Salam semua nya :)
Mulakan pagi anda dgn Bismillah hirRahman nirRahim..
waahhh tajuk pagi nih x blh tahan kan...Padahal baru 10 bulan aku beranak.
kalau dah rezeki aku apa salahnyakan. Syukur Al-Alhamdulillah. Buat masa nih belum lagilah.
Aku bersalin c-zer jd mcm takut jugak lah kalau dalam tempoh terdekat aku pregnant kan.
aku punya target sndiri. Anak tiada limit selagi umur aku belum mencecah 35 tahun! aaahhhaaa...hahhahhaa..tapi zaman sekarang tak lebih tak kurang 3 orang aku tgk.
mungkin faktor ekonomi. Bagi aku duit blh dicari, tp anugerah Allah nih belum tentu bila dia akan kasi lagi. Seronok kalau ada ramai anak, ramai adik beradik nih kan.
Kita yang dikurniakan anak ini, bersyukurlah banyak-banyak dan terima ia sebagai anugerah, sebab kat luar sana berapa ramai kengkawan kite tidak punya anak.
Thursday, January 19, 2012
Wednesday, January 18, 2012
Syukur alhamdulillah 20oz sehari.
Seperti Tajuk diatas :), selama 10 bulan aku masih 'bf' Nur Sarah Amani.
Syukur sekali lagi masih mencukupi untuk anak tersayang, walaupun pelbagai dugaan yg menimpa aku semasa aku 'bf' Amani.
Apa yg penting CEKAL, USAHA, TABAH dan SABAR. Susu ibu nih kan unik.
Mommy sekalian macam mana? masih kekal dgn penyususan secara eksklusif?
![]() |
| Jum makan!!... lapar lah. nih lunch tadi. |
Monday, January 16, 2012
Semalam
semalam bawa amani beli barang dapur, lepas tuh singah JJ beli keperluan aku dan laki aku.
keperluan budak kecik tuh....cukup..cukup ler tuh..
;p
keluar pun dah lewat petang pukul 6 macam tuh.
kiteorg banyak habiskan masa dekat rumah.
aku masak kan untuk suami aku lauk siakap 3 rasa, sup ayam, dgn sup sayur.
lauk budak kecik tuh nasi lembik + salmon grill with mash potato.
![]() |
| nih masa kat rumah, budak kecik nih nak berjalan kot. badan dia ringan melayang-layang nak titi semua meja dan kerusi kat rumah aku tuh. Kalau die dah penat dia akan hulur tangan untuk aku papah dia. |
![]() |
| Yang nih pulak masa dekat JJ. dia mengamuk nak duduk atas baju yg timbun2 tuh. rupanya nak capai kertas sale yg kaler merah. amani mmg minat merah. |
![]() |
| Lepas tuh terus ke Tesco beli barang dapur pulak. teruja naik troli gedabak!! asik gelak jer.. "hihiihhehehehhhiiheheh" tuh jer ler. |
![]() |
| Amanah Allah yg tidak ternilai. |
Rentetan Hotel Rembia, Melaka.
Rentetan Hotel Rembia, Melaka.
dengan ini pihak Pengurusan Hotel telah meminta maaf atas apa yang berlaku pada kejadian tersebut.
| Daripada Pihak Pengurusan Hotel Rembia, Melaka |
Tidak dinafikan ramai yang seach keyword Hotel Rembia,Melaka.
Hampir 15 Pageview setiap bulan. Sebab hotel tersebut berada di tempat yang strategik.
Bagi pihak pengurusan terima kasih feedback anda.
Bagi mereka yang ingin ke Melaka dan bermalam boleh lah terus ke Hotel tersebut, yer lah rasa malas nak drive jauh2 kan..lagi-lagi dari tol smpang empat, memang jauh ler nak ker bandaraya.
Wednesday, January 11, 2012
10 Months
Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah swt.
Nur Sarah Amani kini telah 10 bulan.
![]() |
| Tuan Kecik yang pelbagai perangai baru . Berat : 9kg |
![]() |
| Semakin sihat dari demam selsema dan batuk. |
![]() |
| Kaki yang kuat gemu selalu aku geget sampai dia nangiss!! |
![]() |
| Jari jemari yg suke cungggkilll bijik mata, pusat, kalau mama n papa lewat bangun!! dan cungkil apa segala yg ada depan mata. |
![]() |
| Lagak mcm stabil..diri nak lepas tangan, selalu tertonggeng dah :) |
- Colet durian dekat bibirnya. (buat muke yuuukkkss)
- Deman selsema dan batuk.
- lain-lain
nanti update eh..tenet slow ler.
(check out sara at 1 month, 2 months, 3 months, 4 months, 5 months, 6 months, 7 months, 8 months, 9 months)
Monday, January 9, 2012
Jonker Walk
Salam mommy sekalian.
hari nih mcm mana start keje? ada liat ker?
pagi tadi ada terasa nak amik mc ker.. ;p
elin hari nih cuti. mcm2 hal nak pi setlekan.
antaranya nak pi tempah baju kerja, melawat kawan dpt baby baru, pi update ASB, bawa Amani g klinik sedut KAHAK!, dan lain-lain.
Semalam kiteorg habiskan masa bersama-sama,
g Jonker Walk.
Banyak gamba lagi tapi x jadi..sebab kepala org menganggu.
ok korang, selamat bekerja yer korang.
harap hari nih lebih ceria dari hari-hari sebelumnya..
Friday, January 6, 2012
Telatah subuh Hari
Hari nih Amani bangun pukul 5pg. Selalu pukul 6 atau 6.30pg paling awal.
tak tau kenapa aku selesai jer mandi tgk dia dah tegak kat katil. sambil senyum!.
bila dah bangun memang bising ler mulut diakan.
terus aku bawak turun ke bilik amani sendiri. kat situ segala mcm mainan ada. senang sikit aku nak iron baju n prepared breakfast.
rupanya si papa pun bangun awal jugak sebab mata tiba-tiba celik pukul 5 jugak.
![]() |
| Papa Amani : "HELLO" |
![]() |
| Confuse antara hanphone dgn vick ker amani! |
![]() |
| "allahu akbar" |
![]() |
| papa Amani : Amani mcm mana 'solat'..mcm mana 'hello'? terus lah amani buat dedua..kesian kena bulikan. |
lepas tuh bikin drama air mata....haaaisss....
esok mama cuti kite g jalan-jalan yer sayang.
Thursday, January 5, 2012
Contest Jaga Badan
![]() |
| Penganjur. |
aku blogwalking jumpa blog ini terus aku semangat nak join.
korang aku tgk ramai yg selitkan ttg diet nih..meh ler join sekali.
syarat penyertaan:
- blogger tegar!
- mesti ade blog
- wanita umur 18 ke atas
- berminat nak kurus2 dan shape2
- bercita2 tinggi nak tambat hati suami (grab pahala skalik gus)
- dah berkahwin atau bakal pengantin
registration:
1.1.12 hingga 6.1.12
cara2 register:
bwat satu entry kat blog pasal contest jaga badan (CJB)
cume perlu letak
- nama pendek,
- jantina,
- umo,
- berat terkini @1-6.1.12 dan gambo penimbang cam biase,
- ukur lilit pinggang (dr pusat ke pusat)
- follow blog ni tok update seterusnye..
- letakkan penyertaan anda di ruang komen post ini.. sertakan name pendek, berat dan ukur lilit pinggang..
Hobi En.Mystery
Selain hobinya memancing, atau pun paintball atau offroad 4x4 dia juga minat dengan convert kereta, sejak azali lagi (zaman bujang) memang dia nih bab kereta semua tau.
kalau dulu zaman kancil di convert kan jadi Dihatsu Mira L2S ikut full spec jepun.
kedai half cut celah mana di melaka nih semua husband aku tau.
tapi kini kereta kesayangannya tu telah let go :( sebab x der ruang lagi nak park.
sekarang dah bertukar kereta lain tp masih sama berjiwa turbo jugak!! haiss...
dan inilah salah satu aktiviti malam minggunya untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.
mereka akan berhimpun ramai-ramai di suatu tempat, selalunya depan MCD Ayer Keroh.
bila dah cukup kengkawan mereka, mereka akan konvoi beramai-ramai melawat melaka hahhahhhaaa...
dulu masa sarat aku rajin gak ikut sebab aku boring duk rumah sorang-sorang.. tp sekarang sejak ada amani tak hingggggiinn aku nak ikut sebab lagi best golek-golek dekat rumah. ;p
kalau dulu zaman kancil di convert kan jadi Dihatsu Mira L2S ikut full spec jepun.
kedai half cut celah mana di melaka nih semua husband aku tau.
tapi kini kereta kesayangannya tu telah let go :( sebab x der ruang lagi nak park.
![]() |
| L2S kini dalam kenangan. |
dan inilah salah satu aktiviti malam minggunya untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.
mereka akan berhimpun ramai-ramai di suatu tempat, selalunya depan MCD Ayer Keroh.
bila dah cukup kengkawan mereka, mereka akan konvoi beramai-ramai melawat melaka hahhahhhaaa...
![]() |
| Singahan Terakhir di Kota Laksamana. |
Tuesday, January 3, 2012
Happy New Year 2012
Hi! Assalamualaikum dan Salam sejahtera semuanya, dan salam 1 Malaysia.
terlebih dahulu aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi pada korang semua..mana yang mempunyai azam baru tuh aku doakan semuanya berjaya, memperoleh kebaikan, kesejahteraan, panjang umur murah rezeki, yang mana hasrat dihati untuk menimang cahaya mata aku juga turut mendoakan agar doa mereka dimakburkan. Insha-Allah.
aku agak terlewat untuk post entry 'tahun baru'.
Ini semua angkara Tuan Puteri kesayangan aku tuh. Yang asik nak berkepit 24jam.
memang x berpeluang langsung nak on lappy. Online guna HP jer.
![]() |
| Dah penuh ker schedule 2012 korang? ;p aku masih samar-samar lagi. |
- Mematuhi segala perintah-Nya dan menjauhi segala Larangan-Nya, Insha- Allah.
- Menjadi isteri yang solehah dan menjaga segala kebajikan suami.
- Berbakti kepada Emak dan Abah.
- Mengurangkan perbelanjaan yang tidak berfaedah.'Spend Less Save More'.
- Dapatkan Amani 'Geng', start end of December. hahhhaha.
ok ada banyak lagi. tapi ini yang paling utama sekali lah. yang lain-lain semua ikut nafsu jer.
Subscribe to:
Posts (Atom)































