Pages

Showing posts with label Family Day 2012. Show all posts
Showing posts with label Family Day 2012. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Gold Coast Morib Studio Suite

Auto publish :)
kalau pagi tadi aku dah tunjukan view di luar resort, skg nih dlm bilik pulak.

super duper syokkk.korang boleh lah bawa family ke sini yer.
santai habis. cuma kat sini jauh dr pekan :)
waktu malam mmg 'mati' lah.

nasib baik ada pantai blh bercanda berdua-duaan.
rate sini aku x pasti berapa.

masa tuh ada promotion untuk birthday bulan 4. :) jd harganya menjadi RM 200 sahaja. dan dapat masuk free water theme park. breakfast and dinner pun free.
haaa...ini dia bos kecikkk! berjakuzi!
syokk kan.

Gold Coast Morib Resort

Salam semua rakan-rakan di kasihi. dan 'kau' (khas untuk org yg berkenaan jer) juga yg selalu stalk page aku!!

baru pagi nih dapat bernafas seperti biasa, Kerja paling utama dah selesai.
lepas tuh aku sambung cuti dari  11 - 16 April 2012.
syok habis lah cuti lama. lagi2 berduan dgn amani kat rumah.
mcm2 perangai dia tunjukan.

Aktiviti minggu lepas kami sekeluarga pergi ke Morib.
org duk kata syok lah best lah..so far ok laahh bagi aku.. ;p

ok layan pic jer eh.



Amani geli pasir. :)
View dari tingkat 7.
Jantung hati. kalau tak de sesaat boleh mati..

Baru dapat aturkan langkah dgn betul. Kalau tak senget mcm ketam.

Tuesday, February 28, 2012

Konvoi Cameron Highland

Ahad singgah kejap ke Cameron Highland.
tak menginap pun. saje jalan-jalan.

bagi aku biasa jer kat sana. tak der yg menarik. Sebab tak der perubahan.
kalau di beru peluang untuk pergi lagi aku akan fikir berkali-kali kot.

aku nih mabukkk kepayang naik cameron.
anak ok jer. mak budak yg lorat muntah bagai.

bila ikut konvoi nih mmg seronok tp bila dah masing2 kaki racing mmg berrrdesauupp lah!

korang percaya tak 2 jam TAPAH - SEREMBAN????.....

AMANI tidur lena!




Apa pun memang seronok bercuti ramai-ramai nih. syokk!

2 Minggu lagi g Sepang Gold Cost pulak, Insya-Allah. sebb suami ada kerja kat sana :)

Konvoi Pulau Pangkor

Minggu lepas kami anak beranak ke Pangkor.
Itu pun konvoi dgn geng-geng suami aku.
Memang seronok lah kalau g ramai-ramaikan. jalan jauh x lah bosan.

Kami menginap di Flora Beach Resort.
rm 150 jer. sebb kenal :)

Sepatutnya KE Pulau Perhentian tp ditangguhkan ke bulan 5.








balik hari ahad. terus ke Cameron Highland. Gamba nanti senang aku upload..masa tak cukup lah :)


bg aku cameron nih x lah best mana pun. Dari dulu sampai sekarang macam tuh jer... :(
x der perubahan pun. haaaisss...


tempat peranginan untuk honeymoon ok kot. 


jom ke cameron Highland pulak!..



Tuesday, February 14, 2012

Genting Highland

1st time bawa amani kat sini..kami dah berkali2 tp dulu lah masa belum ada si kecil nih.

Weekend kami habiskan masa di Genting Highland.
menginap di 1st World Hotel
2 hari 1 malam jer.

memang org akan kata "ala membazir jer ko g bawa budak kecik..dia x tau apa2"
bagi aku itu semua tolak tepi.
apa yang aku nampak amani memang happy!! terjerit sana sini. semua nampak nak naik.








Next trip ke Pulau Perhentian pulak :)

Wednesday, February 1, 2012

Bayu Beach Resort

Salam kepada semua rakan blog yg dikasihi semua :)
harap semuanya sihat sejahtera ya.

hari nih aku nak post berkenaan Resort yg aku g ari tuh. Family Day 2012.
so far berpuas hati lah.
tempat BBQ pun strategic. Luas. Suasana pantai yg best.

yang mana rasa nak g PD tuh boleh ler g sini.
harga pun murah. Boleh check harga bilik kat sini.








Sekian Terima Kasih.

Tuesday, January 31, 2012

Family Day 2012 - Port Dickson

Pagi nih free lah jugak.
sempat aku upload gamba semua. pegawai yg lain pi pemantau KSSR.
aku duk opis ibarat bos! ahaaks!
Cousin Amani. Ada ramai lagi tp suami aku amik banyak blurrrrrr jer..tensi mak!
Atas Kanan : Anees Dania Syaurah 
Bawah Kana : Aida Nur Nabiha
Kanan : Aniq Danial
Keluarga abg ipar. tgk anak mereka comel kan..lagi2 baju biru bam..bam..
mcm anak jepun. 6 Bulan.

si comel pakai baju pink : Aleesya Elvira
si comel pakai baju biru : Aneesa Erina
Keluarga kami!! :) Amani masih teruja 1st time masuk kolam ;p. 
Suasana malam BBQ. macam-macam ada..perrgghhkk kenyang ah.
seronok sekali sekali berkumpul mcm nih.
Kalau keluarga besar lagi meriahkan.
Gambar atas : Semua keluarga ada.
Gambar bawah : Ibu Mertuaku dan Ayah Mertuaku. Sponser paling besar masa family day hari tuh.
Terima Kasih. Semoga dirahmati oleh Allah swt.

 


Monday, January 30, 2012

Amani 1st time swimming

Weekend hari tuh kami sekeluarga buat Family Day dgn Keluarga Mertua di Port Dickson. Buat BBQ di Bayu Beach Resort.
Semua adik beradik suami join sekali. seronok!


memula layan pic amani pakai bikini!! ;p
Amani memang suka air! mulut dia jer asik jerit2 sebab seronok kot.
Bayu Beach Resort.
nanti aku update lagi ttg family kiteorg hari tuh.
syokk habisss...