Pages

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

Jom Ganyang Aedes



Dengar Aedes dah takut kan, boleh mengakibat kematian. Jadi korang kena bertindak dari sekarang untuk hapuskan Aedes. Keterangan lanjut korang klik sini.

So far alhamdulillah dalam keluarga aku tak kena lagi demam dengi ni, sebab  aku masih mengutamakan kebersihan di rumah. Itu paling utama ok!. 



Tempat-tempat Pembiakan Nyamuk Aedes adalah seperti berikut :

Dalam Rumah :
  1. Bekas Jambangan Bunga
  2. Perangkap air (dulang) di peti sejuk
  3. Tangki air / Pam tandas
  4. Pasu bunga
  5. Tempat penyimpanan air / Kolah
  6. Perangkap semut, selalunya rumah kampung ada benda ni.
Luar Rumah :
  1. Baldi
  2. Tayar buruk
  3. Tempurung kelapa
  4. Alas pasu bunga
  5. Botol
  6. lain-lain yang boleh mengakibatkan air bertakung

Macam mana kita nak cegah pembiakan nyamuk Aedes pula??..
  •   Pastikan bekas menakung air bersih dibuang dengan betul.
  • Tutup semua bekas menyimpan air bersih atau masukkan bahan-bahan pembunuh jentik-jentik (temephos) mengikut sukatan yang betul.
  • Tukar air dan sental bekas menyimpan air sehingga bersih, seminggu sekali.
  • Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu.
  • Periksa palong hujan (roof gutter) seminggu sekali dan pastikan air tidak bertakung.
  • Hapuskan nyamuk aedes dewasa dengan menggunakan racun serangga (aerosol).
  • Memberi kerjasama anggota kesihatan dengan membuka pintu rumah semasa kerja fogging dijalankan.
  • Penduduk dinasihatkan supaya memeriksa kebersihan dalam rumah dan sekitar rumah bebas dari pembiakan nyamuk aedes sekurang-kurangnya seminggu sekali. Penduduk yang mengalami demam perlu mendapatkan rawatan doktor dengan kadar segera.



PASTIKAN SAMPAH-SAMPAH PUKAL SEPERTI BEKAS AIR PLASTIK, KENVES, PASU BUNGA, PECAHAN KACA, BOTOL, TAYAR BURUK DAN LAIN-LAIN TIDAK DIBUANG DI MERATA TEMPAT KERANA BOLEH MEMBIAK NYAMUK AEDES. IA ADALAH SATU KESALAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG DAN BOLEH DIKENAKAN KOMPAUN ATAU DENDA. HUBUNGI SYARIKAT PEMBERSIHAN SAMPAH SEPERTI SWM ENV. UNTUK MEMBANTU KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DI KAWASAN TAMAN ATAU TEMPAT TINGGAL.

Tuesday, July 19, 2011

Pap Smear

semua ibu-ibu dah buat pap smear??
yg mana baru lepas bersalin tuh jgn lupa ya pergi buat..
tak kira lah bersalin secara Cesarean atau normal.


jika rasa pap smear penting klik sini.

aku?? baru minggu nih nak g buat.sebab dah kena brain wash dgn pegawai2 aku.
aku sgt penakut dgn HOSPITAL dan sewaktu dengan nya..

jgn takut ini untuk kebaikan bersama. ;)

Tuesday, June 21, 2011

sara dan sembelit / susah buang air BESAR!

sekarang nih aku agak risau sebab sara dah 4 hari tak po poo...
aku pun pelik gak mcm mana blh jadi mcm nih..klu tak 3 / 4 kali sehari pasti po poo.

aku da bawa sara ke klinik doktor kata normal mcm nih.
patut lah aku tgk sara steady jer.x nangis pun.. klu sakit perut dah tentu dia melalak kan.
nasib baik doc x kasi ubat sumbat kat montot tuh...
doc kata klu EBF mmg jarang buang air besar nih sebab daging nak menjadi.yer kerrr?????....
tp knp sebelum nih normal jer..hmm..

aku tgk sara biasa jer. ..
* kencing mcm biasa.
* perut tak kembong.
* x pulak nangis yg keterlaluan..klu nangis minta simpati nak dukong adalah..\
* kentot lawas..bunyik lagi hebat dari papanye.

ada yang kata normal.

atau mungkin cara mak aku panaskan susu yang salah???

atau sara x blh terima susu yg dibekukan kemudian dipanaskan??

apapun aku berusaha dgn cara yg lain dulu.
sekarang nih aku bagi fresh ebm jer...setiap pagi aku akan bangun pam pukul 1pg, 3pg, 6pg untuk di bekalkan kerumah mak aku..
nanti update lagi apa punca sara x po poo beberapa hari.. ;(

sian budak nih...

Thursday, June 16, 2011

resepi / ramuan jus kunyit

**jus kunyit nih minum 1 cawan untuk 3 hari pertama selepas bersalin. untuk mengecutkan rahim.

PERINGATAN!!! : 

JIKA MINUM JUS KUNYIT INI SECARA BERLEBIHAN AKAN MENGAKIBATKAN MENOPAUSE.

Bahan-bahan :

1cm ibu kunyit
1sudu teh madu asli
segelas air
segengam daun pegaga.

cara penyediaan :

1.kisar bahan-bahan seperti diatas.
2.tapis terlebih dahulu sebelum mimum.

sedia untuk dihidangkan..mudahkan..

khasiat jus kunyit

* melancarkan peredaran darah
* mengecutkan rahim selepas bersalin.
* menaikan seri wajah.

aku hanya minum 40 ml setiap pagi..



resepi / ramuan jus pegaga.

ingin sihat dan slim selepas bersalin ya..
aku pun ikut petua2 nenek aku sebenarnya.nenek aku klu bab kesihatan/kecantikan mmg dia jaga baikk nya lah. 

ok aku nak share resepi/ramuan membuat jus pegaga.

Bahan-bahan:

1 ikat daun pegaga – bersihkan bersama akarnya dengan air garm
15 ml madu jika perlu..
Segelas air

Cara Penyediaan:

1. Kisar daun pegaga bersama akarnya dengan segelas air.
2. Sebelum diminum, tambahkan sedikit madu untuk menambah perasa.

Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba

kebaikan jus pegaga.

* bagus untuk kulit yg kusam.
* menyegarkan badan
* diet / mengurangkan berat badan 

Tuesday, June 14, 2011

Kelihatan sihat dan slim selepas bersalin??

Tajuk kat ats mcm menarikan!....
terutama bg ibu/mummy/mama/umi yg baru lepas bersalin kan.

tp slim ker akuu??hhahahahah

ok layan pix aku dulu..hahahhhaaa..

sebelum pregnant - 44kg.

semasa pregnant 9 bulan - 68kg.

selepas deliver - 48kg.

kini 46kg!!

22kg lelemak aku terhapus dalam tempoh 3 bulan!!...

jd mana perginya lelemak aku kan....

jeng..jeng..jeng ;)....

ok aku nak kongsi sedikitlah untuk korang, dr berpantang sehingga sekarang aku masih makan..

* jamu nona roguy Phyto Natal.(setiap pagi selepas breakfast 2tables/day)
* air kunyit + madu (setiap pagi selepas breakfast)
* jus pegaga (setiap pagi & malam)
* air rebusan akar kayu (setiap malam)

4 jenis pemakanan nih aku mmg wajib amik setiap hari.

bila dah kawin, dah beranak nih struktur badan kitekan dah lari..
jd untuk kelihatan cantik..anggun..seksi didepan suami kite sebagai perempuan/isteri kena lah buat sesuatu kan ;)

so korang nak tunggu apa lagi??
buatlah sesuatu untuk kelihatan cantik/slim/seksi/muda didepan suami anda.

jgn nanti bila dah umur nak masuk 30an..40an baru nak pk jaga badan kan.

selamat beramal!