Pages

Showing posts with label kisah rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label kisah rumahtangga. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

What cute names do you call your HUSBAND?

panggilan untuk suami apa?..Anje?, sayang?, hubby?, bi?
kalau save dekat hp pulak apa? Honey?, Lover?, Love?, My Beloved?, dan macam-macam lah kan. Hari nih aku saje create topik ini pulak.
sebab pagi tadi, aku macam biasa akan hantar sms dekat suami aku.

" hey seksi." , "Love u". itu memang tabiat aku akan hantar sms mcm tu.

Dalam beberapa second, bunyi massage hp aku.

From Cintaku.

Love u too

Tetiba tangan aku nih laju jer nak taip berkenaan pangilan manja dengan hubby masing-masing ;).. (lorat eh) hahhahaha...


Panggilan untuk suami sebelum kawin sehingga sekarang tetap sama.
Kalau macam aku dekat hp aku save 'cintaku'. Pangilan 'sayang / b / sexy'
itu kalau mood ok ler..kalau mood tak ok lain pulak. aku panggil 'abang!' jer..
huh dari situ dia tau lah mood aku terpeleot kan. ;p

kalau aku, dia panggil 'yang' (sayang).
Asalkan boleh jer kan singkat jer panggil. Atau kadang-kadang dia buat lawak dia panggil aku 'baby'. uuweeekk perkataan nih mmg aku geli geliman kalau dia panggil. Memang sejak dr zaman bujang lagi aku memang tak suka.
Tapi dia tetap akan panggil aku untuk menyakat. Kalau depan parent ker mesti dia akan kenakan aku jugak.

Sebenarnya itu terpulang pada masing-masing pangilan apa yg sesuai. 
Macam kite nih isteri-isteri mesti lah nak pangilan manja-manja kan, biar org kata 'ehh romantiknya dieorg tuh' betul tak!!..
Ini tidak, ada panggil nama jer. uhh  tak romantik lah..

Cutekan kan kalau kalau para suami panggil kite pangilan manja :)

korang macam mana pulak.? ada pangilan pelik-pelik tak?
mari lah berkongsi ya.




Moga-moga sms seperti ini sampai ke tua lah eh..boleh tak?? hhahha

Monday, May 10, 2010

Sambutan Hari Ibu.mertua atau ibu sendiri??

Happy mother's day....

Sekarang aku mempunyai 2 insan yang bergelar ibu.

9.05.2010 aku meraikan hari ibu (mertua).

10.05.2010 turn aku pulak bawa ibu meraikan hari nya.

jadi kesimpulan nya... a.d.i.l...

aku mls nak tulis panjang-panjang..
hidup berumahtangga nih mesti ada tolok ansur ya! ;)




Tuesday, April 27, 2010

Merancang Kehamilan

Berat hati nih aku nak luahkan dalam ruangan ini.
tapi untuk memori akan datang aku akn imbas kembali

Ya! Seperti tajuk yg tertera di atas aku telah membuat keputusan untuk
merancang kehamilan aku.

dgn keadaan aku sekarang nih dalam kesakitan.
aku perlu bertindak supaya tidak memudaratkan bayi.
sementara aku menunggu insuran aku approve aku boleh lah menjalani rawatan susulan..

scanning dan MRI.

aku suka membaca blog ttg kehamilan...sedangkan aku......
sedih hati nih.
aku telah berbincang dgn suami aku..ternyata dia tidak setuju.
jadi aku perlu membuat perancangan sendiri..
aku akan mengambil pil perancang 24 jam.
"selepas bersama" aku akan mkn pil tersebut dlm masa 24 jam. (tanpa pengetahuan suamiku)

perancangan nih aku dgn kak ela(kakak iapar) & ibu (mak mertua).

maafkan ku sayang................

Wednesday, April 14, 2010

kehidupan setelah bergelar "isteri"

Selapas akad nikah "aku terima dgn nikahnya" dan berakhir dgn sah...aku telah sah bergelar seorang isteri kepada suhaiman.

ya aku akui tangungjawab aku semakin bertambah apabila bergelar isteri.
aku perlu utamakan suami aku dulu daripd keluarga aku.

kewajiban aku perlu lakukan ialah;

1. taat
2. melayan suami
3. mengurus rumahtangga
4. menjaga maruah diri, suami dan rumahtangga
5. menyenangkan hati suami
6. pendorong kepada suami

tetapi siapa yg mahu menjaga hati isteri yang cepat terasa seperti aku??

ini baru permulaan bg aku.mungkin akan dtg dugaan yg dtg semakin berat untuk aku hadapi.....