So far alhamdulillah dalam keluarga aku tak kena lagi demam dengi ni, sebab aku masih mengutamakan kebersihan di rumah. Itu paling utama ok!.
Tempat-tempat Pembiakan Nyamuk Aedes adalah seperti berikut :
Dalam Rumah :
- Bekas Jambangan Bunga
- Perangkap air (dulang) di peti sejuk
- Tangki air / Pam tandas
- Pasu bunga
- Tempat penyimpanan air / Kolah
- Perangkap semut, selalunya rumah kampung ada benda ni.
Luar Rumah :
- Baldi
- Tayar buruk
- Tempurung kelapa
- Alas pasu bunga
- Botol
- lain-lain yang boleh mengakibatkan air bertakung
Macam mana kita nak cegah pembiakan nyamuk Aedes pula??..
- Pastikan bekas menakung air bersih dibuang dengan betul.
- Tutup semua bekas menyimpan air bersih atau masukkan bahan-bahan pembunuh jentik-jentik (temephos) mengikut sukatan yang betul.
- Tukar air dan sental bekas menyimpan air sehingga bersih, seminggu sekali.
- Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu.
- Periksa palong hujan (roof gutter) seminggu sekali dan pastikan air tidak bertakung.
- Hapuskan nyamuk aedes dewasa dengan menggunakan racun serangga (aerosol).
- Memberi kerjasama anggota kesihatan dengan membuka pintu rumah semasa kerja fogging dijalankan.
- Penduduk dinasihatkan supaya memeriksa kebersihan dalam rumah dan sekitar rumah bebas dari pembiakan nyamuk aedes sekurang-kurangnya seminggu sekali. Penduduk yang mengalami demam perlu mendapatkan rawatan doktor dengan kadar segera.
PASTIKAN SAMPAH-SAMPAH PUKAL SEPERTI BEKAS AIR PLASTIK, KENVES, PASU BUNGA, PECAHAN KACA, BOTOL, TAYAR BURUK DAN LAIN-LAIN TIDAK DIBUANG DI MERATA TEMPAT KERANA BOLEH MEMBIAK NYAMUK AEDES. IA ADALAH SATU KESALAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG DAN BOLEH DIKENAKAN KOMPAUN ATAU DENDA. HUBUNGI SYARIKAT PEMBERSIHAN SAMPAH SEPERTI SWM ENV. UNTUK MEMBANTU KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DI KAWASAN TAMAN ATAU TEMPAT TINGGAL.
Kes demam denggi ni tak pernah berhentikan? Bila ada kempen, semua beriya menjaga kebersihan. Bila dah suam2 kuku, masing-masing tak endah. Baru-baru ni kawan hana terkena demam denggi, dahlah dia tgh menunggu hari nak bersalin. Nasib baik tak memberi kesan apa2 kat baby dalam perut dia.
ReplyDeleteSama2lah kita mencegah denggi. ^_^
nice entry elin...ramai tak peduli dah pasal ni. longkang tepi rumah pun tak tertengok.
ReplyDeleteHana Soffelia :
ReplyDeleteyup...sentiasa berlanjutan. kalau dh kena baru nak bertindak.nasib baik kawan awk x der apa2.syukur alhamdulillah.
Niza Romli:
hahhaha betul tuh.. ada kes baru nak bersihkan.
pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh ERA.fm hehehe..ganyang sampai lumat..suka suka je dia nak ciom badan kite..dushhh!
ReplyDeletejom2 ganyang sama dia.. ros duk umah atas kurg sikit la tmpat bertakung nih.. klu hubby beli umah bwah, maka bersiap sedialah..hihihi
ReplyDeletetadi der dengar kat malaysia hari ini gak tentang ganyang aedesni...
ReplyDeletePinky momma : tuh ler..badan kite nih hanya org tertentu jer blh ciom2 kan..lalalla
ReplyDeleteros : dudk atas pun kena jaga2 jugak tau..jgn ingat x der..;p
cho zila : ow yer..elin x tgk pun..betul2 benteras nih kan.