Pages

Tuesday, April 4, 2017

Family 2017


Assalammualaikum,

Rasanya ini post yang pertama di tahun 2017. Nasib baik masih ingat lagi email dan password untuk blog ni.

semakin cangih kemudahan semakin dilupai blog ni.

kalau dulu setiap moment akan disemadikan dalam blog, dengan harapan anak-anak boleh baca kembali sebagai memori yang indah buat mereka.

paling banyak cerita kakak Nur Sarah Amani,6 tahun. Sebelum wujudnya dia sehinggalah lahirnya dia di dunia yang fana ni.

Rindu rasanya.


tapi inshallah Elin akan cuba gali balik kerajian untuk terus semadikan kenangan kami disini.

+ Nur Sarah Amani, 6 tahun

+ Muhammad Syahmi Aryan, 4 tahun

 













Wednesday, December 31, 2014

Rindu Blog!

Assalammualaikum semua...

tetiba rasa tak reti nak update apa-apa dalam blog ni. domain dot com dah lama expired tuh rasa berkurun tak update. anak aku pun dah setahun lebih yang no.2 ni.

korang masih aktif dengan blog??

tinggalkan komen untuk aku review blog korang. :)

Tuesday, April 8, 2014

28 Years Old


dah semakin ke garisan 30an. perempuan makin tua makin takut lelaki makin tua makin mahal? hahahha ini tidak adil.

tak ada yg istimewa pd majlis hari tua aku hahaha.. mereka tersayang cuma buat kejutan pada dinner mlm birthday oleh PIL dan semalam mak aku pun buat lah juga siap nyanyi bagai lagu besday. hamboii kemain lorat tukang bawa kek (husband).

aku ucapkan ribuan terima kasih pd mak yg melahirkan dan membesarkan aku sehingga kini. segala jasa mereka hanya Allah yang balas di jannah nanti. jasa mereka sungguh besar.
sungguh pun mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan. tanpa dia tiada lah aku di dunia ni.


Friday, April 4, 2014

Syahmi - Breast Milk Jaundice / Prolonge Jaundice

beberapa hari syami diletakan dibawah lampu phototherapy kadar bilirubin menurun dengan bacaan 8. Selepas seminggu bilirubin syahmi meningkat balik sehingga 12, doc sarankan setiap minggu ambil darah di Klinik Kesihatan..kali ni darah di ambil dalam kuantiti yang banyak. setiap kali ambil darah setiap kali tuh lah aku menangis menahan sebak anak kecil menangis kesakitan. 2 minggu syahmi kuning dan doctor sahkan syahmi kena Prolonge Jaundice,dalam kategori Breast Milk Jaundice.

Punca breast milk Jaundice aku tak pasti, sebab sejak kali pertama syahmi masuk wad aku tak makan jamu langsung sehingga lah habis pantang. Doc sarankan aku STOP breastfeed sementara waktu untuk 2 hingga 3 hari sehingga bilirubin nya menurun. Aku terpaksa kasi syahmi minum susu formula untuk beberapa hari supaya kuningnya cepat hilang.

Syukur alhamdulillah 2 hari selepas tuh bilirubin syahmi drop hingga 4. Breastmilk Jaundice ni tidak merbahaya tapi kita kena selalu pantau keadaan dia jangan kuning dia sehingga ke kaki. itu boleh menyebabkan kegagalan fungsi otak atau kena tukar darah lain.








Syahmi - Jaundice



Syahmi kena prolonge jaundis selama 36 hari.
syukur alhamdulillah setelah buat beberapa test (urine, blood, liver, tiriod ) semua ok.

hari ke-4 bacaan bilirubin syahmi tinggi 18 terus masukan wad. terjadi beberapa babak airmata yang aku alami. syahmi ditanggalkan baju cuma tinggal pempes je untuk letak bawah lampu biru. suasana bilik tuh tersangatlah sejuk sehinggakan syahmi mengigil kesejukan. sedangkan aku dalam pantang pun rasa sejuk sampai ketulang inikan anak yg berusia 4 hari. Menangis aku tgk keadaan syahmi yg melalak dalam tab tuh, kejap-kejap aku angkat syahmi untuk susukan dia sampaikan nurse marah pekik aku kenapa asik angkat anak je.!! (perasaan masa tuh rasa nak baling apa yg ada pada nurse tua tuh). sehinggalah pagi aku tak tidur sebab syahmi tak selesa duduk dalam tu.kerap menangis. Pukul 6 selepas amik darah untuk test bilirubin syahmi semakin lemah. semakin tidak agresif dlm tab tuh rupanya semakin meningkat sehingga 20. masa dekat hospital syahmi ditempatkan wad bersalin. bukan bilik khas untuk kanak-kanak.!!


Ya Allah hanya allah jer tau perasaan aku masa tuh dgn keadaan syahmi semakin lemah sebab terlalu tinggi. Husband terus bawa syahmi keluar untuk masukan ke private. Bila di sana syahmi ditempatkan di bilik khas untuk kanak-kanak jaundice. tak pulak sejuk mcm bilik mayat!. Doc tak kasi aku stay sebab keadaan aku yang baru lepas czer masa tu, doc cuma suruh hantar susu jika ada. syahmi kena duduk bawah lampu biru tuh selama 24jam sebb terlalu tinggi. Syahmi duduk wad selama 3 hari..3 hari lah aku ulang alik sebab nak tgk dia. dalam tuh syahmi tak rasa sejuk dan mengigil langsung.

semakin hari semakin reduce bilirubin syahmi sehinggalah hari ke-3...4 hari syahmi stay dekat hospital :(

nanti sambung lagi ya...banyak lagi dalam draf tu..fuhh...












Thursday, April 3, 2014

Muhammad Syahmi Aryan - 5Months

Syukur Alhamdulillah,

sekarang berat syahmi 8kg.

kelahiran anak kedua ni banyak perbezaan daripada anak pertama. orang kata jaga anak no2 ni senang sikit. siiiikitt lah.. 
syahmi senang sgt nak jaga dia. tak banyak songeh. bila nak tidur tepuk dua tiga kali montot dia dah lelap. kadang-kadang satu jam / dua jam masa dia tidur. me boleh ler sama join tidur...zzz.zzz tapi dengan adanya 'paci' kalau tak de candu tuh memang aku yang meroyan.

syahmi ni kuat menjerit kalau menangis satu taman boleh dengar. selalu yang menyakat si amani, suka geget jari jemari syahmi.  ntah apa yg dia geram sgt aku tak tau la.

susu? sekali minum 5oz. syahmi kali ni dah campur susu. baru bulan ni syahmi start minum susu tepung. sebab?? pengeluaran aku semakin sikit tak sama mcm amani dulu full sampai 2 tahun. nak buat power pumping pun masa hujung tanduk je. janji anak sihat. pi lantak lah orang nak kata kenapa campur susu?..kenapa tak makan ni...kenapa tak g urut...aku dah cuba sebaik yang mungkin. ;)

apa yang penting kita doa keselamatan MH 370.

















Tuesday, April 1, 2014

April 2014

 Semoga mood untuk berblog kembali lagi.


Thursday, January 23, 2014

Hello 23rd Januari 2014

assalamualaikum semua :)

hari ni mood kemalasan. 1st day masuk kerja setelah 3bulan cuti.
kakak amani sekarang masuk taska ajar dia berkawan.
aryan pulak semakin membina badan.

sekarang diberi peluang kedua untuk menyusu aryan sepenuhnya, insyaallah.

berat mak sekarang 48.5kg dari 58kg. masih belum ke berat asal 45kg.

;p






Thursday, November 28, 2013

Muhammad Syahmi Aryan - 1Mo

hi! apa khabar semua! lama tak update rindu pulak :)

ok, syukur alhamdulillah aku selamat melahirkan anak ke-2. Lelaki. 25 Oct 2013 / 4.05ptg / 3.1kg di Mahkota Medical Center Melaka dengan Doc Azlina yg yang sangat oshem!
siapa org melaka aku sgt recommended kan doc ni.

  • 4hari syahmi kena tahan wad sebb jaundice dia tinggi 18.9
  • Syahmi kena prolonged jaundice pd hari ke17.
  • hari ke 20 dia kena breast milk jaundice pulak jd aku terpaksa stop BF dan kasi FM :(
  • genab sebulan jaundice syahmi semakin menurun di bawah 8mg/L

syahmi hari ke-4

 syahmi 1 month old - 4.9kg