Pages

Showing posts with label Mr.mysteri. Show all posts
Showing posts with label Mr.mysteri. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

Happy 3rd Anniversary

12 Mac 2013 - 3 tahun usia perkhawinan kami.

semoga kekal abadi hingga hujung nyawa :)


Monday, December 31, 2012

lagi surprise untuk suamiku! ;p


dua hari berturut-turut suamiku celebrate besday!! aku pun dulu tak mcm ni. uuuuhhh!
kalau malam birthday aku celebrate besday iman dgn kawan-kawan dia, ke esokan harinya ibu tersayang suamiku pulak raikan untuknya. biasalah anak bongsu.

dikelilingi oleh anak buah tersayang. semua keluaran mata sepet kecuali Amani. masa ni baru jer selesai makan malam. macam-macam mak mertua masak.. 
balik jer rumah aku terus masuk bilik gantung lampu kelip-kelip. konon nak nampak lain dari yg lain lah. hahahha/// tp syg tak cukup lampu kelip-kelip.
kalau korang nak buat lampu tuh mesti 2 pasang baru cantik. :)) bila suami buka jer pintu bilik waaaaaaaaahhhhhh!!!..... hahhhahha...jgn lupa pasang sekali lilin wanggii tau.. ;p

tgk amani teman aku sampai terlelap. hahhhaha sorry amani sayang.

hadiah untuk suami akan aku cerita penghujung bulan januari 2013 nanti :) kejutan yang ke-3 pulak untuknya. Insha-Allah.

Friday, December 28, 2012

Surprise Birthday Iman. 28

ini tahun ke-3 aku buat surprise birthday untuk iman..

kali ni aku buat dekat malaccafe,river cruise.

pakat ramai-ramai dengan geng dia. so far menjadi. kebetulan malam tuh ada dinner, abang ipar belanja sempena anniversary mereka. jadi agak sukar sikit nak kelentong iman untuk ke melaccafe ni.

aku terpaksa menipu kata nak jumpa kawan dari utara ;p

sampai sana semua geng dia ada. semua buat-buat tak tau. ada yang makan. ada yang berdeting. ada yang menyumbangkan suara. hahhhaaa..
iman pun pelik mulanya sebab  geng-geng dia semua ada malam tu. 
untuk melengahkan masa pukul 12mlm aku kelentong lagi kata kawan aku sesat tak jumpa kedai!! nasib baik dia ok lagi. hahhhaa..







tepat pukul 12 kek pun keluar dari arah belakang.. dia pun terkejut lah ...dah tua-tua kena tiup lilin depan kengkawan dia semua. amani pun sama lorat nak liup lilin.

hadiah?? tahun ni aku tak kasi hadiah. sebab semuanya dia ada. yang penting dia ingat setiap tahun aku celebrate besday dia dengan pelbagai cara..



Tuesday, December 11, 2012

Dressing Room

Mood tengah rajin nak buat dressing room :)
ada satu bilik extra kat rumah aku tu..
 jadi aku dah buat keputusan nak jadikannya blik khas!
hahahha ya ia yaaa lahh...barang aku jer dah menimbun.
baju keje jer dah sebeban. rak kasut pun dah tak muat.

jd aku perlu manage bilik tuh sebaik yang mungkin.
yang penting bilik amani dan bilik tetamu dah ada.

suami dah bagi green light nak buatkan dressing room :D
TAPI aku masih tercari-cari design yang sesuai ..




Wednesday, November 14, 2012

Breakdown!


Ahad / 11.11.2012 aku ke JB wedding kawan iman.
konvoi ramai-ramai dari melaka  team mitsubishi dan subaru.

aku cuma pergi berdua jer...amani tinggal masa ni sebab kurang sihat.

aku jd pasangan couple lah time tuh khakhakha..syok! ;p

masa perjalanan pulang kereta iman breakdown pulak!! ayyyokkk!!
neves mak tau..kat highway pulak tu.nasib baik dah sampai perhentian bemban dah dekat nak ke tol eyer keroh.
1st time kot kete breakdown mcm ni. mana taknya BERHAMBAT KAT HIGHWAY!!! MCM JALAN TUH LAKI AKU YANG PUNYA!!

nasib baik iman ni mmg pakar bab kereta. PERFECT! 
dia boleh selesaikan sendiri.kalau bukak bengkel kereta memang layak lah.
tinggal lagi dia tak der masa nak buat tuh semua.

tetiba perut rasa LAPAR!!

Friday, September 14, 2012

I can always make you smile

To : Beloved En. Iman.
ahahhha terasa mcm 'terpaksa' lak kan.. ;p

Monday, July 2, 2012

TQ!! En. Suhaimi Syiful Irwan!!

hati sudah munga-munga........


dgn jasa baik en.suhaimi a.k.a big boss suami saya sudah buat keputusan,
dimana Kursus selama seminggu dibatalkan! yeeaaayy!!
kalau tak kena rotate untuk hadiri kursus tersebut.


walaupun kerja sendiri, kena kursus jugak tau.
i tak nak kena tinggal..x nak!!


ok, sebagai tanda terima kasih kpd bos besar..nanti suruh en.suami yg belanja ehh 
hahahhhhaa..
lagi pun dapatlah big boss g bercuti dgn keluarga dia.




Thursday, June 21, 2012

Suami dan Hidangan!

adakalanya kite kena ego sikit dgn suami.

konon-konon merajuk lah. tp jgn selalu nanti jd kebiasaan pulak.hahha
tak sangka pulak suami pandai amik hati balik kan. 
yerlah..dah kesalahan dia.


breakfast pagi tadi.
 dia tau pagi aku minum air jer.
awal pagi dia dah siapkan. aku turun bawah tgk dah siap. selalu aku yg buat kan breakfast.
dinner malam td.
x sempat nak amik gamba lauk apa die masak.
lauk gulai ayam dgn ikan masin yo.



Thursday, May 24, 2012

Kalau tak malu makan lah!!

:) sampai rumah. bukak pintu. waaahhhh...ada mini donut lah.

ni sekali aku sentap habis licin.
ini semua kerja laki aku lah.

memula hati mmg munga-munga.....sekaaliii.... ada nota khas untuk aku.
sikit pun mak jemah tak heran dgn nota ni. :P
Hampir selesai ok :)
 apa pun terima kasih lah wahai en.mystery! (ha!! awk skodeng lagi blog saya ;p!)
 jap lagi sy tinggalkan kotak jer untuk awak eh.



Friday, May 4, 2012

RINDU 'DIA'

Salam pagi jumaat yg penuh kemuliaan dan penuh keberkatan.

pagi nih perasaan R.I.N.D.U pada seseorang sangat kuat!
'dia' tak de untuk beberapa hari atas urusan kerja, syukur alhamdulillah juga rezeki kami murah. 'Dia' dapat kerja dari kerajaan negeri.

kalau tak cina sapu habis!

bila 'dia' takde banyak perkara rasa kosong.
My Love!

Thursday, April 12, 2012

26 Tahun sudah!

7 april ari tuh besday aku yang ker 26 tahun...kejap masa berlalu.
rasa baru jer ari tuh celebrate sweet 21 ;p hahhhaha...

tp sekarang pun sweet jugak kan..sweet dimata suami lah. tak gitu.

apa yg aku dapat di hari istemewa tuh eh?.. x der brg branded mcm coach ke..LV ker apa ker...
yang pling cukup istimewa suami bawa dinner mkn di kenny rogers (dah mkn selalu pun kira anggap istimewa lah tuh..walaupun bukan hotel 5 bintang, walaupun kami rasa mampu.),
dapat 3 kuntum mawar merah (i love u), dan hadiah special :) so lovely lah. 

apa pun pemberian dr suami aku tetap anggap itu yg sangat special.
walaupun tulis nama atas daun kering sahaja.


Friday, March 30, 2012

Cerita di sebalik gambar!

Korang rasa apa terjadi pada aku semalam?????.....
cuba lah teka...nanti ai kasi hadiah.

ok tata....







Thursday, January 5, 2012

Hobi En.Mystery

Selain hobinya memancing, atau pun paintball atau offroad 4x4 dia juga minat dengan convert kereta, sejak azali lagi (zaman bujang) memang dia nih bab kereta semua tau.
kalau dulu zaman kancil di convert kan jadi Dihatsu Mira L2S ikut full spec jepun.
kedai half cut celah mana di melaka nih semua husband aku tau.
tapi kini kereta kesayangannya tu telah let go :( sebab x der ruang lagi nak park.
L2S kini dalam kenangan.
sekarang dah bertukar kereta lain tp masih sama berjiwa turbo jugak!! haiss...


dan inilah salah satu aktiviti malam minggunya untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.
mereka akan berhimpun ramai-ramai di suatu tempat, selalunya depan MCD Ayer Keroh.
bila dah cukup kengkawan mereka, mereka akan konvoi beramai-ramai melawat melaka hahhahhhaaa...


Singahan Terakhir di Kota Laksamana.
dulu masa sarat aku rajin gak ikut sebab aku boring duk rumah sorang-sorang.. tp sekarang sejak ada amani tak hingggggiinn aku nak ikut sebab lagi best golek-golek dekat rumah. ;p



Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday : Happy Birthday Sayang!

28.12.2011 Ulang Tahun Kelahiran Suami aku yang ker 27!.
Malam td pukul 12am aku cuma bagi card birthday jer.

pn. isteri :" yang maaf lah sy terlupa birthday awk, tuh saya sempat beli kad jer"
en. suami : " x per lah...awak pun lately bz..sian awak..yang penting kasih sayang awak"

hehhhe...rasa nak golak besar jer malam td.

tp pGI TD, sebelum aku pergi kerja dulu aku letakkan hadiah dimeja mkn. nanti diA nak breakfast tgk ada hadiah. :)

Sekali dgn Tapak Kaki Amani. 
(dekat kad pun 2012???....adeehhh maaf ler terawal sgt pulak)
nasib baik ada yang perasan.
tq Betty. :)
Malam nih special untuk suami pula. :)
nanti update.

Thursday, December 1, 2011

Sayonara November Welcome December!!

Sekejap jer dah akhir tahun 2011...masa cepat sgt berlalu.
bila tiba jer December aku ada tugas WAJIB yang perlu dibuat.

special task untuk suami aku.

kali nih aku x Tau nak buat apa pulak untuk dia. :)

korang sila lah sumbang idea untuk aku. mana tau kot-kot blh aku teruskan misi aku bulan nih.


Tahun lepas aku buat kejutan jer..sebab masing-masing busy pulak masa tuh.
itu jer termampu aku buat. :)
Masa nih aku memboyot 7 bulan mcm tuh. korang bayangkan aku letak lilin kat lantai tuh dgn keadaan perut sarat..punyalah banyak lilin nak letak..duaahh!!*


untuk org tersayang semua sanggupkan.

Saturday, October 22, 2011

What cute names do you call your HUSBAND?

panggilan untuk suami apa?..Anje?, sayang?, hubby?, bi?
kalau save dekat hp pulak apa? Honey?, Lover?, Love?, My Beloved?, dan macam-macam lah kan. Hari nih aku saje create topik ini pulak.
sebab pagi tadi, aku macam biasa akan hantar sms dekat suami aku.

" hey seksi." , "Love u". itu memang tabiat aku akan hantar sms mcm tu.

Dalam beberapa second, bunyi massage hp aku.

From Cintaku.

Love u too

Tetiba tangan aku nih laju jer nak taip berkenaan pangilan manja dengan hubby masing-masing ;).. (lorat eh) hahhahaha...


Panggilan untuk suami sebelum kawin sehingga sekarang tetap sama.
Kalau macam aku dekat hp aku save 'cintaku'. Pangilan 'sayang / b / sexy'
itu kalau mood ok ler..kalau mood tak ok lain pulak. aku panggil 'abang!' jer..
huh dari situ dia tau lah mood aku terpeleot kan. ;p

kalau aku, dia panggil 'yang' (sayang).
Asalkan boleh jer kan singkat jer panggil. Atau kadang-kadang dia buat lawak dia panggil aku 'baby'. uuweeekk perkataan nih mmg aku geli geliman kalau dia panggil. Memang sejak dr zaman bujang lagi aku memang tak suka.
Tapi dia tetap akan panggil aku untuk menyakat. Kalau depan parent ker mesti dia akan kenakan aku jugak.

Sebenarnya itu terpulang pada masing-masing pangilan apa yg sesuai. 
Macam kite nih isteri-isteri mesti lah nak pangilan manja-manja kan, biar org kata 'ehh romantiknya dieorg tuh' betul tak!!..
Ini tidak, ada panggil nama jer. uhh  tak romantik lah..

Cutekan kan kalau kalau para suami panggil kite pangilan manja :)

korang macam mana pulak.? ada pangilan pelik-pelik tak?
mari lah berkongsi ya.




Moga-moga sms seperti ini sampai ke tua lah eh..boleh tak?? hhahha

Thursday, October 20, 2011

Sambal Sotong Kasih Sayang

kasih sayang lah konon!! wakkkakaa...

kan suami aku pi mancing ari tuh kat Mersing..ada bawa balik 4 ekor sotong gegasi..

2 ekor aku dah buat goreng ari tuh.

ni balance aku buat lah sambal. menggatal siap nak amik gamba kan..kehkhkhekhe..

tuh x der keje nama nya. ;p


bahan-bahan seperti diatas.aku pakai lada hidup.( jgn 4 tangkai lak..amik ler lebih sikit ok)
jgn lupe garam + gula + air asam sikit
Kalau minat petai ke boleh lah  letak. mcm kami x minat.

 ;) sekian sambal sotong kasih sayang.

Tuesday, October 18, 2011

Hobi En.Mystery

kali nih nak publish berkenaan en.suami pulak..

ok, ini salah satu hobi dia, memancing.

tarikh : 14 - 16 Oktober 2011
tempat : Kelong Aceh, Mersing

mesti ramai diantara kalian suami masing - masing mempunyai hobi tersendiri kan.

mcm laki aku nih hobi die di antaranya, Amateur Radio, Paintbal dan offroad 4x4.

jom! tgk ikan apa laki aku dapat untuk beberapa hari g memancing..


ramai isteri-isteri tak suka kalau suami giler memancing kan!...betul tak??..
hhahhha..

mcm aku x der masalah, sebab bagi aku selagi tidak menjejaskan hubungan, keluarga atau rumah tangga aku mmg tak kisah.
yer lah aku juga perlu give and take.

suami juga mempunyai hobi tersendiri, tak kan kita nak paksa kata 'JANGAN' kan.
tapi mcm dia pandai menguruskan dan membahagikan masa dgn keluarga. mcm aku sorang jer ada laki.hahahha..


dan dia pun tak lah setiap minggu, atau kerap dgn memancing nih..kadang-kadang jer.
lepaskan penat bekerja membanting tulang untuk kami.
sekali sekala bagi mereka enjoy dgn hobinya.

Friday, September 9, 2011

Decor Hari Raya

masa bulan puasa ari tuh aku ada kata laki aku nak buat somethingkan,

konon untuk hari raya. klik sini.

ini lah hasilnya.

sebelum
SEBELUM

SELEPAS
tambah wallpaper jer rupanya.. aku ingat kan big surprise lah..

apa lah aku nih x bersyukur langsung kan..hahhahha...

masa nih lah aku buat laki aku terasa hati. ;(
aku kata "laahhh nih jer kerr??"

lancangkan mulut aku!!

korang jgn jd mcm aku tau.. hargai apa sahaja suami anda buat untuk anda..
walaupun sedikit tp sgt bermakna ok!