Pages

Showing posts with label parent. Show all posts
Showing posts with label parent. Show all posts

Tuesday, March 27, 2012

Siapa kata Tua tak romantik?

Hpppeewwwitt!!
dah tua2 pun romantik jugak kan :)


mereka nih parent aku. :) weekend ari tuh aku bawa mereka g KL melawat sedara aku sakit. leps tuh singah jap shopping apa yg patut..


org kata rezeki dari suami jgn ditolak kannnn...(masih senyum meleret sampai hari nih :))
Tengah aku amik gamba amani tetiba aku nampak pasangan nih..eehh..eeh...romantiknya..hahahha
aku jarang tgk mereka nih jalan sama2. sebb selalu nya sorang depan sorang belakang!
hhaha..
“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” 

Friday, June 17, 2011

Father's Day / selamat Hari Bapa

ibu penyejuk hati, bapa pembangun jiwa!
hari bapa disambut pada hari ahad minggu ke 3 pada bulan jun. jadi pada tahun 2011 ni jatuh pada 19.june.2011 sekarang nih aku kena celebrate 2 org bapa. 1. abah - orang tua aku lah. 2. papa - suami. ayah kepada nur sarah amani. bagi yang mempunyai bapa yang masih hidup hargailah mereka bersama anda. yang telah tiada, hanya doa kalian yang sentiasa hidup bersama roh mereka disana. pada 7.4.1986 ayah aku telah qamatkan aku setelah aku lahir dimuka bumi ni. bukan pengorbanan ibu sahaja telah melahirkan aku malah abah aku juga telah banyak berkorban masa, tenaga, wang ringgit untuk menyediakan persiapaan kelahiran aku. sudah menjadi tangungjawab seorang bapa terhadap anaknya..diantaranya adlh.. * abah memastikan kami adik beradik mendapat pendidikan sempurna di dunia dan akhirat. * abah akan memastikan tidak akan berlaku kekangan kewangan dalam keluarga. * abah seorang yang tegas dgn anak-anaknya,dia akan pastikan kami tidak bergaul dgn lelaki dan perempuan tanpa batas. * mengahwinkan anak perempuannya.

dan banyak lagi lah...

Kepada mereka yang masih mempunyai bapa, hargailah mereka selagi berpeluang. Pengorbanan mereka seharusnya dibalas dengan setiap kudrat yang kita ada. heh!

En.Mohd Ali Hassin!
Selamat Hari Bapa.
nota kukukaki : Sayang yang tua,kasihkan yang muda. Sayang pada ayah, kasihkan pada anak-anak.Itu yg kita harapkan.