Pages

Thursday, March 15, 2012

Resepi Puding Karamel

Semalam, 1st time buat puding karemel nih. 

bila mata x blh lelap aku mulalah dtg mood rajin nak buat puding. pukul 11 malam aku start buat..ala simple jer pun :p itu pun aku tgk blog izza hari tuh. nampak sedap jer.

Resepi Puding Karamel.

Bahan-bahan

3 sudu besar gula pasir
1 tin susu pekat manis (saiz kecil) atau 3/4 tin saiz sederhana
7 biji telur ayam
1 cawan air
1 sk esen vanilla
1 sk tepung kastard

Cara-caranya

1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata. Bila gula dah hangus(keperangan) keseluruhannya, tambahkan 2 sudu besar air. Ketepikan..nanti ia akan cair sepenuhnya..

2. Telur dipukul sedikit sahaja,cukup kuning dan putih telur sebati..pastu masukkan esen vanilla dan susu pekat tadi. Kacau rata guna senduk,baru masukkan air..kacau sampai sebati.

3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....adalah disyorkan puding tadi ditapis semasa menuang ke dalam loyang/bekas yang sudah berisi karamel tadi

4. Bakar menggunakan kaedah bain marie pada suhu 170c selama 45-5o min bergantung oven masing2 dan saiz bekas..

Puding sudah masak apabila permukaannya tidak bergoyang lagi..sejukkan dan telangkupkan di atas pinggan sesuai dan lebih enak dihidangkan sejuk2..
korang jgn gelak tgk puding aku nih gongak sana sini. sebb laki aku yg punya keje.!
orang lain nyer puding bulat cantik jer kan. aku nyer patsegi tp tak berapa cun..hehehe..x der loyang bulat sebenarnya.
Amani masih demam. tp masih boleh buat memek muke
ok, Terima Kasih juga pada yg mendoakan kesihatan amani. semoga korang dirahati oleh-Nya juga.

7 comments:

  1. tu amani suke ke x suke karamel tu? hehehe... ssh nk buat kan..

    ReplyDelete
  2. sedap sgt la tu, smpai amani terpejam2 mate :p

    ReplyDelete
  3. gongak2 pun nampak menyelerakan jugak tu..

    ReplyDelete
  4. Naik banyaklah kalori lelemak makan puding ni.

    Sampai 7 biji ye telurnya. *gulp!

    ReplyDelete
  5. saya nak cuba resepi puding karamel sis pulak la kali ni..mesti sedap

    ReplyDelete
  6. Yayyy jadi jugak. Takpe rupa tak penting, rasanya yang penting :p

    ReplyDelete