meh lah join segmen pupel nih.
klik disini.
nota kukukaki : menanti 5.01 ptg, terus thumb print dan balik nak jumpa saraa....rindu sgt dah nih ;)
banyak juga tambah..aku rasa hampir keseluruhan bahagian rumah lah.
ini ruang tamu seperti part 1 yg aku ceritakan.syiling cornice..kipas..lampu romantika semua dah siap!
ini pula ruang family..nampak yg ada lampu palang-palang kayu tuh.itu pun idea en.mystery..
ala-ala kontemporari style pulak..hahahha...yer lah rumah kecik...ada sikit ala-ala pun jadi lahkan.
Tangga menuju ke master bed room.. hasil titik peluh aku jer nampak kat tangga tuh..hhahhha ..jdlah kan..pic nih x nampak lagi hasil nanti part 3 aku kasik tunjuk decor aku pulak yer ....
buat masa nih itu dulu yang sempat aku update..nak tido sok nak keje.
nanti ada masa lagi aku update part 3 pulak yer..
sekian selamat malam.
ibu penyejuk hati, bapa pembangun jiwa!hari bapa disambut pada hari ahad minggu ke 3 pada bulan jun. jadi pada tahun 2011 ni jatuh pada 19.june.2011 sekarang nih aku kena celebrate 2 org bapa. 1. abah - orang tua aku lah. 2. papa - suami. ayah kepada nur sarah amani. bagi yang mempunyai bapa yang masih hidup hargailah mereka bersama anda. yang telah tiada, hanya doa kalian yang sentiasa hidup bersama roh mereka disana. pada 7.4.1986 ayah aku telah qamatkan aku setelah aku lahir dimuka bumi ni. bukan pengorbanan ibu sahaja telah melahirkan aku malah abah aku juga telah banyak berkorban masa, tenaga, wang ringgit untuk menyediakan persiapaan kelahiran aku. sudah menjadi tangungjawab seorang bapa terhadap anaknya..diantaranya adlh.. * abah memastikan kami adik beradik mendapat pendidikan sempurna di dunia dan akhirat. * abah akan memastikan tidak akan berlaku kekangan kewangan dalam keluarga. * abah seorang yang tegas dgn anak-anaknya,dia akan pastikan kami tidak bergaul dgn lelaki dan perempuan tanpa batas. * mengahwinkan anak perempuannya.
dan banyak lagi lah...
Kepada mereka yang masih mempunyai bapa, hargailah mereka selagi berpeluang. Pengorbanan mereka seharusnya dibalas dengan setiap kudrat yang kita ada. heh!
En.Mohd Ali Hassin!Selamat Hari Bapa.nota kukukaki : Sayang yang tua,kasihkan yang muda. Sayang pada ayah, kasihkan pada anak-anak.Itu yg kita harapkan.
ingin sihat dan slim selepas bersalin ya..
aku pun ikut petua2 nenek aku sebenarnya.nenek aku klu bab kesihatan/kecantikan mmg dia jaga baikk nya lah.
ok aku nak share resepi/ramuan membuat jus pegaga.
Bahan-bahan:
1 ikat daun pegaga – bersihkan bersama akarnya dengan air garm
15 ml madu jika perlu..
Segelas air
Cara Penyediaan:
1. Kisar daun pegaga bersama akarnya dengan segelas air.
2. Sebelum diminum, tambahkan sedikit madu untuk menambah perasa.
Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba
kebaikan jus pegaga.
* bagus untuk kulit yg kusam.
* menyegarkan badan
* diet / mengurangkan berat badan