mood pagi kurang menyenangkan atas beberapa perkara yg berlaku kebelakangan ni.
aku telah menjadi seorang yang pemarah sejak kebelakangan ini.
dan aku akui telah mengeluarkan kata-kata yg aku rasa tak patut aku lemparkan.
mcm mana lah bila aku tgh marahkan..mungkin mcm singa lapar kot. hahhha
bila kemarahan menguasai diri atau menuruti kemarahan tersebut maka terjadilah satu 'perang' yang kite tidak ingini.
mujur suami selalu menjadi tiang yg kukuh untuk sedar.
setelah aku cerita dr A to Z dgn suami apa yg berlaku lepas sahur td aku rasa aman kejap..tenteram.
dgn tanpa berkata banyak suami menyuruh aku solat subuh bersama untuk meredakan kemarahan..
percayalah...bila kite amik wuduk semua perasaan marah..hasad dengki atau sebagainya hilang dan terasa aman sekejap.
Sabda Rasul saw:" Sesiapa yang menahan MARAH, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus hati untuk melaksanakannya; Nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dgn keamanan dan keimanan ." Hadis riwayat Abu Daud.
sini aku nak share Tip Menghindari Perasaan Marah.
1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.
2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.
3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.
5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.
6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.
7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.
9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?
10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.
11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.
good2
ReplyDeleteTq for sharing Elin.
ReplyDeleteAla, toksah nak marah sangat lahye, dua hari je lagi nak raya ni.
=)
Selamat Hari Raya utk Elin, Suami & Sara Amani.
=)
thanks for sharing..
ReplyDelete