Pages

Thursday, August 30, 2012

Langkawi 2012

Org lain cuti g beraya melawat saudara mara...kami sekeluarga melawat orang langkawi tuh.
ini kali ke-4 aku pergi.
dah hafal jalan kat sana.. disebabkan suami nak pergi jugak maka isteri menurut perintah.
semua negari suami dah pergi cuma Kedah jer tak sampai lagi.itu yg beria nak masuk langkawi.

jadinya gamba memang tak banyak. sebab aku malas nak amik.hahahhha.
yer lah dah boring asik nak amik gamba tempat yang sama. ;p
jadi ini jerlah gambar yg aku tepek kat sini. ;p

3Hari 2Malam jer. Menginap di Hotel SeaView....oshemmm!! view mmg cantikk wehh..kata seaviewkan...mmg luas lah pemandangan mak! duk tingkat paling atas, tingkat 9!
siap bergaduh kejap dgn gadis cantik tuh sebab nak duduk jugak tingkat ats..hahhha.
apa aku pedulikkk!!


yeeeeaaayyyy ESOK cuti!!! 




aku cuti sampai ISNIN!...korang??....

Esok hari Kemerdekaan yang ke 55 Tahun...seusia umur ayahku! :)

Merdeka!!! Merdeka!! Merdeka!!

Korang dah Merdeka ker???...ihiiih

Tuesday, August 28, 2012

Aidilfitri 2012

hi, Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua warga blogger yang dikasihi.
Maaf Zahir dan Batin.
andai tersalah bicara tersalah mengata ker.

mcm mana dgn percuti korang pasti seronok kan.

Tahun ni aku beraya ni rumah MIL dekat Bukit Rambai, Melaka.
dan tengah hari berangkat naik 'flight' ke Alor Gajah, Melaka pulak ;p
15min perjalanan..hhahhhaa..

Raya ke 3 dah 'bercuti' ke Langkawi, Alor Setar dan Penang!
memang setiap tahun kami sekeluarga kalau bercuti panjang pasti g bercuti.
salah satu aktiviti 'WAJIB' hari raya.

sebab keluarga sebelah suami mana ada sedara mara..ehh..eh..ada tapi berlainan bangsa dan duduk jauh-jauh.
mak mertua dari keluarga cina. jadi atuk nenak makcik pakcik semua cina.
ayah mertua dari keluarga seberang, Medan Indonesia. jadi sedara mara semua kat sana.

Keluarga Bahagia kami hingga akhir hayat. Insha-allah.
adik beradik & Ipar sebelah suami
Ini lah ahli keluarga sebelah mertua di Bukit Rambai
Ini pula keluarga tercinta di Alor Gajah :)
(pakai tudung hitam tuh dari keluarga MIL..)
ok. ini yg termampu dapat aku upload...banyak lagi tp tak larat nak sort lah.
masih mood raya ni..korang?? ..

Monday, August 27, 2012

Best Price : Tefal 26cm Grill Pan

RM 100 ONLY! (TIDAK TERMASUK POSTAGE)
(tinggal 4 unit sahaja)

Jika berminat sila email : vanilla.cheze@gmail.com

Friday, August 17, 2012

Jumaat - Kerja!

siapa diantara korang yang bekerja hari ini??
mari tinggalkan link.....

elin diantaranya.. yang hari jumaat masih bekerja.
otai-otai yg lain dah bercuti. :(


Thursday, August 16, 2012

Jerawat Raya Bertenggek!

grrreerrr...
lagi nak dekat raya lagi meriah pimple keluar!
time nih lah gatal nak bertenggek kat pipi ni.............
haa..nampak tak ada yg semangat tengah bertenggek kat pipi tuh...
tunggu masak ranum baru nak meletus......grrrr.....tensionnyaa.
rasanya dah lama tak keluar pimple mcm tuh sekali!

kat dagu pun ada tuh..masih malu-malu nak keluar!!

Kerana Marah Binasa Hubungan

mood pagi kurang menyenangkan atas beberapa perkara yg berlaku kebelakangan ni.


aku telah menjadi seorang yang pemarah sejak kebelakangan ini.
dan aku akui telah mengeluarkan kata-kata yg aku rasa tak patut aku lemparkan.
mcm mana lah bila aku tgh marahkan..mungkin mcm singa lapar kot. hahhha

bila kemarahan menguasai diri atau menuruti kemarahan tersebut maka terjadilah satu 'perang' yang kite tidak ingini.
mujur suami selalu menjadi tiang yg kukuh untuk sedar.

setelah aku cerita dr A to Z dgn suami apa yg berlaku lepas sahur td aku rasa aman kejap..tenteram.
dgn tanpa berkata banyak suami menyuruh aku solat subuh bersama untuk meredakan kemarahan..

percayalah...bila kite amik wuduk semua perasaan marah..hasad dengki atau sebagainya hilang dan terasa aman sekejap.

Sabda Rasul saw:" Sesiapa yang menahan MARAH, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus hati untuk melaksanakannya; Nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dgn keamanan dan keimanan ." Hadis riwayat Abu Daud. 

sini aku nak share Tip Menghindari Perasaan Marah.



1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Tuesday, August 14, 2012

Amani 1 Tahun 5 Bulan

semalam 13.8.2012 genap anak mama Nur Sarah Amani setahun 5 bulan.
rasa amani baru je jadi baby , baru jer tiup lilin untuk setahun. baru jer tgk amani mula berjalan.

dan sekarang amani beraya kali ke-2 dgn papa dan mama.
kalau tahun lepas amani baru 6 bulan.
raya pertama amani collect duit raya paling banyak! tahun ni berapa pulak yer ;p

amani masih 'BF'. dan skg terfikir nak 'ceraikan' susu. sebab mama ada plan lain pulak.hiiihi..




  • Amani dah pandai sebut macam-macam perkataan.
  • segala arahan amani dah faham.
  • amani dah pandai nyanyi..lagu abc (abc sampai H jer.) lagu Aliff Ba Ta (sampai Ro'), twinkle-twinkle versi pelat..
  • amani dah pandai merajukkkkkkkkkkk......siap jeling! lepas tuh gelakk...
  • kalau bawa g shopping amani suka jln sendiri.
lagi besar lagi macam-macam kerenah amani. :)



Thursday, August 9, 2012

Amani mengganas!

lagi beberapa hari amani dah setahun setengah.
ffuuhh~ mak semakin tua ker?? hukhuk..

ok, macam ni.
semalam bawak amani g shopping keperluan raya die.
1-2 jam pertama amani ok.duduk dalam stroller pun ok. baik jer. siap babai kat semua orang.
siap buat flying kiss kalau jumpa kengkawan sama usia dia.

masuk jam ke 2..amani dah mula resah..
mengeliat sana sini. aku umpan lah bg roti..biskut..supaya amani leka.
sekejap jer....habis makanan. kenyang dah..mula mengeliat balik.
hulur tangan suruh dukong!!
lepas tuh berdiri dalam stroller nak turun. aku buat dekkk jer.

tak berapa minit die menjerit nak turun dr stroller. ok! aku turunkan dia.

GEMBIRANYA DIE BUKAN KEMAIN LAGI!!!
itu yg dia nak. jalan sana sini..pengang kasut/baju/ apa-apa yg dia rasa nak capailah.
ya allah rasa nak pitam kejap berkejar sana sini. amani sesuka hati die jer nak lari kemana pun...bila aku dukong dia x nak.menjerriiiit!!

ikut sapa ntah!

nak pilih baju untuk dia pun payah sgt.
mana nak tgk amani..mana nak try baju amani..badan cinonet. kkdg baju 6-12mths pun amani blh pakai tau.

sebelum aku naik antu..papa amani pulak handle anak dara die.
senyapppp pulakk!! blh pulak duduk diam!!
grrrrrr....

aku tgk anak orang lain ok jer..senyap jer tgk mak dia pilih-pilih baju.

lepas nih aku dah bgtau iman amani kena tinggal. macam mana pun kena tinggalkan.
sebab aku tak shopping apa2 lagi..baju amani jer dah beratus!
jd kena triple pay lah pada mak aku sebb jaga amani.

anak korang bila dah setahun macam mana?
ok tak korang handle anak korang?
ada naik antu x? hihihiih

Wednesday, August 8, 2012

Design Header for Blog


Header untuk blogshop dah siap. :)
harga pun murah berbanding yg lain.

untuk tempahan/sebarang pertanyaan boleh lah ke FB  Print Focus atau email printfocus2u@yahoo.com.

korang boleh request design mcm mana korang nak.
:)

Tuesday, August 7, 2012

Amani dan Tabung Raya

orang sibuk kemas mengemas rumah...amani pun sibuk ler mengemas apa yg tersedia kemas.
semua dia nak buat...tuh aku kasi tabung dia lambak kan duit. senyap teruss.
balance duit beli surat khabar..tuh penuh ngan syiling..hehhhe

alang-alang dah melambak tuh aku terus lah kosongkan untuk simpan duit raya dia nanti ;p

tahun ni meriah lah amani dah kenal semua sedara mara dia.
makcik..macik..maklong paklong...pakngah makngah...semua jgn lupa ya!.

amani dh besar..bulan nih setahun setengah!
sejak semakin besar nih macam-macam perangai amani tunjukan. mama pun happpppyyy :))

anak korang dah prepared semua keperluan raya dia...?

Friday, August 3, 2012

Resepi Cheese Cake (Lemon)


bergigi kek aku potong...sebab tak tahan sgt nak mkn..



Bahan-bahan ( 1 kg++ )


Base

  • Biskut tiger coklat / digestive (packet kecil, dihancurkan)
  • 80 gm mentega (dicairkan)
Adunan kek
  • 500 gm cream cheese
  • 1 cawan gula icing (lebihkan sikit kalau suka manis)
  • 2 biji telur + 1 kuning telur
  • Parutan lemon dari 1 biji lemon
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1/3 cawan fresh cream / susu pekat manis




Cara-cara



  • Campurkan bahan base, tekap dalam springfoam pan. Balut bahagian luar pan dengan aluminium foil dan simpan dalam peti ais untuk mengeraskan base
  • Pukul cream cheese dengan gula icing sampai tidak berketul ( pastikan cheese berada dalam suhu bilik)
  • Masukkan telur satu persatu
  • Masukkan parutan lemon dan jus lemon
  • Masukkan fresh cream , pukul dengan kelajuan maksima supaya cream kembang (pada masa ini adunan sepatutnya tidak berketul)
  • Masukkan adunan kek ke atas base tadi, dan bakar pada suhu 170 degree celcius selama 1 jam ( masukkan loyang dalam loyang yg lbh besar yg berisi air panas , steam bath method .Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu)
  • Bila kek sudah masak, sejukkan sebelum dihias menigkut citarasa anda. Selamat mencuba!

Thursday, August 2, 2012

Air Long Chan untuk raya !

semua memang kenal air longchan ni kan..yang dalam tong kayu.
aku panggil air 'oldskool'
air ni yg best nya tak de karbobat macam air gas biasa.

raya memang wajib rumah nenek aku order bertong-tong air ni.
aku pun turut order. :))

senang. x payah nak bancuh air bagai. tuang terus dalam cawan.

fiszah_pjo first Giveaway : sedondon ceria!

Dear Pz, hari ni elin nak join GA kamu lah. :)
nampak seronok sebab mengimbau hari raya kiteorg last year.
masa ni amani 6 bulan. masih montel dan sedap buat main-main/gomol-gomol.

korang apa lagi tunggu...dr x der buat apa tuh mari lah join sekali.
bila dah join kompem terasa 'hangat' hari raya semakin dekat. ;p

ok, elin letak gamba banyk sikit lah yer pz. ni semua fav pic elin tahun lepas.

  • ini lah empunya tuan badan yang menganjurkan GA ni.tak nampak mcm macam mak orang. still maintain slim. nak tau rahsia dia boleh lah singah blog dia :)

sedondon ceria - Blog Fiszah_pjo
Syarat-syarat :
  1. copy banner saya dan harus letak dientry anda serta linkkan ye
  2. jadi follower saya ye..
  3. sedondon ceria ini terbuka ye..tak kisah la, anak beranak ke, suami isteri ke, adik kakak ke, kawan-kawan2 ke..asalkan sedondon yang ceria.korang buat entry dan letak gambar ceria korang tu ye..
  4. da setel sila kasi link kat saya di ruang komen dibawah ye
Tarikh Tutup : 30/7/2012  hingga 15/8/2012.

Hadiah yang menanti : 
  • pemenang 1:akan menerima wang tunai RM35
  • pemenang 2.akan menerima wang tunai RM20

Wednesday, August 1, 2012

Tefal For Sale!! - Clearance Stock!

CLEARANCE!!!  CLEARANCE!!! CLEARANCE!!!

salam ramadhan.

hari ni aku nak let go Tefal. murah jer. sebab nak ambil stock baru.
skg tefal dah keluarkan design baru.

semua barang adalah baru. siap dalam kotak yer. :)
Frypan / Kuali 32cm
Retail Price : RM 229

Now : RM 145
Pancake  Pan / Kuali Penkek 25cm
Retail Price : RM 179

Now : RM 120
Wok Pan / Kuali 28cm
Retail Price : RM 219

Now : RM 140
lain-lain saiz pun ada. tapi stock tak banyak.
  1. Frypan 20cm - RM 100
  2. Frypan 24 cm - RM 120
  3. Frypan 28 cm - RM 130
  4. Stewpot with Glass Lid RM 230
  5. Saute Pan with Glass Lid RM 200
JIKA BERMINAT SILA EMAIL : vanilla.cheze@gmail.com




(P/S : INI ADALAH STOCK DARI KAMPENI SUAMI SAYA..DIMANA DIA NAK BUAT CLEARANCE STOCK, UNTUK PRODUCT BARU YG DIKELUARKAN OLEH TEFAL. MURAH BUKAN SEBAB INI ADALAH TIRUAN/MADE IN CHINA. INI UNTUK PENGHABISAN STOCK YG ADA.


HARAP MAKLUM. :) TERIMA KASIH.