Pages

Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Weekend : Universal Studio Singapore

Percutian yang tidak dirancang.
aply cuti last minute untuk gerak ke USS.

bila husband call jer kata "jom kite g jalan" dengan sebulat suara saya mengatakan "Okkk!!"

pergi berempat dengan geng sebelum ni. pasangan best friend kami oya & anas.
memang kemana trip kami akan pergi bersama.
seronok kalau pergi ada geng. tak boring.

dari JB aku naik bas ke Woodland. senang. cepat. ringkas. selamat. kereta tinggal dekat rumah kawan husband.
Tiket bas baru RM 5 dari JB Central - woodland /checkpoint - USS. 
sampai checkpoint semua berlari-lari nak kejarkan bas yg 1st tadi. lambat sikit kena tunggu bas yg lain tp lambat sikit lah.

aku beli tiket dekat kaunter. so far ok tak der lah crowd pun sebab banyak kaunter buka dekat situ.
  • Non-peak = SGD 68
  • Peak Season = SGD 74
ok, nanti sambung lagi kalau ada umur..ada masa yer :)




banyak gambar aku dgn iman jer...sebab amani aku tak bawa..
itu namanya rinkas. :)

Thursday, August 30, 2012

Langkawi 2012

Org lain cuti g beraya melawat saudara mara...kami sekeluarga melawat orang langkawi tuh.
ini kali ke-4 aku pergi.
dah hafal jalan kat sana.. disebabkan suami nak pergi jugak maka isteri menurut perintah.
semua negari suami dah pergi cuma Kedah jer tak sampai lagi.itu yg beria nak masuk langkawi.

jadinya gamba memang tak banyak. sebab aku malas nak amik.hahahhha.
yer lah dah boring asik nak amik gamba tempat yang sama. ;p
jadi ini jerlah gambar yg aku tepek kat sini. ;p

3Hari 2Malam jer. Menginap di Hotel SeaView....oshemmm!! view mmg cantikk wehh..kata seaviewkan...mmg luas lah pemandangan mak! duk tingkat paling atas, tingkat 9!
siap bergaduh kejap dgn gadis cantik tuh sebab nak duduk jugak tingkat ats..hahhha.
apa aku pedulikkk!!


yeeeeaaayyyy ESOK cuti!!! 




aku cuti sampai ISNIN!...korang??....

Esok hari Kemerdekaan yang ke 55 Tahun...seusia umur ayahku! :)

Merdeka!!! Merdeka!! Merdeka!!

Korang dah Merdeka ker???...ihiiih

Tuesday, April 17, 2012

Gold Coast Morib Studio Suite

Auto publish :)
kalau pagi tadi aku dah tunjukan view di luar resort, skg nih dlm bilik pulak.

super duper syokkk.korang boleh lah bawa family ke sini yer.
santai habis. cuma kat sini jauh dr pekan :)
waktu malam mmg 'mati' lah.

nasib baik ada pantai blh bercanda berdua-duaan.
rate sini aku x pasti berapa.

masa tuh ada promotion untuk birthday bulan 4. :) jd harganya menjadi RM 200 sahaja. dan dapat masuk free water theme park. breakfast and dinner pun free.
haaa...ini dia bos kecikkk! berjakuzi!
syokk kan.

Tuesday, February 28, 2012

Konvoi Cameron Highland

Ahad singgah kejap ke Cameron Highland.
tak menginap pun. saje jalan-jalan.

bagi aku biasa jer kat sana. tak der yg menarik. Sebab tak der perubahan.
kalau di beru peluang untuk pergi lagi aku akan fikir berkali-kali kot.

aku nih mabukkk kepayang naik cameron.
anak ok jer. mak budak yg lorat muntah bagai.

bila ikut konvoi nih mmg seronok tp bila dah masing2 kaki racing mmg berrrdesauupp lah!

korang percaya tak 2 jam TAPAH - SEREMBAN????.....

AMANI tidur lena!




Apa pun memang seronok bercuti ramai-ramai nih. syokk!

2 Minggu lagi g Sepang Gold Cost pulak, Insya-Allah. sebb suami ada kerja kat sana :)

Konvoi Pulau Pangkor

Minggu lepas kami anak beranak ke Pangkor.
Itu pun konvoi dgn geng-geng suami aku.
Memang seronok lah kalau g ramai-ramaikan. jalan jauh x lah bosan.

Kami menginap di Flora Beach Resort.
rm 150 jer. sebb kenal :)

Sepatutnya KE Pulau Perhentian tp ditangguhkan ke bulan 5.








balik hari ahad. terus ke Cameron Highland. Gamba nanti senang aku upload..masa tak cukup lah :)


bg aku cameron nih x lah best mana pun. Dari dulu sampai sekarang macam tuh jer... :(
x der perubahan pun. haaaisss...


tempat peranginan untuk honeymoon ok kot. 


jom ke cameron Highland pulak!..



Tuesday, February 14, 2012

Genting Highland

1st time bawa amani kat sini..kami dah berkali2 tp dulu lah masa belum ada si kecil nih.

Weekend kami habiskan masa di Genting Highland.
menginap di 1st World Hotel
2 hari 1 malam jer.

memang org akan kata "ala membazir jer ko g bawa budak kecik..dia x tau apa2"
bagi aku itu semua tolak tepi.
apa yang aku nampak amani memang happy!! terjerit sana sini. semua nampak nak naik.








Next trip ke Pulau Perhentian pulak :)

Wednesday, February 1, 2012

Bayu Beach Resort

Salam kepada semua rakan blog yg dikasihi semua :)
harap semuanya sihat sejahtera ya.

hari nih aku nak post berkenaan Resort yg aku g ari tuh. Family Day 2012.
so far berpuas hati lah.
tempat BBQ pun strategic. Luas. Suasana pantai yg best.

yang mana rasa nak g PD tuh boleh ler g sini.
harga pun murah. Boleh check harga bilik kat sini.








Sekian Terima Kasih.

Monday, January 30, 2012

Amani 1st time swimming

Weekend hari tuh kami sekeluarga buat Family Day dgn Keluarga Mertua di Port Dickson. Buat BBQ di Bayu Beach Resort.
Semua adik beradik suami join sekali. seronok!


memula layan pic amani pakai bikini!! ;p
Amani memang suka air! mulut dia jer asik jerit2 sebab seronok kot.
Bayu Beach Resort.
nanti aku update lagi ttg family kiteorg hari tuh.
syokk habisss...

Thursday, September 8, 2011

Pulau Pinang

raya ke3 aku dah gerak ke penang.

korang raya ke3 mestilah dgn saudara mara kan!.

teratak P.Ramlee
Queensbay.
zaaasss!!
arca yg terbaru di Pulau Pinang
Hotel Royal Penang
banyak gamba aku nak upload. tp percutian aku ke Pulau Pinang sangat TIDAK SERONOK!!

kenapa aku kata tak seronok..
* banyak tempat tak menarik. yg menarik bukit bendera & queensbay sahaja.
* signboard untuk ke tempat yg di tuju langsung x der!
* gerai / kedai makanan melayu susah nak carik! semua cina2.
* jalan raya yang teruk!
* x der pembaharuan langsung. melainkan tokong2 cina sahaja yg baru.

eh macam-macam lah!

aku dah PADAM nama PULAU PINANG dalam map aku!
huh!!