Pages

Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Monday, May 27, 2013

Weekend : Anak + suami

weekend banyak habiskan masa dgn anak dan suami serta keluarga.
3 hari berkampung dekat rumah nenek.
fuhhhh..lama rumah nenek tak de buat keje kawin sekali bila ada majlis mmg seronok sakan.

kebetulan ada sedara kerja kawin, jadi sempat lah jumpa semua sepupu  dan mak sedara.

selepas bergelar isteri jarang dah jumpa sedara mara ni.
:) biasalah semua busy. (alasan untuk aku)


gelagat amani masa dekat rumah org kawin. tak nak lah duduk diam seminit.
tak takut org langsung.!

 muka comot suami sejak aku pregnant!.. hahha...nasib lah!
alahan orang mengandung katanya. ;p

tahniah diucapkan pada kak ina dan suami. selamat telah mendirikan rumah tangga. semoga kekal abadi hingga hujung nyawa.

daripada,
ahli keluarga 'nenek memon'

Thursday, November 29, 2012

Wedding

25.11.2012. Kempas.
wedding anak buah mak atau senang cerita sepupu aku telah menamatkan zaman bujangnya.

tema merah dan hitam.

acara majlis yang simple tapi sangat meriah. sehingga amani jatuh tersungkur dekat pelamin. bengkak bibir atas bawah. :D
biasalah lasak kan...


Monday, July 2, 2012

Wedding Junior SMT ERT Rembau, N9

Selamat Pengatin Baru 'Nurazlin Binti Mat Jaiz @ Lin J
Sungai Udang,Melaka.
1. Julai. 2012

semalam ada 3 rumah orang khawin.
perut jadi ketat dan sendat makan jer.
sebab semua lauk nampk sedap dan lazat!

dgn BFF sejak sekolah menengah.
.Cikot.
gelagat amani yg konon mcm kakak-kakak.
nak berjalan sendiri. tak nak dukong!
 letih jugaklah bawa anak yg semakin nak membesar ni.
macam2 ragam/kerenah/gelagat yg dia nak tunjukan depan org ramai.
fuuuhhh...~ (sambil kesat peluh kat dahi ;)


OFFER SK II Cellumination Mask-In-Lotion 30m

Tuesday, April 3, 2012

Wedding Bestfriend

Weekend kali nih habiskan masa pergi rumah orG kawin.
6 buah rumah ok!

haaaa....berpeluh-peluh mak tau. kenyang lah jugak!
uiiii kang tak pergi memang panjang mungcung masing2 nanti.
yer lah jemput siap dtg rumah.

Majlis dia nih wajib hadir. cousin ok. kang tak hadir macik2 semua banyak mulut.
Yang nih pulak wedding best friend aku. pun wajib hadir, tuh pun dah lewat petang baru dtg. janji dtg yer tak!
Kawan-kawan semua dah berumah dan tangga. 
yang ini pun sama kawan 1 sekolah!
Pilih lah mana satu pilihan anda! hhhaha

ok tuh jer dapat taip. tata.

Monday, December 19, 2011

Saturday Night

Salam semua kengkawan yg dikasihi semua..
maaf terlebih dahulu yer kepada follower yg terbaru ni..elin x sempat lagi nak ker page korang sebb masa memang terhad sgt.
nak kejarkan closing lagi.

bulan 12 nih memang bulan sangat sibuk ( balasan sebab sebelum nih terlalu bermewah2 dgn masa yang ada...pdn muke kan).

so mcm mana dgn cuti hujung minggu korang...? pasti lah seronokan..lebih seronok kalau dapat sambung cuti hari nihhhhhhhh....(pdn muke aku lagi sekali sebb cuti x approve!!)

aku mcm biasa sgt-sgt seronok cuti dgn Nur Sarah Amani nih. ada jer perangai baru nak tunjukan..rasa cepat masa berlalu.

tuh papa Sarah Amani belikan sebab dia x nak duduk dalam walker lagi. asik nak tolak kerusi jer. mekak-mekak bunyi kena seret.
Nak jadi mcm papa eh!...all the best anakku!..
Malam minggu mana lagi kalau x ke MD..;p aku ler asik nak makan beger jer...planing nak ke Jonker Walk tp hujan masa tuh..haaisss....next week ler nampaknya.
minggu lepas aku dah bawa amani ker pantai 1 Malaysia, Klebang. Seronok tgk 'Kites'.
Muka pun dah mcm 'bege dabel chez' kan..x lama lagi berkilo-kilo lah berat aku naikk..
sekarang nih pun dah rasa berat semacam jer..haadddoii..

ok lah, nak sambung kerja jap...ada masa aku singah mana yg sempat ya.
babaiiiiiiiiiiiiii......

Wednesday, November 30, 2011

A Wedding

Syukur alhamdulillah, kawin dah kawan aku tuh.
kalau dulu masing-masing tunggu siapa khawin dulu, yg pecah kan tradisi aku ler..gataaiii kawin usia 24 tahun.
'dah kawin kena dduk bawah!!'...cilakkakk korang!
selamat pengantin baru ila!
Anak dah melalak kepanasan mama tetap lorat kan nak posing..
Masa aku kawin dulu x do pun silat2 nih.

semoga kekal abadi. dan patuh kata suami ok..:)
agar dapat baby secepat mungkin..

Sunday, October 23, 2011

A Wedding

Sabtu. 22 Oktober 2011,
aku pi wedding member aku dekat Masjid Tanah, Melaka.

Amani bikin hal..melalak.
adduhhaaaii.. kalau dah melalak mmg tak boleh duk lama lah kan.
kalau tempat bising memang dia tak suka. Mula lah muka kemot.

Semoga Berkekalan Hingga Akhir Hayat Zunirah. ;)
Budak manja tengah melalakkk...tak senang duduk mama kamu amani.

:) Tergelak aku tgk gelagat si anak ni.. Headband pun dah senget.
nanti mama buat yang lain lagi ok syg.

Monday, October 3, 2011

A Wedding

Kalau ke Majlis Rumah Orang Kawin...Amani kompem akan menangis!!
aku xtau kenapa..
muke nak MASAM MENCUKA.