Pages

Friday, April 4, 2014

Syahmi - Jaundice



Syahmi kena prolonge jaundis selama 36 hari.
syukur alhamdulillah setelah buat beberapa test (urine, blood, liver, tiriod ) semua ok.

hari ke-4 bacaan bilirubin syahmi tinggi 18 terus masukan wad. terjadi beberapa babak airmata yang aku alami. syahmi ditanggalkan baju cuma tinggal pempes je untuk letak bawah lampu biru. suasana bilik tuh tersangatlah sejuk sehinggakan syahmi mengigil kesejukan. sedangkan aku dalam pantang pun rasa sejuk sampai ketulang inikan anak yg berusia 4 hari. Menangis aku tgk keadaan syahmi yg melalak dalam tab tuh, kejap-kejap aku angkat syahmi untuk susukan dia sampaikan nurse marah pekik aku kenapa asik angkat anak je.!! (perasaan masa tuh rasa nak baling apa yg ada pada nurse tua tuh). sehinggalah pagi aku tak tidur sebab syahmi tak selesa duduk dalam tu.kerap menangis. Pukul 6 selepas amik darah untuk test bilirubin syahmi semakin lemah. semakin tidak agresif dlm tab tuh rupanya semakin meningkat sehingga 20. masa dekat hospital syahmi ditempatkan wad bersalin. bukan bilik khas untuk kanak-kanak.!!


Ya Allah hanya allah jer tau perasaan aku masa tuh dgn keadaan syahmi semakin lemah sebab terlalu tinggi. Husband terus bawa syahmi keluar untuk masukan ke private. Bila di sana syahmi ditempatkan di bilik khas untuk kanak-kanak jaundice. tak pulak sejuk mcm bilik mayat!. Doc tak kasi aku stay sebab keadaan aku yang baru lepas czer masa tu, doc cuma suruh hantar susu jika ada. syahmi kena duduk bawah lampu biru tuh selama 24jam sebb terlalu tinggi. Syahmi duduk wad selama 3 hari..3 hari lah aku ulang alik sebab nak tgk dia. dalam tuh syahmi tak rasa sejuk dan mengigil langsung.

semakin hari semakin reduce bilirubin syahmi sehinggalah hari ke-3...4 hari syahmi stay dekat hospital :(

nanti sambung lagi ya...banyak lagi dalam draf tu..fuhh...












Thursday, April 3, 2014

Muhammad Syahmi Aryan - 5Months

Syukur Alhamdulillah,

sekarang berat syahmi 8kg.

kelahiran anak kedua ni banyak perbezaan daripada anak pertama. orang kata jaga anak no2 ni senang sikit. siiiikitt lah.. 
syahmi senang sgt nak jaga dia. tak banyak songeh. bila nak tidur tepuk dua tiga kali montot dia dah lelap. kadang-kadang satu jam / dua jam masa dia tidur. me boleh ler sama join tidur...zzz.zzz tapi dengan adanya 'paci' kalau tak de candu tuh memang aku yang meroyan.

syahmi ni kuat menjerit kalau menangis satu taman boleh dengar. selalu yang menyakat si amani, suka geget jari jemari syahmi.  ntah apa yg dia geram sgt aku tak tau la.

susu? sekali minum 5oz. syahmi kali ni dah campur susu. baru bulan ni syahmi start minum susu tepung. sebab?? pengeluaran aku semakin sikit tak sama mcm amani dulu full sampai 2 tahun. nak buat power pumping pun masa hujung tanduk je. janji anak sihat. pi lantak lah orang nak kata kenapa campur susu?..kenapa tak makan ni...kenapa tak g urut...aku dah cuba sebaik yang mungkin. ;)

apa yang penting kita doa keselamatan MH 370.

















Tuesday, April 1, 2014

April 2014

 Semoga mood untuk berblog kembali lagi.


Thursday, January 23, 2014

Hello 23rd Januari 2014

assalamualaikum semua :)

hari ni mood kemalasan. 1st day masuk kerja setelah 3bulan cuti.
kakak amani sekarang masuk taska ajar dia berkawan.
aryan pulak semakin membina badan.

sekarang diberi peluang kedua untuk menyusu aryan sepenuhnya, insyaallah.

berat mak sekarang 48.5kg dari 58kg. masih belum ke berat asal 45kg.

;p






Thursday, November 28, 2013

Muhammad Syahmi Aryan - 1Mo

hi! apa khabar semua! lama tak update rindu pulak :)

ok, syukur alhamdulillah aku selamat melahirkan anak ke-2. Lelaki. 25 Oct 2013 / 4.05ptg / 3.1kg di Mahkota Medical Center Melaka dengan Doc Azlina yg yang sangat oshem!
siapa org melaka aku sgt recommended kan doc ni.

  • 4hari syahmi kena tahan wad sebb jaundice dia tinggi 18.9
  • Syahmi kena prolonged jaundice pd hari ke17.
  • hari ke 20 dia kena breast milk jaundice pulak jd aku terpaksa stop BF dan kasi FM :(
  • genab sebulan jaundice syahmi semakin menurun di bawah 8mg/L

syahmi hari ke-4

 syahmi 1 month old - 4.9kg

Friday, September 13, 2013

32 weeks - stretching

semakin hampir rasanya dgn garisan penamat..
owh November cepatlah dtg. ;p

untuk sebulan terakhir ni aku buat basic yoga atau pun stretching sebelum melahirkan 
bakal anak ke-2. insya-Allah.

Banyak aktiviti aku update dekat instagram jer.. sehinggakan blog pun terabai :)

instagram : nurazlinmohdali






Thursday, September 5, 2013

Iphone 5 Cracked!!

Menangis tak berlagu lah kalau dah jadi macam ni.
baru 4 bulan pakai. sob..sob..
dulu masa pakai 4s pernah jugak jatuh tapi tak pulak retak sejuta mcm ni. :(

jd terpaksa ganti screen original dah 800!

present dr husband. tp sampai sekarang masih tak bgtau lagi dgn suami.
cecepat ganti screen supaya tak kantoi.

tp amani hampir bocor rahsia..
"mama...mama..tgh henpon..ishh..issh..pecah eh mama"
mak nenek kan!

yang sedihnya bila hp baru dah kena kopek macam gamba kat bawah.
lagiiii lah sedihhhhh........ cina tuh suruh aku pakai temped glass LCD. bila jatuh lagi LCD original tak kan pecah.
sebelum dan selepas.




Monday, August 26, 2013

29 weeks!!

haaallu....hallu....

29 minggu sudah. berat skg 56.5kg.
semakin hari semakin tak sabar nak tunggu bulan November.

skg baby bergerak aktif. sana sini pusing. senget benget perut aku di kejekan.
bila kakak amani berborak dgn dia...mcm paham2 jer.

skg makan still control. makan benda yang berkhasiat. banyak makan buah, sayur, bijirin dan banyak minum air.
skg fav buah kiwi dan pisang! lawas! hahahha


mak buyong dgn perut 29 minggu.

mak buyong baru balik dr gym. workout still continue sehingga due nanti.
skg dekat gym dah ada geng ibu mengandung. kalau dulu aku sorang-sorang je.

sebelum melakukan aktiviti di gym pastikan dapatkan nasihat doktor dulu yer kengkawan.
agar kandungan dan baby tidak terjejas.

















Thursday, August 15, 2013

Warna Hari Raya 2013

Ini lah warna tema keluarga aku tahun ni..
semua yang ready made jer. ;p

last min preparation. amani pun ready made. jeles tgk baju budak sebaya amani cantik-cantik. next year mama janji kite pakai baju sesama eh..baby pakai baju sama dgn papa...baru meriah kan.

korang warna apa tahun ni?







Monday, August 5, 2013

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin - 26 Weeks

Selamat Hari Raya Aidilfitri di ucapkan semua warga blogger tegar.

yang mana balik kampung berhati-hati dijalan raya semoga perjalanan anda selamat sampai 
untuk beraya disamping orang tersayang.

kali ni aku beraya di rumah mak mertua..kek melako jugak ha.. hahahha
pagi raya balik Alor Gajah rumah family aku pulak. 15 minit jer dah sampai.

kali ni puasa ada melopong 3 hari. ingat kan dapat lah full kan.

sekarang berat 55.5kg. maintain!! yeaahaaa!! workout tetap workout setiap hari walapun bulan puasa..selalu malam  aku g gym atau buat kat rumah jer.

ok lah kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.