Pages

Thursday, February 2, 2012

Tenang.

Perjalanan balik kerja aku memang tenang, aman, damai jer.
Tiada kesesakan lalu lintas langsung.



sekian terima kasih.

Food with LOVE # 1

Hari nih start dgn menu khas untuk suami dan sampingan untuk anak.
Kata Bulan Kasih Sayang kan :)

Menu suami : Kentang Bakar bersama Tuna dan Cheese
Menu anak : Roti Bakar dengan Kuning Telor.



 Resipi Kentang Bakar Bersama Tuna dan Cheese
  • 5 biji kentang-dikupas dan dipotong panjang
  • 1 tin tuna
  • 1 ulas bawang putih-dicincang
  • 1 bawang besar-dipotong dadu
  • 1/2 tin tomato puree
  • sedikit garam
  • sedikit daun oregano kering
  • serbuk lada hitam
  • serbuk lada putih
  • 4 cendawang butang-dipotong
  • cheese yang diparut (jenis apa pun tak apa. Kami tambah mozarella juga)
  1. Panaskan oven ke 200 degree C.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  3. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
  4. Masukkan kentang dan cendawan. Goreng lebih kurang 10 minit.
  5. Masukkan tomato puree dan gaul sekejap. Tambahkan oregano, garam, serbuk lada hitam, serbuk lada putih. Kacau sekali sekala lebih kurang 5 minit.
  6. Masukkan tuna dan kacau lebih kurang 2-3 minit.
  7. Pindahkan kentang tuna tadi ke dalam ovenproof container. Taburkan cheese di atasnya.
  8. Bakar selama 20-25 minit. Siap.
Menu Amani : Roti Bakar bersama Kuning Telor
Ini bukan menu special...nih supaya bila kami mkn amani tak ganggu. :P

Wednesday, February 1, 2012

1.2.12 - Bulan Kasih Sayang

Kata bulan kasih sayang.

Untuk bulan dua nih aku cuba nak masak untuk suami dan amani yang lain sikit.
bulan lain pun kasih sayang jugak.

cuma special sikit lah bulan dua ni, tapi bukan sebab valentine yer :)
Love untuk suami.

Love untuk anak.

Bayu Beach Resort

Salam kepada semua rakan blog yg dikasihi semua :)
harap semuanya sihat sejahtera ya.

hari nih aku nak post berkenaan Resort yg aku g ari tuh. Family Day 2012.
so far berpuas hati lah.
tempat BBQ pun strategic. Luas. Suasana pantai yg best.

yang mana rasa nak g PD tuh boleh ler g sini.
harga pun murah. Boleh check harga bilik kat sini.








Sekian Terima Kasih.

Tuesday, January 31, 2012

Family Day 2012 - Port Dickson

Pagi nih free lah jugak.
sempat aku upload gamba semua. pegawai yg lain pi pemantau KSSR.
aku duk opis ibarat bos! ahaaks!
Cousin Amani. Ada ramai lagi tp suami aku amik banyak blurrrrrr jer..tensi mak!
Atas Kanan : Anees Dania Syaurah 
Bawah Kana : Aida Nur Nabiha
Kanan : Aniq Danial
Keluarga abg ipar. tgk anak mereka comel kan..lagi2 baju biru bam..bam..
mcm anak jepun. 6 Bulan.

si comel pakai baju pink : Aleesya Elvira
si comel pakai baju biru : Aneesa Erina
Keluarga kami!! :) Amani masih teruja 1st time masuk kolam ;p. 
Suasana malam BBQ. macam-macam ada..perrgghhkk kenyang ah.
seronok sekali sekali berkumpul mcm nih.
Kalau keluarga besar lagi meriahkan.
Gambar atas : Semua keluarga ada.
Gambar bawah : Ibu Mertuaku dan Ayah Mertuaku. Sponser paling besar masa family day hari tuh.
Terima Kasih. Semoga dirahmati oleh Allah swt.

 


Monday, January 30, 2012

Amani 1st time swimming

Weekend hari tuh kami sekeluarga buat Family Day dgn Keluarga Mertua di Port Dickson. Buat BBQ di Bayu Beach Resort.
Semua adik beradik suami join sekali. seronok!


memula layan pic amani pakai bikini!! ;p
Amani memang suka air! mulut dia jer asik jerit2 sebab seronok kot.
Bayu Beach Resort.
nanti aku update lagi ttg family kiteorg hari tuh.
syokk habisss...

Breakfast Amani : Puding Roti Buah-Buahan

bahan-bahan :
  • roti sekeping
  • Krismis
  • pear
  • kurma
  • unsalted butter
  • 3 scoop fm atau fresh milk
  • egg yolk ( kalau dah intro telur boleh letak sebiji )

untuk topping :
  • strawberry
  • kurma
  • yougurt

cara-cara :
  • potong buah2
  • carik roti kecik2
  • satukan dalam bekas
  • kalau nak masukkan telur..
  • pukul telur bersama unsalted butter n fm atau fresh milk
  • tuang ke dlm bekas yang berisi roti n buah
  • pastu kukus lebih kurang 30 minit

untuk topping :
  • masak strawberry n kurma smpai lembik
  • pastu lenyek2
  • campur dgn yougurt
  • tuang kat atas roti




Resepi dari Mama Haniyah

Thursday, January 26, 2012

Paksa!

Salah 1 kebencian amani adalah kena paksa!
ini komot muke die kena paksa pakai tudung.

:) mama memang suka paksa-paksa amani nih.
seronok!.

Wednesday, January 25, 2012

Menu Amani paling simple 2012!

Ini antara menu untuk Amani masa cuti ari 4 hari tuh. Ada gamba yg aku tak sempat nak amik sebab anak dara aku dah lempau kan camera !! kejap2 jd hang!
lauk sangat simple sebab banyak tugasan masa cuti hari tuh.

jadi ini jer lah yg aku sempat amik!

Ikan kukus masak halia dan kurma.
Bahan-bahan : 
  • 1 keping ikan merah / bawal / apa-apa jenis ikan ler.
  • sedikit halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 Ulas bawang merah
  • 2 biji kurma
Cara-cara :
  • Campur semua bahan tadi. kemudian kukus selama 7min / 10 min
  • Hidang.
** Idea dr jiran cina dekat rumah mak aku. dia kata sesuai untuk anak-anak yg batuk berkahak. dalam seminggu buat lauk kukus sahaja. kurma dan halia wajib ada.

Egg role with salmon and prune
Bahan- bahan:
  1. Prune - hiris kasi nipis
  2. Telor Dadar + Unsalted butter / cream cheese
  3. Salmon yang di panggang atau kukus
  4. Sedikit italian mix herb
Cara - Cara :
  • Buat telor dadar dulu kemudian masukan isi ikan salmon dan prune.
  • siap dan terus hidang!

salmon steam + brokoli + carrot + ikan bilis + telor
( haa!! ini menu paling sonang aku buat sebab kejar masa nak g  rumah oeg kawin!!)

Bahan- bahan:
  • salmon
  • brokoli
  • carrot
  • ikan bilis
  • telor masak
 cara-cara :
  • buat bubur dulu. rasa dah nak masak campurkan semua bahan diatas.
  • siap!!..

cucur untuk papa n mama.. roti telor 
ini tak payah resepi lah korang pun boleh buatkan.


haa! ini aku nak share menu-menu yang best untuk anak korang.
empunya blog nih memang rajin masak untuk anaknya Maryam!!


blog saya hot :

Sunday, January 22, 2012

Breakfast Amani :Grilled Cheese and Persimmon Sandwich

  • 2 Keping roti / roti gandum
  • Cream Cheese
  • Pisang Kaki - thinly sliced

Panaskan kuali selama 2 minit. Terbalik kan atas bawah. atau paling senang pakai oven jer :)
Selain pisang kaki korang boleh guna apple, pear, tomato ker...
macam-macam lah untuk variasi kan makanan mereka.

Happy Sandwiching!!
Sampai lupa makan pun tangan kiri!!