Pages

Thursday, November 29, 2012

Wedding

25.11.2012. Kempas.
wedding anak buah mak atau senang cerita sepupu aku telah menamatkan zaman bujangnya.

tema merah dan hitam.

acara majlis yang simple tapi sangat meriah. sehingga amani jatuh tersungkur dekat pelamin. bengkak bibir atas bawah. :D
biasalah lasak kan...


Kurang Sambutan

22.11.2012 Jabatan buat Hari Inovasi.
tapi hampa dan kesian kurang sambutan. tak tau lah mana silapnya.
banyak tempat kosong dalam auditorium ni.

 Nak jugak menempel dalam fitting roomkan! sebab masuk koir pun kena beli baju sendiri.. tuh bosan nak masuk apa-apa aktiviti under jabatan nih.. sponser kedekkkk!! 

koir lah konon!! 

Friday, November 23, 2012

TAHUKAH ANDA??

Sekadar berkongsi. sebab beliau adalah idola yang terungul. 
info : Oh Aduhai


TAHUKAH ANDA??

1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia. Terima kasih Tun!

Hard to judge!

sometimes true and sometimes not true ;p


Wednesday, November 21, 2012

Weekend

Aktiviti last week. 
bawa amani pergi playground dekat dataran pahlawan. mama g shopping baju n kasut.
tambah koleksi warna-warna yg belum pernah aku pakai.

amani bila sampai sini jer terus rasa nak melompat lah. tak tau mana satu nak main. 
ghairah lah nampak warna2 ceria kan.





WW : Very romantic


Tuesday, November 20, 2012

Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95

sumbangan dari hasil gaji anda sgt bermakna untuk meringankan beban mereka disana dan juga diiringi doa..kite harus bersyukur dgn kenikmatan dunia yg kite peroleh sekarang. jadi jangan banyak bersunggut atau mengomel je.

marilah kita hulurkan bantuan untuk mereka yg sangat memerlukan..walaupun sumbangan anda RM 10 sahaja.

sebak dan sedih bila baca artikel tentang Palestin. sama-samalah kita menghulurkan bantuan untuk mereka. Praying to GOD for PEACE.














Monday, November 19, 2012

SKYFALL.AMANI.US PIZZA.KENNY ROGERS. JJ EON

Tak larat nak update satu-satu.
jadi aku summary jer aktiviti aku dgn family untuk minggu lepas.
 17.11.2012agak ketinggalan juga untuk tgk skyfall ni. selalu aku berdua lah orang terawal klu tgk movie yg best2 ni. tp agak malangnya 007 ni kurrreaangg syok pulak.
mcm biasa sebelum pergi deting minta permission dgn mak untuk jaga amani selama 4 jam. ;p alhamdulillah mak ok jer!. 
 17.11.2012 ini nur sarah amani. yang semakin hari semakin BIJAK! dan sekarang dia pantang nampak camera hp atau dslr. penuh album semua muka dia jer.
bila tgk gamba-gamba dia ni rasa kesian jer main sorang-sorang. kadang2 aku naik sekali car dia tuh ;p hahhahhaa..
 13.11.2012 -  bawa amani g US PIZA.. sebenarnya layan tekak mak budak ni. macam-macam nak makan mengalahkan orang mengidam pulak. lagipun lama x pekena piza. piza hut aku kurengg sikit.
15.11.2012 - bawa amani lagi g shopping ;p hahahh alasan anak jer lah ek.
pdhal aku yg ajak iman g shoping. masa ni iman cuti Awal Muharram. jd apa lagi berjalan ler kita.

part paling best bg aku perangai amani masa tempat bra. dia boleh hilang kat situ cari2 dia tgh memilih bra untuk aku agaknya. hahhaaa habis semua dia punggah kau..sampai pak guard carik sape mak bapak budak nih.. tuh yang cembeng tuh kena marah sebab tak nak duk diam hahhha..
dia sekarang mana nak duduk slm stroller atau pun troly tuh. dia nak bebas nak lari sana sini. ffuuhhh panat jugaklah bawa budak g shopping ni kan. apapun enjoy!!




Friday, November 16, 2012

Part Time Make-Up Artist Uuuuu! :)

sekarang aku berkecimpung dalam dunia makeup.
sekadar mengisi masa lapang dan menambah ketebalan poket hahhahh.

dan menambah ilmu-ilmu yg belum pernah aku pelajari.

kata nak jadi usahawan berjayakan. ceewaahh..nak setanding dgn iman suami aku.

ok,kalau sesiapa area melaka memerlukan perkhidmatan aku silalah call/SMS/WhatsApp/Viber : 0172231889 atau Email : vanilla.cheze@gmail.com

sekarang buat harga promosi akhir tahun : Gorgeousdaily.blogspot.com


alatan magic aku yg hampir complete :)
Sifu yg terhebat. Salima Samail.
Hasil Magic oleh elin ;)



Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434



Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

- Salam Maal Hijrah 1434-

Wednesday, November 14, 2012

Amani 20 Months Old

 



Perkembangan Amani :

  1. dah mula menyanyi..ABC..ALIF BA TA...
  2. mengenal warna HIJAU MERAH KUNING HITAM PUTIH BIRU
  3. memahami setiap arahan dengan jelas.
  4. mengenal nombor 1..2..3..4..5..6
  5. mengenal huruf A..B..C..D..E..
  6. ingat nama pakcik2 / sepupu-sepupu/ nama papa...
  7. mulut macam 'kak nam'
  8. sayang semua baby :))
  9. banyak perkataan amani dah pandai sebut.
  10. kalau poo poo dah pandai cakap.
lain-lain tak tertaip lah..:)


Breakdown!


Ahad / 11.11.2012 aku ke JB wedding kawan iman.
konvoi ramai-ramai dari melaka  team mitsubishi dan subaru.

aku cuma pergi berdua jer...amani tinggal masa ni sebab kurang sihat.

aku jd pasangan couple lah time tuh khakhakha..syok! ;p

masa perjalanan pulang kereta iman breakdown pulak!! ayyyokkk!!
neves mak tau..kat highway pulak tu.nasib baik dah sampai perhentian bemban dah dekat nak ke tol eyer keroh.
1st time kot kete breakdown mcm ni. mana taknya BERHAMBAT KAT HIGHWAY!!! MCM JALAN TUH LAKI AKU YANG PUNYA!!

nasib baik iman ni mmg pakar bab kereta. PERFECT! 
dia boleh selesaikan sendiri.kalau bukak bengkel kereta memang layak lah.
tinggal lagi dia tak der masa nak buat tuh semua.

tetiba perut rasa LAPAR!!

Sunday, November 11, 2012

Keputihan!!!

ramai wanita kat luar sana yg malu dengan diri sendiri atau malu dengan suami bila berdepan dengan masalah keputihan yang teruk..dan lagi teruk apabila mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan semasa hubungan kelamin.

aku cuma nak share pada korang dengan makanan tambahan. Alfalfa. ramai ibu-ibu diluar sana yang mengenalikan, selain menambahkan susu yang banyak..sebenarnya banyak kebaikan lain yg kite tak tau.
sebab belum cubakan mana nak tau...hihiih

aku berani pormote sebab aku dah amalkan selama 1tahun 8bulan.

bagi aku keajaiban akan berlaku kalau korang disiplin kan diri. :) dua minggu segala masalah akan selesai. inshaallah.


korang nak ker hadapi mcm ni??...dengan masalah korang alami??
kalau korang nak dapatkan harga istimewa atau jauh lebih rendah dari RP korang boleh terus ke page zaimah atau blog  dan tanya dengan dia lebih lanjut.
kalau nak lagi diskaun korang sebut jer nama/nama blog aku..hahaahah...tak lah gurau je.

'The more you give the more you get'

sekali korang beli pasti berbaloi-baloi korang dapat. ceewaaah!! hahhha..





Friday, November 9, 2012

Joke of the Day

RULE#3
 Wife always make the RULE! hahhhahha... :P


Thursday, November 1, 2012

Eh! November...

Oktober dah berlalu pergi...sekarang giliran si November pulak datang.
kejap weh masa berlalu pergi..

tp apa yg korang dapat sepanjang 10 bulan ni>?

  • apa yg paling berharga korang dapat sebagai hadiah sepanjang setahun ni? :)
  • apa kenangan terindah korang?? :))
  • apa kebaikan yg korang buat?
  • apa yg terbaik korang sumbang untuk negara/keluarga/atau lain-lain?

cuba fikir kejap....rasa-rasa berbaloi tak masa berlalu pergi begitu saje?

eh...eh..apa aku melalut nih kan...hahahahha

aku terfikir selama 10 bulan nih apa aku buat ek..sampai tak cukup kertas nak list.






Nur Sarah Amani dah masuk 1tahun 8bulan....

ok tata...