Pages

Showing posts with label Gaya Hidup Sihat. Show all posts
Showing posts with label Gaya Hidup Sihat. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

Jom Ganyang Aedes



Dengar Aedes dah takut kan, boleh mengakibat kematian. Jadi korang kena bertindak dari sekarang untuk hapuskan Aedes. Keterangan lanjut korang klik sini.

So far alhamdulillah dalam keluarga aku tak kena lagi demam dengi ni, sebab  aku masih mengutamakan kebersihan di rumah. Itu paling utama ok!. 



Tempat-tempat Pembiakan Nyamuk Aedes adalah seperti berikut :

Dalam Rumah :
  1. Bekas Jambangan Bunga
  2. Perangkap air (dulang) di peti sejuk
  3. Tangki air / Pam tandas
  4. Pasu bunga
  5. Tempat penyimpanan air / Kolah
  6. Perangkap semut, selalunya rumah kampung ada benda ni.
Luar Rumah :
  1. Baldi
  2. Tayar buruk
  3. Tempurung kelapa
  4. Alas pasu bunga
  5. Botol
  6. lain-lain yang boleh mengakibatkan air bertakung

Macam mana kita nak cegah pembiakan nyamuk Aedes pula??..
  •   Pastikan bekas menakung air bersih dibuang dengan betul.
  • Tutup semua bekas menyimpan air bersih atau masukkan bahan-bahan pembunuh jentik-jentik (temephos) mengikut sukatan yang betul.
  • Tukar air dan sental bekas menyimpan air sehingga bersih, seminggu sekali.
  • Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu.
  • Periksa palong hujan (roof gutter) seminggu sekali dan pastikan air tidak bertakung.
  • Hapuskan nyamuk aedes dewasa dengan menggunakan racun serangga (aerosol).
  • Memberi kerjasama anggota kesihatan dengan membuka pintu rumah semasa kerja fogging dijalankan.
  • Penduduk dinasihatkan supaya memeriksa kebersihan dalam rumah dan sekitar rumah bebas dari pembiakan nyamuk aedes sekurang-kurangnya seminggu sekali. Penduduk yang mengalami demam perlu mendapatkan rawatan doktor dengan kadar segera.



PASTIKAN SAMPAH-SAMPAH PUKAL SEPERTI BEKAS AIR PLASTIK, KENVES, PASU BUNGA, PECAHAN KACA, BOTOL, TAYAR BURUK DAN LAIN-LAIN TIDAK DIBUANG DI MERATA TEMPAT KERANA BOLEH MEMBIAK NYAMUK AEDES. IA ADALAH SATU KESALAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG DAN BOLEH DIKENAKAN KOMPAUN ATAU DENDA. HUBUNGI SYARIKAT PEMBERSIHAN SAMPAH SEPERTI SWM ENV. UNTUK MEMBANTU KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DI KAWASAN TAMAN ATAU TEMPAT TINGGAL.