Pages

Friday, April 9, 2010

Perkara pertama atau wajib..

" hye dah berisis"

"wehh bile lagi aku nak jadi makcik nih"

tekanan betul aku dgn dieorg nih...bile belum kawin sibuk tanye bile nak kawin....

skg sibuk pulak tanye bile nak pregnt>?...

sape kate x nak anak kan..... hari nih aku dah piriod(09.04.2010)

hmm.... ingatkan jadi lah... x per aku akan terus berusaha dan berdoa..

Tuesday, March 30, 2010

Bulan Madu di cameron highland





hahhah saat indah dan bahagia di samping suami tercinta....
x puas rasa nya ingin berbulan madu lagi....

Disebalik percutian kami nih ada cerita yang melucukan....

"Kena ketuk pintu oleh Jabatan Agama Islam Cameron Highland !! "

hahahaha memang lawak lah bile di kenangkan...dalam pukul 2 pagi pintu bilik kami di ketuk.
tanpa berlengah iman terus bukak pintu dan pihak berkuasa meminta surat akuan sah suami isteri. Kebetulan kami tidak membawa Lesen L .... sehingga terpaksa call ibu iman untuk mendapatkan pengesahan kami...

kenangan malam pertama di Cameron Highland!


Thursday, March 25, 2010

secebis bingkasan hati




ni dulu aku upload untuk tatapan aku sendiri.

banyak lagi aku perul update dlm ruangan nih.

Persandingan dgn suami tercinta "Suhaiman bin Syiful Irwan" pada 13.3.2010 & 14.3.2010

Monday, September 28, 2009

220909 engagement.

Selesai sudah hari bersejarah aku..
kini aku telah menjadi tunangan orang.

5 tahun aku mengenali insan bergelar iman.
permata hati ku.

tema aku gold + cream + maroon
hantaran aku 7 berbalas 5 sahaja.

pihak perempuan.
1. sirih junjung (nenek yg buat)
2. Buah (sponser by kak lyn)
3. kek
4. mufin
5. bunga rampai (pakteh yg hiris)
6. jam
7. coklat

pihak lelaki.
1. buah+sirih junjung
2. set bodycare (body shop)
3. kek
4. duit hantaran (4k)
5. kuih raya

make up + baju + acc aku oleh salima RM 360 (mahal tapi aku berpuas hati dgn air tangan nyer)
fotografer pakatan digital rm 200

hanya menghitung hari untuk hari paling bersejarah.
hari bahagia kami.

gamba akan aku attach kemudian.



Sunday, August 2, 2009

planing hantaran to en Iman

Jenis hantaran aku agak simple sebab aku x nak
bnyk2 hantaran buat penat org jer nak angkut aku nyer hantaran kan.

Jenis hantaran aku.
1.coklat
2.Baju Melayu
3.Al-Quran + Tasbih
4.Buah
5.Kek
6.something special (jam mungkin)
7.Sirih Junjung

Merisik 31 July 09

parent iman datang merisik mlm jumaat(31 july 09).
Rumah aku riuh dgn suara2 sedara.

diringkaskan.

1.Duit hantaran 8k.
2.5 berbalas 7 dulang.
3.Tarikh tunang 22 September 2009(3syawal)

Persiapan tunang aku belum buat apa lagi aku cuma cat bilik dan ganti perabut baru..