Pages

Thursday, November 28, 2013

Muhammad Syahmi Aryan - 1Mo

hi! apa khabar semua! lama tak update rindu pulak :)

ok, syukur alhamdulillah aku selamat melahirkan anak ke-2. Lelaki. 25 Oct 2013 / 4.05ptg / 3.1kg di Mahkota Medical Center Melaka dengan Doc Azlina yg yang sangat oshem!
siapa org melaka aku sgt recommended kan doc ni.

  • 4hari syahmi kena tahan wad sebb jaundice dia tinggi 18.9
  • Syahmi kena prolonged jaundice pd hari ke17.
  • hari ke 20 dia kena breast milk jaundice pulak jd aku terpaksa stop BF dan kasi FM :(
  • genab sebulan jaundice syahmi semakin menurun di bawah 8mg/L

syahmi hari ke-4

 syahmi 1 month old - 4.9kg

Friday, September 13, 2013

32 weeks - stretching

semakin hampir rasanya dgn garisan penamat..
owh November cepatlah dtg. ;p

untuk sebulan terakhir ni aku buat basic yoga atau pun stretching sebelum melahirkan 
bakal anak ke-2. insya-Allah.

Banyak aktiviti aku update dekat instagram jer.. sehinggakan blog pun terabai :)

instagram : nurazlinmohdali






Thursday, September 5, 2013

Iphone 5 Cracked!!

Menangis tak berlagu lah kalau dah jadi macam ni.
baru 4 bulan pakai. sob..sob..
dulu masa pakai 4s pernah jugak jatuh tapi tak pulak retak sejuta mcm ni. :(

jd terpaksa ganti screen original dah 800!

present dr husband. tp sampai sekarang masih tak bgtau lagi dgn suami.
cecepat ganti screen supaya tak kantoi.

tp amani hampir bocor rahsia..
"mama...mama..tgh henpon..ishh..issh..pecah eh mama"
mak nenek kan!

yang sedihnya bila hp baru dah kena kopek macam gamba kat bawah.
lagiiii lah sedihhhhh........ cina tuh suruh aku pakai temped glass LCD. bila jatuh lagi LCD original tak kan pecah.
sebelum dan selepas.




Monday, August 26, 2013

29 weeks!!

haaallu....hallu....

29 minggu sudah. berat skg 56.5kg.
semakin hari semakin tak sabar nak tunggu bulan November.

skg baby bergerak aktif. sana sini pusing. senget benget perut aku di kejekan.
bila kakak amani berborak dgn dia...mcm paham2 jer.

skg makan still control. makan benda yang berkhasiat. banyak makan buah, sayur, bijirin dan banyak minum air.
skg fav buah kiwi dan pisang! lawas! hahahha


mak buyong dgn perut 29 minggu.

mak buyong baru balik dr gym. workout still continue sehingga due nanti.
skg dekat gym dah ada geng ibu mengandung. kalau dulu aku sorang-sorang je.

sebelum melakukan aktiviti di gym pastikan dapatkan nasihat doktor dulu yer kengkawan.
agar kandungan dan baby tidak terjejas.

















Thursday, August 15, 2013

Warna Hari Raya 2013

Ini lah warna tema keluarga aku tahun ni..
semua yang ready made jer. ;p

last min preparation. amani pun ready made. jeles tgk baju budak sebaya amani cantik-cantik. next year mama janji kite pakai baju sesama eh..baby pakai baju sama dgn papa...baru meriah kan.

korang warna apa tahun ni?







Monday, August 5, 2013

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin - 26 Weeks

Selamat Hari Raya Aidilfitri di ucapkan semua warga blogger tegar.

yang mana balik kampung berhati-hati dijalan raya semoga perjalanan anda selamat sampai 
untuk beraya disamping orang tersayang.

kali ni aku beraya di rumah mak mertua..kek melako jugak ha.. hahahha
pagi raya balik Alor Gajah rumah family aku pulak. 15 minit jer dah sampai.

kali ni puasa ada melopong 3 hari. ingat kan dapat lah full kan.

sekarang berat 55.5kg. maintain!! yeaahaaa!! workout tetap workout setiap hari walapun bulan puasa..selalu malam  aku g gym atau buat kat rumah jer.

ok lah kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.








Monday, July 22, 2013

Salam Ramadhan - 24 weeks


Salam ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa.

skg kandungan aku dah 24minggu dengan 55.4kg. pregy kali ni berat under control. baby pun membesar dengan sempurna dan sihat. syukur alhamdulillah.

jantina baby pun dah tau. boleh lah mama rest lama lepas ni. :D

puasa pun belum ada yang ponteng lagi. kali ni baby sungguh memahami berbanding dgn amani dulu..
bulan puasa workout tetap buat seperti biasa :)




Thursday, June 27, 2013

Muscle - 20 weeks

ada ketul-ketul pada badan anda? hahaha..
yer aku dah ada sikit. sebab masa pregy ni tak boleh buat yg heavy sgt.
bahaya kalau tak de org guide nanti.

untuk beginner haruslah dapatkan nasihat doktor ye.
  • setiap hari angkat dumbbell 2kg -4kg. ikut kemampuan sendiri.
  • 45sec untuk setiap basic style. (buat dlm keadaan duduk atas ball)
  • air setiap hari 2L air
pregnant kali ni aku buat ni semua bukan untuk kurus ke apa..untuk maintain kan berat badan jer. sebab masa amani dulu rupa badan aku macam bola.. tak der shape langsung.

tujuan aku workout masa pregnant ni..
  • supaya mengurangkan sakit belakang
  • menguatkan stamina kita selama 9 bulan
  • mengurangkan bertambahan berat badan yang melampau ;)
  • mengurangkan risiko kena kencing manis (salah satu elak minum air gula oii..)
  • menguatkan otot-otot. biar senang nak beranak nanti.





yang sesuai ketika pregnant.



  • Stand with feet shoulders with apart, dumbbell in one hand with palm facing you, and engage your core.
  • With head and chest up begin lowering yourself down as if you were going to sit on a chair. Bending at the knees and hips making sure your knees don’t go past your toes.
  • Keeping the dumbbell close to your chest as you go down.
  • On the return up, once you are back to standing, push your arm up and turn at the same time so that your palm is now facing away from you. That’s one, repeat until time is up and then switch arms.




Thursday, June 20, 2013

Side Plank / 18weeks

seronok buat side plank ni. untuk stabilkan badan. yerlah bila badan dah berat susah kite nak balance kan betul tak. rasa mcm berat jer nak buat mcm ni.
tapi bila dah mula dr awal trimester buat apa posisi pun akan jd senang. :)

side plank ni aku buat selama 30sec jer. tp kalau rasa blh bertahan lagi lama tambah lagi sikit. sehari 2/3 kali aku buat.


sini untuk detail : Side Plank Pose

Wednesday, June 19, 2013

PreLoved - Bonia Handband RM300 ONLY

Condition : Perfect Condition; Never Been Use
Buy Price : RM600
RM 450 ONLY   RM 300(including postage)

EMAIL : vanilla.cheze@gmail.com / whatsApp : 0172231889









Wednesday, June 12, 2013

update : 18weeks / 51.2kg

  • 18 minggu / 51.2kg / HB Low.
  • masih tiada rasa pergerakan baby.
  • stretch mark? not yet ;p
  • suka makan sayur n buahan dgn kuantiti yg banyak./ malam hari2 buat jus.
  • masih belum tahu jantina baby.
  • masih aktif dgn pilates.
  • tak suka makeup. pakai sunblock jer.





Monday, June 3, 2013

Sexy Leg Workout

salah satu senaman kaki semasa pregnant... kecuali jumping jacks nanti ada yang benda lain tercicir. hahha.

korang boleh kurangkan sec yang korang nak. buat semampu yang boleh. jangan paksa.

kalau yg bukan pregnant ok jer ikut challenge dekat bawah ni ;p lagi rajin korang buat lagi cepat effect yang korang dapat. apa yang penting pengambilan PEMAKANAN haruslah yang sihat.


Thursday, May 30, 2013

Pregnancy Exercises: Thighs and Butt

jgn bagi alasan pregnant adalah masa untuk besarkan badan.

masa pregnant pun kite blh kelihatan seksi ok. tp kena workout lebih lah.
risau?? ok..minta advice doc dulu. jgn nanti kata aku yg ajar buat benda ni semua. :)
so far doctor aku kata ok buat senaman ringan.

amalkan senaman ni setiap hari kompem nampak perubahan.


Squats with a fitness ball

  • Stand up straight with a fitness ball behind your back and against the wall, your feet about shoulder-width apart. 
  • Be sure to have feet far enough from the wall that your knees do not pass the toes at the bottom of your squat.
  • Slide down the wall until your knees reach a 90-degree angle, being careful to keep your heels flat on the floor. 
  • Maintain upright posture - do not lean back over ball or bend forward as you descend.
  • If you can't bend your knees to a 90-degree angle, simply go as low as you can — then return to the starting position. 
  • Gradually work up to 10 repetitions
side planks
The side plank challenges your stability and works the muscles along the side of your body.

  • Lie on your left side and raise yourself onto your left forearm. 
  • Place your left shoulder directly above your left elbow, keeping your shoulders, hips and knees in alignment.
  • Again, do not roll to the side or lean back/forward
  • Rest your right arm along the side of your body. 
  • Hold for several seconds, and then lower yourself to the floor. 
  • Gradually work up to 10 repetitions. 
  • Repeat on the other side

Monday, May 27, 2013

Weekend : Anak + suami

weekend banyak habiskan masa dgn anak dan suami serta keluarga.
3 hari berkampung dekat rumah nenek.
fuhhhh..lama rumah nenek tak de buat keje kawin sekali bila ada majlis mmg seronok sakan.

kebetulan ada sedara kerja kawin, jadi sempat lah jumpa semua sepupu  dan mak sedara.

selepas bergelar isteri jarang dah jumpa sedara mara ni.
:) biasalah semua busy. (alasan untuk aku)


gelagat amani masa dekat rumah org kawin. tak nak lah duduk diam seminit.
tak takut org langsung.!

 muka comot suami sejak aku pregnant!.. hahha...nasib lah!
alahan orang mengandung katanya. ;p

tahniah diucapkan pada kak ina dan suami. selamat telah mendirikan rumah tangga. semoga kekal abadi hingga hujung nyawa.

daripada,
ahli keluarga 'nenek memon'

Wednesday, May 22, 2013

senaman ringan untuk wanita pregnant

beberapa senaman ringan yang sgt membantu semasa hamil.
aku seronok pregnant kali ni :) enjoy jer buat Pilates ni.
seminggu 3 kali ke gym. treadmill, bicycle yg sesuai buat masa ni.

ibu sihat. anak sihat.


Friday, May 17, 2013

pilates pregnancy exercises


senaman paling selamat untuk ibu hamil. boleh dilakukan di rumah, hanya beli DVD atau tgk di utube.
banyak kebaikan yang kita dapat dgn pilates ni semasa hamil. badan menjadi sihat dan minda menjadi cergas. tapi....kena disiplin untuk buat aktiviti ni. jgn hangat-hangat taik ayam jer. ;p

so far aku suka pilates ni. boleh buat kite berpeluh-peluh.

setiap trimester berlainan pilates. jd beli DVD yg complete sehingga 4th trimester..

untuk lagi banyak info klik disini.



Thursday, May 9, 2013

13 weeks & Pregnant Fitness

dah 2 minggu aku pergi gym. tp tak semua aktiviti aku buat. aku buat yg related untuk pregnant fitness jer. tujuan aku buat fitness kali ni aku tak nak weight gain lagi. kalau dulu 25KG naik sampai kandungan aku 9 bulan!..

memang payah nak turun kan lemak-lemak yang ada.
konon nak ada 6pack lepas bersalin.hahahahaha..poyo kan!
tp itulah keinginan aku. nak jd momfit. ;p harap usaha aku berterusan. masa mula-mula join fitness satu badan aku jd keras-keras..sakit satu badan. urat terkejut ko. hahha

tp sekarang dengan pemakanan yg seimbang sumua ok dah. yg penting disiplin diri! makan untuk baby bukan makan untuk nak jaga badan ok.
ok, segala progess akan dtg aku akan update kalau rajin. (banyak jugak entry tertanguh nih)




Thursday, May 2, 2013

Pati Delima Gulsan

Siapa ada jual pati delima seperti dibawah?
sila tinggalkan contact no dan email pliz.....

sy amalkan ni sejak sebulan lagi. skg stock yg ada hampir habis. dan yg jual ni ntah mana lesap lah. jd minta org yang disayangi kalau tau mana nak order tolong tinggalkan no tel/website/email yer :)

bagus tau minum pati ni. pati ini pekat dan sesuai untuk ibu mengandung. dimana banyak khasiat untuk ibu mengandung dan anak dalam kandungan.

lebih detail elin ada copy link dekat bawah.





Khasiat Jus Buah Delima:

-Menyihatkan fungsi jantung dan hati, melancarkan kerja-kerja mengepam darah utk keperluan sel2 badan

-Menguatkan daya tahan tubuh utk melawan serangan penyakit

-Melancarkan peredaran darah

- Mengeluarkan angin dan asid dalam badan (mencegah penyakit gastrik dan kanser usus) 

- Melancarkan proses penghadaman makanan, membersih usus dan mengeluarkan keracunan badan

- Menyingkirkan lemak berlebihan, melangsing badan

- Membakar kalori dgn cepat, meningkatkan tenaga dan memulih keletihan

- Membuang asid urik dlm sendi utk meredakan penyakit gout.

- Mengelak rasa mual (semasa hamil), melega masalah pening kepala

- Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (mengelak kesakitan senggugut)

- Mencuci darah kotor, mencantikkan kulit muka dan badan dari dalam

- Menurunkan paras glukosa dlm darah, membantu pesakit kencing manis

- Menghapuskan kahak, mereda penyakit batuk

- dapat mengurangkan risiko penyakit jantung

- membantu proses tumbesaran janin..

- Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah.

* Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yg tinggi mampu melindungi sel2 tubuh drpd rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf.

Manfaat Untuk Wanita

Mencegah / Mengurangkan Kanser Payudara
Delima adalah sumber yang kaya nutrien berasaskan tumbuhan yang dipanggil asid elagik. Asid elagik menghalang aromatase, enzim yang mengubah androgen menjadi estrogen. Aromatase memainkan peranan penting dalam kanser payudara.

Kepekatan tertinggi asid elagik dijumpai dalam kulit buah delima. Ini bermakna anda akan menemui enzim ini pada ekstrak buah delima daripada dalam jus. 

Kehamilan - sumber asid folik
Jus delima adalah sumber asid folik yang penting untuk perkembangan bayi yang sihat. Asid folik, juga dikenali sebagai folat, adalah penting untuk pembentukan sel darah merah dan DNA, yang mengandungi kod genetik tertentu setiap individu. Penyelidikan baru juga telah menunjukkan hubungan langsung antara tahap folat dan berat ketika lahir. Wanita dengan tahap yang lebih tinggi folat semasa awal kehamilan adalah lebih cenderung mempunyai lebih berat, dan oleh itu bayi yang sihat . Minum segelas harian jus delima hampir pasti cara yang paling mudah dan yang paling lazat untuk ibu mengandung untuk memastikan bahawa mereka dan bayi mereka mendapat 100 peratus elaun harian asid folik yang disyorkan.
Fakta: Di Iran, buah delima disarankan untuk wanita hamil kerana kaya dengan zat besi.

Kedut - mencegah dan melicinkan kulit
Gabungan vitamin A dan vitamin E dalam delima membantu untuk mencegah pembentukan kedutan. Dr Ali, pakar kesihatan bersepadu yang terkemuka di Britain, menyenaraikan jus delima sebagai salah satu perkara yang terbaik anda boleh makan atau minum dalam menentang kedutan. Jus delima bukan sahaja dapat membantu untuk mencegah pembentukan garis-garis yang tidak diingini, tetapi ia juga boleh membantu untuk membuat kedutan yang sedia ada licin dan kurang ketara.
Fakta: Orang-orang Cina purba percaya bahawa jus delima boleh memberi keabadian.

Kesuburan dan nafsu seks - meningkatkan kesuburan anda
Mungkin manfaat kesihatan yang paling menarik jus delima diceritakan sejak berkurun lama untuk meningkatkan kesuburan dan nafsu seks. 

Fakta: delima adalah salah satu buah-buahan yang ditanam terawal. Bukti sejarah menunjukkan pokok buah delima 1 telah ditanam di sekitar 3000BC.