Pages

Friday, April 4, 2014

Syahmi - Jaundice



Syahmi kena prolonge jaundis selama 36 hari.
syukur alhamdulillah setelah buat beberapa test (urine, blood, liver, tiriod ) semua ok.

hari ke-4 bacaan bilirubin syahmi tinggi 18 terus masukan wad. terjadi beberapa babak airmata yang aku alami. syahmi ditanggalkan baju cuma tinggal pempes je untuk letak bawah lampu biru. suasana bilik tuh tersangatlah sejuk sehinggakan syahmi mengigil kesejukan. sedangkan aku dalam pantang pun rasa sejuk sampai ketulang inikan anak yg berusia 4 hari. Menangis aku tgk keadaan syahmi yg melalak dalam tab tuh, kejap-kejap aku angkat syahmi untuk susukan dia sampaikan nurse marah pekik aku kenapa asik angkat anak je.!! (perasaan masa tuh rasa nak baling apa yg ada pada nurse tua tuh). sehinggalah pagi aku tak tidur sebab syahmi tak selesa duduk dalam tu.kerap menangis. Pukul 6 selepas amik darah untuk test bilirubin syahmi semakin lemah. semakin tidak agresif dlm tab tuh rupanya semakin meningkat sehingga 20. masa dekat hospital syahmi ditempatkan wad bersalin. bukan bilik khas untuk kanak-kanak.!!


Ya Allah hanya allah jer tau perasaan aku masa tuh dgn keadaan syahmi semakin lemah sebab terlalu tinggi. Husband terus bawa syahmi keluar untuk masukan ke private. Bila di sana syahmi ditempatkan di bilik khas untuk kanak-kanak jaundice. tak pulak sejuk mcm bilik mayat!. Doc tak kasi aku stay sebab keadaan aku yang baru lepas czer masa tu, doc cuma suruh hantar susu jika ada. syahmi kena duduk bawah lampu biru tuh selama 24jam sebb terlalu tinggi. Syahmi duduk wad selama 3 hari..3 hari lah aku ulang alik sebab nak tgk dia. dalam tuh syahmi tak rasa sejuk dan mengigil langsung.

semakin hari semakin reduce bilirubin syahmi sehinggalah hari ke-3...4 hari syahmi stay dekat hospital :(

nanti sambung lagi ya...banyak lagi dalam draf tu..fuhh...












4 comments:

  1. assalamualaikum
    dan salam jumaat
    singgah pagi

    ReplyDelete
  2. insya Allah Syahmi akan membesar sihat seperti abahg Syahmi dia ni ye :)

    ReplyDelete
  3. alahai siannye syahmi,
    pengalaman anak kne jaundice duk bwh lampu biru tu mmg xleh lupe la,
    ksian kat anak 1 hal, dgn nurse yg marah2 sbb kite asik angkat anak, bile nk baik cmtu, huhu nangis sorg situ,
    kalau xpndai control emosi mmg blh meroyan la, dlm pantang jgn main2 ngn emosi ni, huhu

    ReplyDelete