So far alhamdulillah dalam keluarga aku tak kena lagi demam dengi ni, sebab aku masih mengutamakan kebersihan di rumah. Itu paling utama ok!.
Tempat-tempat Pembiakan Nyamuk Aedes adalah seperti berikut :
Dalam Rumah :
- Bekas Jambangan Bunga
- Perangkap air (dulang) di peti sejuk
- Tangki air / Pam tandas
- Pasu bunga
- Tempat penyimpanan air / Kolah
- Perangkap semut, selalunya rumah kampung ada benda ni.
Luar Rumah :
- Baldi
- Tayar buruk
- Tempurung kelapa
- Alas pasu bunga
- Botol
- lain-lain yang boleh mengakibatkan air bertakung
Macam mana kita nak cegah pembiakan nyamuk Aedes pula??..
- Pastikan bekas menakung air bersih dibuang dengan betul.
- Tutup semua bekas menyimpan air bersih atau masukkan bahan-bahan pembunuh jentik-jentik (temephos) mengikut sukatan yang betul.
- Tukar air dan sental bekas menyimpan air sehingga bersih, seminggu sekali.
- Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu.
- Periksa palong hujan (roof gutter) seminggu sekali dan pastikan air tidak bertakung.
- Hapuskan nyamuk aedes dewasa dengan menggunakan racun serangga (aerosol).
- Memberi kerjasama anggota kesihatan dengan membuka pintu rumah semasa kerja fogging dijalankan.
- Penduduk dinasihatkan supaya memeriksa kebersihan dalam rumah dan sekitar rumah bebas dari pembiakan nyamuk aedes sekurang-kurangnya seminggu sekali. Penduduk yang mengalami demam perlu mendapatkan rawatan doktor dengan kadar segera.
PASTIKAN SAMPAH-SAMPAH PUKAL SEPERTI BEKAS AIR PLASTIK, KENVES, PASU BUNGA, PECAHAN KACA, BOTOL, TAYAR BURUK DAN LAIN-LAIN TIDAK DIBUANG DI MERATA TEMPAT KERANA BOLEH MEMBIAK NYAMUK AEDES. IA ADALAH SATU KESALAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG DAN BOLEH DIKENAKAN KOMPAUN ATAU DENDA. HUBUNGI SYARIKAT PEMBERSIHAN SAMPAH SEPERTI SWM ENV. UNTUK MEMBANTU KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DI KAWASAN TAMAN ATAU TEMPAT TINGGAL.
