Pages

Friday, March 30, 2012

Cerita di sebalik gambar!

Korang rasa apa terjadi pada aku semalam?????.....
cuba lah teka...nanti ai kasi hadiah.

ok tata....







Thursday, March 29, 2012

Update BERAT untuk contest Pn diLot

konon masuk contest untuk kuruskan badan..tp x kurus2 pun.
naik sekilo  chooiii..hahahhha

ok, Puan Dilot terima tak saya punya n3 nih :)
sebab semalam tgk dah nak final. tak menang pun tak per janji ai tahu yg berat ai sekarang nih dah naik ok!
Puan Penganjur, elin naik 1 kg :)
Puan , ini final kan...elin kasik show dr atas sampai bawah.. :)
hehehhhe..

Wednesday, March 28, 2012

Bersediakah Amani jadi 'Kak Long' ?

:) jangan terkejut. saje jer post tajuk mcm tuh. sebab ramai kengkawan blogger, opis, bff pun tahun nih 'dapat hadiah istimewa dr Allah swt' tahniah. Pada yg masih belum ada rezeki tuh aku juga turut mendoakan yang terbaik untuk korang.

Tuesday, March 27, 2012

Siapa kata Tua tak romantik?

Hpppeewwwitt!!
dah tua2 pun romantik jugak kan :)


mereka nih parent aku. :) weekend ari tuh aku bawa mereka g KL melawat sedara aku sakit. leps tuh singah jap shopping apa yg patut..


org kata rezeki dari suami jgn ditolak kannnn...(masih senyum meleret sampai hari nih :))
Tengah aku amik gamba amani tetiba aku nampak pasangan nih..eehh..eeh...romantiknya..hahahha
aku jarang tgk mereka nih jalan sama2. sebb selalu nya sorang depan sorang belakang!
hhaha..
“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” 

Monday, March 19, 2012

Family Weekend

semalam punya cerita.
bawa amani g kedai ikan!..ikan kat rumah aku dah 'kiok'. amani kalau balik dr rumah mak aku dia pasti tunjuk 'hhhissshh' (fish)..nih dah x der apa yg dia nak tgk kan,

jadi kena lah ganti ikan lain.
aku pun bawalah amani, kedai tuh mmg banyak spesis ikan. pilih jer mana 1 yg berkenan.sekor yg rm1k pun ada.

Makan malam bawa budak manja nih g wind mill.
ini bukan selera anak tp selera mak budak tuh ha!! :) semua menu aku dah mkn ok. tp x tau apa yg aku x puas lagi. hahhaha..nafsu mkn mmg kuat!
Tgh hari bawa g kedai ikan. teruja lah tuh tgk banyak 'hhisssshhh' .
sana sini tunjuk 'hhhisssshh'.  hahahha kelakar pulak aku tgk gelagat dia.
lagi2 dah pandai jalan sikit2 nih..asik nak lepas tangan jer. jalan pun x stabil lagi dak eksyen!

Sunday, March 18, 2012

Demam nak 'berjalan'

Syukur alhamdulillah amani semakin sihat. cuma tinggal saki baki jer. 'manja' nak berkepit.

rupanya jaga anak kecil demam nih banyak cabaran nya kan. yang penting kesabaran.
diantaranya :
  • tidur malam pasti tak lena. sebab nak kena selalu check temperature  bdn amani.
  • kena selalu letak tuala basah dekat kepala. aku pakai air asam jawa.
  • budak kecik demam manja dia lain macam, jd banyakkkkk lah kena sabar.
  • selera anak akan berkurang, macam amani semua x nak makan..geraamm aku! yang die nak susu dan air kosong jer. tp aku gigihkan kan jugak buat sup ayam untuk dia. kena paksa. kalau x mcm mana nak mkn ubat.

Muka amani yg hampir sihat! perangai baru pun mcm2 dah jumpa.

amani demam nak berjalan rupanya, ari tuh aku cuba lepaskan amani tgk 3 langkah pertama dia dah bergerak..happy giler masa tuh!

bila suruh buat balik, die dah malas. grrrr... sampai lah hari nih amani dah rajin nak mula menapak.. :)

Thursday, March 15, 2012

Resepi Puding Karamel

Semalam, 1st time buat puding karemel nih. 

bila mata x blh lelap aku mulalah dtg mood rajin nak buat puding. pukul 11 malam aku start buat..ala simple jer pun :p itu pun aku tgk blog izza hari tuh. nampak sedap jer.

Resepi Puding Karamel.

Bahan-bahan

3 sudu besar gula pasir
1 tin susu pekat manis (saiz kecil) atau 3/4 tin saiz sederhana
7 biji telur ayam
1 cawan air
1 sk esen vanilla
1 sk tepung kastard

Cara-caranya

1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata. Bila gula dah hangus(keperangan) keseluruhannya, tambahkan 2 sudu besar air. Ketepikan..nanti ia akan cair sepenuhnya..

2. Telur dipukul sedikit sahaja,cukup kuning dan putih telur sebati..pastu masukkan esen vanilla dan susu pekat tadi. Kacau rata guna senduk,baru masukkan air..kacau sampai sebati.

3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....adalah disyorkan puding tadi ditapis semasa menuang ke dalam loyang/bekas yang sudah berisi karamel tadi

4. Bakar menggunakan kaedah bain marie pada suhu 170c selama 45-5o min bergantung oven masing2 dan saiz bekas..

Puding sudah masak apabila permukaannya tidak bergoyang lagi..sejukkan dan telangkupkan di atas pinggan sesuai dan lebih enak dihidangkan sejuk2..
korang jgn gelak tgk puding aku nih gongak sana sini. sebb laki aku yg punya keje.!
orang lain nyer puding bulat cantik jer kan. aku nyer patsegi tp tak berapa cun..hehehe..x der loyang bulat sebenarnya.
Amani masih demam. tp masih boleh buat memek muke
ok, Terima Kasih juga pada yg mendoakan kesihatan amani. semoga korang dirahati oleh-Nya juga.

Wednesday, March 14, 2012

1st time Amani Demam Panas

Amani demam panas, suhu badan dia 38'
doc cume bagi ubat cucuk montot dgn syrup.
semalaman aku tak tidur pantaukan suhu dia.
kejap turun kejap naik.

kepala dia aku sentiasa letak kain basah. paling menyedihkan amani merengek jer.
pengalaman mcm nih aku memang tak pernah alami.

lagi memeritkan hari nih aku kena kerja!!! fakkk!! 

korang ada bos mcm aku nih? dia bg alasan suruh suami aku yg jaga!!! lepas tuh aku dah sampai opis baru die sms suruh cuti. ingat dr rumah ke opis 10 min ker?? aku kena adap 30 min kalau jalan clear..

tgh hari nih kang aku cabut lari.

mak call amani merengek jer. aku suruh amik tudung aku yg dah pakai letakan dekat dia. mak aku ckp amani terus tidur.

hati tak menentu tgk si anak dgn badan panas, merengek manja :'(





Tuesday, March 13, 2012

Nur Sarah Amani turns 1 years old!

Alhamdulillah... selesai sudah hari yang di tunggu :)
kini amani dah setahun. Syukur alhamdulillah majlis pun berjalan dgn lancar sungguh pun last min prepared.
Tuan Puteri get ready nak tiup lilin.
Menu : Nasi ayam special dari MIL yang buat, udang masak sambal, daging masak kari, sayur campur sponser dari mak.
Masa ni mood amani agak terganggu, mungkin kurang tidur.
muke tuan rumah yang keletihan dan kazen yg memeriahkan lagi majlis amani.
Upacara buka hadiah!
Anak buah yg cute2.
Amani ceria! dah kenyang tidur!!
Sebahagian hadiah amani.
Ok, agak bz ari nih. sebab semalam dah cuti.
tata..

Friday, March 9, 2012

You're Invited!

Banting Birthday untuk Amani :)

Kepada kengkawan seperjuangan dengan ini secara rasmi nya nak menjemput kalian hadir ke majlis kenduri Kesyukuran Amani yang setahun.


di Kediaman kami, 


Alamat   : No85, Jlan KP 2, Taman Krubong Perdana, 
             75450 Melaka.
Tarikh   : 13.3.2012
Masa     :  12 tgh hari - 4 petang.

Resepi : Red Velvet Cake

hi, salam jumaat semuanya.

Hari nih dekat ofis korang tazkirah tentang apa? dekat jabatan aku buat tentang..


ok bila dah baca..meh aku nak jamu mata korang pulak..tp bukan tekak. ;p
malam tadi ntah kenapa aku rajin sgt buat kek baldu merah nih

percubaan pertama.. aku buat kecikkk jer.

Slice yang pertama haruslah untuk aku..  nak rasa sedap ker tak..tp ternyata mmg sedap!
nanti blh buat untuk amani kan :)
Kek ni moist tau...bila potong tuh syookkk!

Resepi asal dari : dhieranottie
Bahan A: kek
2 1/2 cawan tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar serbuk koko (van houten)
2 oz pewarna *kalau tak tahu oz, agak-agak saja.
1/2 cawan butter
1 1/2 cup gula
2 biji telur (suhu bilik)
2 sudu kecil esen vanila
1 cup buttermilk (suhu bilik) *boleh juga buat sendiri. kalau nak, emel saya atau tinggalkan emel kamu di ruangan komen.
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil sodium bikarbonat/ baking soda


Bahan B: Cream cheese frosting
2 buku cream cheese (dilembutkan)
1/2 cawan butter (dilembutkan)
2 sudu kecil esen vanila
2 cawan gula icing (diayak) *kalau tak suka manis boleh kurangkan, saya mesti kurangkan


Cara buat kek
1. Sapukan butter pada 2 loyang bulat atau 3 loyang bulat yang sama saiz
2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius
3. Ayak tepung kek + serbuk penaik.
4. Dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga pes tidak berketul.
5. Dalam satu bekas besar, pukul butter + gula sehingga kembang. 
6. Masukan telur satu persatu dalam bekas besar.
7. Masukan esen vanila + pes koko merah dan gaul dalam bekas besar.
8. Perlahankan mixer. Masukan 1/3 daripada tepung dan pukul rata. 
9. Kemudian masukan 1/2 daripada buttermilk dan pukul rata.
10. Ulang langkah 8 dan 9.
11. Campurkan cuka + baking soda dalam bekas kecil. Nanti akan berbuih.
12. Cepat-cepat campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukan dalam loyang dan bakar.
13. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit.


* Kek ini moist, jadi kena cek awal. Bila cucuk dengan lidi dah bersih, keluarkan dari oven.
* Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang.
* Pastikan kek sudah betul-betul sejuk baru letak frosting


Cara buat cream cheese frosting
1. Pukul butter + cream cheese sampai halus
2. Perlahankan mixer dan tambah gula icing + esen vanila


Untuk letak frosting
1. Terbalikan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas.
2. Sapu frosting di bahagian rata kek. *Lagi tebal lagi sedap
3. Letak kek yang kedua ata kek tadi. Bahagian rata menghadap bawah.
4. Sapu frosting di seluruh kek.



Thursday, March 8, 2012

SBPA dibatalkan kembali kepada SSM - PM

terkejut tak??



SBPA dibatalkan dan SSM (Sistem Saraan Malaysia) akan dikekalkan dan akan ditambah baikkan lagi, PM berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.

Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah seperti berikut:
1) Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulam pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54.
2) Pelarasan gaji sebanyak 9 peratus untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.
3) Pelarasan gaji sebanyak 8 peratus untuk Turus III dan Turus II.
4) Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.


aku dah agak lama dah. hahahhhaha

sila baca lagi...klik disini

selamat bekerja yer sekalian :)

Wednesday, March 7, 2012

Food with LOVE # 13

Lagi menu simple. sebab balik lambat.

lagi pun nih 1st time aku buat ayam masak bali.
ingat kan susah..rupanya sonang yo ha...

ok siap2 nak sambut suami balik kerja. :)
Ayam masak bali + ikan goreng + air lemon!

notakukukaki :
" Memasak mengikut kesukaan suami / selera suami - Tanggungjawab isteri terhadap suami.


Wordless Wednesday : Preparation Birthday Amani

Monday, March 5, 2012

Family Weekend

Minggu nih.. minggu yang mengujakan!
:) ha lah ada event besar punya ...

celebrate birthday amani
dan
anniversary kami yg ke-2

jadi semalam aku bawa amani pi beli baju untuk majlisnya nanti.
waahh!! suka ok. mcm tau2 je nak celebrate untuk dia.

Gelagat anak kecil yang riang ria. tuh try baju untuk majlis nanti.
tp untuk tiup lilin nanti baju lain :)

sekarang nih aku tgh prepared menu, activities, theme, guest list, date of the birthday party, cake, invitation.

waalllaa..mcm nak buat kenduri kawin lak.. :)

apa pun buat dalam keadaan sederhana.
ok!! Nak show off suami pulak..

aku nih bab bercucuk tanam memang GAGAL!! tahap "G"
sebab tangan aku 'PANAS'

bela bunga mahal mcm mana pun sekali jer musim lepas tuh daun jer merimbun.
jd aku pun suruh lah dia tolong alih pokok ke pasu yang lain.

Friday, March 2, 2012

2 in 1

Rasa tak sabar nak tunggu minggu depan :)
sangat teruja.

11.3.2011
Amanah Allah swt yang tidak ternilai
12.3.2010
great husband!


mungkin kami akan celebrate sekali. last year celebrate kat ward. sehari selepas amani dilahirkan.

Food with LOVE # 12

Lama x post apa aku masak lagi ..hehehhe
yer lah aku nih bukan pun teror masak.

dah kawin baru nak berjinak dgn dapur :)

Menu semalam : ikan selar masak pindang, udang goreng sambal, air lemon. freshh!ahh
Menu Kelmarin : Sardin masak kari gojes ;p, ikan bakar + kuah kicap, dan makan mlm amani salmon masak tomato.

hari jumaat pasti lah aku akan berjimba di JJ lagi! nak carik bahan bukak kek coklat.
dddaaa...

Thursday, March 1, 2012

UPDATE BERAT CJB Week 8

Terlebih dahulu nak minta maaf pada pihak penganjur.  Sebab dah minggu ke 8 baru aku update :)

alasan yg munasabah 'terlupa' :) sorry ya!.
Ini yang terbaru.
penimbang digital tuh masa minggu ke 6 tapi aku tak update.
pemimbang biasa tuh semalam punya k.
Aku tak tau lah knp boleh turun sikit. sedangkan aku makan x pernah skip pun.
makan..makan.. makan dan makan.


mungkin aktiviti harian kot. sental tolet, sapu rumah atas bawah, mop rumah atas bawah, turun naik tangga doplohlapan kali, kejar amani 1 rumah, kutip semua toys sepuloh kali sehari. dush!!.. (kerja yg pernah yg selesai)


ok!. sekian terima kasih.