Pages

Friday, February 22, 2013

Baby's Gender


Assalammualaikum dan salam sejahtera warga blog tegar.

hari ni elin nak share sesuatu.. 
mungkin korang dah tau kot..tapi aku saje nak panjangkan jugak.
aku skg sedang berusaha untuk dapatkan baby boy :) jika dengan izin-Nya.
Insya-Allah.

jadi memang aku alert tarikh-tarikh penting. sehinggakan aku install Period Tracker pd smartphone. basically application ni untuk predict piriod jer pun dari mula hingga akhir.
diantaranya :
1. Monthly Info
2. Period Tracker Lite

Kalau ikutkan pandangan dari doc ni berbeza dgn doctor panel aku.
untuk dapatkan anak lelaki hanya 3 hari sahaja yg berkemungkinan besar terjadi. hari ke 13, 14, dan 15.

jd mcm mana tuh eh?...hm..(korang boleh share tak mana yg berpengalaman soal ini.)

Post asal : Ana Lyana

KALENDER KESUBURAN BULANAN 

(cth;sekiranya haid Puan jatuh pd 1hb) Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10hari) Hari Subur (Anak Lelaki):11,12,13,14,15,16,17 (7 hari) Hari Subur (Anak P'puan):18,19,19,20,21,22,23 (7 hari) Hari Tidak Subur: 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)

Berdasarkan kalender diatas Puan bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid Puan bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak perempuan. Sekiranya haid Puan jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya Puan mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras (bersama suami). Walaupun masa haid Puan hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10. Jadi pada hari ke 11 hingga 17 (Puan di dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak L (lelaki) adalah cerah. Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan Untuk itu, saya sarankan agar Puan menggunakan masa (tarikh) ini sebaik mungkin untuk mendapatkan anak perempuan. Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25 (lagi seminggu nak period) puan akan rasa sakit2 badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda puan akan didatangai haid dalam masa seminggu dan masa Haid semula akan jatuh pada 30hb (selalunya akan tercepat atau selewat sehari)dari tarikh period terakhir.


Monday, February 18, 2013

Amani 22 Months Old




 Masa cepat berlalu pergi!! Amani tak lama lagi sudah 2 tahun. Pemberian Allah yang tidak ternilai ini membesar di depan mata kiteorg dengan pelbagai cabaran :)
setiap hari pasti saja ada perangai baru..perkataan baru yang amani pelajari. fuhhh!

sekarang ni amani saaaannngaat petaaaah bercakap.! percakapan dia pun tidak seberapa pelat sgt. kita pun mudah faham apa kehendak dia.

amani sekarang ni perangai dia yg terbaru cepat memberontak kalau apa yang dia nak kiteorang tak layan. hii biasalah... kalau jalan sebelah kedai toys ada jer yang dia nak, nanti bila beli kejap jer dia belek lepas tuh lempar bawah katil.

huh!

Insha-Allah akan buat doa selamat untuk amani dan anniversary kami yang ke-3 dalam bulan yang sama.


  • Birthday amani : 11.3.2011
  • Anniversari kami :12.3.2010



Friday, February 15, 2013

Siapa ada stock Vita - C shaklee??

salam jumaat semuanya.

semakin lama semakin pudar mood nak update blog. masih mencari mood untuk bergiat akfif balik.huh!

ok, ada tak sesiapa Shaklee Independent Distributor yang ada stock Vita-C?
please email saya vanilla.cheze@gmail.com jika ada.

huaaghhh semua nya out of stock. nak kena tunggu bulan 4..lama tuh.

Vita-C sy semakin hari semakin menyusut..heLP! HELp!... :)



Tuesday, February 5, 2013

Night Life - Phuket, Thailand

selepas penat snorkeling apa semua malam kite berjimba pulak.
jadi mat n minah rempit malam tuh. cilok sana sini.hahaha
semua pelosok jalan Patong tuh aku dah hafal weh hahhaa.segala hotel tersorok pun kiteorang boleh bawakan. :)

malam, suasana dekat sana memang syok lah!! shopping kiri kanan, kelab malam merata-rata, spa n massage pun bersepah pilih jer mana yang berkenan dihati.
perempuan thai bersepah cari pelanggan nak servis ;p

tempat yang dilanda tsunami pun ada. ..di panggil Banglaroad. memang patut pun kena tsunami.











untuk makanan Halal dekat sana memang banyak TETAPI kena hati-hati sebab selamba jer kedai tuh hidang air setan, dan tidak mustahil babi pun juga dia boleh hidangkan.
dekat sana hanya dua kedai jer yg betul-betul aku rasa bersih dan bebas dari ragu-ragu area Karthu.



 dekat sama memang bersepat money changer!...bawah hotel pun ada..cuma standby duit jer.
 tempat wajib singah dan membeli untuk buat koleksi. sini kalau tshirt Hard Rock Cafe Classic cuma 700bath jer (RM 70) murah sikit dari hard rock cafe negara lain.



Disini di panggil Banglaroad...tempat tumpuan utama para pelancong! dan juga tempat yg pernah dilanda tsunami satu ketika dulu.
tempat ni memang popular dgn kelab malam, ladyboy, penari tiang dan tiger show dipanggil 'ping pong show'.

ffuhhh!! bahaya kalau biarkan suami anda berjalan sorang2 dekat sini...hahahha dekat situ ada husband care ok!! gilerr lah. nanti kompem laki masing2 tak ingat nak balik pulak.




 tuh yang melentik-lentik dekat tiang tuh bukan perempuan ok!! itu dipanggil 'ladyboy' gred C. klu nak tgk gred A dekat Simon Caberet Show.. peerrrghhhh memang mengalahkan perempuan ok!..huhhh





ok...sekian untuk percutian kami kali ini :) next trip bulan 5.

(mood malas nak update ni..jadi banyak cerita tergantung...klu nak tgk lagi click blog iyrin yer...aku pun banyak refer blog dia sebelum pergi.)


Monday, February 4, 2013

Phi Phi Island - Krabi Thailand

Hari ke-3. ke Phi Phi Island di Krabi. Salah satu Pulau tercantik di Krabi.
pulau yang sangat cantik. airnya biru mcm tgk dalam cermin. hijau yg sangat jernih!
masa untuk scuba n snorkeling!

7.30pg van dah datang amik kiteorg untuk ke jeti. 30min untuk kejeti.
tapi 2JAM perjalan ke pulau tersebut!
keneneng aku naik bot!! rasa nak muntah..sebab malangnya aku lupa nak amik pil.

pakej untuk hari kedua cuma RM230 untuk 2 orang termasuk breakfast dan lunch!
kalau makan memang terbaik lah. semua enak-enak belaka!! waaalLLLLaaa!
dalam n3 ni banyak amik view dr atas bot jer sebab masa masuk dalam air x der sapa nak amik gamba aku...huh!!

dari pukul 9pg - 5ptg kiteorang dekat pulau.
tp muka masing2 terpelihara. sana rasa panas terik tp tidak menjejaskan kulit pun.
berendam lah brp lama korang nak!.





















Phang Nga Bay - Phuket Thailand

hari ke-2 di Phuket.
Pagi pukul 8 diaorg dah amik dekat hotel. Perjalanan mengambil masa dalam 30min ke jeti. 

ke pulau Pha Nga mengambil masa 45min. (kalau mabuk lauk WAJIB ambil pil mabuk yer! ;) 

dekat pulau pha nga tuh tak de resort. cuma pecahan pulau ke pulau sahaja. kami mengambil pakej dekat airport. total untuk 2 orang cuma RM500 sahaja. kena pandai ayat dan tarik tali dgn diaorang tuh.hahah..
pakej tersebut siap lunch. makan memang best! ikan semua fresh-fresh wwooo...kekenyang atas bot.