Pages

Tuesday, January 31, 2012

Family Day 2012 - Port Dickson

Pagi nih free lah jugak.
sempat aku upload gamba semua. pegawai yg lain pi pemantau KSSR.
aku duk opis ibarat bos! ahaaks!
Cousin Amani. Ada ramai lagi tp suami aku amik banyak blurrrrrr jer..tensi mak!
Atas Kanan : Anees Dania Syaurah 
Bawah Kana : Aida Nur Nabiha
Kanan : Aniq Danial
Keluarga abg ipar. tgk anak mereka comel kan..lagi2 baju biru bam..bam..
mcm anak jepun. 6 Bulan.

si comel pakai baju pink : Aleesya Elvira
si comel pakai baju biru : Aneesa Erina
Keluarga kami!! :) Amani masih teruja 1st time masuk kolam ;p. 
Suasana malam BBQ. macam-macam ada..perrgghhkk kenyang ah.
seronok sekali sekali berkumpul mcm nih.
Kalau keluarga besar lagi meriahkan.
Gambar atas : Semua keluarga ada.
Gambar bawah : Ibu Mertuaku dan Ayah Mertuaku. Sponser paling besar masa family day hari tuh.
Terima Kasih. Semoga dirahmati oleh Allah swt.

 


Monday, January 30, 2012

Amani 1st time swimming

Weekend hari tuh kami sekeluarga buat Family Day dgn Keluarga Mertua di Port Dickson. Buat BBQ di Bayu Beach Resort.
Semua adik beradik suami join sekali. seronok!


memula layan pic amani pakai bikini!! ;p
Amani memang suka air! mulut dia jer asik jerit2 sebab seronok kot.
Bayu Beach Resort.
nanti aku update lagi ttg family kiteorg hari tuh.
syokk habisss...

Breakfast Amani : Puding Roti Buah-Buahan

bahan-bahan :
  • roti sekeping
  • Krismis
  • pear
  • kurma
  • unsalted butter
  • 3 scoop fm atau fresh milk
  • egg yolk ( kalau dah intro telur boleh letak sebiji )

untuk topping :
  • strawberry
  • kurma
  • yougurt

cara-cara :
  • potong buah2
  • carik roti kecik2
  • satukan dalam bekas
  • kalau nak masukkan telur..
  • pukul telur bersama unsalted butter n fm atau fresh milk
  • tuang ke dlm bekas yang berisi roti n buah
  • pastu kukus lebih kurang 30 minit

untuk topping :
  • masak strawberry n kurma smpai lembik
  • pastu lenyek2
  • campur dgn yougurt
  • tuang kat atas roti




Resepi dari Mama Haniyah

Thursday, January 26, 2012

Paksa!

Salah 1 kebencian amani adalah kena paksa!
ini komot muke die kena paksa pakai tudung.

:) mama memang suka paksa-paksa amani nih.
seronok!.

Wednesday, January 25, 2012

Menu Amani paling simple 2012!

Ini antara menu untuk Amani masa cuti ari 4 hari tuh. Ada gamba yg aku tak sempat nak amik sebab anak dara aku dah lempau kan camera !! kejap2 jd hang!
lauk sangat simple sebab banyak tugasan masa cuti hari tuh.

jadi ini jer lah yg aku sempat amik!

Ikan kukus masak halia dan kurma.
Bahan-bahan : 
  • 1 keping ikan merah / bawal / apa-apa jenis ikan ler.
  • sedikit halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 Ulas bawang merah
  • 2 biji kurma
Cara-cara :
  • Campur semua bahan tadi. kemudian kukus selama 7min / 10 min
  • Hidang.
** Idea dr jiran cina dekat rumah mak aku. dia kata sesuai untuk anak-anak yg batuk berkahak. dalam seminggu buat lauk kukus sahaja. kurma dan halia wajib ada.

Egg role with salmon and prune
Bahan- bahan:
  1. Prune - hiris kasi nipis
  2. Telor Dadar + Unsalted butter / cream cheese
  3. Salmon yang di panggang atau kukus
  4. Sedikit italian mix herb
Cara - Cara :
  • Buat telor dadar dulu kemudian masukan isi ikan salmon dan prune.
  • siap dan terus hidang!

salmon steam + brokoli + carrot + ikan bilis + telor
( haa!! ini menu paling sonang aku buat sebab kejar masa nak g  rumah oeg kawin!!)

Bahan- bahan:
  • salmon
  • brokoli
  • carrot
  • ikan bilis
  • telor masak
 cara-cara :
  • buat bubur dulu. rasa dah nak masak campurkan semua bahan diatas.
  • siap!!..

cucur untuk papa n mama.. roti telor 
ini tak payah resepi lah korang pun boleh buatkan.


haa! ini aku nak share menu-menu yang best untuk anak korang.
empunya blog nih memang rajin masak untuk anaknya Maryam!!


blog saya hot :

Sunday, January 22, 2012

Breakfast Amani :Grilled Cheese and Persimmon Sandwich

  • 2 Keping roti / roti gandum
  • Cream Cheese
  • Pisang Kaki - thinly sliced

Panaskan kuali selama 2 minit. Terbalik kan atas bawah. atau paling senang pakai oven jer :)
Selain pisang kaki korang boleh guna apple, pear, tomato ker...
macam-macam lah untuk variasi kan makanan mereka.

Happy Sandwiching!!
Sampai lupa makan pun tangan kiri!!

Thursday, January 19, 2012

C-zer - Jarak Mengandung Semula & Berapa Kali Boleh Bersalin

Salam semua nya :)
Mulakan pagi anda dgn Bismillah hirRahman nirRahim..


waahhh tajuk pagi nih x blh tahan kan...Padahal baru 10 bulan aku beranak. 
kalau dah rezeki aku apa salahnyakan. Syukur Al-Alhamdulillah. Buat masa nih belum lagilah.
Aku bersalin c-zer jd mcm takut jugak lah kalau dalam tempoh terdekat aku pregnant kan. 


aku punya target sndiri. Anak tiada limit selagi umur aku belum mencecah 35 tahun! aaahhhaaa...hahhahhaa..tapi zaman sekarang tak lebih tak kurang 3 orang aku tgk.
mungkin faktor ekonomi. Bagi aku duit blh dicari, tp anugerah Allah nih belum tentu bila dia akan kasi lagi. Seronok kalau ada ramai anak, ramai adik beradik nih kan.


Kita yang dikurniakan anak ini, bersyukurlah banyak-banyak dan terima ia sebagai anugerah, sebab kat  luar sana berapa ramai kengkawan kite tidak punya anak.


Nasi impit + rendangg ayam + sambal tumis. bREAKFAST pagi td. :)

Ramai yg kata kalau czer nih kena jarak 3 tahu Bagi badan sihat sepenuhnya. Tapi doc aku kata dalam masa setahun dua dah blh 'on'.

tp bila dah pregnant balik, ada masalah lain pulak.

'' eh ko nih tak rancang ?? ''
"  baby ko kan masih kecik lagi sian dia x puas nak bermanja-manja"
"  kan operate bahaya tau rapat sgt"
"  nanti anak - anak tak terurus tau.. "
" zaman sekarang suami sume malas nak jaga anak "

haaaisss..aku cukup benci org-org yg cakap mcm tuh!!!...
Allah yang merancang, anugerah Allah, maka Allah lebih mengetahui kemampuan hambaNYA. Allah yang akan mempermudahkan segala urusan.

ada tak diantara kalian nih mengandung dalam jarak yg dekat, cthnya dalam setahun ker.. atau korang memang nak rancang 3 tahun / 2 tahun baru beranak balik???...


mood : Malas!.














Wednesday, January 18, 2012

Syukur alhamdulillah 20oz sehari.

Seperti Tajuk diatas :), selama 10 bulan aku masih 'bf' Nur Sarah Amani.
Syukur sekali lagi masih mencukupi untuk anak tersayang, walaupun pelbagai dugaan yg menimpa aku semasa aku 'bf' Amani.

Apa yg penting CEKAL, USAHA, TABAH dan SABAR. Susu ibu nih kan unik.

Mommy sekalian macam mana? masih kekal dgn penyususan secara eksklusif?

Jum makan!!... lapar lah. nih lunch tadi.

Monday, January 16, 2012

Semalam

semalam bawa amani beli barang dapur, lepas tuh singah JJ beli keperluan aku dan laki aku.
keperluan budak kecik tuh....cukup..cukup ler tuh..
;p

keluar pun dah lewat petang pukul 6 macam tuh.
kiteorg banyak habiskan masa dekat rumah.
aku masak kan untuk suami aku lauk siakap 3 rasa, sup ayam, dgn sup sayur.

lauk budak kecik tuh nasi lembik + salmon grill  with mash potato.

nih masa kat rumah, budak kecik nih nak berjalan kot.
badan dia ringan melayang-layang nak titi semua meja dan kerusi kat rumah aku tuh. Kalau die dah penat dia akan hulur tangan untuk aku papah dia.
Yang nih pulak masa dekat JJ. dia mengamuk nak duduk atas baju yg timbun2 tuh. rupanya nak capai kertas sale yg kaler merah.
amani mmg minat merah.
Lepas tuh terus ke Tesco beli barang dapur pulak. teruja naik troli gedabak!! asik gelak jer..
"hihiihhehehehhhiiheheh" tuh jer ler.
Amanah Allah yg tidak ternilai.

Rentetan Hotel Rembia, Melaka.

Rentetan Hotel Rembia, Melaka.

dengan ini pihak Pengurusan Hotel telah meminta maaf atas apa yang berlaku pada kejadian tersebut.

Daripada Pihak Pengurusan Hotel Rembia, Melaka
Tidak dinafikan ramai yang seach keyword Hotel Rembia,Melaka. 
Hampir 15 Pageview setiap bulan. Sebab hotel tersebut  berada di tempat yang strategik.

Bagi pihak pengurusan terima kasih feedback anda.

Bagi mereka yang ingin ke Melaka dan bermalam boleh lah terus ke Hotel tersebut, yer lah rasa malas nak drive jauh2 kan..lagi-lagi dari  tol smpang empat, memang jauh ler nak ker bandaraya.

Wednesday, January 11, 2012

10 Months

Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah swt.
Nur Sarah Amani kini telah 10 bulan.
Tuan Kecik yang pelbagai perangai baru .
Berat : 9kg
Semakin sihat dari demam selsema dan batuk.
Kaki yang kuat gemu selalu aku geget sampai dia nangiss!!
Jari jemari yg suke cungggkilll bijik mata, pusat, kalau mama n papa lewat bangun!!
 dan cungkil apa segala yg ada depan mata.
Lagak mcm stabil..diri nak lepas tangan, selalu tertonggeng dah :)
 Pertama kali buat Amani.

  1. Colet durian dekat bibirnya. (buat muke yuuukkkss)
  2. Deman selsema dan batuk.
  3. lain-lain 
nanti update eh..tenet slow ler.


Monday, January 9, 2012

Jonker Walk

Salam mommy sekalian.
hari nih mcm mana start keje? ada liat ker?
pagi tadi ada terasa nak amik mc ker.. ;p

elin hari nih cuti. mcm2 hal nak pi setlekan.
antaranya nak pi tempah baju kerja, melawat kawan dpt baby baru, pi update ASB, bawa Amani g klinik sedut KAHAK!, dan lain-lain.

Semalam kiteorg habiskan masa bersama-sama,
g Jonker Walk.


Banyak gamba lagi tapi x jadi..sebab kepala org menganggu.

ok korang, selamat bekerja yer korang.
harap hari nih lebih ceria dari hari-hari sebelumnya..


Friday, January 6, 2012

Telatah subuh Hari

Hari nih Amani bangun pukul 5pg. Selalu pukul 6 atau 6.30pg  paling awal.
tak tau kenapa aku selesai jer mandi tgk dia dah tegak kat katil. sambil  senyum!.
bila dah bangun memang bising ler mulut diakan.

terus aku bawak turun ke bilik amani sendiri. kat situ segala mcm mainan ada. senang sikit aku nak iron baju n prepared breakfast.

rupanya si papa pun bangun awal jugak sebab mata tiba-tiba celik pukul 5 jugak.
Papa Amani : "HELLO"
Confuse antara hanphone dgn vick ker amani!
"allahu akbar"
papa Amani : Amani mcm mana 'solat'..mcm mana 'hello'?
terus lah amani buat dedua..kesian kena bulikan.
bila aku nak pergi kerja mulalan muke amani senget. 
lepas tuh bikin drama air mata....haaaisss....


esok mama cuti kite g jalan-jalan yer sayang.

Thursday, January 5, 2012

Contest Jaga Badan

Penganjur.
Walaupun azam tahun baru aku x der langsung terfikir nak diet atau turunkan berat badan, tp aku mcm terpanggil-panggil nak join contest nih. :) x tau kenapa.
aku blogwalking jumpa blog ini terus aku semangat nak join.
korang aku tgk ramai yg selitkan ttg diet nih..meh ler join sekali.



syarat penyertaan:

  1. blogger tegar!
  2. mesti ade blog
  3. wanita umur 18 ke atas
  4. berminat nak kurus2 dan shape2
  5. bercita2 tinggi nak tambat hati suami (grab pahala skalik gus)
  6. dah berkahwin atau bakal pengantin

registration:
1.1.12 hingga 6.1.12


cara2 register:


bwat satu entry kat blog pasal contest jaga badan (CJB)
cume perlu letak

  1. nama pendek,
  2. jantina,
  3. umo,
  4. berat terkini @1-6.1.12 dan gambo penimbang cam biase,
  5. ukur lilit pinggang (dr pusat ke pusat)
  6. follow blog ni tok update seterusnye..
  7. letakkan penyertaan anda di ruang komen post ini.. sertakan name pendek, berat dan ukur lilit pinggang..

Hobi En.Mystery

Selain hobinya memancing, atau pun paintball atau offroad 4x4 dia juga minat dengan convert kereta, sejak azali lagi (zaman bujang) memang dia nih bab kereta semua tau.
kalau dulu zaman kancil di convert kan jadi Dihatsu Mira L2S ikut full spec jepun.
kedai half cut celah mana di melaka nih semua husband aku tau.
tapi kini kereta kesayangannya tu telah let go :( sebab x der ruang lagi nak park.
L2S kini dalam kenangan.
sekarang dah bertukar kereta lain tp masih sama berjiwa turbo jugak!! haiss...


dan inilah salah satu aktiviti malam minggunya untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.
mereka akan berhimpun ramai-ramai di suatu tempat, selalunya depan MCD Ayer Keroh.
bila dah cukup kengkawan mereka, mereka akan konvoi beramai-ramai melawat melaka hahhahhhaaa...


Singahan Terakhir di Kota Laksamana.
dulu masa sarat aku rajin gak ikut sebab aku boring duk rumah sorang-sorang.. tp sekarang sejak ada amani tak hingggggiinn aku nak ikut sebab lagi best golek-golek dekat rumah. ;p