Pages

Tuesday, February 28, 2012

Konvoi Cameron Highland

Ahad singgah kejap ke Cameron Highland.
tak menginap pun. saje jalan-jalan.

bagi aku biasa jer kat sana. tak der yg menarik. Sebab tak der perubahan.
kalau di beru peluang untuk pergi lagi aku akan fikir berkali-kali kot.

aku nih mabukkk kepayang naik cameron.
anak ok jer. mak budak yg lorat muntah bagai.

bila ikut konvoi nih mmg seronok tp bila dah masing2 kaki racing mmg berrrdesauupp lah!

korang percaya tak 2 jam TAPAH - SEREMBAN????.....

AMANI tidur lena!




Apa pun memang seronok bercuti ramai-ramai nih. syokk!

2 Minggu lagi g Sepang Gold Cost pulak, Insya-Allah. sebb suami ada kerja kat sana :)

Konvoi Pulau Pangkor

Minggu lepas kami anak beranak ke Pangkor.
Itu pun konvoi dgn geng-geng suami aku.
Memang seronok lah kalau g ramai-ramaikan. jalan jauh x lah bosan.

Kami menginap di Flora Beach Resort.
rm 150 jer. sebb kenal :)

Sepatutnya KE Pulau Perhentian tp ditangguhkan ke bulan 5.








balik hari ahad. terus ke Cameron Highland. Gamba nanti senang aku upload..masa tak cukup lah :)


bg aku cameron nih x lah best mana pun. Dari dulu sampai sekarang macam tuh jer... :(
x der perubahan pun. haaaisss...


tempat peranginan untuk honeymoon ok kot. 


jom ke cameron Highland pulak!..



Friday, February 24, 2012

Food with LOVE # 11

Seperti gamba dibawah adalah...

Pavlova berperisa Yogurt!

hahhahhha...maaf lah whipping cream aku tertinggal kat tesco.
ntah macam mana blh tinggal aku pun tak paham

itu lah kalau lelaki yg beli.
tak tgk. terus kaut masuk troli.
Pavlova Yogurt. Resepi di SINI.


Malam tadi aku tak masak. ada masa aku buat lah pavlova.

habis itu jer aku makan. :)



Thursday, February 23, 2012

Simple!

Foto poyosssss!! jgn lah menyirap eh! :)

Hari ni aku simpe jer. tenyeh lipstick dan eye shadow jer.
Foundation pun tak pakai.
Sudahnya Pegawai aku kata macam mayat jer.
Muka suci selepas solat :)

Ini namanya kekangan masa!
Masa tak cukup nak prepared apa2.

Wednesday, February 22, 2012

Food with LOVE # 10

lagi menu simple..org buta pun blh buat!
penat. penat.penat

janji perut 'kenyang' dr kebulur kan.
telur hancur. Bayam tumis air. Spicy Sweet & Sour Chiken

Spicy Sweet & Sour Chiken aku amik resepi dari sini.

korang cuba. try. test lah! waalllaaa rasanya!


Food with LOVE # 9

Simple jer!
jd lah 2 anak tekak jer yg makan.
Ikan cencaru masak lemak cilipadi dan ayam goreng jer :)
tuh nampak anak dara melalakkk...mmg x senang ler aku nak buat kerja.

sekarang ni amani semakin mengada.
asik nak kena dukong jer. 

Tuesday, February 21, 2012

Food with LOVE # 8

Bila masak nih perlukan mood betul..kalau lewat mcm mana pun mood tuh ada pasti jadi jer kan..hehehe semalam aku x tau lah angin apa yg tiup aku buat lauk sampai dua selalu 1 jer.
dah lah dekat pukul 7 baru aku start masak..dgn anak lagi tp gigih nak memasak jugak.

jarang aku dapat mood mcm nih. (sebenarnya amik hati en.suami sebb minggu nih nak g berjalan lagi. Insya-Allah Pulau Perhentian.)
Ayam masak kari dengan ikan siakap stim.

Monday, February 20, 2012

Apple bakar bersama kurma

Ini menu amani yang paling simple jer!!
kejar masa nak ke majlis rasmi masa nih.. jd apa yg ada dlm fridge tuh aku buat lah.

rasa nya sedap ok!
  • Lobangkan tengah-tengah apple tuh kemudian sumbat dengan krismis / kurma.
  • panaskan oven 150 selama 20 minit
Kisar kasi halus mulus atau terpulang pada korang lah. tp kurma tuh  korang boleh potong dadu pun ok.sebb dah lembut.
Siap!! bubur tuh nanti rasa manis dari apple dan kurma.

selamat mencuba yer bagi yg tiba2 tak cukup masa tuh.

Thursday, February 16, 2012

Apa itu Rotavirus?

Sumber dari : CheNamNam
Apa itu Rotavirus

Rotavirus merupakan penyebab utama cirit-birit teruk sehingga menyebabkan tubuh menjadi kontang (dehidrasi/tidak cukup air dalam tubuh badan) di kalangan bayi. Ia bertanggungjawab kepada hampir sebahagian besar kes cirit-birit teruk yang memerlukan pesakit dimasukkan ke hospital.

Adalah dianggarkan, hampir semua kanak-kanak di serata dunia akan mengalami episod gastroenteritis rotavirus. Seorang daripada lima kanak-kanak akan membuat lawatan ke pakar perubatan manakala seorang daripada 65 kanak-kanak akan dimasukkan ke hospital dan seorang daripada 293 pesakit akan mati.

Setiap tahun, secara global, dianggarkan penyakit tersebut menyebabkan 111 juta kejadian cirit-birit akut yang memerlukan penjagaan di rumah, 25 juta lawatan ke klinik, 2 juta bayi dan kanak-kanak dimasukkan ke hospital, dan 440,000 kematian


FAKTA: Rotavirus


* Ditemui kali pertama di Australia pada 1973.

* Boleh tersebar menerusi air.

* Ia boleh hidup di atas tangan manusia dan mampu bertahan selama beberapa hari atas permukaan keras.

* Rotavirus juga boleh kekal stabil dalam najis manusia sehingga seminggu.



Gejala-gejala
 Rotavirus

Lumrahnya, gastroenteritis menyebabkan muntah dan cirit-birit. Untuk menentukan punca-puncanya, pakar perubatan mesti menanyakan sama ada kanak-kanak itu terdedah kepada salah satu punca jangkitan (makanan, minuman atau haiwan), tempoh dan jenis tanda-tandanya, kekerapan muntah atau episod cirit-birit, dan usia kanak-kanak.

Tanda-tanda jangkitan rotavirus 

demam,sakit perut, muntah dan cirit-birit berair. Cirit-birit boleh menjadi ringan, sederhana atau serius dan boleh berlanjutan sehingga sembilan hari. Cirit-birit yang teruk boleh menyebabkan dehidrasi.

Penularan Rotavirus

Bentuk utama jangkitan ialah dari najis ke mulut. Disebabkan oleh keadaan virus ini yang stabil dalam persekitaran, jangkitan boleh berlaku selepas minum air atau makan makanan tercemar dan melalui sentuhan dengan permukaan yang telah dijangkiti.

Seperti penyakit-penyakit mudah berjangkit lain, Rotavirus disebarkan daripada seorang ke seorang lain (daripada individu yang dijangkiti ke individu sihat) atau melalui pengambilan air atau makanan tercemar, atau bersentuhan dengan permukaan yang aktif dengan virus tersebut (seperti lampin, mainan, atau bantal).

Malangnya, membasuh tangan dengan betul sahaja ada kalanya tidak mampu mencegah jangkitan rotavirus kerana ia kebal terhadap kebanyakan jenis sabun dan langkah-langkah menjaga kebersihan.

Jangkitan masih boleh berlaku walaupun pada kawasan-kawasan yang mempunyai tahap kebersihan yang sepatutnya. Ini mencadangkan bahawa perbezaan dalam persekitaran (air, kebersihan dan sanitasi) tidak mempengaruhi insidennya.

Umur yang berisiko tinggi

Hampir semua kanak-kanak dijangkiti oleh gastroenteritis rotavirus dalam tempoh awal kehidupan mereka, peringkat di mana mereka mudah diserang penyakit tersebut.

* Menjangkiti 95 peratus kanak-kanak yang berumur kurang lima tahun

* Biasa menjangkiti kanak-kanak berumur antara empat dan 36 bulan. Kumpulan ini mudah terdedah dan berisiko tinggi mendapat jangkitan teruk sehingga perlu dimasukkan ke hospital

* Melibatkan semua kanak-kanak dari sebarang etnik, budaya dan sosioekonomi.

* Ia merupakan punca kematian kira-kira 440,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia.

Komplikasi

Rotavirus boleh berubah menjadi komplikasi yang teruk dalam masa yang singkat memandangkan jangkitan virus ini yang boleh menyebabkan kehilangan bendalir badan yang banyak.

Jika jangkitan rotavirus tidak ditangani segera, ia boleh mendatangkan akibat yang serius seperti penyahhidratan yang boleh menyebabkan hipovolemia (suatu gangguan yang memperlihatkan jumlah darah yang beredar makin berkurangan), kegagalan peredaran darah malah, kematian.

Kanak-kanak lebih berisiko mendapat komplikasi serius dan kematian akibat jangkitan rotavirus berbanding orang dewasa.

Apabila digabungkan muntah yang kerap, cirit-birit yang berpanjangan boleh menyebabkan penyahhidratan serius dan membahayakan.

Kanak-kanak yang tidak mendapat terapi penghidratan mulut ataupun intravena bagi kes-kes yang lebih serius, mahupun jagaan hospital, boleh mati kerananya.

Apakah yang patut dilakukan dalam tempoh jangkitan?

* Berhati-hati dengan tanda-tanda awal penyahhidratan iaitu hilang selera makan, mulut kering dan kerengsaan

* Kerap membekalkan cecair kepada kanak-kanak yang dijangkiti untuk menggantikan kehilangan bendalir dalam badan ekoran muntah dan cirit-birit.

Apabila kanak-kanak dijangkiti rotavirus dan berada dalam peringkat serius, menjadi satu perkara biasa jika pesakit muntah dan cirit-birit sebanyak 20 kali sehari.

Sehubungan itu, adalah perlu untuk memasukkan kanak-kanak terbabit ke hospital bagi dibekalkan cecair secara intravena (suntikan dalam pembuluh darah).

Kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus biasanya mendapat rawatan sokongan bagi mengawal gejala-gejala dan komplikasi penyakit itu. Penyahhidratan selalunya dikawal melalui terapi rehidrasi/penghidratan semula melalui mulut.

Bila perlu berjumpa doktor

* Jika kanak-kanak gagal mengekalkan kandungan cecair bagi tempoh lebih 24 jam

* Jika kanak-kanak terbabit ternyahhidrat

* Jika muntah-muntah lebih daripada tiga jam

* Kanak-kanak yang dijangkiti itu mestilah tidak diberikan sebarang ubat-ubatan untuk menghentikan cirit-biritnya kecuali yang diarahkan oleh pakar perubatan.

Langkah mengelakkan Rotavirus

* Sentiasa basuh tangan sebelum menyentuh makanan

* Masak air sehingga mendidih terlebih dulu sebelum diminum

* Elakkan berkongsi makanan dengan pesakit Rotavirus.

* Orang ramai disaran supaya memasak air walaupun menggunakan penapis air kerana Rotavirus boleh melepasi tapisan sedia ada.

Kita pasti sedih kalau anak kita macam nih kan. tiub sana sini.
Ya Allah jauhkan lah penyakit-penyakit ini dr kami.
Berdoalah untuk dijauhkan penyakit yang membawa maut ni.

Wednesday, February 15, 2012

Seharian di Rumah

Hari nih aku amik cuti jaga amani.
tak berapa sihat sebab batuk.. :( sedih bila amani batuk jer.

makan pun yg rebus-rebus jer.

ok! apa aku buat selain jaga anak, selain FB, selain blog? hehehe

setelah penat g bercutikan apa lagi..kena lah bayar hutang-hutang kat rumah ni.
aku buat breakfast yg mcm2 ada tuh dengan sosej, roti telur bersalut telur dan  keju, baked beans, ayam goreng.
petang : aku buat Tiramisu comot :)
Ini hutang-hutang aku yg terbengkalai selama 2 hari :)

malas pulak esok nak start keje.. :(