk koko (van houten)
2 oz pewarna *kalau tak tahu oz, agak-agak saja.
1/2 cawan butter
1 1/2 cup gula
2 biji telur (suhu bilik)
2 sudu kecil esen vanila
1 cup buttermilk (suhu bilik) *boleh juga buat sendiri. kalau nak, emel saya atau tinggalkan emel kamu di ruangan komen.
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil sodium bikarbonat/ baking soda


Bahan B: Cream cheese frosting
2 buku cream cheese (dilembutkan)
1/2 cawan butter (dilembutkan)
2 sudu kecil esen vanila
2 cawan gula icing (diayak) *kalau tak suka manis boleh kurangkan, saya mesti kurangkan


Cara buat kek
1. Sapukan butter pada 2 loyang bulat atau 3 loyang bulat yang sama saiz
2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius
3. Ayak tepung kek + serbuk penaik.
4. Dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga pes tidak berketul.
5. Dalam satu bekas besar, pukul butter + gula sehingga kembang. 
6. Masukan telur satu persatu dalam bekas besar.
7. Masukan esen vanila + pes koko merah dan gaul dalam bekas besar.
8. Perlahankan mixer. Masukan 1/3 daripada tepung dan pukul rata. 
9. Kemudian masukan 1/2 daripada buttermilk dan pukul rata.
10. Ulang langkah 8 dan 9.
11. Campurkan cuka + baking soda dalam bekas kecil. Nanti akan berbuih.
12. Cepat-cepat campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukan dalam loyang dan bakar.
13. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit.


* Kek ini moist, jadi kena cek awal. Bila cucuk dengan lidi dah bersih, keluarkan dari oven.
* Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang.
* Pastikan kek sudah betul-betul sejuk baru letak frosting


Cara buat cream cheese frosting
1. Pukul butter + cream cheese sampai halus
2. Perlahankan mixer dan tambah gula icing + esen vanila


Untuk letak frosting
1. Terbalikan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas.
2. Sapu frosting di bahagian rata kek. *Lagi tebal lagi sedap
3. Letak kek yang kedua ata kek tadi. Bahagian rata menghadap bawah.
4. Sapu frosting di seluruh kek.



Wednesday, March 7, 2012

Food with LOVE # 13

Lagi menu simple. sebab balik lambat.

lagi pun nih 1st time aku buat ayam masak bali.
ingat kan susah..rupanya sonang yo ha...

ok siap2 nak sambut suami balik kerja. :)
Ayam masak bali + ikan goreng + air lemon!

notakukukaki :
" Memasak mengikut kesukaan suami / selera suami - Tanggungjawab isteri terhadap suami.


Friday, March 2, 2012

Food with LOVE # 12

Lama x post apa aku masak lagi ..hehehhe
yer lah aku nih bukan pun teror masak.

dah kawin baru nak berjinak dgn dapur :)

Menu semalam : ikan selar masak pindang, udang goreng sambal, air lemon. freshh!ahh
Menu Kelmarin : Sardin masak kari gojes ;p, ikan bakar + kuah kicap, dan makan mlm amani salmon masak tomato.

hari jumaat pasti lah aku akan berjimba di JJ lagi! nak carik bahan bukak kek coklat.
dddaaa...

Wednesday, February 22, 2012

Food with LOVE # 10

lagi menu simple..org buta pun blh buat!
penat. penat.penat

janji perut 'kenyang' dr kebulur kan.
telur hancur. Bayam tumis air. Spicy Sweet & Sour Chiken

Spicy Sweet & Sour Chiken aku amik resepi dari sini.

korang cuba. try. test lah! waalllaaa rasanya!


Food with LOVE # 9

Simple jer!
jd lah 2 anak tekak jer yg makan.
Ikan cencaru masak lemak cilipadi dan ayam goreng jer :)
tuh nampak anak dara melalakkk...mmg x senang ler aku nak buat kerja.

sekarang ni amani semakin mengada.
asik nak kena dukong jer. 

Tuesday, February 21, 2012

Food with LOVE # 8

Bila masak nih perlukan mood betul..kalau lewat mcm mana pun mood tuh ada pasti jadi jer kan..hehehe semalam aku x tau lah angin apa yg tiup aku buat lauk sampai dua selalu 1 jer.
dah lah dekat pukul 7 baru aku start masak..dgn anak lagi tp gigih nak memasak jugak.

jarang aku dapat mood mcm nih. (sebenarnya amik hati en.suami sebb minggu nih nak g berjalan lagi. Insya-Allah Pulau Perhentian.)
Ayam masak kari dengan ikan siakap stim.

Thursday, February 2, 2012

Food with LOVE # 2

Makan malam nih simple jer. :) aku balik lambat jd amik bahan-bahan yg senang jer.

Sambal Tauhu dengan Bijan
Kalau ikut tuan puan resepi guna fishball, tapi aku tukar guna tauhu putih.
itu jer yg ada dalam peti sejuk.
Ayam Drumet masak Sweet Sour.



Food with LOVE # 1

Hari nih start dgn menu khas untuk suami dan sampingan untuk anak.
Kata Bulan Kasih Sayang kan :)

Menu suami : Kentang Bakar bersama Tuna dan Cheese
Menu anak : Roti Bakar dengan Kuning Telor.



 Resipi Kentang Bakar Bersama Tuna dan Cheese
  • 5 biji kentang-dikupas dan dipotong panjang
  • 1 tin tuna
  • 1 ulas bawang putih-dicincang
  • 1 bawang besar-dipotong dadu
  • 1/2 tin tomato puree
  • sedikit garam
  • sedikit daun oregano kering
  • serbuk lada hitam
  • serbuk lada putih
  • 4 cendawang butang-dipotong
  • cheese yang diparut (jenis apa pun tak apa. Kami tambah mozarella juga)
  1. Panaskan oven ke 200 degree C.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  3. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
  4. Masukkan kentang dan cendawan. Goreng lebih kurang 10 minit.
  5. Masukkan tomato puree dan gaul sekejap. Tambahkan oregano, garam, serbuk lada hitam, serbuk lada putih. Kacau sekali sekala lebih kurang 5 minit.
  6. Masukkan tuna dan kacau lebih kurang 2-3 minit.
  7. Pindahkan kentang tuna tadi ke dalam ovenproof container. Taburkan cheese di atasnya.
  8. Bakar selama 20-25 minit. Siap.
Menu Amani : Roti Bakar bersama Kuning Telor
Ini bukan menu special...nih supaya bila kami mkn amani tak ganggu. :P

Thursday, October 20, 2011

Sambal Sotong Kasih Sayang

kasih sayang lah konon!! wakkkakaa...

kan suami aku pi mancing ari tuh kat Mersing..ada bawa balik 4 ekor sotong gegasi..

2 ekor aku dah buat goreng ari tuh.

ni balance aku buat lah sambal. menggatal siap nak amik gamba kan..kehkhkhekhe..

tuh x der keje nama nya. ;p


bahan-bahan seperti diatas.aku pakai lada hidup.( jgn 4 tangkai lak..amik ler lebih sikit ok)
jgn lupe garam + gula + air asam sikit
Kalau minat petai ke boleh lah  letak. mcm kami x minat.

 ;) sekian sambal sotong kasih sayang.

Friday, August 6, 2010

ikan merah masak masam manis

sayo x nak kalah..!hhahhha.. en.suami mmg suke makan sayo..

x der mud nak update!

selamat menjamu selera syg!

Tuesday, August 3, 2010

udang masak lemak





hmm...semenjak tabiat malas aku nih muncul masak pun mcm dah x reti..
tgk lauk tuh mcm x sedap kan..

masak lemak tuh agak cair sikit.kurang santan..sory yer en.suami..



dr jauh aku tgk mcm selera jer.. ;p

nak mkn char kuew tiaw!! hmm dah 3 minggu nak makan..
setiap kali aku g mesti kedai tuh tutup... ;(

Tuesday, July 6, 2010

fish and chip.special for my beloved husband


special dishes last night with my beloved!!

Fish & Chip






tq syg....

Monday, July 5, 2010

Menu untuk EN.suami 4 tonite.

menu : Fish and chip !!

nanti dh siap menu tuh ku uplod gamba mcm mana rupa fish and chip untuk En.Suami aku hihihiih..

sekian..................

Monday, May 3, 2010

Masakan " PERTAMA "Untuk en.Mysteri.







Sudah sebulan aku menjadi isteri kepada en.Mysteri.
tapi ini lah hasil masakan aku yg pertama yang aku buat untuk tersayang.

aku nih mmg gred D klu bab masak-memasak.
tetapi aku cuba buka resepi di internet segala mcm ada..
hasil nya suami aku sampai 2 pinggan sental...;)

mak mertua aku pun terkejut aku masak.
masa aku duduk sementara di rumah bukit rambai,melaka(rumah ibu mertua)
aku nih secara jujur dan iklas memang tidak pernah masak!!

cuma hidang jer aku buat..;)


masakan koboi yang pertama!


Telor Goreng

Sayur-sayuran (panjang2 lobak aku potong hhhehehe....)

Ikan tenggiri masak asam pedas!

ari nih nak masak apa lagi ek???.......
seronok rasa nya bila masak untuk suami yg tersayang..