Pages

Showing posts with label Patong. Show all posts
Showing posts with label Patong. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Night Life - Phuket, Thailand

selepas penat snorkeling apa semua malam kite berjimba pulak.
jadi mat n minah rempit malam tuh. cilok sana sini.hahaha
semua pelosok jalan Patong tuh aku dah hafal weh hahhaa.segala hotel tersorok pun kiteorang boleh bawakan. :)

malam, suasana dekat sana memang syok lah!! shopping kiri kanan, kelab malam merata-rata, spa n massage pun bersepah pilih jer mana yang berkenan dihati.
perempuan thai bersepah cari pelanggan nak servis ;p

tempat yang dilanda tsunami pun ada. ..di panggil Banglaroad. memang patut pun kena tsunami.











untuk makanan Halal dekat sana memang banyak TETAPI kena hati-hati sebab selamba jer kedai tuh hidang air setan, dan tidak mustahil babi pun juga dia boleh hidangkan.
dekat sana hanya dua kedai jer yg betul-betul aku rasa bersih dan bebas dari ragu-ragu area Karthu.



 dekat sama memang bersepat money changer!...bawah hotel pun ada..cuma standby duit jer.
 tempat wajib singah dan membeli untuk buat koleksi. sini kalau tshirt Hard Rock Cafe Classic cuma 700bath jer (RM 70) murah sikit dari hard rock cafe negara lain.



Disini di panggil Banglaroad...tempat tumpuan utama para pelancong! dan juga tempat yg pernah dilanda tsunami satu ketika dulu.
tempat ni memang popular dgn kelab malam, ladyboy, penari tiang dan tiger show dipanggil 'ping pong show'.

ffuhhh!! bahaya kalau biarkan suami anda berjalan sorang2 dekat sini...hahahha dekat situ ada husband care ok!! gilerr lah. nanti kompem laki masing2 tak ingat nak balik pulak.




 tuh yang melentik-lentik dekat tiang tuh bukan perempuan ok!! itu dipanggil 'ladyboy' gred C. klu nak tgk gred A dekat Simon Caberet Show.. peerrrghhhh memang mengalahkan perempuan ok!..huhhh





ok...sekian untuk percutian kami kali ini :) next trip bulan 5.

(mood malas nak update ni..jadi banyak cerita tergantung...klu nak tgk lagi click blog iyrin yer...aku pun banyak refer blog dia sebelum pergi.)


Thursday, January 31, 2013

Hotel - Phuket, Thailand

 bagi yang nak ke Phuket atau honeymoon aku recommended kan hotel De coze'.
sangat-sangat selesa dantempat yang sangat strategik.
De coze terletak di Patong. tengah-tengah bandar.
dari airport untuk ke Patong hanya 45min.
ke Pulau hanya 30min.
ke long beach 10min.

kalau nak ke pusat bandar atau tempat-tempat menarik hanya 5min sahaja itupun merempit lah..tak payah lah sewa kereta kalau dah sampai sana. memang serabut dgn jem!

sekitar hotel kiteorang semua ada.

  1. sewa tuk tuk
  2. sewa kereta / motor
  3. 7e
  4. massage (pilih jer mana yg berkenan :) )
  5. Farmasi
  6. kedai-kedai jual baju berlambak. (jgn bawa banyak baju.beli jer.murah ok! rm10)

saje update sikit-sikit sebab nak penuhkan bulan Januari punya entri ;)
jgn lah marah yer.