Pages

Monday, April 30, 2012

25 Hari Ganti Puasa

Syukur Alhamdulillah 25 hari telah selamat digantikan :)
banyakan... banyak cabaran ok nak ganti puasa ni.
Aku ganti puasa sikit demi sedikit. akhirnya 'selesai'.. aku cuma buat Sabtu dan Ahad jer.


kini boleh lah plan untuk persiapan raya pulak hahahhhah!! baju raya belum beli lagi.
tailor aku last amik bulan 5 nih. .jd aku masih memikirkan tema yg bersesuaian.
lagi menyeronokan kan, Amani dah teror bab berlari!!


habis ayam rumah nenek kena kejar..hahhha..


mata mengantuk kat umah nih. pekena oren terus fresh!!!
ok!! aku nak search kaler apa untuk raya tahun nih...haa!! korang jgn kata puasa belum lagi lorat nak pk persiapan raya pulak!!
kalau nak tunggu puasa sape nak jahit baju raya kiteorg..korang kerrr..
kalau nak beli yg ready made banyak tak berkenan ;p


ok korang buat kerja yer...aku bercuti nih :) eh..eh...korang dah ganti PUASA BELUM????...
pasti lah sudahkan. aku jer yg terhegeh2..padan muke aku!


have a nice day!



Saturday, April 28, 2012

Breakfast

Lama sgt kot aku tak makan telur separuh masak nih.!!
pagi tadi tetiba tekak aku ni membuak2 nak mkn..hahhha
letak madu! fuuuii...sedappp..

Thursday, April 26, 2012

Food with LOVE # 15

Lagi makan malam yg simple lagi enak dan sedaaaappp :)
bukan malas tau..kkdg tekak nih tak nak makan yg berat2 jd kena lah search menu2 yg simple kan.
nasib baik lah suami nih bukan jenis 'pemilih' bab makanan TAPI yang penting KENA MASAK.
alasan dia yg blh diterima pakai 'MASA BUJANG DAH BOSAN MAKAN LUAR'


bahan-bahan mudah jer.
Butter Honey Lemon Chicken
Sumber dari : Cikmin.com


BAHAN-BAHANNYA :
ayam, potong ikut suka, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam

1 ulas bawang holland
2 ulas bawang putih
2 cm halia
lemon (perah stgh biji pun ok)
2 camca besar cili sos
3 camca besar madu
1 camca teh serbuk lada hitam (jika perlu)
2/3 camca besar butter
Garam secukup rasa
Air secukupnya



CARA MEMBUATNYA :
  1. Ayam digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan. Tinggal kan sedikit minyak dalam kuali yang sama.
  2. Tumis bahan kisar dan cili kisar mengunakan butter, masukkan sos cili dan madu dan sedikit air, biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan hirisan cili, gaul rata dan masak hingga pekat dan masukan perahan lemon. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan.

Wednesday, April 25, 2012

Food with LOVE # 14

Favorite Husband! kena handal masak lemak cili padi nih.
Aku selalu belajar buat yg terbaik. kasiii rasa ummmppphh!..

hahhha..

yer lah org melaka / negeri sembilan memang kegilaan lauk nih!

Ikan Parang Masak lemak cili padi!
Kalau pakai ikan kerisi pun sodappp.

WW : Everyday sale!!

Murah jer....2 barang nih 50 HENGGET JER :)

Kingston DataTraveler Micro 8GB Pendrive with Kingston Lanyard (Free Delivery)

Multi Pouch

WW : Bakat

Bakat yang mahal : Menconteng. Mengemas.
apa tengok-tengok amani?..

Tuesday, April 24, 2012

Just Retired!

Hari Jumaat petang, buat majlis untuk pegawai bersara.
dah 58 Tahun. Ini lah masa yg sesuai untuk bersara.

aku dan pegawai yg lain cuma prepare bunga telor jer. :)

jji ada eh.


Seronokan.. nanti turn aku pulak ada tak mcm nih?
seronok jer duk rumah x payh pk apa lagi.


korang bersara umur berapa??;p

Friday, April 20, 2012

Perempuan Tidak Wajib Pakai Tudung tapi WAJIB TUTUP AURAT!

Salam semua rakan-rakan dikasihi :)
hari nih Jabatan aku buat tazkirah ttg 'Aurat' tp bab kecilnya ialah tudung.

Ustaz aku kata 'PEREMPUAN TIDAK WAJIB PAKAI TUDUNG TETAPI WAJIB TUTUP AURAT'

Refer ayat Dalam Al-Quran, surah An-Nur ayat ke-31


'Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasan auratnya, kecuali pada suami atau abah, abah suami mereka, putera mereka, putera suami mereka, saudara lelaki mereka, putera saudara lelaki mereka, putera saudara perempuan mereka, perempuan sesama Islam, atau hamba sahaya yang mereka memiliki, atau para pelayan lelaki tua yang tidak mempunyai keinginan pada perempuan atau anak anak yang belum mengerti akan hukum aurat. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang orang yang beriman, agar kamu beruntung.'


ok faham kan. Dalam al-quran pun dah tertera WAJIB untuk menutup aurat
fenomena sekarang ramai perempuan diluar sana yg masih tak tau menjaga auratnya.
mahupun yg dah berkawin atau yang dah menunaikan haji.
tersembul jambul sana sini  keras-keras mcm busut.


Sedangkan level-level mereka tuh adalah ketua agama.


ok tata..

Thursday, April 19, 2012

Buah Keranji

 First time makan buah keranji!!
dan inilah kali pertama aku tgk buah keranji. Buah nih kecik jer,mcm buah ceremai.


staff aku baru jer pulang dr Kelantan, dekat sana mmg banyak kot buah2 mcm ni.
rasa buah nih kelat-kelat manis.
Buah Keranji

Kalau diasah baru lah TAJAM!!

'double meaning'





Wednesday, April 18, 2012

WW - ONLY RM 180 - 2D1N Stay in Studio Suite @ Gold Coast Morib Resort

Pagi tadi aku dapat email dr kengkawan ttg promotion nih.
haaa apa lagi korang belilah coupon nih sekarang. :)

Have A NICE DAY!
Click -->  Buy Now!!

Tuesday, April 17, 2012

Birthday Promotion : Gold Coast Morib Studio Suite

Ok. ramai yang bertanyakan ttg rate di Gold Cost nih.
rate asal aku tak tau lah berapa, sebb kebetulan aku guna birthday aku masa tuh :) so dpat lah murah.
kalau korang nak pergi tp tarikh bulan birthday korang (bulan yang sama) dah lepas hanya tambah RM 50 jer.

klik - Birthday Promotion

Studio Suite  - Accommodation in Studio Suite with private Jacuzzi, 2 breakfasts, 2 dinner, 2 Water Theme Park pass, a birthday gift & a birthday cake, a certification for participating in Malaysian Guinness Book of Records. 


Applicable to those birthday falls on the day of check-in OR one day before/after. Proof of IC/passport is required. IF not able to produce any proof then a surcharge of RM50 apply for weekend stay, withdrawal of dinner, birthday gift & cake.


May book up to 5 rooms to enjoy the package together with birthday person/s but without birthday gift & cake for those in the party. Birthday gift & cake is specially for the birthday person only.


***Terms & Conditions apply

Gold Coast Morib Studio Suite

Auto publish :)
kalau pagi tadi aku dah tunjukan view di luar resort, skg nih dlm bilik pulak.

super duper syokkk.korang boleh lah bawa family ke sini yer.
santai habis. cuma kat sini jauh dr pekan :)
waktu malam mmg 'mati' lah.

nasib baik ada pantai blh bercanda berdua-duaan.
rate sini aku x pasti berapa.

masa tuh ada promotion untuk birthday bulan 4. :) jd harganya menjadi RM 200 sahaja. dan dapat masuk free water theme park. breakfast and dinner pun free.
haaa...ini dia bos kecikkk! berjakuzi!
syokk kan.

Gold Coast Morib Resort

Salam semua rakan-rakan di kasihi. dan 'kau' (khas untuk org yg berkenaan jer) juga yg selalu stalk page aku!!

baru pagi nih dapat bernafas seperti biasa, Kerja paling utama dah selesai.
lepas tuh aku sambung cuti dari  11 - 16 April 2012.
syok habis lah cuti lama. lagi2 berduan dgn amani kat rumah.
mcm2 perangai dia tunjukan.

Aktiviti minggu lepas kami sekeluarga pergi ke Morib.
org duk kata syok lah best lah..so far ok laahh bagi aku.. ;p

ok layan pic jer eh.



Amani geli pasir. :)
View dari tingkat 7.
Jantung hati. kalau tak de sesaat boleh mati..

Baru dapat aturkan langkah dgn betul. Kalau tak senget mcm ketam.

Food with LOVE # 13

Hi!
Lagi menu simple.penuh berkhasiat.vitamin untuk amani.
mudahkan. campak2 dlm periuk atau slow cooker, dah jadi.

:)
Breakfast

Lunch.

Thursday, April 12, 2012

26 Tahun sudah!

7 april ari tuh besday aku yang ker 26 tahun...kejap masa berlalu.
rasa baru jer ari tuh celebrate sweet 21 ;p hahhhaha...

tp sekarang pun sweet jugak kan..sweet dimata suami lah. tak gitu.

apa yg aku dapat di hari istemewa tuh eh?.. x der brg branded mcm coach ke..LV ker apa ker...
yang pling cukup istimewa suami bawa dinner mkn di kenny rogers (dah mkn selalu pun kira anggap istimewa lah tuh..walaupun bukan hotel 5 bintang, walaupun kami rasa mampu.),
dapat 3 kuntum mawar merah (i love u), dan hadiah special :) so lovely lah. 

apa pun pemberian dr suami aku tetap anggap itu yg sangat special.
walaupun tulis nama atas daun kering sahaja.


Amani dengan Subang Baru.

Semalam, sempena cuti pertabalan agung aku bawa amani g 'tindik' telinga dia. :)
RM 15 jer sekali dgn subang yg comel tuh. Amani pilih bentuk 'star'
memula jer nangis lepas tuh umpan coklat kitkat senyap dah.

yang lucu si papa yg rasa nak nangis.
sebab dia kata x suka anak pompuan dia ni sakit..:)
hhahhha..apo lah!
Sebelum.
Selepas.
Bila dah tindik asik nak pegang jer telinga dia..pelik kejap lah kot ada benda baru.
tp bila dah ada subang baru nih, baru lah nak gegirlkan :)
yer lah rambut masih nipis tuh kkdg org asik tanye 'nih boy ker girl??..' kkdg geram pun ada..sabar jer lah kan.





Friday, April 6, 2012

Rumah baru Amani

Beli di Amway jer. ;p

balik jer rumah amani mmg syok lah main cak2 dgn papanya!



kepada rakan sy ain dan fiza... hadiah untuk anak kalian masih belum post lagi. busy dgn Karnival Pendidikan, nanti next week elin post ya :)

babaaai...

Tuesday, April 3, 2012

Wedding Bestfriend

Weekend kali nih habiskan masa pergi rumah orG kawin.
6 buah rumah ok!

haaaa....berpeluh-peluh mak tau. kenyang lah jugak!
uiiii kang tak pergi memang panjang mungcung masing2 nanti.
yer lah jemput siap dtg rumah.

Majlis dia nih wajib hadir. cousin ok. kang tak hadir macik2 semua banyak mulut.
Yang nih pulak wedding best friend aku. pun wajib hadir, tuh pun dah lewat petang baru dtg. janji dtg yer tak!
Kawan-kawan semua dah berumah dan tangga. 
yang ini pun sama kawan 1 sekolah!
Pilih lah mana satu pilihan anda! hhhaha

ok tuh jer dapat taip. tata.

Monday, April 2, 2012

Jawapan Cerita di sebalik gambar!!

Refer entry yang lepas. Cerita di sebalik gambar.
Jawapan : Kunci Tertinggal!


Dipendekan cerita, kunci aku tertinggal dalam kereta pegawai aku, bila dah waktu balik kerja dalam pukul 5.15 macam tuh baru aku perasan kunci kereta tak de! pegawai aku tuh dah balik 4.30..duushhhhhh!! pdn muke kan!


aku call lah super hero! nasib baik die keje area Melaka jugak. jd aku pun tunggu lah sehingga pukul 6 lebih.


sekian.


Pemenang : Ain dan Fiszah_pjo. Hadiah untuk anak korang jer tau :) jadi sila email alamat korang, ASAP yer. :)


EMAIL : nurazlin.4198@gmail.com