Pages

Monday, April 30, 2012

25 Hari Ganti Puasa

Syukur Alhamdulillah 25 hari telah selamat digantikan :)
banyakan... banyak cabaran ok nak ganti puasa ni.
Aku ganti puasa sikit demi sedikit. akhirnya 'selesai'.. aku cuma buat Sabtu dan Ahad jer.


kini boleh lah plan untuk persiapan raya pulak hahahhhah!! baju raya belum beli lagi.
tailor aku last amik bulan 5 nih. .jd aku masih memikirkan tema yg bersesuaian.
lagi menyeronokan kan, Amani dah teror bab berlari!!


habis ayam rumah nenek kena kejar..hahhha..


mata mengantuk kat umah nih. pekena oren terus fresh!!!
ok!! aku nak search kaler apa untuk raya tahun nih...haa!! korang jgn kata puasa belum lagi lorat nak pk persiapan raya pulak!!
kalau nak tunggu puasa sape nak jahit baju raya kiteorg..korang kerrr..
kalau nak beli yg ready made banyak tak berkenan ;p


ok korang buat kerja yer...aku bercuti nih :) eh..eh...korang dah ganti PUASA BELUM????...
pasti lah sudahkan. aku jer yg terhegeh2..padan muke aku!


have a nice day!



Saturday, April 28, 2012

Breakfast

Lama sgt kot aku tak makan telur separuh masak nih.!!
pagi tadi tetiba tekak aku ni membuak2 nak mkn..hahhha
letak madu! fuuuii...sedappp..

Thursday, April 26, 2012

Food with LOVE # 15

Lagi makan malam yg simple lagi enak dan sedaaaappp :)
bukan malas tau..kkdg tekak nih tak nak makan yg berat2 jd kena lah search menu2 yg simple kan.
nasib baik lah suami nih bukan jenis 'pemilih' bab makanan TAPI yang penting KENA MASAK.
alasan dia yg blh diterima pakai 'MASA BUJANG DAH BOSAN MAKAN LUAR'


bahan-bahan mudah jer.
Butter Honey Lemon Chicken
Sumber dari : Cikmin.com


BAHAN-BAHANNYA :
ayam, potong ikut suka, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam

1 ulas bawang holland
2 ulas bawang putih
2 cm halia
lemon (perah stgh biji pun ok)
2 camca besar cili sos
3 camca besar madu
1 camca teh serbuk lada hitam (jika perlu)
2/3 camca besar butter
Garam secukup rasa
Air secukupnya



CARA MEMBUATNYA :
  1. Ayam digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan. Tinggal kan sedikit minyak dalam kuali yang sama.
  2. Tumis bahan kisar dan cili kisar mengunakan butter, masukkan sos cili dan madu dan sedikit air, biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan hirisan cili, gaul rata dan masak hingga pekat dan masukan perahan lemon. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan.

Wednesday, April 25, 2012

Food with LOVE # 14

Favorite Husband! kena handal masak lemak cili padi nih.
Aku selalu belajar buat yg terbaik. kasiii rasa ummmppphh!..

hahhha..

yer lah org melaka / negeri sembilan memang kegilaan lauk nih!

Ikan Parang Masak lemak cili padi!
Kalau pakai ikan kerisi pun sodappp.

WW : Everyday sale!!

Murah jer....2 barang nih 50 HENGGET JER :)

Kingston DataTraveler Micro 8GB Pendrive with Kingston Lanyard (Free Delivery)

Multi Pouch

WW : Bakat

Bakat yang mahal : Menconteng. Mengemas.
apa tengok-tengok amani?..

Tuesday, April 24, 2012

Just Retired!

Hari Jumaat petang, buat majlis untuk pegawai bersara.
dah 58 Tahun. Ini lah masa yg sesuai untuk bersara.

aku dan pegawai yg lain cuma prepare bunga telor jer. :)

jji ada eh.


Seronokan.. nanti turn aku pulak ada tak mcm nih?
seronok jer duk rumah x payh pk apa lagi.


korang bersara umur berapa??;p

Friday, April 20, 2012

Perempuan Tidak Wajib Pakai Tudung tapi WAJIB TUTUP AURAT!

Salam semua rakan-rakan dikasihi :)
hari nih Jabatan aku buat tazkirah ttg 'Aurat' tp bab kecilnya ialah tudung.

Ustaz aku kata 'PEREMPUAN TIDAK WAJIB PAKAI TUDUNG TETAPI WAJIB TUTUP AURAT'

Refer ayat Dalam Al-Quran, surah An-Nur ayat ke-31


'Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasan auratnya, kecuali pada suami atau abah, abah suami mereka, putera mereka, putera suami mereka, saudara lelaki mereka, putera saudara lelaki mereka, putera saudara perempuan mereka, perempuan sesama Islam, atau hamba sahaya yang mereka memiliki, atau para pelayan lelaki tua yang tidak mempunyai keinginan pada perempuan atau anak anak yang belum mengerti akan hukum aurat. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang orang yang beriman, agar kamu beruntung.'


ok faham kan. Dalam al-quran pun dah tertera WAJIB untuk menutup aurat
fenomena sekarang ramai perempuan diluar sana yg masih tak tau menjaga auratnya.
mahupun yg dah berkawin atau yang dah menunaikan haji.
tersembul jambul sana sini  keras-keras mcm busut.


Sedangkan level-level mereka tuh adalah ketua agama.


ok tata..

Thursday, April 19, 2012

Buah Keranji

 First time makan buah keranji!!
dan inilah kali pertama aku tgk buah keranji. Buah nih kecik jer,mcm buah ceremai.


staff aku baru jer pulang dr Kelantan, dekat sana mmg banyak kot buah2 mcm ni.
rasa buah nih kelat-kelat manis.
Buah Keranji

Kalau diasah baru lah TAJAM!!

'double meaning'