Pages

Friday, June 17, 2011

Father's Day / selamat Hari Bapa

ibu penyejuk hati, bapa pembangun jiwa!
hari bapa disambut pada hari ahad minggu ke 3 pada bulan jun. jadi pada tahun 2011 ni jatuh pada 19.june.2011 sekarang nih aku kena celebrate 2 org bapa. 1. abah - orang tua aku lah. 2. papa - suami. ayah kepada nur sarah amani. bagi yang mempunyai bapa yang masih hidup hargailah mereka bersama anda. yang telah tiada, hanya doa kalian yang sentiasa hidup bersama roh mereka disana. pada 7.4.1986 ayah aku telah qamatkan aku setelah aku lahir dimuka bumi ni. bukan pengorbanan ibu sahaja telah melahirkan aku malah abah aku juga telah banyak berkorban masa, tenaga, wang ringgit untuk menyediakan persiapaan kelahiran aku. sudah menjadi tangungjawab seorang bapa terhadap anaknya..diantaranya adlh.. * abah memastikan kami adik beradik mendapat pendidikan sempurna di dunia dan akhirat. * abah akan memastikan tidak akan berlaku kekangan kewangan dalam keluarga. * abah seorang yang tegas dgn anak-anaknya,dia akan pastikan kami tidak bergaul dgn lelaki dan perempuan tanpa batas. * mengahwinkan anak perempuannya.

dan banyak lagi lah...

Kepada mereka yang masih mempunyai bapa, hargailah mereka selagi berpeluang. Pengorbanan mereka seharusnya dibalas dengan setiap kudrat yang kita ada. heh!

En.Mohd Ali Hassin!
Selamat Hari Bapa.
nota kukukaki : Sayang yang tua,kasihkan yang muda. Sayang pada ayah, kasihkan pada anak-anak.Itu yg kita harapkan.

No comments:

Post a Comment