Pages

Monday, August 8, 2011

Ramadhan : Peniaga Cekik Darah!!

lepas balik keje aku g pasar ramadhan nak beli kuih pelita! tetiba tekak aku nak makan.

aku : "pakcik kuih pelita sehinggit berapa"

pakcik :"3 sehenget dik"

aku :" ok! bg sy sehengget!" (dan beberapa kuih yg lain)

terus aku bagi duit sepuluh hengget.

pakcik : "8 hengget 40 sen dikk"

aku : " haa?? kenapa 40sen???".......

pakcik : "plastik dik!!"

aku : "aikkk plastik pun jual 20sen setiap 1??!! sy nak tolong pakcik meniaga tapi pakcik paw sy 40 sen!! terima kasih banyak pakcikk!! "


terus aku balik. x der mood nak beli rendang kerang (ari nih x der mood nak masak)



Ramadhan : tidak terdaya!

ari nih x sempat nak update blog.
just blogwalking jer lah..

mana yg sempat tuh aku tinggalkan jugak jejak kat blog dieorg.

ari nih aku x tau kenapa rasa sangat-sangat letih!! mcm org x bangun sahur pulak.
lepas pumping 2nd session terus aku rasa badan jd lomah-lomah.

pegawai aku dah suruh aply cuti untuk hari raya pun aku x aply lagi.

korang dah?? berapa hari cuti?? 2hari?? seminggu??

ok selamat berbuka puasa semua umat islam.




Sunday, August 7, 2011

Ramadhan : TV3 Please take note!!

semalam tv3 ada buat tayangan hindustan cerita Kambakkht Ishq lakonan Karisma Kapoor dan Akshay Kumar.

sapa tgk?? ha banyak adegan yg panaskan..
kenapa lah pihak tv3 tayangkan heroin pakai seksi meksi, peluk-peluk, cium-cium dibulan ramadhan ni kan. Sepatutnya alert lah perkara-perkara mcm nih, hormati sikit semua umat islam yg sedang berpuasa. tak pentingkan sensitivity langsung!!.

sepatutnya tv3 pun tahu populasi di malaysia nih mejoritinya yang beragama islam yang sedang berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ni!!







notakukukaki : Di bulan yang penuh keberkatan ni kita perlulah membaca al-quran untuk menambahkan pahala daripada langsung tidak dapat apa2. ;)


Saturday, August 6, 2011

Ramadhan : Maggi!!

salam ramadhan semuanya!!

ahh seperti tajuk diatas, hari nih aku sahur dgn maggi sahaja ok! ;p

aku dah bangun pukul 4, sblm tuh aku kenyangkan sara dulu klu tidak nanti dia berceloteh sorang2 dalam bilik nanti , satu keje pun tak jadi.

bila sara dah kenyang.. aku blh pi sambung tido pulak!!!!!!! huukkkaaalaahaaaiiii**!

tetiba dgr suara sara cakap sorang2..tgk jam dah pukul 5.20am!! haaaa amikk kauuu!!
kelam kabut aku dibuatnya. imsak di melaka 5.42am.
g dapo tgk laki aku dah terpacak dulu...siapkan sahur. MAGGI!!

hhahhaha...siaan laki aku kan.
tp mmg best maggi tuh. ada udang, brocoli + carrot, fish cat.. so simple tp marvelous!

alhamdulillah kenyang walaupun maggi!
huuhuh..selama 4 tahun tak makan maggi, baru pagi ni aku mkn.rupanya maggi tuh sedap! hahhhaha..


notakukukaki : dah bangun terus g dapo jgn sambung tidur lagi ok.





Friday, August 5, 2011

Ramadhan : New hairstyle!!


skg nih aku mengalami masalah rambut ok.
setiap hari berpuluh-puluh helai pasti gugur tau...naik tensi aku tgk rambut aku bersepah kat rumah tuh.

org tua2 kata klu anak menyembur rambut maknya akan gugur kan..nih sara dah brenti menyembur tp menjd2 pulak.

mcm2 shampoo aku pakai tp hasilnye hampehh!
jd aku buat keputusan esok aku nak pi gunting rambut kasik pendek!!

sini ada beberapa pilihan.. mana satu aku nak buat pun aku x tau.





mcm nih?? kompem laki aku pengsan. pitam!!

rambut pendek bukan boleh solve pun masalah nih.
yg pasti aku benci tgk rumah aku tuh rambut bergulung2!!

rambut aku skg nih panjang dan lebat.
tp sekarang.. nipis.. mcm penyapu jerami!! huh**

lebih kurang panjang nih rambut aku!

Doa Dhuha

pagi-pagi aku mmg selalu dgr ikim.
jd setiap hari pasti ada lagu nih.
mari lah kita ramai-ramai amalkan agarkan rezeki kita sentiasa melimpah ruah.



sharing is caring ;)

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan : Melaka redup jer.

hari ke 4 berpuasa. alhamdulilah ebm aku seperti semalam maintain!.

suasana dekat opis aku nih tenang. . aman. nyaman.

petang nih ingat lepas keje nak g bazar. terasa nak makan laksam. tp x der rezeki nak mkn hari nih. sebab tanda-tanda nak hujan kat sini.

belakang opis aku nih seperti hutan belantara!

mcm mana dgn ebm mummy2 sekalian? maintain x...
insyallah harap maintain yer.

selamat berbuka puasa. ;)


Wednesday, August 3, 2011

Wordless wednesday : Desolation

Spectra 3 and Expressed Breast Milk Result

alhamdulillah syukur pada mu Ya Allah!
kerana mempermudahkan hambamu menjalani ibadahmu.

ini hasil untuk hari ini. agak memuaskan juga.
walaupun aku rasa nak pitam skg nih..dan hauss giler ok.



jum bersiap sedia untuk pulang ke rumah. apa juadah menu aku hari nih ek? pening pulak nak pk kan..

apa pun aku ucapkan selamar berbuka puasa pada semua umat islam!

Tuesday, August 2, 2011

Kisah Kupang!

lauk berbuka aku pd hari ke2 berpuasa!

** kupang masak sambal
** sayo goreng
** ikan goreng
** tahu sumbat
** cocktail!

alaahaaaii kupang!!

cerita mcm nih. aku nih mmg x suka makan kupang! dan aku x pernah nak mengendalikan kupang ok! bila x suka tuh mmg semua jd x retilah kan.

en.mystery aku pi beli sekilo kupang bawak balik rumah.

"nah yang nanti masak lauk sambal kupang eh!! "

"haa??!! sambal kupang..mana lah sy mkn kupang nih!! awk nih x tau ker?"

"tau! sebab tuh sy nak awk masak. sebab sy nak mkn."

tanpa bnyk ckp aku trus lambak kat sink..basuh bersih2 sampai kaler hijau tuh luntur hhahahha..,x lah mcm tuh sekali kan.

ok dah siap bersihkan semua. aku get ready bahan2 untuk buat sambal pulak.

bila dah siap semua baru aku terfikir mcm mana nak kopek kulit kupang nih kan..dah lah tutup rapat kulit nyer.cungkil2 pakai pisau pun x boleh..hahhahha kan dunggu namanya tuh..
aku pun cal lah en.mystry tanya mcm mana nak buat..

owh rupanya rendam dgn air panas 5 min mcm tuh baru lah ternganga kupang2 tuh.

5 min pun berlalu...aku teruslah kopek kupang tuh nak kluakan isi yg lembik2 tuh. maaakkkooiiii aaaiii aku mmg geli bab lembik2 nih..disebabkan laki nak mkn suka x suka pun kenalah buatkan.
naikk hancor kuku aku kopek kupang!!

tetiba en.mystery cal!!

" yang awk buat sambal kupang tuh mcm mana?"

" sy tgh kopek kupang lah nih keluarkan isi2 tuh"

" hahhahahhaa...kopekkk?? klu mcm tuh baik sy beli yg dah siap kopek..sy nak awk masukan sekali dgn kulit tuh..sy tau awk penggeli!! "

" asal x cakap semalammmmm!!! kuku dah sempong nih"

"hahhahahha..... "

huh!!! aku diuji dgn kupang rupanya!!


siaaappp!!! 1st time pegang kupang..1st time masak kupang..!

"yang sedap kupang awk marvelousss!!"
"esok sy beli belot pulak eh....hhhahahahahahha" (gelak menyakitkan hati aku).

oleh itu bila dah kawin nih jgn lah kata semua x tau ok.