Pages

Thursday, July 26, 2012

Tutup yang Terjojol

tudung dari qaira hijab.
tudungnya labuh dan menutupi bahagian depan dgn kemas.
;p 
hari demi hari aku belajar dari kesilapan..untuk terus perbaiki mana yg lemah.
cthnya pemakaian tudung aku.
kalau sebelum ni aku pakai yg pendek atau saiz s, tapi sekarang perlu bertukar saiz.
setelah beberapa kali di tegur oleh suami.


" awak ni pakai tudung tapi terjojol jugak..apa awak tutup? "

pedas dan berdesing!! kalau setiap kali kena tegur aku tak buat mmg blh cicir lah cuping telinga ni. akhirnya dgn ikhlas aku berubah untuk kebaikan.


kat sini aku nak share dari Wardina Safiyyah beberapa tips.



Ikuti beberapa tips ini mengenai cara dan panduan bagi mereka yang memakai tudung: 


Tudung haruslah menutupi keseluruhan rambut
Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk bertudung, harus tahu garis panduan menutup aurat dengan betul, antaranya adalah pastikan anda memakai tudung dan menutup keseluruhan rambut tanpa ada sehelai rambut pun dapat dilihat. Ramai yang tidak sedar akan anak rambut yang terkeluar akibat tidak dilitupi dengan kemas, ingatlah bahawa anak rambut itu juga haram dilihat oleh lelaki bukan muhrim kita. Maka anda haruslah menutupi rambut dengan tudung penuh agar anak rambut dan juga rambut lain tidak dapat dilihat. 


Pilihan tudung yang tepat
Jangan pilih tudung yang jarang dan dapat melihat rambut anda di dalam. Walaupun anda telah memakai tudung. Niat anda untuk menutup aurat haruslah beserta cara yang betul. Jangan disebabkan kerana mengikut peredaran zaman yang dikatakan memakai tudung adalah kerana fesyen barulah anda memilih untuk bertudung. Apabila berniat untuk menutup aurat, tudung yang dipilih juga harus kena dengan nawaitu kita. Jangan pilih tudung yang jarang dan digayakan tanpa memakai anak tudung yang betul. Anda masih dikira belum mampu menutup aurat dengan betul jika memakai tudung yang jarang. 


Pakaian harus bersesuaian
Jangan memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan anda, kerana Islam menyarankan anda menutupi aurat dengan bertudung untuk menutupi sebahagian badan selepas memakai baju agar tidak menimbulkan fitnah bagi mereka yang melihat. Jangan memilih pakaian yang singkat sehingga menampakkan sebahagian tangan anda kerana itu merupakan aurat yang wajib dijaga semua wanita Muslim. 


Pakaian yang singkat dari pinggul
Apabila bertudung, pemakaian juga harus dijaga, jangan memakai baju yang pendek sehingga di paras pinggang. Pastikan baju yang dipilih melebihi paras pinggul kita dan longgar. Ini kerana apabila kita memakai pakaian yang ketat dan pendek, apabila kita duduk ataupun merangkak, akan nampak sebahagian badan kita di belakang. 


Pastikan tudung menutupi bahagian dada dan leher
Aurat yang seringkali dilupakan wanita muslim adalah menutupi sebahagian dada dan juga bahagian leher. Ramai yang tidak mengambil endah perkara sebegini sehinggakan mereka memakai tudung, namun masih boleh dilihat leher mereka kerana pemilihan tudung yang tidak sesuai. Pilih tudung yang lebih panjang untuk menutupi dada anda. Pastikan tiada belahan di bahagian leher agar tidak kelihatan kulit leher anda ketika memakai tudung. 


Tidak menampakkan sanggul yang keterlaluan di atas kepala
Jika benar itu adalah rambut anda, cuba elakkan membuat sanggul yang terlalu tinggi di atas kepala kerana ianya hanya akan mengundang fitnah kepada mereka yang melihat. Ikat rambut anda dan simpulkan di tengah-tengah kepala dan baluti rambut anda dengan anak tudung yang boleh menutupi semua rambut sebelum memakai tudung. 


Pilih tudung yang mengikut garis panduan Islam
Berikutan fesyen terkini yang kian meningkat dalam pemakaian tudung, banyak gaya tudung yang diilham dari pelbagai agama yang turut mempraktikkan penutupan rambut. Oleh yang demikian pastikan pilihan tudung anda mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.




Wednesday, July 25, 2012

LONGCHAMP LE PLIAGE MEDIUM TOTE : RM 280 ONLY!!

  • A Longchamp Le Pliage bag
  • Made from top notch quality polyamide fabric with induction inside trimmed in cowhide leather
  • Foldable and convinient to use
  • Has a main compartment with a zipper opening
  • 1 interior pocket
  • 25cm x 25cm x 14cm
ETA : EARLY SEPT 2012
CLOSE : 28TH JULY 2012
RM 280 (RM 440)
( DEPOSIT RM 230)


BLACK

CYCLAMEN

BEIGE

ORANGE

RED

Turquoise

Longchamp Le Pliage - RM 250 ONLY

  • A Longchamp Le Pliage bag (CLIK HERE)
  • Made from top notch quality material
  • Foldable and convinient to use
  • 21cm x 21cm x 14cm
ETA : EARLY SEPT 2012
CLOSE : 28TH JULY 2012
RM 250 (RM 420)
( DEPOSIT RM 200)


YELLOW

BLACK
Cyclamen
GUARANTEED AUTHENTIC!!! WE DON'T BUY, SELL OR WEAR FAKES...WE WOULDN'T EXPECT YOU TO EITHER

www.surah.my

www.surah.my



salam ramadhan.
sini aku nak share 1 ilmu untuk semua umat islam.
dimana korang ada masa terluang depan computer tuh kite manfaatkan lah yer :)
dalam bulan ramadan ni aku tau semua agensi atau jabatan kerajaan akan mengadakan tadarrus alquran setiap hari. mana yg pergi tuh alhamdulillah.


mana yg tidak ada, x pa..cara lain ada. iaitu www.surah.my menyediakan 114 surah.
korang boleh lah membacanya. mudahan berakhirnya ramadhan nanti korang pun habis membaca semua surah.


kelebihan surah.my nih menyediakan sekali terjemahannya sekali.
jika uzur pun masih boleh membaca dgn terjemahan :)


selamat beramal.




Kelebihan Membaca Al Quran Dalam Bulan Ramadhan.
Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya  tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia." 


Kita dikehendaki membaca ,mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Membaca al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.


RAsulullah s.a.w telah bersabda bermaksud : 
" Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran


Al-Quran juga merupakan satu hidangan dari Allah. Sabda Rasulullah lagi bermaksud 
" Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan ALlah sebanyak mana yang kamu boleh"


Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : 
Daripada Ibnu Umar r.a berkata " Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.


Pahala membaca al-Quran
Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
" Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"


Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda 
" Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai"


Kesimpulan

  • 1. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran dengan berwuduk (diluar solat) = 1 kebajikan =10 pahala
  • 2. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (dalam solat) = 100 kebajikan = 100 x 10 = 1000 pahala
  • 3. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (ketika berpuasa) =Cuba kira sendiri ...


Monday, July 23, 2012

Bulan Ramadhan Amani Demam Panas. Suhu 39'

salam ramadhan kepada semua warga islam.
kejap jer ari ni dah 3 ramadhan kan. inshallah dengan izin-Nya dipermudahkan segala urusan.
terus tingkatkan amalan dibulan yg mulia ni ya.

SOLAT jgn tinggal..TAK GUNA puasa kalau solat kite tak buat. "zero".

petang-petang ni korang masih lemau atau masih cergas?
atau masih memikirkan menu untuk berbuka..

petang ni aku buat sup ikan merah dgn sambal goreng ikan bilis jer. :))
ok lah tuh kan dr tak masak.
janji suami nak berbuka ada lauk.
Ramadhan pertama di rumah mertua.
amani demam panas. suhu 39'


kali nih demam nak pandai bercakap kot. atau pun gigi geraham nak tumbuh.
apa pun aku sungguh risau kalau anak demam ni.
sebab amani kalau demam selera makan memang  TAK DE!
asik lah nak 'nenen'.. naik labuh jdnya! huh!

bila dia demam aku jd pening nak buat lauk apa untuk anak dara sorang ni.

ok lah..hati gundah gulana.
tata kengkawan.

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan Kareem



Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Oleh itu, SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja sepanjang saya berblog ni ada yang terkecil hati, terasa hati dengan penulisan saya ni. Jangan simpan lama-lama tau! , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.

Tuesday, July 17, 2012

Coconut Shake Alai, Melaka

Kalau sebelum ni aku ada update 'coconut shake klebang' yg pemes..

tp hari nih satu lagi coconut shake dekat Alai. berdekatan dgn SK Alai. (depan sek jer)
kebetulan td pergi melawat ibu kepada pegawai aku telah meninggal dunia.al-fatihah.

tuh yg sempat kiteorg pekena sekejap! ;p
sebelah rumah arwah jer pun.
bagi aku klebang dan batu berendam lagi POWER kot..
pinjam gambar eh tuan! sebab td tak sempat nak amik depan kedai.
segelas aku minum!! panas-panas mmg syokk lah.
ada nasi lemak petang-petang macam ni. rm0.50je.
masa nih orang tgh ramai.aku nak amik gamba pun sorok-sorok. malu! ;p

Dikerah dan Diarah!!

Hannya luahan yang selama ini aku pendam!!
skg nih rasa nak meletop...kebaaaabomm!


aku paling pantang org arah-arah aku atas perkara-perkara remeh!
cth yg terjadi dekat opis nih.

  • elin! jom g tesco/mydin/jj akak nak beli barang dapurlah.. kau bawak kereta laju.kereta akak kereta lama.
  • elin mari kite sarapan dekat kedai nih nak...bla.blaa (adalah 10km)
  • elin ko pergilah jj belikan akak roti/beger/ayam bla..bla.. (tak kuasa aku nak layan)
  • elin akak nak tumpang eh esok pergi perhimpunan bulanan (pdhal dr rumah dia lagi dekat drpd aku amik dia dekat opis, dia malas nak bawak kereta!)
  • elin kau g keluar kejap beli kuih ke apa ker!! (kkdg layankan lah sebab aku pun lapar ;p )
aku paling benci dikerah dan diarah untuk kepentingan sendiri!!
bukan dia tak de kereta..bukan dia kerja tak de gaji..
dalam opis ni aku paling muda. jadi senang-senang lah dia arah sana sinikan. dia usia mak aku jer kot tahun 1960.

sekali dua aku dah bawa oklah..ini nak berkali-kali!
nak melawan aku baik orangnya ;p cuma aku suke perli-perli jer kasi orang tuh 'sentap' 
kalau dia terasa padanlah muka!!
tak tau kenapa hari nih aku betul2 rasa menyirap pulak.

sebab hari ni dia ajak aku..........

nak balik rumah pun suruhhhhhh aku jugaaaaakkkk yg bawak kete.
ingat minyak aku FREE?....aku tuang pakai air ker??
tuh lah kalau bagi muka sgt mcm nih lah jadinya.

jadi aku buat 'dekkkk' jer.tau pulak bawak kereta sendiri.
dasar!!

haaaaisss!!




psstt..psst! jom cuci mata! (click)


Friday, July 13, 2012

Runsing : Berat amani tak naik!

semalam aku cuti, bawa amani g check up.
bila check aku tgk berat amani tak naik banyak. 9.5kg. 3 bulan lepas 9.3kg
mcm anak aku tak makan pulak.
padahal semua aku suap mulut nganga jer.


tp tuh lah makan memain!! 6 / 7 suap je dah nak makan.
macam-macam resepi untuk amani aku cuba.
masih gagal nak tackle selera dia.
doktor pun bising ler dgn aku.knp berat amani sikit sgt :(


doktor bagi masa 2 bulan dr sekarang untuk pastikan berat amani naik.
suruh bagi amani mkn cheese bnyk2. goreng ikan pakai mentega, nasi campur cheese, telur campur cheese, ayam hari2.
errrrrkkk!!! anak tak gemok kang mak budak yg gedempol!
sebab 'menu anak..menu mama' juga ;p


buah-buahan amani mmg tak tolak. sebijik boleh habis.
sistem penghadaman amani mmg perfect!


macam mana ekkkk nak buat lagi.
aku suka tgk selera maryam..apa uminya buat semua makan.
syokk macm tuh. hati pun senang. 


korang tolong lah suggest kan pada aku. apa yg perlu aku buat.
resepi luar biasa ker...biasa-biasa tp power ker..
banyak jugak aku buat research..tapi kata 'NORMAL' janji anak sihat dan aktif.







Wednesday, July 11, 2012

Hair Accessories - RM 6.90 Free Postage

HB 2
untuk pilihan lain sila klik sini


:) maaflah nyer kengkawan....asik post barang-barang online jer.
sekarang aku ada 2 blogshop.

rajin-rajin lah singah.

ini semua untuk mengisi masa lapang aku.
kadang-kadang duk rumah x buat keje aku boring gak.
suami kerja x menentu masa. kadang-kadang balik awal, kadang-kadang lewat.
tp lewat pun pukul 9 dah ada rumah lah.

untung lah bagi korang suami yang office hour.

sekarang nih masa terhad dekat opis nak update entry.
traffic pun semakin slow. :(
cuma ada beberapa blogger yang masih 'setia' tinjau blog aku setiap hari.

aku ucapkan terima kasih.
nanti senang-senang aku bagi hadiah pd pengunjung setia.
tp x termasuk 'silent reader' yer..maaf..hhhahhhaaa...
tata kengakawan.

semoga hidup korang lebih ceria, lebih sihat, dimurahkan rezeki selalu, dirahmati, dan maju jaya dalam kehidupan seharian, dan lebih kaya dan berjaya. :)


Monday, July 9, 2012

The Amazing Spiderman

Wekend ari tuh aku g ngedate berdua dgn iman.
amani tinggal dgn nenek :)


rating untuk spider man nih aku kasi 4 bintang.
2jam lebih aku rasa..mcm tuh lah.
cerita dia ni seakan sama spiderman 1  kalau korang perasan.
cuma watak dan jalan cerita jer sedikit berlainan.


sinopsis? haa..korang pi tengok eh.
kang bg sikit2 x syok :P
sebetulnya aku malas nak taip banyak-banyak.


semua tangan aku ni sakit-sakit.
angkat katil dan sofa dari bilik atas bawak turun.
berdua jer dgn iman.


mmg aku jd super hulk lah msa tuh.
tata..kengkawan.



  • perlulan wajah yang fresh??...sini ada jalan penyelesaian.
  • klik di sini.




Thursday, July 5, 2012

Ragam Anak Dara - Nur Sarah Amani

ini lah perangai anak dara aku.
kkdg suka buat lawak! suka buat selamba dia jer.
nak buat apa sahaja yang dia suka.

bila kat opis mula lah rindu dgn bau masam dia nih.
dia dah pandai pujuk kalau aku buat -buat nangis.

"mama"..."mama..caai" (mama cry) - terus hug**/ kiss **

sewwetkan..tapi kalau emosi dtg..hilang dah semua sweet dia.

Wednesday, July 4, 2012

New Cooler Bag untuk Amani

Selama setahun 4 bulan aku gigih untuk menyusukan amani.
alhamdulillah production maintain.
kadang-kadang ada jugak skip sesi mengepam. :)

cooler bag yang lama dah koyak-koyak bahagian zip! 
mana taknya angkut kesana-kesini,
bila tgk pun rasa tak semangat.

semalam tgk yanie post gamba cooler bag. cute!
terus tanya mana dia beli.
dan pagi nih terus beli untuk amani. sekali dua aku beli.
1 untuk ke opis dan 1 lagi untuk bawa kerumah emak.

korang boleh shopping di e-mumshop.com

Autumnz - Chic 2-in-1 Convertible Cooler Bag (Berry)

Autumnz - Classique Cooler Tote (Pink Polka)
Inshallah akan aku terus usaha sehingga amani 2 tahun.
dan seterusnya untuk adik amani akan dtg.

SKII giveaway result

  1. http://piecesofbrown.blogspot.com/2012/07/giveaway-skii-cellumination-mask-in.html
  2. http://aynz-aynz.blogspot.com/2012/07/giveaway-skii-cellumination-mask-in.html
  3. http://mylovely-cats.blogspot.com/2012/07/giveaway-skii-cellumination-mask-in.html
  4. http://kisahsidairy.blogspot.com/2012/07/giveaway-skii-cellumination-mask-in.html
  5. http://nurul2209.blogspot.com/


Hello my lovelies, SKII Cellumination Mask In Lotion 30ml giveaway ended. So, here is the result. This time the winner is.....


CONGRATULATIONS!

Tuesday, July 3, 2012

Giveaway : SKII Cellumination Mask In Lotion 30ml.

SKII Cellumination Mask In Lotion 30ml.

The latest ‘skin’-novation from SK-II’s radiance-restoring Cellumination family, this unique daily ‘pre-lotion’ offers immediate and long-lasting mask-quality hydration to skin in a lightweight fluid formula. Featuring the Cellumination line’s signature Aura-Bright Complex, a powerful cocktail of Centella Asiatica extract, Nicotinamide W and a concentrated form of SK-II’s exclusive ingredient Pitera™, it’s the first step in boosting skin’s ‘Aura-Lucency’—in other words, delivering skin that looks ‘glowing from within’ 

gorgeous.

JAWAB SOALAN MUDAH :


  1. Namakan blogshop vanillacheze.com yang baru. ------------------------------
  2. Senaraikan 3 Brand yang terdapat dalam blog shop tersebut. ----------------
  3. Sila follow blogshop tersebut. -------------------
  4. Buat entry di blog anda dengan tajuk : Giveaway : SKII Cellumination Mask In Lotion 30ml beserta dengan link.
tarikh tutup : 3 Julai 2012 / 12.00am
(Winner will be chosen randomly via Random.org)



Monday, July 2, 2012

TQ!! En. Suhaimi Syiful Irwan!!

hati sudah munga-munga........


dgn jasa baik en.suhaimi a.k.a big boss suami saya sudah buat keputusan,
dimana Kursus selama seminggu dibatalkan! yeeaaayy!!
kalau tak kena rotate untuk hadiri kursus tersebut.


walaupun kerja sendiri, kena kursus jugak tau.
i tak nak kena tinggal..x nak!!


ok, sebagai tanda terima kasih kpd bos besar..nanti suruh en.suami yg belanja ehh 
hahahhhhaa..
lagi pun dapatlah big boss g bercuti dgn keluarga dia.




Wedding Junior SMT ERT Rembau, N9

Selamat Pengatin Baru 'Nurazlin Binti Mat Jaiz @ Lin J
Sungai Udang,Melaka.
1. Julai. 2012

semalam ada 3 rumah orang khawin.
perut jadi ketat dan sendat makan jer.
sebab semua lauk nampk sedap dan lazat!

dgn BFF sejak sekolah menengah.
.Cikot.
gelagat amani yg konon mcm kakak-kakak.
nak berjalan sendiri. tak nak dukong!
 letih jugaklah bawa anak yg semakin nak membesar ni.
macam2 ragam/kerenah/gelagat yg dia nak tunjukan depan org ramai.
fuuuhhh...~ (sambil kesat peluh kat dahi ;)


OFFER SK II Cellumination Mask-In-Lotion 30m