Pages

Thursday, January 31, 2013

Hotel - Phuket, Thailand

 bagi yang nak ke Phuket atau honeymoon aku recommended kan hotel De coze'.
sangat-sangat selesa dantempat yang sangat strategik.
De coze terletak di Patong. tengah-tengah bandar.
dari airport untuk ke Patong hanya 45min.
ke Pulau hanya 30min.
ke long beach 10min.

kalau nak ke pusat bandar atau tempat-tempat menarik hanya 5min sahaja itupun merempit lah..tak payah lah sewa kereta kalau dah sampai sana. memang serabut dgn jem!

sekitar hotel kiteorang semua ada.

  1. sewa tuk tuk
  2. sewa kereta / motor
  3. 7e
  4. massage (pilih jer mana yg berkenan :) )
  5. Farmasi
  6. kedai-kedai jual baju berlambak. (jgn bawa banyak baju.beli jer.murah ok! rm10)

saje update sikit-sikit sebab nak penuhkan bulan Januari punya entri ;)
jgn lah marah yer.

Phuket, Thailand

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
lama sangat tak update. hampir sebulan tak terusik.
nak taip pun mengigil rasanya...hahahhha idea langsung tak de.

ok, nak share percutian ke Phuket selama 4Hari 3Malam.
26 - 29 Januari 2013

amani kena tinggal dengan neneknya. :)






 ok, nanti update lagi. sebab nak tapis beberapa gamba yg ok..lagi nak rezise kan gamba2 nih pun satu hal juga. :)


Friday, January 4, 2013

Happy New Year 2013

Selamat Tahun Baru korang yang dikasihi.
baru hari nih nak publish entry.

Tahun ni bawa amani tgk bunga api dekat Melaccafe , area bangunan merah dekat Melaka.
bunga api tu dari Dataran Pahlawan.
amani memang seronoklah malam tuh. sampai balik rumah pun pengsan. hahha.

masuk 2013 ni pasti banyak wishlist korang kan. :) mana hajat tahun lepas tak kesampaian tuh baik lekas-lekas buat dulu.








Monday, December 31, 2012

Random Picture





lagi surprise untuk suamiku! ;p


dua hari berturut-turut suamiku celebrate besday!! aku pun dulu tak mcm ni. uuuuhhh!
kalau malam birthday aku celebrate besday iman dgn kawan-kawan dia, ke esokan harinya ibu tersayang suamiku pulak raikan untuknya. biasalah anak bongsu.

dikelilingi oleh anak buah tersayang. semua keluaran mata sepet kecuali Amani. masa ni baru jer selesai makan malam. macam-macam mak mertua masak.. 
balik jer rumah aku terus masuk bilik gantung lampu kelip-kelip. konon nak nampak lain dari yg lain lah. hahahha/// tp syg tak cukup lampu kelip-kelip.
kalau korang nak buat lampu tuh mesti 2 pasang baru cantik. :)) bila suami buka jer pintu bilik waaaaaaaaahhhhhh!!!..... hahhhahha...jgn lupa pasang sekali lilin wanggii tau.. ;p

tgk amani teman aku sampai terlelap. hahhhaha sorry amani sayang.

hadiah untuk suami akan aku cerita penghujung bulan januari 2013 nanti :) kejutan yang ke-3 pulak untuknya. Insha-Allah.

Friday, December 28, 2012

Surprise Birthday Iman. 28

ini tahun ke-3 aku buat surprise birthday untuk iman..

kali ni aku buat dekat malaccafe,river cruise.

pakat ramai-ramai dengan geng dia. so far menjadi. kebetulan malam tuh ada dinner, abang ipar belanja sempena anniversary mereka. jadi agak sukar sikit nak kelentong iman untuk ke melaccafe ni.

aku terpaksa menipu kata nak jumpa kawan dari utara ;p

sampai sana semua geng dia ada. semua buat-buat tak tau. ada yang makan. ada yang berdeting. ada yang menyumbangkan suara. hahhhaaa..
iman pun pelik mulanya sebab  geng-geng dia semua ada malam tu. 
untuk melengahkan masa pukul 12mlm aku kelentong lagi kata kawan aku sesat tak jumpa kedai!! nasib baik dia ok lagi. hahhhaa..







tepat pukul 12 kek pun keluar dari arah belakang.. dia pun terkejut lah ...dah tua-tua kena tiup lilin depan kengkawan dia semua. amani pun sama lorat nak liup lilin.

hadiah?? tahun ni aku tak kasi hadiah. sebab semuanya dia ada. yang penting dia ingat setiap tahun aku celebrate besday dia dengan pelbagai cara..



Friday, December 21, 2012

Thursday, December 20, 2012

Instaplace for Iphone / Android

mungkin orang lain dah lama kot install dalam instagram. :) aku jer agak ketinggalan hahhha..
apa pun aku suka!!